HALIA BENTONG CECAH RM30 SEKILOGRAM... hebat, begitulah tajuk sebuah akhbar tempatan baru-baru ini iaitu akhbar KOSMO!. Halia Bentong merupakan sejenis tanaman umbisi yang telah lama dilakukan oleh pekebun-pekebun kecil di Daerah Bentong, Pahang sejak berpuloh tahun dulu. Halia ini mendapat nama 'Halia Bentong' kerana kualitinya dan kaedah penanamannya dikawasan tanah tinggi berbukit bukau sehingga menerima anugerah peringkat dunia iaitu sebagai 'Geographical Indentification' untuk jenis halia dari kawasan ini. Kini halia menjadi ramuan penting di dalam hidangan sup dan herba membuatkan halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale bernilai tinggi malah membuka pasaran eksport ke luar negara seperti China. Tanaman dari keluarga Zingiberaceae ini perlukan masa selama setahun untuk dituai dan tanah tersebut kemudian ditinggalkan untuk penanaman berikutnya. Akibat dari harga dan permintaan yang hebat maka ia telah memberi inspirasi kepada Projek Tanam Semula Berkelompok (TSB) Sungai Dua, Karak, Pahang untuk mengusahakan tanaman ini sejak tahun lalu yang melibatkan 50 hektar di Gunung Karak. Menurut salah seorang pengusaha halia di TSB Sungai Dua iaitu En Rahimi Idris berumur 31 tahun, tanaman itu kini telah menjadi satu sumber pendapatan baharu memandangkan sebelum ini dia hanya mengusahakan tanaman getah, buah-buahan serta sayur-sayuran sahaja. Foto diatas menunjukkan keratan akhbar dimana diberikan tajuk 'Halia Gunung Karak' dengan beliau menunjukkan hasil tuaian halia tersebut. Penulis blog yang beberapa kali membuat lawatan tanaman halia bentong bersama Pegawai Pertanian KawasaDaerah juga mendapati tanah dan suhu dikawasan tersebut membolehkan tanaman halia mudah subur dengan penjagaan yang baik mengikut pakej amalan teknologi Jabatan Pertanian. Artikel pagi ini dalam "Anim Agro Technology" saya mengulas laporan akhbar tempatan dengan tajuk yang memberi perangsang kepada pengusaha lain untuk menanam halia jenis ini.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Teknik Penanaman Halia Bentong kini perlukan ilmu pengetahuan yang boleh diperolehi melalui tunjukajar daripada Jabatan Pertanian atau melalui program lawatan kepada penanam halia sedia ada. Menteri Pertanian yang baru-baru ini membuat lawatan ke projek tanaman halia bentong bersama Ahli Parlimen Bentong menyatakan tanaman ini memang mempunyai potensi yang amat tinggi untuk dikembangkan dikawasan ini (Sila anda lihat foto disebelah). Menteri menyatakan dimana dakwanya Halia Bentong adalah yang terbaik didunia sehingga mendapat permintaan amat tinggi. Malaysia kini lapornya masih lagi mengimport lebih 30,000 metrik ton setahun halia. Malaysia hanya mamapu untuk mengeluarkan 13,000 mt sahaja. Ruang mencari kekayaan baru masih luas dalam usaha penanaman halia. Pengeluaran halia Bentong perlu untuk dipertingkatkan bagi tujuan memenuhi permintaan tinggi dalam pasaran tempatan dan luar negara. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihak kementerian dengan kerjasama pelbagai pihak akan berusaha dalam usaha menggandakan jumlah pengeluaran halia Bentong yang kini hanya merekodkan pengeluaran kira-kira 7,000 tan metrik setahun. Perkara utama ialah soal tanah kerana halia Bentong hanya boleh dikeluarkan di Bentong yang mana belum ada teknologi untuk membawa halia Bentong ke tempat lain malah tanah yang digunakan untuk penanaman halia Bentong juga perlu direhatkan dua atau tiga tahun. �Jadi kita memerlukan kerjasama dari pejabat tanah dan sebagainya untuk melihat bagaimana cara penggunaan tanah kerana memang kita seboleh-bolehnya kita mahu menggandakan pengeluarannya dalam masa beberapa tahun,� katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke kawasan tanaman halia di Bukit Tinggi, Bentong di sini. Turut hadir sama, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Pegawai Daerah, Datuk Azhar Arshad. Ahmad Shabery berkata, pada masa ini jumlah pengeluaran halia negara masih rendah dan menyebabkan negara terpaksa mengimport kira-kira 30,000 tan metrik halia setahun. Menurutnya, pengeluaran halia Bentong di kawasan seluas kira-kira 395 hektar pada masa ini ialah kira-kira 7,000 tan metrik iaitu melebihi separuh daripada pengeluaran halia negara. �Halia Bentong adalah halia terbaik dan mendapat permintaan yang tinggi daripada masyarakat dalam dan luar negara. Halia ini istimewa dan miliki banyak khasiat dan perlu diberi tumpuan pelbagai pihak bagi meningkatkan lagi pengeluarannya,� katanya. Dalam pada itu beliau berkata, pihak kementerian akan membina sebuah pusat pengumpulan dan pemasaran pertanian bernilai kira-kira RM1 juta di Bukit Tinggi di sini bagi membantu memasarkan hasil pertanian segar di daerah ini. �Pihaknya telah mengenal pasti lokasi pusat berkenaan yang dijangka siap menjelang hujung tahun ini. "Pusat pengumpulan dan pemasaran dengan konsep Bentong Fresh ini akan memasarkan pelbagai produk pertanian di daerah ini termasuklah halia Bentong yang merupakan halia terbaik,� katanya.
Bagi Encik Rahimi pula, ini merupakan satu pengalaman pertama dia dalam mengusahakan tanaman halia dalam kuantiti yang besar. Dia bersyukur dengan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan RISDA dan Jabatan Pertanian Pahang yang telah banyak membantu untuk menjayakan penanaman ini,� katanya ketika ditemui di TSB Sungai Dua, Karak, Pahang (Sila lihat foto disebelah). Rahimi yang juga berperanan sebagai penyelia ladang berkata usaha bagi menanam halia tidaklah memerlukan penjagaan rapi tetapi jika tersilap teknik akan merosakkannya. Ujar bapa kepada dua cahaya mata itu, tanah perlu digembur di sekeliling tanaman tersebut setiap tiga minggu sekali untuk tujuan memastikan halia membesar dengan cantik. Melihatkan pasaran semasa bagi penanaman halia yang kini boleh mencecah sehingga RM30 sekilogram, Rahimi mengakui tanaman itu telah memberi pulangan yang baik. Dalam tempoh sembilan hingga 11 bulan, tanaman itu akan dapat mencapai kematangan memandangkan ia ditanam secara organik tanpa campuran baja kimia. Selepas dituai maka ia boleh ditanam semula dalam tempoh empat tahun akan datang bagi memberi masa kepada tanah untuk ianya mendapatkan kembali nutriennya. Halia atau tanaman berubi banyak menyerap nutrien dari tanah. Halia ini dia dakwa sebagai nama Halia Gunung Karak ditanam pada ketinggian 700 meter dari aras laut. Memang projek seperti ini perlu dipergiatkan dikawasan ini dimasa akan datang.

Menyentuh mengenai pulangan daripada tanaman halia yang diperolehi memang mendebarkan. Ini kerana projek tersebut telah dibangunkan pada tahun 2016 yang terletak di kawasan Sungai Dua, Mukim Sabai Daerah Bentong merupakan satu kawasan baru. Ia merangkumi kawasan keluasan 74.8 hektar yang terletak di Gunung Karak dan pemilik-pemiliknya merupakan penduduk tempatan dari Kampung Tok Muda Haji Mohamad, Karak. Projek ini bertujuan bagi tujuan menjana pendapatan untuk masyarakat setempat dan memperkenalkan mereka dengan bidang pertanian yang mampu memberi pulangan lebih memuaskan. Tanaman Getah adalah tanaman asasi bagi pembangunan kawasan ini dan sebanyak 35,955 pokok telah siap di tanam pada Oktober 2016. Kini seramai 85 orang penduduk kampung tersebut telah menyertai projek TSB yang berumur antara 20 hingga 60 tahun. Daripada jumlah tersebut hanya 56 orang yang mengusahakan tanaman halia dengan kawasan seluas 50 hektar. Idea itu tercetus apabila melihat pengusaha-pengusaha tanaman halia di Bukit Tinggi dan Janda Baik telah mendapat pulangan baik dan jaminan pasaran yang memuaskan. Dari segi potensi tanaman halia di daerah Bentong bermula sekitar tahun 1963 oleh petani kaum Cina iaitu golongan awal yang menanam tumbuhan rizom ini di Kampung Bukit Tinggi. Beliau melihat potensi yang besar dalam perusahaan tanaman ini tetapi tidak ramai orang Melayu yang menjalankan penanaman tersebut secara besar-besaran. Sehubungan itu dia mencadangkan halia sebagai salah satu tanaman sampingan di TSB Sungai Dua. Faktur cuaca, tanah berpasir dan lembut serta kedudukan Gunung Karak iaitu 700 meter dari aras laut sangat sesuai untuk tumbuhan ini.
Pengusaha-pengusaha tanaman halia tersebut banyak menerima bantuan daripada RISDA untuk membangunkan penanaman halia. Ini berikutan pekebun kecil di Gunung Karak merupakan usahawan di bawah bimbingan RISDA. Pada masa sama peserta projek di Kampong Tok Muda Haji Mohamad telah menghasilkan 15 produk berasaskan halia. Pada mulanya anak benih halia tersebut diambil dari Bukit Tinggi. Kini ia digelar Halia Gunung Karak yang diambil sempena nama tempat itu. Sejak diusahakan pada tahun lalu, kini tanaman halia seluas 25 ekar sudah boleh dituai hasilnya. Satu ekar tanah boleh menghasilkan 20,000 kilogram halia katanya sambil memberitahu akan terus berusaha menjadikan tempat itu sebagai agropelancongan memandangkan ia mempunyai pandangan yang cantik terutama ketika matahari terbit. Keistimewaan halia Gunung Karak ini ialah rasanya lebih pedas, urat atau serabut lebih halus tetapi tinggi kandungan serat dan air, mudah dipotong dan isinya berwarna kuning cerah. Bagi mengembangkan lagi perusahaan tersebut, pihaknya telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Bentong Ginger House untuk membekalkan halia kepada syarikat tersebut. Di samping itu, halia tersebut turut dijadikan sebagai produk desa di Kampung Tok Muda Haji Mohamad selepas sebanyak 15 produk telah dihasilkan seperti jeruk, rojak buah, jus, teh, kopi dan sabun. Buat pertama kalinya ada produk-produk ini akan menyertai Karnival Usahawan Desa (KUD 2017) pada tahun ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Seorang pengusaha jeruk halia di kampung tersebut iaitu Pn Maslinda Kinot menyahut seruan untuk menghasilkan produk dengan menggunakan halia sebagai bahan utama. Beliau sangat sukakan jeruk buah terutamanya mangga dan di situlah mula tercetusnya idea untuk menghasilkan jeruk halia. Beliau telah mendapat tunjuk ajar daripada kenalan kaum Cina untuk menghasilkan resipi jeruk halia. Jeruk tersebut boleh dimakan begitu sahaja atau digandingkan dengan bubur nasi, sup dan masakan ikan masam manis sebagai penambah rasa. Potensi penanaman halia bentong dikawasan ini membolehkan sumber kekyaan baru dijana dengan komitment daripada semua pihak. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.

TANAM HALIA... KELOMPOK RISDA...
HALIA BENTONG...HALIA KARAK DIA...
BENIH DIBELI...BUKIT TINGGI ASALNYA...
KEKAYAAN BARU... BOLEHLAH DIJANA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bilik Blok B2,
Pusat Latihan ILMU,
Kg Janda Baik, Bentong,
Pahang, Malaysia.
(28 Muharram 438H)
Catat Ulasan