SABIT atau PENYABIT merupakan sejenis alat seperti pisau yang bengkok diperbuat daripada besi yang digunakan bagi memotong rumput atau dahan kayu. Mata pisau sabit yang membengkok mempunyai pemegang yang biasanya dibuat daripada batang kayu atau pun logam yang kuat. Apa yang disambung sebagai pemegang sabit dari batang kayu pemegang ini bergantung kepada cara menggunakan sabit sama untuk memotong rumput dengan mencangkung atau memotong rumput dengan berdiri. Penelitian penulis blog dahulu pada awal 1960-1970'an penggunaan alat sabit ini dapat dilihat oleh pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) yang potong rumput ditepi jalan dan tukang kebun di sekolah yang potong rumput dipadang bola sekolah. Mereka lazimnya menggunakan sabit rumput yang mempunyai pemegang yang panjang. Mereka akan menghayun sabit 360 darjah (full swing) seperti bermain golf memotong rumput. Bagaimana pun kini generasi 2Y tidak tahu akan penggunan alat sabit sebaliknya aktiviti memotong rumput sudah digantikan dengan Mesin atau Trektor potong rumput yang moden dan cepat. Artikel malam ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis satu alatan tradisional lama iaitu SABIT untuk kawal rumpai dikebun atau pun membuang rumpai disekeliling kawasan rumah untuk pengetahuan pembaca semua.
Dalam industri penanaman padi peranan sabit dahulu memang sangat kritikal untuk kerja-kerja memotong batang padi semasa menuai. Tanaman Padi (Oryza sativa) ditanam semenjak dahulu dimana ia penting untuk tujuan mempastikan bekalan beras negara mencukupi. Walau pun kadar SSL beras masih kekal sekitar 70% tetapi kerajaan meneruskan tanaman strategik ini untuk kedaulatan makanan negara dengan memberikan banyak subsidi dan insentif. Keluasan kawasan tanaman padi seluas 600,000 hektar setahun kini banyak menggunakan jentuai (Combine harvester) untuk menuai padi menggantikan sabit. Sabit Padi diperbuat dari mata misau bengkok dengan ada mata seperti mata gergaji dan tangkai daripada kayu. Batang padi masak digengam dan ia kemudian dipotong dibawahnya serta dikumpulkan dalam satu susunan (Sila lihat foto disebelah). Kemudian rumpun batang padi yang diikat dan dibawa kepada alat khas untuk dibanting diatas 'Pembanting Padi' yang akan meleraikan biji padi dengan tangkai padi. Kerja memotong padi menggunakan sabit ini kini telah pun jarang digunakan kerana bagi kawasan utama jelapang padi. Sabit Padi masih digunakan untuk kawasan sawah yang bersaiz kecil, kawasan pendalaman dan juga menuai padi bukit atau padi huma yang ditanam dipendalaman Perak, Pahang dan di Sarawak serta di Sabah.
Penternak Lembu dan Kambing adalah kumpulan yang menggunakan sabit rumput untuk memotong rumput bagi tujuan mendapatkan makanan ternakan dalam kandang. Rumput dari jenis Rumput Napier, Rumput Kerbau, Rumput Selaput Tunggul dan berbagai jenis rumput lagi perlu untuk dipotong dengan sabit, diikat dan dibawa ke lokasi ternakan ruminan iaitu kandang ternakan. Rumput segar ini didapati dapat membekalkan nutrien kepada ruminan disamping makanan tambahan lain seperti pelet makanan haiwan. Sabit yang digunakan untuk memotong rumput bagi ternakan ruminan terdapat dalam berbagai bentuk dan saiz. Ada yang panjang dan ada yang bersaiz pendek dengan tangkai yang panjang. Penanaman rumput napier secara komersil kini mendpat galakkan daripada kerajaan untuk meningkatkan lagi pengeluaran dagig dan tenusu. Bagaimana pun kini cara menuai rumput napier telah menggunakan jentera khas yang disambung pada trekto dan terus dibawa kekandang lembu. Terdapat juga rumput napier yang telah dipotong diproses untuk menjadi hay (rumput kering) dan juga dijadikan Silaj.
Teknologi memetik buah kelapa sawit di Malaysia dan membuang pelepah daun (pruning) sehingga kini masih lagi mereka menggunakan sabit. Walau pun ada beberapa inovasi untuk memotong tandan buah kelapa sawit bagi pokok yang tinggi melebihi pemotong buah tetapi penggunaan galah yang ada sabit dihujungnya masih menjadi kaedah paling cekap, murah dan efektif. Pokok kelapa sawit yang masih muda dimana buahnya masih rendah dituian dengan menggunakan 'penyodok tajam' untuk memotong pelepah dan tandan buah. Bagaimana pun pokok kelapa sawit dewas mesti menggunkan galah bersabit (Sila lihat foto disebelah). Sabit Kelapa Sawit agak lebar matanya dan tebal serta sangat tajam. Sabit ini diikat kukuh pada galah yang panjang (sehingga lebih 50 kaki) sama ada menggunakan buluh atau paling sesuai galah diperbuat dari logam Aluminium Ringan. Aluminium ini boleh di sesuaikan pemasangannya yang terdiri dari sistem yang boleh dibuka-pasang agar mudah dibawa keladang sawit. Kemahiran pekerja pemotong buah menggunakan sabit sangat penting untuk mempastikan tandan buah dipootong dengan cepat dan selamat tanpa minimpa pemotong buah. Sabit Kelapa Sawit sangat 'signifikan' didalam industri tanaman kelapa sawit sehingga kini dan masih sama teknologinya.
Sabit juga digunakan didalam aktiviti memetik buah-buahan tempatan dan juga buah kelapa (terutamanya kelapa muda). Kelapa Pandan (CN6) merupakan jenis kelapa yang amat sesuai untuk dituai meggunakan sabit dan diturunkan dengan tali agar biji kelapa tidak pecah. Air Kelapa Pandan yang mempunyai bau pandan amat enak diminum dimana kajian penulis mendapati sebiji kalapa pandan dikebun dijual dengan harga RM1.80 sebiji. Buah seperti rambutan, jering, petai, pulasan, mempelam, pulasan dan sebagainya kadang-kadang di petik menggunakan sabit. Ada alat pemotong buah yang selalu digunakan untuk memetik buah rambutan iaitu 'jenis gunting pemangkas' yang ada tali bergalah panjang. Penggunaan sabit di Malaysia memang masih perlu dalam bidang pertanian. Sabit dibuat oleh tukang-tukang besi tempatan yang kebanyakannya untuk pasaran tempatan sahaja. Harga sebilah sabit bergantung kepada saiz, jenis dan kesukaran membuatnya. Besi dari rantai mesin gergaji atau 'Spring Lori' merupakan jenis besi yang paling baik untuk dibuat sabit kerana ketahanannya, ketajamannya dan kelenturannya. Semuga artikel ini memberikan sedikit ilmu kepada pembaca dalam nim agro technology kali ini. Wasallam!!...
NAMANYA SABIT...SANGAT BERGUNA...
INDUSTRI SAWIT...PENTING ALATNYA...
BUATAN TEMPATAN...BUATAN CHINA...
HARGANYA MURAH...PAKAINYA LAMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1920, Executive Floor,
Hotel Renaisance,
Kota Bharu, Kelantan,
Malaysia.
(4 Muharam 1439H)
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan