BAKUL TUAIAN NANAS merupakan satu alat yang penting digunakan dalam industri penanaman nanas. Bakul nanas ini selalunya digunakan oleh petani dan pekerja upahan dalam mengumpul mengisikan buah nanas didalamnya sebelum dihantar ke pusat pengumpulan. Memang bukan mudah untuk memetik buah nanas kalau tidak ada bakul seperti ini yang diletakkan dibahagian belakang pemetik buah nanas. Terdapat banyak jenis dan bahan yang digunakan untuk membuat bakul tuaian buah nanas seperti bakul yang dibuat daripada Plastik, Buluh, Rotan, Kanvas dan sebagainya. Penulis bloh bagaimana pun mendapati bakul yang paling popular dikalangan penanam nanas di Malaysia adalah yang diperbuat daripada Rotan. ROTAN merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Palma dari suku Calameae yang mempunyai 17 genus dan sekitar 611 spesies. Tumbuhan ini ada dalam hutan malar hijau kawasan tropika termasuk di Malaysia dan digunakan dalam industri perabut, hiasan serta lain-lain kegunaan. Penggunaan bahan asas rotan ini kerana ia merupakan jenis bahan yang amat tahan lasak berbanding dengan material lain. Bahan buluh juga ada yang digunakan didalam membuat bakul tuaian nanas seperti di negara jiran Indonesia. Terdapat beberapa jenis buluh yang sesuai dianyam untuk dijadikan bakul tuaian nanas. Ia adalah lebih murah daripada bakul yang dibuat daripada rotan. Bakul ini perlu dikendong dibahagian belakang pemetik buah dengan dua tali mengikat dibadan. Lazimnya jumlah buah yang boleh diisikan kedalam bakul adalah diantar 10 - 15 biji bergantung kepada varieti, saiz dan juga jambul. Pemetik hasil perlu ada kemahiran untuk memotong tangkai buah dan seterusnya mencampakkannya kedalam bakul dibelakangnya (Sila lihat foto diatas). Apabila sudah penoh maka ia akan dihantar kepada lokasi atau bekas pengumpulan dikebun nanas. Artikel malam ini saya berrkesempatan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis alat penting kepada oenanam nanas iaitu Bakul Tuaian Nanas sekadar untuk dijadikan bahan rujukkan anda.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Kini telah ada jentera untuk memetik buah nanas tetapi tahap penggunaannya terhad dikawasan perladangan luas yang komersil dibeberapa negara. Jentera ini diciptareka untuk memetik, mengumpul dan seterusnya menggred buah nanas yang dituai diladang secara automatik sepenohnya atau separa-automatik (Sila lihat foto disebelah). Mesin ini ada digunakan di Brazil dan beberapa negara pengeluar nanas utama dunia walau pun ianya masih menggunakan teknologi ubahsuaian terutama semasa memotong buah nanas dan meletakkannya melalui conveyor dan dihantar ke treller hasil. Alat jentera ini masih kurang digunakan di negara kita kerana tiada loksai penanaman luas diatas tanah rata yang keras. Kebanyakan petani sedia ada adalah secara kecil-kecilan atau sederhana sahaja yang belum sesuai menggunakan jentera ini. Kawasan tanah gambut juga tidak membolehkan jentera seperti ini mudah terbenam dalam tanah gambut. Bagaimana pun beberapa prototaip mesin tuaian nanas ada digunakan oleh beberapa penanam nanas.
Penulis blog baru-baru ini melawat kebun tanaman nanas varieti Crsytal Honey (Masih lagi belum didaftarkan dibawah Senarai National Variety Listing, Jabatan Pertanian Malaysia). Dengan gunakan Handphone OPPO ia mampu hasilkan foto yang jelas (Sila lihat foto disebelah) dikebun nanas di Alor Gajah, Melaka. Bakul Tuaian Nanas yang dibuat oleh orang asli berdekatan Tampin, NS ini menggunakan bahan rotan yang dianyam dan dipasang dengan kain untuk bakul dikendong. Penulis blog dapati ia amat tahan lama semenjak digunakan dikebun nanas ini iaitu sudah hampir 5 tahun lamanya. Bakui rotan ini menggunakan rotan tua dan dianyam bersilang dan mampu membawa muatan sekitar 10 - 20 kg bergantung kepada saiz buah dan varieti serta kaedah pasaran. Bagi buah kecil ia mampu diisi dengan kapasiti 8 - 10 biji nanas sahaja tetapi bagi nanas sederhana saiznya boleh membawa muatan sekitar 16 kg. Bakul jenis ini dibeli dengan harga RM150 - RM180 sebuah daripada pembuat anyaman rotan di sekitar Tampin. Ia diikat dengan dua tali leper daripada kanvas pada asalnya tetapi telah terputus setelah 3 tahun digunakan. Kini kain perca dipintal-pintal dan digunakan sebagai tali yang juga agak kukuh.
Penuaian nanas di negara jiran Indonesia juga mereka menggunakan bakul tuaian nanas yang mana besar dibahagian atas dan kecil dibahagian bawahnya (Sila lihat foto disebelah). Bakul ini didapati mampu diisi dengan jumlah sekitar 10 -15 biji buah nanas bergantung kepada jenis nanas dan saiz buah nanas. Pengendalian diperingat tuaian ini amat penting dilakukan dengan baik agar buah tidak cedera semasa memetik dan mengangkut dengan baik. Jika buah nanas ini cedera maka ia akan rosak pada proses lepas tuai berikutnya. Ia perlu diangkut dengan baik sehingga keperingkat kilang atau pun dijual segar kepada pengguna. Lazimnya kadar kerosakkan buah nanas rendah jika pada peringkat tuaian awal dikendalikan dengan baik. Buah yang telah dipetik ini perlu dikumpulkan untuk tujuan digredkan mengikut saiz, kerosakan dan juga destinasi pasaran. Buah nanas yang dipotong dan dijaga dengan baik tahan beberapa minggu untuk dipasarkan. Bagi jenis nanas Josapine, N36, Md2 dan beberapa varieti lagi ia perlu diasingkan mengikut varieti sebelum dinaikkan keatas lori pemasaran.
Terdapat juga bakul tuaian daripada plastik yang digunakan untuk memungut buah nanas seperti petani di Ivory Coast (Sila lihat foto disebelah). Mereka akan terus menyusun bakul plastik tersebut dalam barisan tanaman. Buah yang dippetik akan dimasukkan dalam bakul plastik tersebut dan kemudian akan diangkat kepusat pengumpulan buah. Kaedah menggunakan bakul plastik ini juga disesuaikan dengan jentera semi automatik untuk disusun dengan lebih mudah dan cekap. Penuaian buah nanas adalah peringkat yang penting kerana jika buah tidak dikendalikan dengan baik maka ia akan menyebabkan buah rosak dan akhirnya merugikan petani. Walau pun usaha untuk menyesuaikan teknik penuaian nanas masih dikaji dan diteruskan terutama untuk kawasan tanah gambut tetapi ia memerlukan masa agak lama dinegara kita. Menanam nanas adalah aktiviti yang menguntungkan jika buah nanas yang dihasilkan berkualiti dan boleh dijadualkan masa menuai. Permintaan nanas segar seperti untuk Nanas Premium MD2 kini semakin meningkat permintaannya dikalangan pengguna di Malaysia. Teknik penanaman, amalan agronomi dan cara menuai yang betul akan membolehkan industri ini terus berkambang dimasa akan datang. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!..
MENUAI NANAS... BAKUL DIGUNA...
DARI ROTAN... BULUH PUN ADA...
MESIN MODEN...MAHAL HARGANYA...
BUAH BERKUALITI... TUJUAN UTAMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 530, Hotel Dorsett,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(17 Zulhijjah 1438H)
YB Menteri Pertanian dan Exco Pertanian Johor menggunakan bakul nanas. |
DARI ROTAN... BULUH PUN ADA...
MESIN MODEN...MAHAL HARGANYA...
BUAH BERKUALITI... TUJUAN UTAMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 530, Hotel Dorsett,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(17 Zulhijjah 1438H)
Catat Ulasan