POKOK PALMA atau POKOK ARECACEAE merupakan sejenis tumbuhan tropika yang banyak tumbuh di Malaysia dan dijadikan tanaman industri terpenting negara ni (Kelapa Sawit dan Kelapa) semenjak lama dulu. Tanaman Kelapa Sawit (Elaeis guineeensis) merupakan tanaman industri yang terpenting dengan keluasan berjuta-juta hektar oleh sektor perladangan, GLC dan pekebun kecil dengan ia menyumbang KDNK negara yang sangat signifikan. Kelapa sawit adalah tanaman yng terluas ditanam di Malaysia pada masa kini. Tanaman Palma kedua yang terbesar di Malaysia adalah tentunya Kelapa (Cocos nucifera) dimana ia telah pun menduduki tangga ke empat terpenting selepas Kelapa Sawit, Getah dan Padi. Dalam pada itu tanaman palma juga banyak diusahakan untuk dijadikan tanaman hiasan atau ornamental tree yang cantik dan bernilai tinggi. Pengalaman penulis blog ketika melawat di Pataya, Thailand dulu ada satu nurseri yang mempunyai beribu-ribu koleksi tanaman palmae dari seluruh dunia iaitu di Nong Nooch Tropical Garden. Pusat Palma milik swasta ini didakwa mampu membekalkan pelbagai jenis pokok palma kepada seluruh Thailand dengan jumlah koleksi yang banyak dan mereka merupakan pembekal anak pokok palma dibanyak premis sekitar Bangkok. Memang pokok palma mempunyai nilai ekonomi yang tinggi berbanding dengan tanaman lain. Lihat sahaja tanaman kelapa sawit yang mana ia menjadi satu tulang belakang ekonomi penting untum beberapa negara termasuk Malaysia, Indonesia dan juga Thailand. Bagaimana pun dalam blog popular ''Anim Agro Technology'' kali ini saya paparkan beberapa jenis pokok daripada kumpulan palma atau keluarga Arecaceae untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda.
Daripada pembacaan dan pengetahuan penulis blog, tumbuhan daripada keluarga Palmae atau Arecacece adalah termasuk pokok Sawit, Kelapa, Pinang, Enau, Serdang Palm dan beberapa lagi jenis ornamental. Keluarga Arecaceae atau jenis pokok pinang (di Indonesia ia dipanggil pokok palem) adalah kelompok tumbuhan yang biasa dijumpai di Malaysia. Tumbuhan ini banyak dikenal dan mempunyai banyak jenis di Malaysia meskipun kadang kala ramai yang masih bingung untuk mereka dapat membezakannya sehingga menyebutnya sebagai palma saja atau dia keliru dalam menyebutkan nama jenisnya. Secara umum suku Arecaceae mempunyai ciri-ciri dimana bahagian batangnya tumbuh tegak ke atas dan memang jarang ia bercabang. Batangnya beruas-ruas dan tidak memiliki kambium sejati dapat dilihat. Bahagian akarnya tumbuh dari pangkal batang dan berbentuk akar serabut dengan kukuh memegang pokok. Palma mempunyai jenis daun majmuk dan ada pelepah berwarna hijau atau mengikut pencirian spesis. Ia mempunyai tangkai daun memiliki pelepah daun yang membungkus batang pokok sebelum terbuka. Palma juga mempunyai bunga tersusun dalam mayang yang keluar secara berperingkat. Biasanya jika berbuah maka buahnya ditutupi lapisan luar yang relatif tebal (biasa disebut sabut) dan juga mempunyai biji buah relatif berbentuk cair pada semasa masih ia masih muda dan semakin mengeras ketika tua dan sabut membolehkan ia tidak pecah ketika jatuh seperti buah kelapa tua. Didalam keluarga Arecaceae terdiri atas berpuluh genus dan beratus spesies (jenis). Jenis-jenis yang umumnya dapat ditemui di Malaysia antara lain seperti Pokok Enau (Arenga pinata), Gebang (Corypha utan), Pokok Kelapa (Cocos nucifera); Kelapa Sawit (Elaeis guineensis dan Elaeis oleifera); Pokok Nibung (Oncosperma tigillarium); Pokok Nipah (Nypa fruticans); Pokok Rotan (Calamus rottan); Pokok Salak (Salacca zalacca); Pokok Sagu atau Rumbia (Metroxylon sago); Pokok Tal (Borassus flabellifer) dan beberapa lagi.secara besar-besaran. Selain itu juga ada terdapat beberapa jenis Palma iaitu Pokok Palma Kuning (Chrysalidocarpus lutescens); Palma Merah atau Pinang Merah (Cyrtostachys renda dan Areca vestiaria); Pokok Palma Raja (Roystonea regia); Palma Botol (Hyophorbe lagenicaulis); dan Pinang (Areca catechu) serta Enau atau Aren (Arenga pinata).
Palma pertama ditanam luas adalah KELAPA SAWIT. Sawit atau kelapa sawit (Elaeis guineensis) berasal dari Afrika Barat. Pasti pada ramai orang Malaysia memang pasti tahu akan pokok kelapa sawit yang akan dapat dilihat disepanjang jalan utama atau lebuhraya PLUS denga luas (Sila anda lihat foto disebelah). Kelapa Sawit juga merupakan jenis palma yang berbentuk pokok dengan daun berpelepah dan banatng yang bersaiz besar. Kelapa Sawit didatangkan ke Malaysia oleh pemerintah zaman British semas merek menjajah dengan menanamnya diladang-ladang luas bersma dengan tanaman getah dan diteruskan dengan Malaysia setelah merdeka. Industri sawit Malaysia dan Indonesia bermula apabila empat anak benih dari Afrika ditanam di Taman Botani Bogor, Indonesia pada 1848. Benihnya dari Bogor ini kemudiannya ditanam di tepi-tepi jalan sebagai tanaman hiasan di Deli, Sumatera pada 1870-an dan di Rantau Panjang, Kuala Selangor pada tahun 1911-1912. Di Taman Botani Bogor terletak di Bogor di Indonesia terdapat pohon kelapa sawit tertua di Asia Tenggara yang berasal dari Afrika. Dibina pada 1817, seluas 87 hektar hasil usaha Prof. Dr. Reinwadt, ahli botani Belanda. Terdapat 20,000 tanaman yang tergolong dalam 6,000 spesies. Perladangan kelapa sawit di Malaysia merupakan tulang belakang kepada ekonomi negara. Industri sawit Malaysia bermula pada 1917 apabila Ladang Tenmaran di Kuala Selangor ditanam dengan benih dura Deli dari Rantau Panjang. Apabila pewarisan bentuk buah difahami, penanaman komersil beralih daripada bahan dura kepada kacukan dura x pisifera (D x P). Kacukan D x P dimana ia menghasilkan buah tenera. Penanaman didalam ladang menggunakan bahan D x P berlaku secara mendadak pada awal 1960-an apabila Felda membuka tanah rancangan.
TANAMAN KELAPA (Cocos nucifera) merupakan sejenis tanaman penting di banyak negara tropika terutama negara yang banyak berpulau. Pokok kelapa adalah jenis pokok saka dari keluarga Arecaceae yang mampu hidup dengan ekonomik selama lebih 30 tahun (Sila lihat foto disebelah). Ia merupakan pokok serbaguna sehinggakan digelar 'Pokok Kehidupan' atau dalam bahasa Inggeris dipanggil 'tree of life'. Apa tidaknya semua bahagian pokok kelapa boleh digunakan daripada bahagian pucuk, daun, buah, batang dan akarnya. Penulis blog telah menulis artikel mengenai kelapa lebih daripada 70 dimana ianya dibaca hampir suku juta orang setakat ini. Dari rujukkan penulis dan pengalaman sendiri semasa menjaga industri ini mendapati pada masa kini, pengeluaran kelapa negara adalah sebanyak 504,700 tan metrik setahun dengan keluasan tanaman sebanyak 84,600 hektar. Negara masih mengimport sekitar 100 juta biji kelapa setahun daripada Indonesia bagi menampung kekurangan dalam sektor perkilangan bagi menghasilkan produk berasaskan kelapa. Kawasan utama bagi penanaman kelapa di Semenanjung Malaysia adalah di Bagan Datoh, Perak, di Sabak Bernam, Selangor dan di Batu Pahat, Johor selain daripada di Kudat, Sabah dan Asajaya, di Sarawak. Kebanyakan varieti kelapa sedia ada merupakan jenis atau varieti Kelapa Malayan Tall (CN1) yang mana ia ditanam dibawah program Rancangan Penanaman Semula Kawasan Kelapa (RPSKK) dahulu dibawah Jabatan Pertanian. Ia merupakan varieti terbaik ketika itu iaitu daripada jenis KELAPA TINGGI. Bagaimana pun kini penanaman KELAPA RENDAH (Dwarf Variety) telah digalakan penanammanya bagi mempastikan bekalan biji kelapa mencukupi. Kekurangan bekalan benih kelapa hibrid seperti Kelapa Matag membuatkan petani perlu mengubah kepada penanaman kelapa rendah yang disyorkan.
Ketiga adalah Jenis Pokok Enau atau Pokok Kabong atau pun dinegara jiran ia dipanggil sebagai Pokok Aren (Arenga pinata). Pokok ini juga disebut juga sebagai pokok kolang kaling dan dalam bahasa Inggeris ia juga disebut sebagai Pokok Sugar Palm. Pokok Kabong ini merupakan tumbuhan dari keluarga Arecaceae yang terdapat di hutan Malaysia, Indonesia dan Filipina yang boleh menghasilkan manisan. Pokok ini juga dipanggil sebagai Sugar Palm, Arenga Palm, Areng palm, Black-fiber palm, Gomuti Palm, Pokok Aren, Pokok Enau, Irok dan Pokok Kaong (Sila lihat pokok dan buah kabung diatas). Saya mengenali pokok kabong atau dikampong saya yang hanya dipanggil Pokok Enau dimana ia amat ditakuti kerana menghasilkan cecair yang gatal apabila terkena pada kulit kita. Dalam peribahasa Melayu terdapat ungkapan iaitu "Seperti Enau Dalam Belukar, Melepaskan Pucuk Masing-masing" bermaksud seseorang yang ingin menduduki tempat teratas dengan memijak rakan-rakan yang lain iaitu sifat negatif yang kita harus elakkan. Pokok Arecaceae (Dulu ia dipanggil keluarga Palmae) ini boleh menghasilkan air nira (Cecair Manisan) seperti juga tumbuhan yang sama dalam kumpulannya iaitu Nipah, Kelapa dan sebagainya. Lazimnya tumbuhan ini tumbuh liar semulajadii dikawasan yang agak lembab dan ianya berumpun. Dalam membuat beberapa rujukkan, saya mendapati Pokok Kabung adalah satu spesis tumbuhan dalam famili Arecaceae yang berasal dari Asia Tenggara dimana ia juga telah ada di Australia Utara dan juga India Timur. Selain air nira, pokok kabong akan menghasilkan buah kabong yang diproses untuk dijadikan isi buah kabong yang sangat popular untuk dijadikan ramuan dalam minuman.
Seterusnya ke empat adalah Pokok Gebang (Corypha utan). Gebang atau Gabang merupakan palem berbentuk pohon tunggal dengan ketinggian antara 15-20 meter. Daunnya menyerupai daun Lontar. Gebang hanya berbunga dan berbuah sekali di akhir masa hidupnya. Gebang adalah nama sejenis palma tinggi besar dari kawasan dataran rendah. Pokok ini adalah palma yang besar, berbatang tunggal, tinggi sekitar 15-20 m. Daun-daun besar berbentuk kipas, bulat menjari dengan diameter 2-3,5 m, terkumpul di ujung batang; bertangkai panjang hingga 7 m, lebar, beralur dalam serta berduri tempel di tepinya. Bekas-bekas pelepah daun pada batang membentuk pola spiral. Gebang hanya berbunga dan berbuah sekali, yakni di akhir masa hidupnya. Karangan bunga muncul di ujung batang (terminal), sesudah semua daunnya mati, berupa malai tinggi besar 3-5 meter dengan ratusan ribu kuntum bunga kuning kehijauan yang berbau harum. Buah bentuk bola bertangkai pendek, hijau, 2-3 cm diameternya. Palma ini tumbuh menyebar di dataran rendah hingga ketinggian sekitar 300 m dari paras laut dan menyukai padang rumput terbuka, aliran sungai, tepi rawa, dan kadang-kadang tumbuh pula di wilayah berbukit. Di beberapa tempat yang cocok, biasanya tak jauh dari pantai, gebang dapat tumbuh menggerombol membentuk sabuk hutanyang cukup luas. Daun gebang terutama yang muda sesuai dibuat berbagai bahan anyaman yang bagus seperti untuk bahan membuat tikar, topi, kantong, karung, tali, jala dan pakaian tradisional. Helai-helai pita dari olahan janur gebang ini pada masa lalu ramai diperdagangkan terutama di Sulawesi Selatan; dikenal beberapa macamnya seperti agel, papas, dan akan. Dan saat ini di berbagai kota di Indonesia telah dijadikan bahan baku untuk kerajinan tangan. Sejenis serat tumbuhan yang cukup baik dapat pula dihasilkan dari tangkai daunnya, setelah dibelah-belah, direndam dan diolah lebih lanjut. Serat ini dapat dipintal menjadi tali atau, di Filipina kemudian ia dianyam menjadi topi. Umbutnya dapat dimakan. Demikian pula dengan sagu yang diperoleh dari empulurbatangnya, meski biasanya sagu ini untuk makanan hewan saja dan baru dimakan orang pada masa paceklik. Di Ayotupas, sagu gebang dibuat menjadi semacam kue lempengan yang dibakar dan disebut putak; biasanya dimakan bersama pisang. Batang gebang menghasilkan sagu kira-kira 90 kg untuk setiap pohon. Laporan lain menyebut bahwa sagu gebang dapat mengobati penyakit usus. Akar gebang digunakan untuk mengobati murus-murus. Namun, hendaknya kita berhati-hati memakan bagian gebang, yakni buahnya. Buahnya yang sudah tua itu beracun. Sehingga tidak boleh dimakan. Batang gebang cukup keras, terutama bagian luarnya yang mengayu, dan biasa digunakan sebagai bahan bangunan.
POKOK NIPAH (Nypa fruticans) atau yang ke 5 dalam Palma ini merupakan sejenis dari tumbuhan yang banyak terdapat di hutan negara-negara ASEAN termasuk di Malaysia. Pokok Nipah merupakan satu-satunya pokok palma dari keluarga Arecaceae yang juga disifatkan sebagai pokok bakau dan satu-satunya spesies dalam genus Nypa tumbuh dikawasan berair. Pokok Nipah juga boleh dijumpai di kawasan-kawasan lain di selatan Asia dan utara Australia. Penulis blog tidak asing dengan pokok nipah apabila sering melihatnya semasa memancing udang galah di Mersing pokok yang tumbuh disepanjang sungai. Ia juga merupakan pokok yang mudah dijumpai ditebing sungai dengan saiz pokok yang bersaiz sederhana besar secara semulajadi. Daun pokok Nipah biasanya adalah panjang dan lembut banyak digunakan masyarakat tempatan untuk membuat atap nipah. Daunnya juga selalu digunakan dalam produk seni anyaman bakul. Sebagaimana juga pada pokok Rumbia (Metroxylon spp.) lazimnya pokok nipah tumbuh menegak di tanah dimana ia akan membentuk perdu yang terendam oleh lumpur. Hanya roset daunnya yang muncul di atas tanah sehingga pokok nipah dilihat seolah-olah tidak berbatang. Akar serabutnya dapat mencapai panjang 13 meter. Sistem perakaran pokok nipah ini hanya terletak dalam lumpur dimana yang sifatnya tidak kukuh juga membolehkan ada rumpun nipah dapat dihanyutkan oleh air sampai ke laut. Batang nipah terendam oleh lumpur dimana hanya daunnya yang muncul di atas tanah. Dari pelapahnya muncul daun-daun majmuk menajam dihujungnya, menegak atau hampir tegak, memanjang hingga 9 meter panjangnya di atas tanah. Dari segi jumlah anak daun mencapai 25-100 helai. Pokok nipah dewasa mengeluarkan mayang dan berbuah dimana ia boleh dimakan.
Tumbuhan Palma yang ke 6 pula adalah Pokok Nibung (Oncosperma tigillarium). Pokok Nibung merupakan sejenis tumbuhan yang lazimnya hidup liar didalam hutan di Malaysia. Penulis blog pernah menjalani latihan 'survival'dalam huta dengan memakan umbut nibung beberapa hari semasa dulu. Sebenarnya umbut nibung sama dengan beberapa spesis palma yang lain sesuai dimakan begitu sahaja dan ia juga sesuai dimasak lemak umbut. Pokok nibung dengan batang kecil yang lurus tumbuh meninggi sehingga lebih daripada 10 - 15 meter dengan batangnya berduri tajam. Batang Nibung merupakan bahan paling berguna kerana ia sering ditebang ntuk dijadikan tu=iang rumah dan sebagainya. Penggunaan batang nibung di jeti-jeti perikanan di tepi laut adalah paling biasa kerana ia adalah batang yang tahan dengan air masin. Pembinaan Kelong Tangkap Ikan Tradisional dan Rumah Menggantung Tali Ternakan Kupang lazimnya akan menggunakan batang nibuung yang tahan betahun-tahun dalam air laut.
Rotan (Calamus rottan) adalah juga sekelompok jenis palma yang mana ia tergabung dalam bangsa Calameae. Calameae sendiri terdiri dari sekitar enam ratus spesies, dengan daerah persebaran di bagian tropis Afrika, Asia dan Australasia. Salah satu spesiesnya adalah Calamus rotan. ROTAN merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Palma dari suku Calameae yang mempunyai 17 genus dan sekitar 611 spesies. Tumbuhan ini ada dalam hutan malar hijau kawasan tropika termasuk di Malaysia dan digunakan dalam industri perabut, hiasan serta lain-lain kegunaan. Rotan di Malaysia juga sering dikaitkan dengan kegunaannya untuk �SEBATAN� atau �Canning� bagi banduan-banduan yang menjalani hukuman sebatan. Genus rotan adalah seperti Calamus; Calospatha; Ceratolobus; Daemonorops; Eremospatha; Eugeissonia; Korthalsia; Laccosperma; Metroxylon; Myrialepis; Oncocalamus; Pigafetta; Plectocomia; Plectomiopsis; Raphia; Zalacca; Zalacella. Rotan jenis Metroxylon pula sebenarnya masih satu genus dengan pokok sagu. Sementara rotan jenis Zalacca masih satu genus dengan salak. Daripada 611 spesies rotan yang ada didunia dilaporkan paling banyak terdapat di Indonesia iaitu sebanyak 246 spesies dimana di Malaysia (205), di Filipina (84), di Brunei (81), di Thailand (69), di India (60), di China (57), Papua New Guinea (42), Laos (29), Myanmar (27), Vietnam (21), Singapura (18), Cameroon (17), Equator Guinea (12), Bangladesh dan Nigeria 11, Sri Lanka 10, Australia 9, Angola 8, Bhutan, Ghana dan Zaire 7, beberapa negara di Afrika, Asia dan Asia Pasifik 5. Dari 205 spesies rotan yang ada di Malaysia didapati beberapa diantaranya merupakan rotan komersial yang kualitasnya sangat baik. Antaranya saya sering dengar Rotan Manau (Calamus manan), Rotan Lilin (Calamus javensis), Rotan Irit (Calamus trachycoleus), Rotan Jernang Besar (Daemonorops draco) dan juga Rotan Manis (Daemonorops melanochaeta). Rotan Manis telah mendapat nama kerana spesies ini mempunyai umbut (rebung) yang manis dan enak dimasak sebagai sayur. Spesis batang rotan massif pula didapati berongga seperti halnya buluh dan banyak menyimpan air. Dalam hutan kita boleh memenafaatkan rotan manis ini dengan pucuknya dipotong dan bahagian pangkalnya juga dipotong maka dari akar akan keluar air yang segar untuk diminum. Semasa saya masuk hutan Endau di Mersing pada 1999, saya juga diberitahu oleh tok batin dan mendapati selain rasanya yang segar, air rotan ini juga mengandungi banyak kandungan zat yang menyihatkan dan menghilangkan kehausan. Batang rotan merupakan komoditi penting yang bernilai dipasaran tempatan dan diperingkat antarabangsa. Semuga tulisan artikel panjan lebar pagi Jumaat ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!..
POKOK ARECACEAE... SAMA PALMA...
IA TUMBUH... DIKAWASAN TROPIKA...
POKOK SAWIT... HINGGA KELAPA...
MEMBACA ARTIKEL...ILMU DIJANA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria 11, Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(12 Oktober 2018).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan