Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

NANAS 'CRYSTAL HONEY' yang ditanam diatas tanah mineral di Kg Kendong, Melaka merupakan satu usahatani yang berjaya dilakukan oleh En Tan. Penulis blog yang baru-baru ini berpeluang membuat tinjauan teknologi di kebun seluas 9 ekar ini mendapati penanaman nanas varieti ini mendapat permintaan yang sangat baik dikalangan ramai pemborong nanas tempatan dan pengguna di sekitar lokaliti Melaka, Negeri Sembilan dan Johor Utara.  Nanas 'Crystal Honey' hanya ada ditanam pekebun disekitar Johor Utara, Melaka dan Negeri Sembilan Selatan. Kali pertama penulis masuk kebun ini mendapati keadaan tanaman subur dan kawalan rumpai sangat baik dijalankan. Pada plot yang sedang berbuah dilihat dipasang 'tudung nenas' atau 'fruit cap' bagi mengelakkan kerosakan pada buah. En Tan telah terlibat dengan penanaman nanas semenjak 2012 dengan menanam nanas secara intergrasi dengan tanaman getah dan kelapa sawit. Kini selain daripada kebun di Kg Kendong seluar 9 ekar ditanam secara tunggal beliau telah membuka lagi kawasan tanaman nanas Crystal Honey di sekitar Kota dan Rembau seluas 18 ekar lagi. Beliau berdaftar dengan LPNM dan mendapat bantuan tanaman nanas. Dakwanya beliau tidak akan menukar tanaman nanas varieti Crystal Honey ini kepada varieti MD2 yang diwar-warkan hebat kerana nanas beliau sekarang ini mempunyai pasaran yang amat baik. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai usaha En Tan yang menanam nanas crystal honey secara komersil dan menyatakan tanaman nanas adalah komoditi paling menguntungkan jika dijaga dengan baik menggunakan teknologi penanaman nanas yang disesuaikan semula untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan.


Menurut En Tan yang ditemubual oleh penulis selama hampir 2 jam, banyak perkara amalan teknologi penanaman nanas Crystal Honey yang menjadikan buahnya berkualiti dan juga mendapat banyak gred A (Sila lihat foto disebelah). Beliau yang berumur 43 tahun menyatakan kerja menanam nanas ini hanya kritikal untuk 4 bulan pertama penanaman untuk mengawal rumput, membaja dan mengawal penyakit. Selepas itu kebun beliau hanya perlukan 2 minggu sebulan sahaja untuk menjaganya. Lebihan masa 2 minggu lagi kini beliau mampu membuka 18 ekar lagi ladang nanas secara intergrasi dengan getah dan kelapa sawit. Beliau yang kini dibantu oleh 4 orang tenagakerja upahan (buruh asing) dan menjadualkan penanaman nanas crystal honey agar dapat menjual sekitar 2,000 -2,500 biji seminggu atau sekitar 8,000 - 20,000 sebulan. Menurut beliau benih asal nanas crystal honey diambil lebih 10 tahun dulu daripada penanam keluarga Cina di Simpang Rengam, Johor dengan membeli sekitar RM0.40 satu sulur benih. Menurut beliau memang sukar untuk memulakan tanaman baru nanas kerana kos pembelian benih dengan kapasiti 15,000 seekar secara monokrop dikebun ini adalah kos permulaan yang paling banyak. Kini setelah beberapa musim penanaman, beliau mampu membuka kawasan baru tanaman nanas Crystal Honey dikawasan baru kerana beliau sudah menyimpan dan menyediakan jumlah benih yang mencukupi malahan juga berlebihan. Beliau kini menjual benih nanas Crystal Honey dengan harga RM0.30 - RM0.50 saunit bergantung kepada rawatan, kuantiti dan jarak penghantaran.


Nanas Crystal Honey ini adalah varieti yang mempunyai saiz sederhana dengan ada jambul yang ketara saiznya (Sila lihat foto disebelah). Nanas Crystal Honey sesuai ditanam diatas tanah gambur tetapi mampu untuk menghasilkan buah lebih berkualiti (lebih manis dan sedap) jika ianya ditanam ditanah mineral. Jarak penanaman adalah 1 kaki x 2 kaki dalam kawasan anah mineral. Buah nanas ini mula masak selepas 2 bulan ditanam dengan kerja-kerja menghormon dijadualkan mengikut program jadual jualan. Hormon jenis Ethephon (Ethrel) dibeli daripada kedai yang berhampiran (Sama dengan jenis ethrel yang disapu pada klit pokok getah) dan disembur rata pada pokok matang. Semburan hormon sering dilakukan pada hari petang dan akan diulang jika berlaku sebarang masaalah aruhan bunga. Buah nanas yan matang akan dipetik dengan memotong gunakan parang dan dikumpulkan dipusat tuaian untuk digredkan. Buah ini dijual degan hrga ladang RM2.50 /kg untuk gred B dan RM3.00 sekilogram untuk gred A. Bagi buah Gred AA pula ia dijual dengan harga premium iaitu sekitar RM3.50 sekilogram. Lazimnya peraih akan datang sendiri kekebunnya untuk mengambil buah nanas.

Buah nanas Crystal Honey pada penulis blog memang mempunyai potensi yang baik untuk dikomersilkan. Buahnya sederhana besar dengan purata berat 1.3 kg sebiji mempunyai warna isi kuning keputihan dan ekstur yang sederhana (Sila lihat foto disebelah). Mungkin ramai dikalangan pengguna yang kurang mahir untuk mengetahui pencirian varieti nanas ini jika meraka hanya tahu membeli dan memakannya sahaja. Isinya manis sekitar 13 - 15 darjah Brixs dan sesuai untuk dimakan segar atau pun diproses menjadii jus dan paceri serta produk hiliran yang lain. Buah ini aga tahan lama untuk dihantat kelokasi pemasaran agak jauh. Pada En Tan beliau mengamalkan konsep pertanian baik dikebunnya yang sentiasa bersih tanpa rumpai. Penggunaan racun rumpai digilirkan diantara racun rumput Jenama TEBUNAS dengan Racun Jenama AMETREX46SC serta Racun Diuron. Kata beliau kawalan rumpai amat penting dari mula penanaman dan perlu dijaga dengan baik. Kejayaan menanam selluas 9 ekar di Kg Kendong ini dengan pendapatan yang baik menyebabkan beliau dan rakannya membuka 18 ekar lagi penanaman nanas Crystal Honey di Negeri Semblan dimana semuanya bekonsepkan tanaman nanas intergrasi dengan getah dan kelapa sawit.  Ditanya mana lebih untung tanam getah atau kelapa sawit atau buh durian beliau mendakwa tanam nanas dengan penjagaan baik lebih tinggi untungnya. Beliau akan meneruskan dan memvberkan penanaman nanas dimasa akan datang. Wasallam!!!


NANAS 'CRYSTAL HONEY... DITANAM DIA...
DIKG KENDONG... 5 KM DARI LEBUHRAYA...
BUAH BERKUALITI...EN TAN MENJAGANYA...
HASIL LUMAYAN... IA MUDAH JUALANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Kendong, Simpang Empat,
Alor Gajah, Melaka,
Malaysia.
(16 Zulkaedah 1438H)
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top