BERAS WANGI DITANAM DI TANGKAK?... Mungkin ramai dikalangan orang tempatan di sekitar Bandar Tangkak dan Muar, Johor masih kurang mengetahui dimana telah ada pengeluaran beras wangi dikawasan mereka. Kunjungan penulis blog ke Pejabat Pertanian Daerah Tangkak, Johor disambut oleh pegawai kanan yang juga bekas kakitangan saya semasa bertugas di Daerah Muar dan Ledang dahulu. Daerah Tangkak merupakan daerah baru dinamakan semula dimana sebelumnya dikenali dengan Daerah Ledang yang berpecah dengan Daerah Muar. Saya berkesempatan untuk menjadi Pegawai Pertanian Pertama di Daerah Ledang dan pada masa sama menjalankan tugas sebagai pegawai pertanian Daerah Muar juga. Keluasan Sawah di Daerah Tangkak pada keseluruhannya adalah 527.73 hektar dengan jumlah pesawah seramai 396 orang (Sumber: Risalah Taklimat kepada TKPP, Pejabat Pertanian Daerah Tangkak, 2019). Terdapat 5 skim pengairan Luar Jelapang di daerah ini iaitu Skim Sawah Kesang Gate, Skim Pengairan Kesang Tasek, Skim Pengairan Teluk RImba, Skim Pengairan Sawah Ring dan Skim Pengairan Pulau Penarik. Penulis blog juga pernah bersawah di Skim Pengairan Sawah Ring bersama arwah bapa pada tahun 1973-1975. Taklimat oleh En Fauzi semasa lawatan saya ada menyatakan di Daerah Tangkak ditanam seluas 65 hektar padi wangi iaitu varieti MRQ76 melibatkan 23 peserta telah dilaksanakan selama 4 musim. Dua sawah yang terlibat adalah Sawah Kesang Tasek seluas 25 hektar dan juga Sawah Teluk Rimba seluas 40 hektar. Penulis blog diberitahu ia merupakan sebahagian daripada projek EPP 9 berkaitan beras wangi yang dijalankan di Malaysia. Artikel subuh ini dalam blog ''Anim agro Technology'' saya menulis satu info terbaik berkaitan konting, amalan agronmi, penghasilan dan sebagainya mengenai penanaman padi wangi di Daerah Tangkak untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.
Teknologi penanaman padi wangi di sini menggunakan Teknologi Transplanter bagi tujuan mengurankan kejadian padi angin serta kawalan rumpai dan kawalan penyakit dengan sangat berkesan serta mengurangkan kadar penggunaan benih. Amalan dilakukan hanya menggunakan sebanyak 60kg/ha benih padi wangi berbanding dengan kadar sebanyak 160 kg/ha untuk amalan sebelum ini dengan kaedah tabur terus. bagaimana pun diberitahu dimana beinh padi wangi disini ada 3 kategori iaitu Benih Padi Asas, benih Padi Daftar dan juga Benih Padi Sah. Benih padi asas hany diperolehi daripada pihak MARDI dengan kos RM72.00/20 kg dipintu kilang MARDI di Pulau Pinang. Dalam pada itu harga bagi benigh padi daftar adalah sebantak RM54.00/20kg bungkusan 20 kg juga. Benih padi daftar dihasilkan daripada pengeluar yang tidak ada subsidi kerajaan. Benih Padi Sah MRG76 dijual pada RM28.00 /20 kilogram (tanpa subsidi kerajaan) atau RM20.60 / 20 kg (dengan subsidi harga kerajaan). Masaalah benih padi wangi sering menjadi perbualan dikalangan pesawah untuk membelinya dan juga penentuan kualitinya. Selain darpada varieti MRQ76 yang telah ditanam di Sawah kesang Tasek, dilaporkan terapat beberapa varieti padi lain dalam penelitian LVT oleh MARDI seperti MR316, MR310, MR315, MR 321, MR319, MR 303, MR 307, MR320, MRQ105, MRQ 104 dan MRQ73. Penanaman padi wangi menggunakan benih yang telah disahkan sahaja untuk menjada kualitinya.
Amat penting didalam teknologi penanaman padi bagi mengetahui kaedah penanaman sama ada Kaedah Tabur Terus atau Kaedah gunakan Transplanter. Di Sawah Kesang Tasek dan Sawah Teluk Rimba mereka disyorkan untuk menggunakan transplaster bagi menanam padi MRQ76 ini. Benih padi wangi yang telah disemai menggunakan tray semaian di sediakan dahulu dengan kadar benih bagi satu hektar sebanyak 60 kg bersamaan dengan 3 bag benih (Sila lihat foto disebelah). Kemudian benih tersebut akan dibawa dengan jentera menanam untuk menanam dalam barisan. Disini memang tidak ada upah menabur tetapi kadar sewa jentera dan upah menanam gunakan transplanter sebanyak RM1,200 sehektar. Kawalan rumpai dibuat apabila tanaman berumur 15 hari ditanam dengan semburan racun rumpai dengan kos RM140. Jumlah kos dibelanjakan untuk sehektar penanaman padi wangi menggunakan transplanter adalah RM1,340 sehektar. Bagaimana pun ada dikalangan pesawah cuba menanam dengan kaedah tabur terus untuk padi MRQ76 ini dimana jumlah kos terlibat adalah sebanyak RM1,244 sehektar. Kadar penggunakan benih untuk tabur terus adalah RM140 kg atau bersamaan dengan 7 beg benih. Kos benih sahaja adalah sebanyak RM196 (7 beg benih dengan RM28/beg). Kajian lain mendapati bagi penanaman padi varieti lain kos penanaman yang terlibat hanya sebanyak RM936/hektar.
Mesin Penanaman Padi Transplanter ini hanya ada 1 unit di daerah Tangkak dan perlukan 2 unit lagi untuk mempercepatkan proses penanaman. Dua buah lagi mesin transplanter buat masa ini adalah disewa daripada operator dari Kuala Selangor setiap musim penanaman padi wangi. Operator tempatan melakukan penanaman dalam masa 45 minit seekar sedangkan operator dari Kuala Selangor hanya perlukan masa 25 minit sahaja (Sila lihat foto disebelah). Keadaan pengawalan paras air semasa hendak menanam amat penting sekali bagi mempastikan kadar pertumbuhan padi subur dari peringkat awal penanaman. Kawalan air dalam sawah sangat signifikan didalam usaha mempastikan produktiviti padi wangi ini optima kerana terdapat kes pesawah yang memberikan air banyak mejejaskan hasil padi ini. Didakwa belum ada serangan penyekit dan perosak serius dalam penanaman padi wangi di Tangkak ini dalam 3 musim penanaman. Pembajaan dilakukan mengikut 'rice check' penanaman padi wangi yang disediakan oleh Jabatan Pertanian dengan MARDI (Sila lihat foto di bawah). Pada masa lawatan penulis tanaman padi wangi disini diperingkat awal penanaman Luar Musim 2019.
Daripda rekod Jabatan Pertanian Daerah Tangkak, mereka telah berjaya mengutip data penanaman padi wangi untuk Luar Musim 2018 dan Musim Utama 2018/ 2019. Produktiviti pada luar muism 2018 dilaporkan seluas 15 hektar ditanam padi wangi yang memberikan purata hasil 5.09 mt sehektar. Produktiviti lebih tinggi untuk penghasilan padi wangi Musim Utama 2018/2019 yang menanam seluas 25 hektar dengan purata hasil sebanyak 5.42 mt/ha. Semua hasil diproses dan dijual dengan harga subsidi padi adlah RM1.40 sekilogram akan tetapi mereka terpaksa membuat pembungkusan dalam kampit dengan kuantiti 1 kg/kampit dijual dengan harga kilang pada RM4.50 sekilogram. Harga subsidi padi untuk varieti lain di daerah Tangkak seperti padi varieti MR220CL, MR269 dan Mardi Siraj mereka dapat jual dengan harga RM1.20 sekilogram. Daripada analisa kasar anggaran ekonomi pulangan dijangka sekitar RM7,000 bagi setiap unit penanaman. Apabila kos pengeluaran padi sebanyak RM 1,340 sehektar maka anggaran pendapatan kasar adalah sebanyak RM5,660 sehektar untuk jangkamasa penuaian selama 112 hari. Bagaimana pun jika dapat harga runcit sekitar RM4.50 (selepas dipek kecil-kecil) maka kadar pendapatannya adalah meningkat.
Peenulis blog bagaimana pun ingin merujuk kepada laporanmeedia tempatan bertajuk ''Lambakan beras wangi MRQ 76'' dimana seramai 400 pesawah perintis padi baharu di Ledang, Johor terjejas pada tahun 2018. Akhbar mempaparkan foto Abddullah RASHIDI (kiri sekali) bersama Pengarah Urusan Kilang Jelapang Selatan, Mujahid Che Hamid (tengah) dan seorang pesawah dari Kesang Tasek, Sulaiman Wagimin menunjukkan beras wangi tempatan daripada varieti MRQ 76 di Pejabat Pertanian Ledang di Tangkak (Sila lihat foto disebelah). Berita dari Daerah Ledang ini nyatakan seramai 400 pesawah di sini yang merupakan kumpulan pertama menanam beras wangi varieti MRQ 76 berdepan masalah lambakan kira-kira 400 tan metrik beras berkenaan yang tidak berjaya dijual. Pegawai Pertanian Daerah Ledang, Abdullah Rashidi berkata, setakat ini hanya 10 tan metrik beras wangi berkenaan telah terjual atau kira-kira dua peratus sahaja dalam pasaran selepas dituai dan dipro�ses hujung tahun lalu. Antara sebab utama ialah kera�na masih ramai yang tidak menge�tahui kewujudan beras ini yang terhasil menerusi penyelidikan Ins�titut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) ada dijual di negeri ini. Pengguna boleh mendapatkan beras ini di Pejabat Pertanian daerah dan Kilang Jelapang Selatan (M) Sdn. Bhd., di Jalan Salleh, Muar,� katanya ketika ditemui di Pejabat Pertanian Ledang, Tangkak di sini, hari ini. Daerah ini menjadi perintis memperkenalkan penggunaan varieti padi baharu itu untuk menghasilkan beras wangi dalam usaha menampung ke�perluan domestik selain me ngurangkan import sehingga lima peratus setahun. Ledang menyumbang kira-kira 70 peratus beras bagi negeri ini dan keistimewaan varieti tersebut menghasilkan beras seroi atau pe roi yang jenisnya lembut, melekit, sedikit berketul seperti beras wangi Jasmin dan tekstur nasinya serupa dengan yang diimport. Abdullah berkata, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) juga memberi kebenaran menjual beras itu di Pasar Tani dan berminat bekerjasama dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) untuk tujuan pemasaran. Katanya, beras itu ditanam di daerah ini pada 2013 di empat kawasan sawah, iaitu Kesang Tasek, Kesang Gate, Teluk Rimba dan Sawah Ring yang melibatkan keluasan 350 hektar daripada keseluruhan 600 hektar sawah di sini. Pengguna tidak perlu meragui kualiti beras tersebut dan antara kelebihannya adalah kandungan dalam bungkusan adalah 100 peratus beras wangi tanpa campuran beras lain, atanya. Menurutnya, padi yang dituai akan dihantar ke makmal terlebih dahulu sebelum diproses untuk memastikannya tidak tercemar dengan racun serangga dan kulat serta langsung tidak mengandungi logam berat. �Pengguna bukan hanya boleh makan beras ini yang lebih segar kerana terus diproses selepas di tuai, malah harga�nya jauh lebih rendah, iaitu RM4 berbanding beras wangi import yang mencecah RM6.50 sekilogram,� kata beliau sambil memberitahu pihaknya bercadang menamakan produk itu sebagai Beras Wangi Sri Ledang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam..!!!
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan