Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

TIGA PERKARA yang perlu di ketahui kepada pengunjung ke Tanah Tinggi Bario adalah PADI (Beras Bario), NANAS Bario dan GARAM BUKIT Bario. Ini kerana ketiga-tiga perkara tersebut adalah sinonim dengan keunikan kawasan tanah tinggi yang dihuni oleh Kaum Kelabit dan keindahan kawasan disekelilingi bukit dan gunung ini. Kawasan Tanah Tinggi melebihi 1,100 meter ini mempunyai tanah yang subur dengan cuaca dingin sepanjang tahun. Ia boleh sampai dengan melalui jalan darat (mengambil masa lebih 10 jam) tetai lebih mudah dengan menaiki kapalterbang ecil Mas Wing selama 45 minit penerbangan saahaja. Terdapat 3 kali penerbangan sehari ke Bario dimana 2 penerbangan terus dan satu penerbangan melalui Marudi. Penerbangan ini bagaimana pun hanya boleh membawa sekitar 10 - 15 orang penumpang sahaja. Bario merupakan salah satu kawasan yang dicadangkan untuk diwujudkan menjadi sebuah Daerah Kecil. Bario ialah sebuah perkampungan yang terletak di pertengahan Tanah Tinggi Kelabit di timur laut Sarawak, sangat dekat dengan sempadan antarabangsa dengan Kalimantan di Indonesia dengan ketinggian 3,280 kaki atas aras laut dan ia merupakan penempatan utama di Tanah Tinggi Kelabit. Bario boleh dihubungi melalui jaringan pengangkutan udara dari Miri dan Marudi ke Bario dua kali sehari. Pengangkutan darat ke Bario pula mengambil masa kira-kira 14 jam perjalanan dari Miri. Keluasan Daerah Kecil Bario adalah 4,259 km persegi. Dari segi kawasan untuk persempadan pilihanraya, Daerah Kecil Bario ini adalah dibawah Parlimen P.222 Lawas dan sebahagiannya di bawah Dewan Undangan Negeri N.70 Ba� Kelalan dan sebahagian kecil kawasan adalah di bawah Dewan Undangan Negeri N.67 Telang Usan. Telah ada cadangan Pusat Pentadbiran Baru adalah di Pekan Bario. Kawasan Bario itu sendiri mempunyai beberapa buah kampung yang berdekatan antara satu sama lain seperti Kampung Bario Asal, Kampung Padang Pasir, Kampung Pa� Ramapuh Atas, Kampung Pa� Ramapuh Bawah, Kampung Pa� Ukat, Kampung Pa� Main, Kampung Pa� Bangar, Kampung Pa� Mada, Kampung Pa� Derong, Kampung Pa� Umor, Kampung Ulung Palang dan sebagainya.. Namun persempadan baru Daerah Kecil Bario telah merentasi di luar kawasan Bario itu sendiri yang mana menganjur hingga ke kawasan barat dari Pa� Mada hingga ke Long Banga. Manakala kawasan di sebelah timurnya hingga ke Long Seridan. Pada penulis blog yang dua kali kelokasi ini (pertama kli pada 1997) dan kali kedua pada oktober 2017 mendapati ia ssuai untuk 3 perkara iaitu padi beras Bario, Nanas Bario dan Garam Bukit Bario. Artikel malam ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis lagi berkaitan 3 perkara yang diatas sebagai satu coretan untuk dikongsi bersama pembaca blog ini.



Tanaman Padi di dataran tinggi Bario dijalankan semenjak dahulu sebagai satu punca pendapatan dan sumber makanan penduduk disini. Penulis blog mendapati jika ada usahawan yang menetap di daerah itu pasti boleh menjadi lebih maju dengan ujud syarikat CERIA yang mengushakan sawah mereka. Sudah diketahui umum bahawa beras Bario mempunyai keunikan dan keenakannya yang tersendiri. Namun tidak ramai yang berpeluang mencuba produk dari bahagian utara Sarawak itu kerana ada yang mengatakan harga sekilogram beras itu di Semenanjung adalah terlalu mahal dimana selain itu ia amat sukar untuk diperoleh di pasaran. Sejak dahulu masih ramai yang tidak mengetahui bahawa tanaman padi Bario masih lagi dengan menggunakan kaedah tradisional. Maka tidak hairanlah jika bekalannya agak terhad apabila pesawah disini hanya produktif setahun sekali sahaja kerana satu musim penanaman adalah 6 bulan. Faktor cuaca dan bentuk muka bumi di daerah itu sudah pasti memainkan peranan dalam menjadikan beras itu ada keunikannya dimana ia mempunyai keistimewaan, rasa dan aroma yang lain daripada beras biasa. Beras Bario dikaitkan sebagai satu beras tanaman istimewa kerana ditanam di tempat tinggi yang padinya terendam dalam air bersih yang turun dari gunung imana ia ia adalah satu produk semula jadi dan menjadi satu tarikan kepada kita semua termasuk pelancong asing.Harganya pula memang berbeza dengan beras yang lain apabila ia dijual dengan harga tiga kali ganda berbanding produk biasa. Harganya disebuah pasar raya di Kuala Lumpur dilaporkan beras Bario dijual dengan harga RM25.00 bagi sekilogram berbanding beras biasa yang boleh didapati seberat 10 kilogram dengan harga yang sama. Masalah pengangkutan menjadikan penghantaran beras bario ini mereka semakin rumit. Beras Bario ini memang terkenal dan cukup istimewa kerana menggunakan baja organik tanpa membabitkan sebarang bahan kimia. Diantara masalah yang dihadapi pesawah adalah cara penuaian padi harus dilakukan secara manual serta kekurangan air apabila waktu kemarau.


Pada penulis blog menapati kos baja menjadi sukar akibat dari pengangkutan yang jauh. Baja memang susah untuk dibawa dari bandar kerana melibatkan kos yang agak tinggi kerana sekilogram baja di Miri adalah berharga RM1.20 tetapi disini ia menjadi sebanyak RM150 satu beg 50 kg dan setiap musim saya memerlukan lima guni baja untuk tanah satu ekar. Pada masa ini Sarawak dikatakan mempunyai kepelbagaian beras yang berpotensi tinggi untuk ianya dikomersialkan iaitu beras merah, beras biris dan beras bukit yang sinonim dengan negeri tersebut untuk dipasarkan secara komersial. Beras Bario kini merupakan antara jenis beras yang tersohor bukan sahaja di negeri Sarawak tetapi juga seluruh negara kerana rasanya berbeza daripada beras biasa. Bukan sahaja ia kerana dari tanah tinggi dan promosi tetapi  Beras Bario di utara Sarawak itu cukup terkenal dalam kalangan pelancong dalam dan luar negara hanya kerana keenakan beras Bario berkenaan. Meskipun pelbagai jenis beras dikeluarkan di Sarawak namun beras Bario memang tidak dapat ditandingi keunikan dan keenakan rasanya. Keunikan dan ciri-ciri khas keistimewaanya itu membolehkan Bario membawa nama Sarawak hingga ke peringkat antarabangsa dan mempunyai daya tarikan pelancong. Mungkin ramai tidak tahu bahawa beras Bario mempunyai rasa berbeza dengan beras yang ditanam di tempat lain. Didakwa jika beras Bario ditanam di kawasan lain ia tidak akan akan membuahkan hasil yang sama dengan beras Bario asli memandangkan faktor cuaca dan bentuk muka bumi yang tidak sama. Justeru keenakan beras yang ditanam di Bario mempunyai rahsia tersendiri kerana sumber air yang mengairi sawah padi tersebut berasal dari kawasan pergunungan di situ.  Pihak yang bertanggungjawab diharap dapat menyelesaikan masalah yang ada bagi memastikan usaha petani di daerah Bario dapat diteruskan. Menteri Pertanian yang pernah melawat kekawasan ini berharap pihak kerajaan dapat membantu para petani di sini supaya dapat menambah usaha orang di sini untuk tidak terus mengalah apabila timbulnya sedikit permasalahan kerana produk-produk di kawasan ini mampu pergi jauh lagi jika dapat dikembangkan dan diperluaskan.


Tanaman Nanas (Ananas comosus) merupakan tanaman makanan yang kedua terpenting di Bario. Laporan LPNM Negeri Sarawak menyatakan terdapat seluas 45 ekar tanaman nanas di beberapa buah kampong dengan jenis Nanas Sarawak atau Nanas Paun yang luas ditanam. Ia ditanam dikawasan kebun dilereng bukit dengan keluasan bertambah akibat dari permintaan yang baik dan pulangan tinggi. Penulis blog yang turut membuat tinjauan teknologi mendapati nanas di Bario adalah manis dan mempunyai nilai pasaran tinggi. Kebun Nanas Pak Mus seluas 8 ekar telah ditanam dengan nanas semenjak 15 tahun dulu enghasilkan buah nanas untuk dijual disekitar Bario dan dihantar ke Miri. Harga nanas Bario mahal dijual di Miri dengan RM12.00 sebiji. Kekurangan bekalan nanas ini disebebkan oleh pengangkutan yang hanya boleh melalui kargo udara MAS Wing (RM1.00 sekilogram bergantung kepada carga space yang sedikit) atau melalui jalan darat mengambil masa 10 - 15 jam. Pada penulis blog penanaman nanas Bario istimewa kerana ia adalah ditanam dan diuruskan secara organik tanpa petani penggunaan baja dan racun kimia. Kini lebih ramai petani yang menanam nanas untuk pasaran tempatan dan untuk diproses menjadi jem nanas. Terdapat sebuah mini kilang jm nanas yang dibangunkan bersama antara LPNM dengan JTK Sarawak bagi memproses nanas. Nanas Bario yang manis juga sesuai dijadikan satu tarikan kepada pelancong yang datang ke kawasan tanah tinggi ini.


Garam Bukit Bario merupakan satu lagi tarikan dan produk yang ada disini. Garam ang diposes daripada air msin galian ini terletak di Kg Pa Amor yang telah lama diusahakan oleh penduduk tempatan. Kini garam bukit dari kawasan ini telah pun dikenali ramai sebagai sejenis garam yang berkhasiat dengan harga premium. Penulis yang membeli 3 bungkus garam ini membayar RM60.00 atau dijual dengan harga RM20.00 satu ikat (Sila anda lihat foto disebelah). Kelebihan garam  ini bukan sahaja ianya masin tetapi juga mengandungi banyak bahan mineral lain yang tidak ada pada garam biasa. Penghasilan garam bukit disini dengan memasak air masin dari kolam semulajadi selama 24 jam sebelum ianya dimasukkan kedalam batang buluh untuk sejatan. Pembuatan Garam gunung atau garam bukit ini masih lagi tradisional dengan perlukan tahap kemahiran, kesabaran dan kemahuan untuk memprosesnya. Ia juga boleh dijadikan satu daya tarikan pelancong yang ingin mengetahui bagaimana untuk memproses garam dikawasan tanah tinggi. Berkunjung ke kawasan tanah tinggi Bario tidak lengkap kalau tidak melwat muzeum kaum Kelabit yang ada di Pekan Bario. Muzeum ini juga mamu memberi ilmu kepada pengujung mengenai sejaraj orang kelabit disini. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada anda semu. Wasallam!!!..
KE BARIO SANA...IA ADA 3 BENDA...
BERAS BARIO...NANAS JANGAN LUPA...
GARAM BUKIT... KHASIAT DIBANGGA...
KENA DATANG... BARU JUMPANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Chalet Pak Mus, Bario, Miri,
Sarawak, Malaysia.
(11 Oktober 2017)
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top