KOKO MINDA merupakan satu produk berasaskan koko milik usahawan bumiputra yang beroperasi di Tapak Halal-Hub Serkam, Merlimau, Melaka dimana penulis blog sempat buat tinjauan. Lawatan ke Premis ini telah di sambut oleh pengasasnya iaitu tn Hj Salm dan Penurus Pemasaran Syarikat En Daing Fadzil sipintu masuk kilang. Rombongan ini yang turut dihadiri sama oleh Pengarah Pertanian Negeri Melaka dan Pegawai Pertanian Daerah Jasin dan pegawai lain tiba jam 8.30 pagi dimana operasi kilang sudah berjalan. Produk utama syarikat inii adalah menghasilkan pelbagai produk minuman beasaskan koko dengan kapasiti untuk pasaran domestik dan eksport. Kilang milik bumiputera ini sebenarnya sebuah kilang bumiputera yang menghasilkan produkk halal dengan pelbagai pengiktirafan seperti Sijil MeSTI, HALA dan sebagainya. Setakat ini pasaran produk Koko Minda adalah diseluruh negara tetapi paling aktif di Melaka dan Terengganu. Pengasas Syarikat nyatakan bagaimana kepentingandalam menghasilkan minuman berasaskan koko yang memberikan kecergaan kepada minda terutama murid sekola dan juga selamat dimakan untuk jangkamasa panjang. Beliau yang mendapat pelbagai isentif daripada kerajaan semakin melangkah maju diasa akan datang dengan peralatan dan mesih canggih. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya kongsi info mengenai tinjauan teknologi ke Kilang Koko Minda di Melaka untuk bahan rujukkan anda.
Menurut pengurus En Daing memberitahu dimana syarikat Koko Minda sasarkan jumlah jualan RM12 juta pada tahun ini. Syarikat pengeluar produk berasaskan koko, Koko Minda Food Industries (M) Sdn. Bhd. (Koko Minda) menyasarkan jualan kira-kira RM12 juta bagi tempoh setahun sehingga perte�ngahan 2019. Kini usaha mempromosikan produk mereka akan diperluaskan ke Asia Barat dan Eropah menerusi Expo Halal Dubai dan Expo Halal OIC dengan kerjasama konsultan pemasaran luar negara dikenali dengan nama Geo Artha Worldwide Trading. Mereka kini meluaskan pasaran produk koko ke peringkat antarabangsa kerana mendapat permintaan yang tinggi. Syarikat juga telah cuba melakukan pembungkusan baharu bagi Koko Minda bersesuaian dengan penerimaan luar negara. Mereka juga akan membawa produk ini memasuki koperasi di universiti-universiti tempatan bagi meningkatkan jualan. Kini sebagai syarikat pengeluar produk mereka akan bekerjasama bagi meningkatkan pemasaran Koko Minda di dalam dan luar negara. Kini produk Koko Minda yang mula dipasarkan pada Oktober 2010 memperoleh hasil jualan sebanyak RM5 juta sejak 2014 dimana ini sekali gus menunjukkan peningkatan permintaan termasuk pemasaran di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT). CEO Syarikat kini yakin dengan pembungkusan baharu yang dibuat akan memberi impak besar. Kami akan menerima kunjungan sebuah syarikat Jerman bagi menjalin kerjasama yang lebih serius dalam meluaskan lagi pemasaran produk ini.
Dalam pada itu projek perintis Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) yang dilaksanakan di daerah Jasin dimana ia mampu membawa usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan desa keluar daripada 'kepompong' dan meneroka pasaran global yang lebih luas. Akhbat tempatan pernah laporkan dimana Pengurus Koko Minda Food Industries (M) Sdn Bhd (Koko Minda) Daing Muhamad Fadzil memfokuskan kepada penyediaan Internet berkelajuan tinggi dan ia bakal menjadi platform untuk usahawan menjadi sebahagian daripada rantaian perdagangan dunia. Belau percaya bukan Koko Minda sahaja ia bahkan lebih ramai pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dapat menceburi bidang perniagaan menerusi e-dagang, selaras perkembangan terkini Revolusi Industri 4.0 yang berteraskan teknologi digital. Pelan itu juga menetapkan sasaran untuk mewujudkan perkhidmatan Internet berkelajuan Gigabit di kawasan perindustraian berimpak tinggi dan strategik terpilih menjelang 2020 dan di semua ibu negeri menjelang 2023. Komunikasi dua hala dengan para pembekal dan pembeli berpotensi di luar negara sememangnya perlu menggunakan Internet berkelajuan tinggi, termasuk penyertaan dalam Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) iaitu kemudahan dalam talian kepada peniaga-peniaga tempatan untuk menembusi pasaran China. Kini di Kawasan Perindustrian Melaka Halal Hub, Serkam di sini misalnya kita hanya mampu dalam mereka menggunakan Streamyx pada kelajuan lapan megabit sesaat (Mbps), sedangkan PKS memang tidak dapat lari dengan pemasaran dalam talian menggunakan laman sesawang e-marketplace serta aplikasi Instagram, Facebook dan Twitter. Pengusaha PKS sememangnya sedar akan pentingnya usahawan desa dengan kemahiran e-Dagang melalui program latihan bersepadu yang telah diaturkan di pe�ringkat negeri dan daerah dalam memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.
Kilang Koko Minda ini mampu menghasilkan aebanyak 4 tan produk minuman koko mida dalam sehari. Mereka mempunyai 12 buah mesin yang mana kini hanya 5 mesin sahaja yang beroperasi penuh kerana jadual pemasaran mengikut permintaan. Beberapa pekerja OJU diambil berkerja dikilang ini sebagai satu usaha CSR yang patut dibanggakan. Terdapat 6 produk utama yang dihasilkan oleh Koko Minda iaitu dinamakan KMP Collagen, KMP Nenas, KMP Susu Kambing, KMP Mocha, KMP Junior dann juga KMP Strawberi untuk pasaran domestik dan eksport (Sila lihat foto dibawah). Semua bahan mentah didapatkan bekalannya mematuhi sistem persijilan halal dan diproses dengan ,esin dan peralatan moden. Ia dibungkus dalam pelbagai benuk daripada dalam sachet kecil sehingga kepada sistem pembungkusan yang sederhana saiznya. Mempunyai rangkaian pasaran dan pengedaran dilaporkan syarikat ini mempunyai sistem pemasaran melalui on-line. Pada penulis blog banyak maklumat diberikan oleh CEO Syarikat Koko Minda didalam memilih minuman yang berkhasiat dan selamat dimakan dan dahulukan produk bumiputra. Semuga artikel ini memberi info berguna kepasa semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MENINJAU KILANG... MILIK BUMIPUTRA...
PRODUK ASAS KOKO... ENAK RASANYA...
IA BERKHASIAT... JAMINAN KUALITI ADA...
INFO DITULIS... KINI ANDA PENGGUNA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cendana 2, Taman Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(30 Muharram 1441H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan