Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Kenalkan anda dengan Kentang Jembut?. Adakah ia juga merupakan sejenis tanaman yang semakin dilupakan?. Itulah persoalan yang penulis blog berfikir beberapa semenjak hari kebelakangan ini. KENTANG JEMBUT (Coleus tuberous) atau juga dipanggil sebagai Ubi Kemili, Gombili, Ubi Keling, Kentang Ireng, Kleci dan sebagainya merupakan sejenis tumbuhan yang memang menghasilkan umbisi yang enak dimakan. Umbisi tumbuhan daripada keluaga Lamiaceae ini amat popular di Indonesia dan dikalangan masyarakat Jawa di Malaysia. Kalau ada diantara anda hendak mendapatkan kentang jembut ini maka anda boleh pergi ke Bandar Air Hitam, Batu Pahat, Johor dari gerai-gerai yang menjual produk tersebut disana. Harganya saya dapati bergantung kepada kualiti dan kesegaran kentang jembut sekitar RM 8.00 - RM12.00 sekilogram. Kentang ini memang sejenis makanan umbisi yang paling enak diantara jenis umbisi lain pada pendapat saya kerana apabila direbus dan dimakan semasa suam panas, ia memberikan rasa lemak dengan bau harum. Kalau sudah mula makan memang dirasakan tidak mahu berhenti. Cara kita untuk makan dengan mengambil setiap biji kentang jembut, dibuang kulitnya dengan memulas kentang tersebut dan ia mudah tertanggal. Artikel malam ini saya gembira menulis dalam "Anim Agro Technology" artikel ke 4,515 mengenai sejenis tanaman yang kurang popular di Malaysia iaitu Ubu Kemili atau Kentang Jembut yang mana ia semakin dilupakan untuk ianya dijadikan bahan koleksi ilmu pertanian.

Tanaman umbi kemili atau kleci merupakan tanaman yang juga sering disebut sebagai kentang jawa atau Kleci. Di Indonesia tanaman kleci ini dipercayai natif atau berasal dari India dan dimana dinegara kita uia hanya ditanam di Johor, Selangor dan Perak tetapi tidak ada rekod keluasan penanaman dilaporkan oleh Jabatan Pertanian. Sementara itu di Indonesia banyak dijumpai di Banten, Jakarta, Magelang, Yogyakarta dan Bali. Tanaman ini adalah jenis renek dengan ketinggian pokok mencecah mencapai 100 cm yang tumbuh secara berumpun (Sila lihat foto disebelah). Ia mempunyai batang yang berbentuk segi empat dan tebal berwarna kehijauan yang lembut dan muddah dipatahkan dibahagian pucuk untuk dijadikan bahan keratan tanaman. Bagaimana pun bahagian batang yang tua dibahagian bawaj selalunya agak liat. Daun bergerombolan, bertentangan hadapan dan berbentuk bulat telur dengan ketak-ketak yang jelas. Permukaan daun bahagian atas berwarna hijau muda dengan permukaan daun bawah yang berwarna hijau terang. Kentang Jembut yang matang sering mengeluarkan bunga kecil berwarna ungu dibahagian atas rumpun. Pokok yang tumbuh diatas permukaan tanah ini mudah dikenali oleh mereka yang biasa dengan tanaman kontan ini. Belum ada pendaftaran varieti kentang jembut ini dilakukan kerana ia tanaman kurang popular.

Tanaman ini menghasilkan umbisi kentang jembut agak unik bentuknya daripada yang berbentuk bulat bujur seperti telur sehingga berbagai bentuk yang tidak menentu. Kulit luarnya berwarna coklat kehitaman atau terang bergantung kepada jenis tanah dimana ia ditanam. Kebanyakan tanaman ini adalah ditanam diatas tanah gambut dalam yang berwarna kehitaman dan untuk itulah beberapa orang menyebutnya sebagai kentang ireng (hitam).  Mungkin jenis tanah berpasir yang gembur dan kaya bahan organik juga sesuai untuk ditanam dengan kentang jembut ini. Terdapat akar serabut yang keluar dibahagian bawah umbisi atau diseluruh umbisi mengikut bentuknya. Walau pun kulitnya gelap uniknya ia mempunyai isinya yang cerah dengan warna putih krim (Sila lihat foto sebelah). Sebaiknya ia dituai apabila cukup matang dan diceraikan daripada bahagian akarnya. Bersihkan dari kekotoran tanah dan boleh direbus. Biasanya umbisi ini akan menjadi lembut apabila direbus dengan sedikit dibubuh garam selama 20 minit. Kini dengan adanya pengukus anda boleh mengukus sahaja kentang ini untuk mendapatkan rasa lemak sebenar makanan ini. Didapati ia memang enak dimakan dengan kandungan zat karbohiderat dan mineral yang tinggi. Dahulu semasa remaja di Kampong saya di Muar memang makanan ini mudah didapati semasa ada jamuan kenduri. Tetapi sekarang sudah hampir pupus makanan ini.


Kentang Jembut dapat tumbuh pada tanah pamah dan juga pada ketinggian 40m - 1,300 meter dari paras laut . Lazimnya ia adalah jenis tanaman yang memerlukan sinaran cahaya matahari yang penoh dan kurang sesuai jika ditanam dikawasan bernaung. Pemerhatian penulis mendapati tanaman ini memerlukan banyak air dalam setiap fasa hidupnya. Oleh itu ia banyak ditanam diatas tanah gambut atau di kawasan tanah sawah yang memiliki air yang cukup. Kawasan tanah gambut selepas dibakar merupakan spot terbaik untuk tanaman ini dinegara kita kerana tanah ini kaya dengan nutrien seperti P dan K. Pembiakan kentang jembut mudah dilakukan dengan memotong keratan batang atau dengan menggunakan umbisi yang masih muda. Jika anda hendak menggunakan bahan tanam yang dari umbisi maka jenis umbisi biasanya perlu disimpan di tempat yang gelap untuk menpercepatkan proses pertunasan. Pada masa ini jika ada yang berminat untuk mendapatkan benih boleh mencarinya daripada petani yang masih ada menanam disekitar Parit Raja, Batu Pahat atau beberapa kawasan pusat pertanian Jabatan Pertanian. Penulis blog kurang pasti harga benih keratan kentang jembut ini tetapi difahamkan daripada tinjauan kasar sekitar RM0.50 satu keratan. Ini disebabkan ia agak sukar untuk diperolehi pada masa ini. Mungkin akan ada usahawan yang akan menanam kentang jenbut ini untuk dijadikan benih tanaman. 


Menyimpan benih umbisi muda boleh dilakukan pada musim kemarau iaitu sebelum menanamnya pada musim hujan kelak. Umbisi ini juga boleh disemai dulu untuk mendapatkan keratan batang untuk tujuan utama mempercepatkan pengeluaran benih. Lazimnya dari pemerhatian dikebun sekitar Muar dan Batu Pahat, Johor yang penulis blog lakukan melihat dimana kentang jembut ini ditanam di atas batas atau busut dengan jarak tanam 25 x 25 cm. Bagaimanan jika dikawasan tanah gambut ia ditanam dengan jarak lebih lebar kerana ia juga memerlukan nutrien dan cukup humus untuk menjadi subur. Selalunya untuk menghasilkan umbisi kentang jembut yang baik dan berkualiti maka tanah perlu diberi baja kima dan baja kompos atau terkini penggunaan baja foliar. Baja ini adalah diberikan bagi memperbaiki sifat kimia, fizikal dan biologi tanah. Seperti jenis umbi yang lainnya uniknya tanaman ini dimana ia perlu dilakukan aktiviti menutup bahagian tengah rumpun dengan tanah berhampiran untuk menghasilkan umbisi. Aktiviti pembumbunan di sekitar rumpun tanaman mesti dilakukan agar perkembangan umbisi dapat tumbuh di tahap maksima dalam tempoh tersebut. Pemberian tanah ditengah rumpun ini akan menentukan tanaman ini memberikan umbisi didalamnya.

Tinjauan penulis mendapati hasilan petani tempatan tersebut kini menjadi tarikan baru di Pekan Ayer Hitam, Johor apabila makanan itu laris dijual setiap hari terutama pada bulan-bulan Ramadan. Penulis yang merupakan seorang peminat makan umbisi ini sejak kecil dahulu memang kenal dimana ia ada ditanam oleh arwah bapa kerana rasa lemak dan aromanya yang menyelerakan. Bagaimana pun baru-baru akhbar tempatan Utusan Malaysia ada mempaparkan satu rancana mengenai ubi jembut ini yang penulis kutip dan tulis semula dalam penulisan artikel kali ini. Ubi berkulit hitam dengan saiz seperti buah langsat itu terkenal dengan keenakannya apabila direbus sebagai juadah berbuka puasa dan ia kebanyakannya ditemui dijual di gerai-gerai Ayer Hitam (Sila lihat foto disebelah). Wartawan akhbar utusan melaporkan dimana ada seorang peniaga iaitu Cik Fauziah Johan yang menyatakan bahawa pelanggannya yang datang dari seluruh negeri rata-rata membeli ubi itu kerana di kawasan lain ubi jembut ini sukar ditemui. Penulis boleh juga mengesahkan perkara tersebut kerana ia hanya agak popular dikalangan masyarakat orang Jawa disekitar Batu Pahat dan Muar serta Kluang yang menanamnya selalu diatas tanah gambut. Lazimnya bekalan ubi jembut ini dihantar oleh pembekal atau petani yang memungut hasil kampung di sekitar daerah ini dan penjual tersebut kini tidak menyangka sambutannya amat menggalakkan. Fauziah berkata dimana ubi jembut ini yang juga dikenali dengan nama ubi tikus itu dijual dengan harga RM5.00 sekilogram dimana dia mampu menjual antara lima hingga enam kilogram setiap hari terutama disepanjang Ramadan. Makan ubi jembut ini dibulan puasa memang baik kerana ia didapati mengandungi karbohiderat yang tinggi dan mampu untuk membekalkan tenaga banyak semasa bulan puasa.  


Menambah fakta mengenai jualan ubi jembut ini, Fauziah menyatakan ubi jembut di gerainya selalunya laris dijual terutama pada cuti umum atau hujung minggu kerana jumlah pelanggan masa ini biasanya bertambah dua kali ganda pada hari berkenaan. Mereka datang dari dalam negeri dan datang luar negara sepertii daripada Singapura untuk membeli pelbagai produk industri asas tani termasuk kentang jembut ini. Selain dari menjual produk ubi jembut ini terdapat beberapa bahan jualan lain yang mana ia mendapat permintaan tinggi terutama dimusim cuti seperti ubi kayu, ubi keledek, pisang dan pelbagai jenis kerepek. Gerai beliau setakat ini tidak lagi pernah terputus bekalan ubi jembut ini kerana stok disediakan dengan baik daripada pembekal termasuk dari petani dibawah bimbingan Jabatan Pertanian. Ubi Jembut ini memang terkenal dimana antara ciri marfologi kenapa ia dipanggil sebagai ubi jembut adalah terdapat akarnya pada hujung bahagian bawah seperti jembut (Jembut bermakna 'rambut' dalam dialek jawa Tempatan). Di kalangan masyarakat setempat dan pada waktu ini orang luar daerah ini pun menggemarinya untuk dimakan dengan kelapa parut, gula atau garam selepas direbus. Bagaimana pun penulis hanya makan terus selepas direbus dengan membuang kulitnya terlebih dahulu semasa suam panas. Ubi Kemili (Coleus tuberosus) merupakan sejenis tanaman jenis umbisi dari keluarga Roxburghiaceae juga dikenali dengan Ubi Keling tetapi dikalangan kaum Jawa di Muar,Johor dikenali dengan nama "Kentang Jembut". Tanaman ini adalah sama famili dengan pokok bunga 'Ati-ati' yang banyak ditanam dikawasan rumah atau pokok bunga coleus. Pokok ini dipercayai natif dan tumbuh secar liar dikawasan hutan dan kebun terutama dikawasan tanah yang baru dibuka khasnya kawasan tanah gambut. Tiada maklumat rasmi mengenai jumlah keluasan tanaman ubi kemili di catitkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Ini kerana tanaman ini merupakan tanaman kurang penting yang hanya terdapat di Johor, Perak, Selangor dan Sarawak terutama jika terdapat masyarakat Jawa. Saya membuat anggaran terdapat sekitar 8 - 10 hektar tanaman ini secara CHE dengan mengambilkira penanaman secara kecil-kecilan yang dibuat. Daripada pemantauan saya dibeberapa negeri, tidak ada petani yang menanam tanaman ubi kemilii secara monokrop dengan kawasan luas sebaliknya ditanam secara poket atau diatas batas sahaja. r Penulis menganggarkan mungkin terdapat kira-kira 15 - 25 Hektar tanaman ubi kemili iaitu keluasan CHE. Tanaman ubi kemili adalah sejenis pokok menjalar diatas tanah serta mempunyai akar rambut. Daunnya berwarna hujau muda dan berkerinting serta permukaan daun yang agak berbulu. Batangnya berwarna hijau muda dan lembut. Buah ubi kemili berada di bahagian akar pokok yang terbentuk dari akar yang membengkak. Saiz buah berbeza-beza dari ukurlilit 3 - 6 cm dan mempunyai kulit yang lembut berwarna hitam. Isinya berwarna putih jernih dan apabila dimasak akan menjadi putih. Ubi kemili mengeluarkan bau yang harum dan enak apabila di masak atau direbus . 


Kaedah penanaman ubi kemili amat mudah dengan menggunakan benih daripada keratan batang ubi kemili. Keratan batang dicucukan diatas tanah yang gembur atau diatas batas tanaman. Amalan arwah bapa saya ialah dengan mencucukkan keratan sepanjang 25 -30 cm (Sebaiknya yang ada akar serabut) diatas tanah gambut sedalam 10-15 cm bahagian pangkal dalam tanah. Tanah gambutbekas tanah bakar merupakan kawasan terbaik untuk tanaman ubi kemili. Jarak tanaman disyorkan 30 cm x 50 cm (Lihat foto sebelah). Pembajaan jarang-jarang dilakukan oleh penduduk kampung jika ditanam atas bekas tanah bakar dimana terdapat banyak unsur P dan K dalam tanag selain daripada N daripada baja kompos. Pemerhatian telah saya buat dan adalah disyorkan dibubuh sebanyak 20-30 gm setiap rumpun baja NPK 15:15:15 dan kemudian baja 12:12:17:2 apabila pokok mulai berbuah. Tidak banyak maklumat mengenai amalan agronomi tanaman ini ditulis oleh pakar-pakar pertanian di Malaysia. Ubi kemili mulai berhasil lingkungan 10-12 bulan selepas ditanam. Rumpun pokok perlu di buka dibahagian tengah dan di tutup atau perlu dikambus dengan tanah gembor. Kaedah ini bertujuan uuntuk menggalakkan pertumbuhan akar dan umbisi ubi kemili daripada batang yang ditimbus didalam tanah. Kerja menimbus dan menutup tanah dengan menggunakan cangkul atau tajak tetapi bahagian pucuk disekeliling tepr mesti terdedah kepada cahaya matahari (Sila lihat foto sebelah). Jika pokok ubi kemili dibiarkan tumbuh begiru sahaja tanpa ditimbus, jumlah hasil umbisi yang terhasil adalah kurang. Kaedah menuai ialah dengan mencabut rumpun ubi kemili dan umbisi buahnya akan terikut. Kutip biji buah yang tertinggal dalam tanah. Bersihkan daripada tanah dengan membasuh dengan air menggunakan bakul buluh atau bakul plastik untuk membuang tanah. Hanya ubi kemili yang bersih sahaja boleh direbus untuk terus dimakan. Bagi tujuan ubi kemili yang hendak dijual tidak perlu dibasuh dulu dan biarkan tanah melekat kerana ianya menjamin ketahanan dan juga kesegarannya. Ubi kemili sedap di rebus dan dimasukkan garam perasa. Hidangkan semasa ia masih panas dan dimakan ketika hujan turun diatas pondok didalam kebun dan memang amat menyelerakan (Sila lihat foto sebelah). Belum ada aktiviti untuk memproses produk ubi kemili yang penulis jumpa dan ada dilaporkan. Penulis amat mengemari ubi kemili dan ada dijual di Air Hitam, Johor dengan harga antara RM 4.00 - RM 5.00 sekilogram. Generasi baru kini mungkin tidak kenal dengan produk baik ini yang saya kira sebagai Produk Organik. Pendedahan kepada petani dan golongan muda perlu dijalankan agar tanaman ini tidak pupus dan boleh dijadikan produk berpotensi. Diharap rendana ke 4,211 ini mampu memberikan info berguna kepada pembaca semua. Makan ubi jembut mengenyangkan tetapii jangan makan berlebihan kerana ia akan menyebabkan sering buang angin. Semuga anda mendapat info berguna dari anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
KEMTANG JEMBUT... PELIK BUNYINYA...
UBI KEMILI... MUNGKIN ITU SEBUTANNYA...
MUDAH DITANAM... BENIHNYA DIMANA....
SESUAI DITANAM... ATAS GAMBUT JUGA...
PEKAN AIR HITAM... ADA JUALANNYA...
KALAU TERINGIN.... BELI SAHAJA DISANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 749, Hotel MAriott,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(9 Muharram 1438H)


Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top