Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
PARANG merupakan sejenis alatan yang penting untuk digunakan didalam kebun nanas. Terdapat pelbagai jenis parang yang digunakan oleh pekebun nanas didalam mereka mengurusakan aktiviti perkebunan mereka. Alatan lain yang sering digunakan dikebun nanas adalah Pam Penyembur, Cangkul, Tajak, Bakul Tuaian Hasil, Pisau, Baldi dan juga beberapa lagi. Parang yang diperbuat daripada logam besi mempunyai pelbagai bentuk, saiz, bahan logam digunakan, sarung dan fungsi yang berlainan. Foto diatas adalah jenis parang milik Wak Roslan di Kg Jenjarum, Banting, Selangor yang mana ia bengkok dihujungnya yang mempunyai hulu pemegang kukuh untuk mencantas, memotong buah, memetik hasil dan sebagainya. Parang ini seberat 350 - 400 gram perlu diasah dengan batu asah untuk mempastikan ianya tetap tajam untuk mudah digunakan dalam kebun. Parang jenis ini amat sesuai untuk membelah buah nanas dan membuang anak-anak pokok yang tidak dikehendakki dalam kebun nanas. Ia mempunyai sarung parang yang unik bertujuan untuk simpanan dan keselamatan pengguna. Adalah menjadi satu kemestian setiap pekebun nanas ini mempunyai parang yang tajam untuk pelbagai aktiviti. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai parang yang sering digunakan didalan kebun nanas sebagai satu jenis alat yang penting.


Antara jenis parang dikebun nanas yang digunakan adalah parang panjang atau parang pendek atau diantara keduanya. Parang Panjang biasanya mempunyai ukuran panjang 1 meter dengan hulunya bengkok dibuat daripada besi keluli yang tahan dan tajam (Sila anda lihat foto disebelah). Parang panjang ada dijual dikedai pertanian atau kedai tukang besi yang mempunyai pelbagai rekabentuk tetapi yang paling biasa seperti foto disebelah. Harga parang panjang sekitar RM 50 - RM80 satu bilah bergantung kepada jenama, kualiti keluli dan juga ketajamannya. Parang panjang ini lazimnya aa hulu dibuat daripada getah atau plastik dengan membengkok agar ia kuat dipegang semasa menggunakannya dalam gengaman. Penanam nanas amat suka gunakan parang panjang jenis ini terutama dikawasan kebun nanas yang banyak duri. Ia sesuai untuk memotong daun nanas selepas buahnya diambil (Pancah) atau sesuai digunakan untuk memetik buah nanas yang matang juga. Tujuan daun nanas dibuang selepas buahnya diambil adalah untuk membolehkan ia mengeluarkan sulur tanah pada pokok induk bagi dijadikan benih tanaman. Paramh Panjang amat perlu ditajamkan dengan menggunakan 'batu asah' terutama dibahagian atasnya. Memang mudah menggunakan parang panjang dikebun nanas tetapi perlu berhati-hati ketika menggunakan kerana boleh mencederakan jika tidak dikawal baik.


Jenis Parang Pendek adalah parang yang perlu dibawa kekebun nanas dan disisipkan didalam sarungnya yang selalu diikat pada pinggang. Terdapat banyak jenis rekabentuk parang pendek daripada bentuk biasa yang tradisional sehingga kepada bentuk yang unik dan canggih (Sila lihat foto disebelah). Parang ini lazimnya mempunyai ukuran panjang kurang 0.5 meter dengan mempunyai pemegang pada hulu daripada kayu teras atau plastik padu. Parang Pendek lebih selamat digunakan dikebun nanas kerana ia selalunya disimpan didalam sarung parang ketika membawanya. Ia sesuai digunakan untuk memetik buah, memotong sulu anak dan juga membelah buah nanas dikebun. Ada jenis parang pendek yang harganya melebihi RM200 sebilah tetapi lazimnya jenis yang biasa dijual sekitar kurang RM100 saja. Bagi sesetengah pekebun nanas mereka lebih suka jenis parang yang tidak panjang dan tidak pendek yang penulis blog gelarnya sebagai 'Parang Seteng' bermaksud 'Parang Setengah Panjang'. Parang Seteng ini lebih sesuai digunakan dikebun nanas untuk kesemua kerja didalam kebun seperti pada foto paling atas sekali. 


Kedua-dua jenis parang untuk kegunaan kebun nanas perlu diasah (Sharpening) bagi menjamin ketajamannya. Jika parang tersebut tumpul maka ia menjejaskan aktiviti menebas, memotong atau membelah yang ingin dilakukan. Kesan parang yang tumpul menyebabkan daun tidak putus atau perlu melakukannya berkali-kali yang mana ia adalah memenatkan. Parang yang tajam juga sesuai untuk tujuan membuang kulit buah nanas dan memotong buah nanas dikebun untuk membuat ujirasa atau kerja lain berkaitan. Ada juga penanam nanas yang pernah penulis jumpa menggunakan alat seperti parang panjang tetapi sebenarnya adalah sebilah 'pedang'. Dakwa petani ini alat seperti pedang ini lebih baik dan efektif digunakan dalam kebun nanas terutama untuk memotong daun nanas selepas menuai hasilnya. Parang dalam kebun nanas merupakan satu alat yang pertanian yang penting didalam amalan teknologi penanaman nanas. Semuga rencana ini mempu memberikan info berguna kepada pambaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..

DIKENALI PARANG... BANYAK JENISNYA...
DARI BESI KELILI...PARANG DIBUATNNYA...
MEMBANTU PEKEBUN...AMAT BERGUNA...
PERLU DIASAH... AGAR TAJAM SENTIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 530, Hotel Dorsett,
Putrajaya, WP,
Selangor, Malaysia.
(26 Zulhijjah 1438H)
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top