SENGATAN LEBAH (Bee sting) adalah satu perkara yang menakutkan bagi kebanyakan kita. Terdapat beberapa jenis lebah madu yang menyengat kita seperti Lebah Keran (Apis cerana), Lebah Tualang (Apis dorsata) dan Lebah Impot (Apis melifera) dan serangga penyengat lain seperti Tebuan Tanah (Vespa tropica tropica) dan sebagainya. Bagaimana pun ada jenis serangga jenis lebah seperti Tabuan Tanah yang juga menyebabkan kesakitan apabila menyengat. Sesetengah sengatan lebah sangat berbisa sehingga boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera. Racun atau Venom atau Toksin sengatan lebah berbeza-beza dengan lebah tabuan tanah dan juga Lebah Tualang merupakan yang paling berbisa dan merbahaya kerana tahap kebisaan apabila sengatan dari beberapa ekor berkemungkinan boleh membawa maut. Apabila seekor lebah telah menyengat lazimnya ia akan mengeluarkan sejenis feromon (bahan kimia khusus) untuk menyebabkan lebah lain menyengat mangsa. Pengalaman saya didalam menternak lebah dan menjadi pengajar telah menerima banyak kali sengatan lebah keran atau juga dipanggil sebagai lebah lalat. Ketahanan seseorang menahan bisa sengatan juga ada kesan reaksi 'anaphylactic' yang menyakitkan dan berbisa. Bagaimana pu pada penulis blog mengambil sengatan lebah (Sama ada lebah keran atau lebah import) adalah menjadi amalan apabila penulis blog membuat lawatan keapiari atau tempat ternakan lebah. Selalunya untuk smbil venom lebah import, penulis blog akan mengambil 4-6 ekor lebah dewasa dan disengatkan dengan sengaja dibahagian lutur kaki kiri kanan, siku lengan keduanya kiri dan kanan dan juga 2 ekor di bahagian belakang punggong. Artikel malam Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai bagaimana kita hendak merawat sengatan labah berdasarkan pengalaman penulis, rujukan dalam lamanweb dan juga buku berkaitan lebah untuk bacaan anda semua.
Bagi mereka yang belum pernah kena sengatan lebah ianya agak menakutkan. Bagaimana pun sebaik sahaja jika ada diantara kita disengat lebah, buang sengat tersebut dengan SEGERA menggunakan kuku atau pisau kerana jika tidak dibuang maka sengat yang ada pundi venom akan terus mengepam masuk venom kedalam kulit. Kalau boleh saya nasihatkan agar dipastikan jenis labah madu yang telah menyengat sama ada ia dari jenis kurang berbisa atau jenis amat berbisa. Lebah Keran atau Lebah Lalat dikategorikan sebagai kurang berbisa sementara Lebah Tualang dan Tebuan dimana keduanya dikelaskan sebagai lebah jenis lebah berbisa. Ini akan memudahkan kita membuat rawatan bisa sengatan lebah dengan memberitahu doktor ketika membuat rawatan diklinik atau hospital. Berikut adalah beberapa kaedah atau langkah bagaimana kita hendak membuat rawatan atau mengatasi masaalah panik ketika berlaku sengatan lebah.
1. PERIKSA TANDA SENGATAN
Sengatan lebah memberikan simptom berbeza mengikut tahap allergik seseorang dan kebisaan sengatan. Antara simptom ialah seperti Susah Bernafas, Warna Merah dan gatal pada sengatan, membengkak pada bahagian sensitif seperti muka, tekak dan bibir (Sila lihat foto sebelah). Antara tanda lain adalah seperti mangsa akan bersin dan sukar untuk menelan makanan ketika makan. Lazimnya jantung akan berdenyut pantas selapas sengatan dan kita rasa tidak selesa (anxiety). Ada juga sering mengalami masaalah tekanan darah yang akan menurun apabila diperiksa. Pengalaman penulis blog ketika menerima lebih daripada 8 ekor sengatan lebah liar di Hutan Sedili, Kota Tinggi, Johor pada tahun 2014 mengalami semua tanda serangan tersebut sehingga mendapatkan rawatan segera dari sebuah klinik swasta di Kota Tinggi sejauh 70 km dari lokasi sengatan. Sila baca artikel tersebut di sini (Sila klik disini). Pengalaman penulis ini merasai bagaimana kesan sengatan secara peribadi sehingga rasanya jantung sudah terlalu lemah ketika serangan.
2. AMBIL UBAT PENAHAN SAKIT
Kadang-kadang kesakitan sengatan lebah amat menyakitkan dan menyebabkan ia meraung kesakitan dan bagi kanak-kanak akan terus menangis. Adalah disyorkan diberikan makan pil penahan sakit (Pain killer) atau ubat sapu penahan sakit (kebas atau bius) dengan segera untuk mengurangkan kesakitan. Dari segi perubatan bahan seperti ibuprofen atau acethaminophen boleh digunakan. Memang mereka yang tinggal dikawasan yang ada sarang lebah tualang atau dusun yang ada tebuan dinasihatkan untuk menyimpan ubat-ubatan yang boleh merawat bisa sengatan lebah semasa kecemasan.
3. BASUH DENGAN AIR ATAU SABUN
Basuh tempat sengatan dengan air mengalir beberapa minit untuk menghilangkan kesan kebisaan venom agar kurang rasa bisanya. Sebaiknya basuh dengan sabun dahulu ditempat sengatan sehingga bersih. Pastikan air yang lalu (running water) beberapa minit sehingga rasa kesakitan berkurangan, ulangi beberapa kali. Kemudian biarkan kering dan boleh dilap dengan kain. Jika sakit bisa berterusan dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan lanjutan daripada pegawai perubatan atau doktor.
4. BUAT RAWATAN SUSULAN
Buat rawatan susulan dengan 10 kaedah berikut daripada kaedah paling berkesan kepada kaedah kurang berkesan. Apa pun tulisan ini hanya memberi pandauan sahaja kepada pembaca kerana lain jenis lebah yang menyengat, jumlah sengatan, lokasi sengatan dan tahap allergik setiap orang adalah berbeza-beza. Panduan ini adalah untuk rujukkan.
a. Ais
Sebaiknya ambil air batu dan dimasukkan kedalam kain. Letakkan kain yang ada ais tersebut ketempat sengatan lebah selama 20 minit tanpa mengangkatnya. Kesejukkan ini akan menngecutkan saluran darah dimana ini akan mengurangkan pergerakan bisa venom kebahagian lain tubuh kita. Kesannya juga mengurangkan kesan kegatalan dan juga kesan kesakitan dikawasan sengatan tersebut. Ulangi ini selepas 5 jam kemudian jika perlu dengan rawatan air batu.
b. Ubat Gigi
Sapukan ubat gigi dengan nipis dan gosok perlahan-lahan dengan jari dilokasi sengatan. Kesan bisa akan berkurangan selepas 15 minit. Jika perlu sapu semula ubat gigi selepas 5 jam dilokasi yang sama. Rawatan seperti ini menggunakan ubat gigi adalah paling murah, mudah dan amat berkesan. Petua ini juga boleh digunakan untuk sengatan serangga lain dan boleh dilakukan dengan segera. Apa pun jika sakit berterusan sehingga sukar tarik nafas dengan segera keklinik yang berhampiran.
c. Cuka, Baking Soda dan Pelembut Daging
Mangsa juga boleh mengambil bahan diatas dan campurkan cuka, baking powder dan juga bahan pelembut daging sehingga menjadi pes dalam bekas. Sapukan ramuan bahan tersebut kebahagian yang disengat lebah. Bahan seperti pelembut daging mengandungi bahan 'papain' yang mana ia mampu memecahkan toksin atau venom lebah. Papain adalah getah putih yang dikeluarkan oleh buah betik mentah jika dilukakan (Sila baca disini). Kesan sengatan akan reda selepas 20 minit atau selewatnya selepas 1 jam. Ulangi sapuan pes tersebut beberapa jam kemudian mengikut keperluan.
d. Lotion Calamine
Sapukan lotion calamine yang boleh dibeli dikedai (seperti caladaryl) kebahagian sengatan lebah. Lazimnya selepas sapuan akan terasa seperti sejuk dan kesakitan akan hilang selepas 45 minit kemudian. Kita boleh ulang sapuan selepas 4 jam kemudian jika bisa tidak hilang. Bagi penternak lebah boleh beli dan simpan calamine lotion (Lihat foto sebelah) untuk kes-kes kecemasan jika perkara seperti ini kemungkinan akan berlaku.
e. Krim Hydrocortisone
Kita boleh gunakan krim hydrocortiscone kebahagian sengatan lebah dengan nipis dan digosok perlahan-lahan. Bekas yang disapu akan kelihatan keputihan dan kesakitan akan hilang perlahan-lahan. Ulangi sapuan selepas 4 jam kemudian sehingga kesan sakit hilang.
Begitulah beberapa info berguna bagaimana kita boleh membuat rawatan sendiri jika disengat dengan lebah. Info ini diadaptasi dari sumber sah dan pengalaman penulis sendiri yang terlibat dengan aktiviti penternak lemah di Melaka semasa menjadi aktivis dalam penternakan lebah madu di Malaysia. Jika kita ada ilmu pengetahuan mengenai penternakan lebah dalam apiarii wajib kita juga mengetahui bagaimana hendak membuat rawatan sengatan lebah. Bersambung - Part 2. Semuga anda mendapat info dari blog anim agro technology dan boleh mengaplikasinya. Wasallam!!!...
DISENGAT LEBAH.. AGAK BERBISA...
PERLU DIRAWAT...DENGAN SEGERA...
CABUT SENGAT... PERKARA PERTAMA...
SAPU UBAT... PELBAGAI BAHANNYA...
JIKA BENGKAK... BIARKAN SAHAJA...
KALAU SERIUS... DOKTOR KITA JUMPA...
By,
M Anem
Senior Agronomist/Ex Apiarist
Pusat Apiari Nasional
Parit Botak, Batu Pahat,
Johor, Malaysia.
(18 JamadilAkhir 1434H)
Kemaskini pada 8 Ogos 2017.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Penulis memberi latihan lebah di Pusat Apiari, Johor. |

Catat Ulasan