GETAH ASLI (Natural rubber) adalah hasil lateks yang diperolehi daripada pokok getah (Hevea braziliensis) untuk kegunaan industri. Getah Tiruan pula merupakan bahan iaitu Elastomeric polimer sintetik atau juga dikenali sebagai sintetik Primary sama ada ia terhasil di bawah sintetik resin (atau plastik) atau sebagai gentian sintetik. Prestasi getah tiruan adalah berbeza-beza kerana monomer dimana prestasi dilaporkan yang ia juga menyerupai getah asli dengan beberapa kelainan. Umum mengetahui dimana getah digunakan sebagai bahan-bahan yang diperlukan untuk pesawat udara, kapal, kereta, traktor, harvesters, jentera dan banyak kegunaan lain. Ia diperluaskan penggunaanya didalamstruktur binaan seperti bangunan, parit dan tali air, peralatan perubatan dan sebagainya. Sebenarnya kedua-dua jenis getah sama ada getah asli atau getah tiruan amat penting dalam kehidupan manusia. Kini umum mungkin telah mendengar akan Getah Asli dan Getah Tiruan tetapii tidak mengetahui dengan mendalam akan bagaimana iaa dihasilkan atau bagaimana ia digunakan. Getah Asli dan Getah Tiruan mempunyai sifat-sifat yang serupa dari segi fungsinya dimana kebanyakan daripada getah asli adalah sedikit berbeza walau pun kedua-duanya adalah amat anjal. Sifat polimer bahan daripada getah biasanya diperlukan selepas proses pengawetan dan pemprosesan tertentu. Kini berlaku persaingan dari segi harga dan kualiti diantara getah asli dengan getah tiruan diseluruh dunia. Negara pengeluar getah utama dunia sering bersama-sama didalam usaha menentukan harga pasaran komoditi getah asli. Beberapa negara pengeluar getah dunia termasuk Malaysia, Indonesia dan Thailand perlu bersama dalam industri getah dunia. Artikel subuh ini saya menulis artikel ke 4,401 dalam "Anim Agro Technoogy" mengenai beberapa perkara berkaitan dengan getah asli dan getah tiruan sekadar dijadikan bahan rujukkan dan bahan bacaan.
Di Malaysia dilaporkan dimana pengeluaran getah asli bermula semenjak pada zaman penjajahan dahulu. Ia telah ditanam secara komersil dikalangan pekebun kecil dan estet atau secara ladang swasta dimana kebanyakannya adalah untuk pasaran eksport dalam pelbagai bentuk. Bagaimana pun getah sintetik hanya diperkenalkan pada awal abad ke-20 iaitu dari tahun 1940-an iaitu setelah berlaku keadaan sektor industri semakin berkembang pesat. Getah tiruan secara amnya dilaporkan tidak sebaik kualiti dan prestasi berbanding dengan getah asli yang lebih komprehensif. Bagiaman pun getah tiruan juga didakwa ia mempunyai keanjalan yang tinggi, penebat yang baik, sesuai dalam penumpahan udara, berasaskan minyak, sesuai untuk keadaan suhu tinggi atau suhu rendah. Penggunaan getah tiruan juga berlaku dalam bidang hartanah di mana ia juga selalu digunakan secara meluas dalam industri, pertanian, pertahanan, pengangkutan dan dalam harian kehidupan. Telah sekian lama ramai orang menganggap bahwa getah asli dan getah tiruan adalah sentiasa saling bersaing antara satu sama lain untuk mencapai pasaran. Dalam hal ini terbuktilah bahwa sedikit demi sedikit dimana getah asli dapat menguasai balik sedikit sebanyak pasaran yang dahulunya tumpas kepada getah tiruan. Tetapi apa yang sudah muncul dan yang lebih diberi perhatian ialah bahwa getah asli dan getah tiruan perlu ujud bersaling membantu satu sama lain. Perkara ini berlaku kerana jika berlaku kekurangan bekalan getah asli maka getah tiruan boleh digunakan. Kedua adalah apabila harga bekalan minyak petrol (yang menjadi bahan utama bagi membuat getah tiruan) semakin menurun atau kian menjadi susut maka getah tiruan menjadi murah dan ketiga adalah dimana getah tiruan mampu menggantikan getah asli. Terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan tersendiri diantara getah asli dengan getah tiruan secara umumnya. Bagaimana pun faktur kelemahan ini sama ada untuk getah asli atau pun getah tiruan dan kelemahan2 ini dapat dielakkan sechara dichampur aduk kedua bahan asli dan bahan tiruan itu mengikut kehendak dan sesuatu tujuan membuat barang.
Dalam membicangkan perkara ini penulis blog merujuk daripada pelbagai sumber. Perbandingan Getah Sintetik dengan Getah Asli boleh diperjelaskan dimana Getah Asli dihasilkan daripada pokok getah (Hevea Brasiliensis) yang berasal daripada Brazil dibawa masuk oleh penjajah ke Tanah Melayu. Pokok getah mula ditanam di Malaysia pada tahun 1880-an oleh seorang berbangsa Inggeris bernama H.N. Ridley. Kemudian dari itu Malaysia merupakan negara pengeluar getah utama di dunia. Pada masa ini walaupun banyak getah sintetik dihasilkan berasaskan kepada struktur getah asli, namun demikian struktur kedua-duanya adalah tidak sama. Secara saintifiknya sifat getah sintetik dan getah asli adalah berlainan. Pada masa sekarang getah sintetik mempunyai lebih banyak kegunaan berbanding getah asli. Keadaan ini disebabkan oleh getah sintetik mempunyai sifat dan kelebihan yang tidak terdapat pada getah asli. Kelebihan getah sintetik berbanding getah asli ialah lazimnya ia tahan terhadap suhu tinggi dan selalunya tidak bertindak balas dengan bahan kimia seperti asid, alkali dan pelarut. Getah Tiruan juga tidak telap kepada air dan gas dan dalam aspek tertentu ia tidak mudah dioksidakan oleh oksigen dan ozon. Getah tiruan adalah bersifat keras dimana ia juga tahan terhadap regangan yang tinggi. Jika hendak dibuat fakta perbandingan pula kelebihan getah asli berbanding getah sintetik pula ialah kebolehannya didalam menyerap bunyi, getaran dan tekanan. Getah asli juga mempunyai sifat kekenyalan yang tinggi dan juga mempunyai tahap kesan haba dalaman yang rendah. Bagaimana pun kedua-dua getah asli dan getah sintetik mempunyai persamaan dari segi berikut iaitu ianya adalah 'Jenis polimer' dan juga merupakan 'Sebatian karbon'. Kedua-dua jenis getah asli dan getah tiruan mempunyai tahap penggunaan yang khusus.
Kembali kepada sejarah penanaman getah di Malaysia, ia bermula sekitar akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 yang pada masa itu dikenali sebagai Tanah Melayu yang pada ketika itu dikuasai British. Penjajah telah memperkenalkan tanaman getah sama ada sektor pekebun kecil atau perladangan swasta. Semasa di bawah kuasa ekonomi kolonial British dahulu perusahaan getah terus berkembang hingga mencapai tahap sebuah industri yang sememangnya amat membanggakan. Sejarah membuktikan dimana getah melalui zaman keagungannya antara tahun 1906 hingga tahun 1918 apabila harga getah meningkat kepada RM5 sepaun. Namun pada tahun 1920-1930 pula berlaku lagi masaalah kejatuhan harga getah di pasaran dunia hingga menyebabkan pada tahun 1920 harga getah hanya pada paras 20 sen sepaun dan 1931-1932 harganya hanya 5 - 7 sen sepaun. Bagaimana pun akibat permintaan yang tinggi dalam pasaran sekitar 1906-1918 dengan penawaran yang terhad pada ketika itu menjadi penyebab harga getah melambung tinggi dan menggalak penanaman getah di Tanah Melayu ditingkatkan. Malah terdapat beberapa negara lain juga turut meningkatkan aktiviti penanaman getah seperti Indonesia, Thailand, Indo-china dan sebagainya. Pada tahun 1914 -1918 apabila dunia digemparkan dengan peristiwa Perang Dunia Pertama yang tercetus dan mengakibatkan berlaku masalah lambakan simpanan getah yang tidak terkawal di negara-negara pengeluar getah kerana tidak dapat dieksport ke Eropah dan Amerika selaku pengguna getah yang terbesar getah dunia. Pengurangan pengimportan getah asli oleh Amerika pada tahun 1920 juga menyumbang kepada kejatuhan harga getah kerana Amerika hendak menumpukan perhatian dalam industri pembuatan alatan dan perkakasan ketenteraan. Kejatuhan harga getah di pasaran dunia turut disumbang oleh masalah kemelesetan ekonomi sekitar tahun 1920-1930 dan memberi kesan kepada industri getah di Tanah Melayu. Bagaimanapun penanaman kelapa sawit kini mengatasi keluasan tanaman getah yang juga produk dari kelapa sawit merupakan penyumbang yang signifikan kepada KDNK negara. Getah Asli dan Getah tiruan akan terus bersaing dalam industri . Senuga artikel subuh ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

GETAH ASLI... ADA GETAH TIRUAN...
GETAH DITANAM...SEJAK BERKURUN...
GETAH TIRUAN.. ASAS PETROLIUM...
PASARAN DUNIA.. HARGA BERPATUTAN...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 406, Hotel Dorsett,
Precint 3, Putrajaya,
WP< Malaysia.
(19 Ramadan 1438H)
Catat Ulasan