Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
BUAH NANAS (Ananas comosus) merupakan sejenis buah yang boleh dijumpai sepanjang tahun di negara kita sama ada untuk kegunaan segar atau pun ntuk diproses. Buah nanas memang popular bukan sahaja di Malaysia tetapi ia juga buah yang popular dimana di seluruh dunia. Sebab itu ia merupakan buah-buahan tropika ketiga terpenting di pasaran antarabangsa dengan nilai pengeluaran dunia sekitar 1.2 billion kg setahun. Bagaimana pun pada pendapat saya nanas lebih sedap di makan dalam keadaan buah segar berbanding dengan nanas kaleng dalam tin. Isinya yang baru dikupas dan dipotong cukup enak dimakan terutama sebagai makanan pencuci mulut apa lagi kalau telah disimpan didalam peti ais dahulu. Bagaimana pun buah nanas jika telah dikupas dan dipotong lazmmnya tahap kesegarannya sukar untuk dikekalkan. Biasanya kalau sudah dipotong maka kesemua buah tersebut perlu dihabiskan. Jika ada pun yang disimpan walaupun dalam peti sejuk tetapi tahap untuk kesegarannya akan hilang. Biasanya hirisan nanas akan mudah rosak, lebam, berair, berubah rasa dan warna. Ini semua akibat kesan tindakbalas enzim pemeraman apabila disimpan pada suhu persekitaran. Ia merupakan diantara beberapa dilema yang dihadapi oleh pengusaha nanas kerana mereka sukar untuk membekalkannya buah dalam keadaan yang masih segar kecuali jika masih berkulit. Dari pandangan penulis blog kebanyakan nanas yang dieksport kebanyakannya ditinkan semenjak 60 tahun dahulu tetapi kinii sudah ada teknologi untuk mengeksport nanas keluar negara. Nanas dalam tin diawet membabitkan penggunaan bahan kimia terasuk gula dan sirap dimana ia tidak lagi dalam kategori sebagai nanas segar. Banyak kajian dan juga pemerhatian dilakukan oleh pihak tertentu dan pengusaha serta pekebun nanas untuk melihat perkara ini. Artikel petang Sabtu ini sambil meninton TV3 cerita Hindustan berjudul ''Dishoon'' saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai beberapa teknologi memproses buh nanas termasuk mesin membuat jem nanas.

Salah satu temuan hasil penyelidikan MARDI adalah sebuah mesin untuk tujuan memproses buah nanas. Kini dengan  teknologi yang dipanggil Pemprosesan Minimum (Minimum Processing) maka bua nanas yang telah dihiris masih boleh kekal segar untuk tempoh dua minggu. Proses minimum bermakna nanas perlu dikupas, dipotong dan terus dijual sama ada dalam negara atau di eksport tanpa diawet dengan sebarang bahan kimia. Ia merupakan hirisan yang boleh dimakan terus seperti mana potongan nanas yang dijual oleh penjaja di tepi-tepi jalan. Nanas yang diproses secara minimum mengekalkan ciri asal buah tersebut dari segi warna, bau dan rasa. Menerusi idea dan teknologi pemprosesan secara minimum ini maka buah nanas boleh disimpan selama dua minggu pada suhu dua darjah Celsius, satu minggu pada suhu 10 darjah Celsius dan dua hari pada 25 darjah Celsius. Antara kelebihan nanas yang diproses berbanding buah yang masih berkulit ialah ia boleh dijual dalam kuantiti yang banyak. Jadi agihan pasarannya lebih luas berbanding dijual secara terus dari ladang. Melalui kaedah yang sesuai hirisan nanas boleh disediakan dalam kuantiti yang banyak dan agihan pasaran meluas dapat dirancang bagi pasar raya tempatan serta eksport. Teknologi berkenaan telah diuji apabila produk yang dihasilkan telah di eksport melalui udara ke Belanda dan menggunakan kontena sejuk ke Singapura. Setakat ini kualiti produk didapati masih segar walaupun berada seminggu di premis jualan. Salah satu syarikat yang menjual buah Nanas MP ini adalah KPF Sdn Bhd yang menggunakan jenama ''MELITA" yang berpengkalan di Ulu Tiram, Johor dan kini diedarkan diseluruh negara (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog yang melawat ladang tersebut juga dimaklumkan penerimaan pengguna terhadap buah nanas MP ini amat menggalakkan. 

Pengalaman penulis blog mendapati buah nanas yang digunakan bagi pemprosesan minimum ini perlu dipilih mengikut kematangan yang ditetapkan bagi kombinasi rasa selain ketahanan semasa menyimpan. Nanas MD2 adalah antara varieti nanas yang paling sesuai dibuat proses MP ini kerana ia memberikan rasa manis, tidak lidas dan lebih baik aromanya. Penyediaan nanas melalui kaedah ini melibatkan beberapa langkah. Ia bagi memastikan produk akhir berkualiti serta mempunyai tahap ketahanan dan selamat dimakan. Pemilihan bermula di peringkat ladang lagi dimana buah yang rosak tidak sesuai diproses secara minimum. Selalunya dalam teknologi ini menggunakan bekas polipropilena serta kotak penebat yang dilapisi bekuan terma sesuai bagi pembungkusan pukal semasa buah nanas ini didalam proses penyimpanan, pengangkutan dan jualan (Sila lihat foto disebelah)Bagaimanapun buah nanas yang diproses secara minimum mudah rosak akibat serangan bakteria, kulat atau yis jika kurang sanitasi. Kaedah dalam pengendalian yang tidak cermat dan tidak bersih semasa proses penyediaan seperti membuang kulit dan memotong boleh menyebabkan pencemaran bakteria berbahaya seperti Salmonella, Escherichia coli dan Vibrio cholera. Oleh itu Syarikat KPF sentiasa menyimpan buah nanas jenama MELITA siap potong ini didalam bilik sejuk semasa proses penghantaran dan jualan.

Dalam pada itu kini telah dicipta Mesin Membuat Jem Nanas yang dikenali dengan nama ''Mesin Nanas 3 dalam 1'' telah pun diperkenalkan oleh UPM. Foto disebelah menunjukkan Rosnah Shamsudin membuat demonstrasi mengupas kulit dan empulur nanas menggunakan "Mesin Nanas 3 dalam 1" ciptaannya di Universiti Putra Malaysia baru-baru ini seperti dilaporkan akhbar tempatan. Kini bagi para pengusaha jem, kuih-muih dan makanan berasaskan nanas  mampu menjimatkan masa memproses nanas berikutan penciptaan mesin memproses nanas ini. Mesin ciptaan penyelidik di Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, Fakulti Kejuruteraan UPM, Dr. Rosnah Shamsudin mempunyai tiga fungsi utama iaitu untuk mengupas kulit, membuang empulur serta memotong buah nanas. Menurut Rosnah, berdasarkan maklumat daripada KP Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB) kini hampir kesemua usahawan berkaitan nanas seperti pengusaha jem, kuih-muih dan nanas dalam tin masih memproses nanas secara manual. Jika mesin ini dikomersialkan beliau yakin ia mampu menjimatkan kos buruh untuk mengupas buah nanas. Alat ini disasarkan kepada semua pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) seperti penjual buah nanas segar, pengusaha nanas dalam tin serta usahawan tat, sos, jem dan jus nanas. Penelitian penulis blog mendapati diantara  komponen mesin tersebut diperbuat daripada besi tahan karat yang mampu memanjangkan hayat mesin. Ia juga didakwa lebih selamat, bersih dan boleh digunakan di rumah serta mampu dimiliki kerana 100 peratus buatan tempatan. Diantar kelebihan mesin bru tersebut ialah ia dapat untuk meningkatkan pengeluaran dan pendapatan pengusaha selain jaminan kos pembelian yang murah. Dinyatakan lanjut dimana kos penyelidikan dan pembangunan mesin itu ialah RM5,000 tetapi kos pasarannya belum ditentukan. Mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai mesin itu boleh menghubungi talian 03-89471286. Semuga tulisan kali ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!...
MESIN PROSES NANAS...APA DIA...
MINIMUM PROCESS... SUDAH LAMA...
KPF PASARKAN... JENAMA MELITA..
MEMBUAT JEM NANAS... MUDAHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(8 Syaaban 1439H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

  1. Saya punya pesan penting mengenai bagaimana saya memperoleh pinjaman dari pemberi pinjaman yang memiliki reputasi baik setelah pengalaman yang sulit dengan orang-orang yang melakukan penipuan. Pemberi pinjaman Best Loan membantu saya memperoleh pinjaman, dan saya sangat menyarankan untuk menghubungi mereka jika Anda membutuhkan bantuan keuangan. Anda dapat menghubungi mereka melalui email di pedroloanss@gmail.com atau WhatsApp di +393510140339. Jangan ragu untuk menghubungi mereka dan mengucapkan terima kasih kepada saya nanti. Percayalah, mereka tidak akan mengecewakan Anda. Terima kasih. - Nazgul William.

    BalasPadam

 
Top