Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
JAMBU GELAS (Syngium spp) merupakan sejsnis buah nadir yang tumbuh di Malaysia dan kini semakin ramai generasi muda yang mengenalinya. Jambu Gelas ini diberikan nama kerana bentuk yynga yang bear seperti gelas dengan lazimnya berwarna putih susu (Sila lihat foto diatas). Saya mengenali pokok jambu gelas ini kerana ada beberapa pokok jambu ini di Kamong dahulu di Muar, Johor yang mana ia berbuah mengikut musim setiap tahun. Jambu Gelas ini juga dipercayai berasal daripada luar negara atau ada dilaporkan ia adalah natif dari Asia Tenggara. Sesetangah orang ada yang dakwa ia sebagai sejenis Jambu Bol yang berwarna putih tetapi pada saya memang berbeza. Anda boleh membca tulisan saya mengenai Jambu Bol (Sila klik disini) dan (Sila Klik disini). Anda juga boleh dengan jelas dapat membezakannya dengan Jambu Mawar dalam tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini). Kepada yang berminat untuk mengetahui jambu air pula lebih banyak artikel yang saya terbitkan sebelum ini (Sila klik disini), (Sila Klik Disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi pautan dalam blog popular ini. Penulis pada masa ini agak sukar untuk dapat membeli Jambu Gelas ini kerana ia adalah buah bermusim (biasanya berbuah pada Jun - September) setiap tahun dan hanya ditanam dikawasan eliling rumah sebagai tanaman hiasan dan juga untuk teduhan walau pun apabila berhasil ianya boleh dimakan juga. Baru-baru ini penulis berkunjung di Kg Parit Amal, Muar dimana dirumah saudara ada dua pokok jambu gelas yang sedang masak ranum. Walau pun buahnya tidak dipungut malahan bertaburan jatuh diatas tanah namun pemilik pokok tersebut memang sudah tidak mahu memakannya. Ini kerana daru dua pokok tersebut buahnya terlalu banyak dan sebahagian besar guhr akibat masak ranu. Artikel subuh ini sempena cuti rehat Deepavali 2017 saya terus menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis jambu yang dikelaskan sebagai buah nadir iaitu Jambu Gelas untuk dikongsi dengan pembaca blog ini.


Pokok Jambu Gelas tersebut lazimnya ditanam daripada anakbenih yang disemai daripada bijinya. Buah jambu gelas yang masak selalunya ada mengandungi biji ibenih bersaiz besar guli dan boleh tumbuh apabila ia disemai dalam polibeg. Benih ini boleh ditanam dengan jarak 10 meter x 10 meter dalam bentuk empat segi sama. Lazimnya dengan penjagaan baik ia mula berbunga selepas seawal 5-6 tahun ditanam (Sila anda lihat foto disebelah). Bagaimana pun kini telah ada viral dimana pokok jambu gelas yang masih muda dan kecil ini telah berbunga dan berbuah (Viral selalunya diambil daripada benih Siam). Apabila pokok jambu gelas matang maka ia berbunga dengan banyaknya dan bunga tersebut akan mempunyai banyak dimana jadual berbunga ini selalu sama dengan pokok jambu bol. Bunga dengan jambak yang besar ini akan didebungakan serangga dan membentuk putik buah jambu gelas berwarna keputihan.

Lazimnya putik buah yang terbentuk adalah bersaiz kecil dengan warna kehijauan (Sila lihat foto disebelah). Jika putik tersebut daripada pokok kecil dan rendah maka pemiliknya boleh membalutnya untuk mengelakkan daripada serangan Lalat Buah (Bactocera carambolae) yang selalu akan menusuknya telurnya kedalam putik dan buah jambu. Larva daripada ulat pengorek buah ini akan seterusnya merosakkan buah dan menjadikan buah tersebut tidak sesuai untuk dimakan atau dijual. Pokok jambu gelas sama dengan pokok jambu bol mempunyai daun yang menggerutu atau ada gelembong intil pada permukaan daun.  Daunnya yang berwarna hikau muda semasa muda akan bertukar kepada hijau gelap dan berkilat apabila ia sampai peringkat matang. Walau pun buan atau putik jambu gelas ini jrang dibalut pada pokokk yang tinggi tetapi serangan oleh lalat buah selalunya merosakkan buah. Sebaiknya jika ada kemampuan buah jambu gelas ini dibalut dengan kertas suratkhabar dengan sarung plastik diluarnya. Ini membolehkan buah jambu gelas ini selamat daripada larva lalat buah.


Buah Jambu Gelas yang telah masak akan bertukar daripada warna hijau kepada putih cerah. Buah ini sebaiknya dipetik pada indeks sederhana masak kerana kelau terlalu masak isinya akan menjadi sedikit lembik walau pun rasanya lebih manis. Bergantung kepada kadar penjagaan dan pembajaan lazimnya buah yang manis akibat daripada program pembajaan dengan baja organik dan baja NPK 12:12:17:2: TE yang diberikan. Apabia dibelah, buah jambu gelas ini mempunyai isi yang padat dan ada jenis yang sedikit 'spongy' bergantung kepada varieti yang ditanam. Semasa zaman remaja dulu penulis blog memang boleh terus gigit dan kunyah terus jambu gelas ini dengan apa juga rasa sama ada ianya sedikit masam atau pun yang betul-betul manis (cukup masak). Kadang kla buah jambu gelas ini enak dipotong-potong kecil dan dicecah dengan sambal kicap atau garam halus untuk menambahkan keenakannya atau mengurangkan rasa masamnya (Sila lihat foto disebelah). Pada penulis memang agak sukar untuk membeli atau pun mendapatkan jambu gelas ini pada masa ini. Orang tua dikampong dahulu pernah memproses jambu gelas ini untuk dijadikan halwa dan memang enak sekali kerana ia direndam dalam air gula sehingga manis. Kepada mereka yang ingin menanam pokok jambu gelas boleh mendapatkan anak benih daripada beberapa nursery semaian di Muar, Johor untuk menanamnya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology petang Jumaat ini. Wasallam!!!...
NAMANNYA JAMBU GELAS... PELIKNYA...
WARNA PUTIH... MACAM GELAS DIANYA...
BUAH NADIR... JUARANG DI JUMPANYA...
MENULIS ARTIKEL... INGATAN DIGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(29 Muharam 1439H)
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top