Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
RACUN RUMPAI AMETREX 46SC merupakan sejenis racun rumpai yang sering digunakan oleh petani untuk mengawal rumpai. Racun rumpai ini merupakan sejenis racun rumpai yang mengandungi bahan aktif atau perawis dikenali dengan nama ametryn 46.6%.  Racun ini dikeluarkan oleh Syarikat Bright Resource Technology Sdn Bhd beralamat yang ditulis pada label adalah Bandar Baru Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia. Label yang ditampal pada botol warna putih ini menggunakan foto pokok kelapa sawit, rumpai am dan juga tebu mempunyai warna kuning dan kehijauan dibahagian bawahnya (Sila lihat foto diatas). Racun Rumpai (Herbicide) ini telah didaftarkan dengan LRMP dengan nombor rujukkan 8845 dan masih ada dijual dipasaran sebagai Kelas III. Harga runcit racun rumpai ini diantara RM70.00 - RM85.00 dipasaran dimana ia bergantung kepada pembekal dan kuantiti belian. Daripada tinjauan penulis dibeberapa kebun nanas pula mendapati beberapa penanam nanas ada menggunakan racun rumpai jenama Ametrex 46SC ini untuk mengawal rumput iaitu dikawasan tanaman nanas. Penulis juga dapati racun selective ini digunakan terutama untuk tanaman nanas dikawasan tanah mineral. Penanaman nanas di kawasan tanam mineral untuk varieti premium seperti MD2, Maspine dan sebagainya kini sesuai dilakukan dikawasan tanah mineral untuk kualiti yang lebih baik. Bagaimana pun rumput dikawasan tanah mineral mudah ditumbuhi pada peringkat awal penanaman nanas kerana kawasan terbuka. Biasanya penggunaan racun pra-cambah digunakan untuk kawalan rumpai diperingkat ini. Artikel malam Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis racun rumpai yang boleh digunakan didalam kebun nanas untuk mengawal rumpai.

Terdapat beberapa jenis racun rumpai yang boleh digunakan bagi mengawal rumpai (weeds) didalam kebun termasuk kebun nanas. Racun AMETREX 46SC juga merupakan sejenis racun yang dijual di kedai pertanian untuk digunakan dengan harga berpatutan. Ia merupakan racun rumpai dengan bahan aktif ametryn yang sesuai diguna secara bergilir-gilir dengan racun rumpai dengan bahan aktid diuron. Racun AMETREX dalam pekatan cecair ini mudah dibancuh dengan air untuk disembur terus dicelah-celah pokok nanas tetapi sebaiknya ia menggunakan corong khas yang diletak pada nozel untuk elakkan daripada racun tidak terkena daun nanas. Kesan semburan racun ini jika terkena pada daun nanas dengan dosage yang banyak menyebabkan daun nanas akan tercedera. Sebaiknya juha pam penyembur untuk racun rumpai adalah berlainan dari pam penyembur untuk menyembur cecair hormon. Pekebun perlu menggunakan pakaian keeselamatan semasa menyembur racun ini seperti pakaian berlengan panjang, penutup mulut dan mata serta kasut dan seluar panjang. 


Merujuk kepada label ketika menggunakan racun rumpai. Daripada foto diatas menunjukkan  racun AMETREX46 SC ini amat sesuai digunakan didalam kawal rumpai di kawasan kelapa sawit, tebu dan nanas. Baca label untuk menentukan sukatan digunakan (Sila lihat foto diatas). Bagi mengawal jenis rumpai Rumput Kerbau (Paspalum conjugatum) , Rumput Ceroma (Mikania micrantha), Rumput Pait (Ottochloa nodata), Rumput Parit (Axonopus compresus) dan Rumput Larat (Nephrolesis biserrata)  sukatan yang diperlukan adalah sebanyak 40 ml bagi 10 liter air atau 1.8 liter sehektar. Bagi kawasan tanaman tebu (Saccharrum spp) kadar racu yang ditulis pada label juga dipaparkan. Bagi kawalan Rumput Aur (Commelina bengalensis), Rumput Kangkung Air (Impomea aquatica) dan Rumput Ekor Tebu (Leptochloa chinensis) kadar sebanyak 70 ml dicampur dengan 10 liter air atau sebanyak 3.2 liter sehektar. Apa pun penting ditulis dibahagian bawah label dimana tidak boleh memetik hasil tanaman selama 21 hari selepas menyembur racun rumpai ini. Juga dituliskan tidak dobenarkan ternakan ruminan untuk meragut rumpai yang telah disembur racun ini dalam tempoh dua bulan kerana ia boleh menyebabkan kecederaan kepada haiwan tersebut. Pengguna dan pekebun perlu memahami cara mengguna racun ini dengan betul. Bagi kawasan tanaman nanas didapati racun jenis ini ada digunakan diperingkat awal penanaman sehingga pokok berumur 6-8 bulan sebelum dihormon. Kadar penggunaan adalah bergantung kepada jenis rumpai yang hendak dikawal. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!.

RACUN AMTREX 46SC....SATU JENAMA...
HARGANYA SESUAI...MEMBELI DIMANA...
KAWAL RUMPAI... PATUHI ATURANNYA....
RUMPAI TIADA...HASILNYA BERGANDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1926, Hotel Hatten,
Bandar Hilir, Melaka,
Malaysia.
(1 Muharam 1439H)

Posted from Room 617,
Hotel Marriot, Putrajaya.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top