PES NANAS (Pineapple Paste) merupakan salah satu produk yang dihasilkan daripada buah nanas (Ananas comosus). Pes nanas merupakan satu produk berasaskan buah nanas yang mendapat permintaan tinggi dikalangan pengusaha industri asas tani terutama untuk dijadikan inti bagi kuih mueh, jem dan pelbagai makanan lain yang mana ia berasaskan pes nanas. Aktiviti didalam memproses atau menyediakan pes nanas selalunya memerlukan satu kaedah memproses yang mudah dan boleh dilakukan secara tradisional atau komersil. Buah nanas yang matang sama ada berkualiti baik atau sederhana boleh dijadikan pes nanas. Bagaimana pun ada dikalangan pengusaha ladang nanas dan pengusaha Industri Asas Tani yang mengambil semua buah nanas yang tidak boleh dijual segar (reject for fresh market) akan dikumpulkan dan diproses menjadi pes nanas. Lazimnya dalam setiap hektar tanaman nanas akan ada beberapa peratus buah yang akan tidak sesuai dijual akibat saiznya yang kecil, terlalu besar, ada kecacatan, sebahagian rosak, tidak matang dan sebagainya. Buah-buah seperti ini perlu dituai dari semua pokok kerana musim tanaman baru komersil akan membuang semua pokok nanas lama yang ada. Penanam nanas kini lazimnya akan terus menanam semula selepas mengambil benih sulur dan sudah jarang mereka mengambil buah nanas ratoon. Pes nanas yang ada dipasaran tempatan kebanyakannya adalah diimport daripada negara jiran Thailand dan Indonesia. Bagaimana pun produk pes nanas dari Thailand dari apa yang penulis kaji mengandungi bahan tamahan gula yang menyebabkan ia amat manis dan hanya sesuai untuk dijadikan jem atau inti beberapa jenis kuih (Sila lihat foto diatas). Kekurangan pengeluaran pes nanas tempatan perlu diambil peluang kerana ramai pengusaha produk berasaskan pes nanas memerlukannya. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pes nanas.
Membuat pes nanas secara tradisional dirumah amat mudah dilakukan. Ramai dikalangan surirumah yang tahu bagaimana untuk membuat pes nanas sendiri dirumah. Pilih buah nanas dann buang kulitnya untuk mengeluarkan bahagian isi. Bersihkan nanas tersebut dengan air bersih untuk membuang kekotoran lain. Sebaiknya nenas tersebut ditoskan sebelum ia diparut menggunakan parut biasa (Sila lihat foto disebelah). Ada juga dikalangan pengusaha yang menggunakan alatan mesin pengisar (blender) untuk tujuan menghancurkan buah nanas. Saiz serat atau kehalusan memarut akan menentukan kualiti pes yang dihasilkan. Parutan buan nanas ini kemudian dimasukkan kedalam kuali dengan dipanaskan pada api sederhana yang dikacau selalu agar tidak hangus. Bergantung kepada kuantiti dan api yang dipasang, jangkamasa untuk pes ini pekat adalah berbeza. Jika yang dimasak itu menggunakan kuantiti sedikit maka ia cepat dimasak dan sebaliknya. Bagaimana pun ketika membuat pes nanas in ramai kalangan pengusaha akan mencampurkan gula pasir untuk tujuan sebagai bahan preservatives dan menambah nilai rasa nanas yang kurang manis. Kadar penggunaan gula ini berbeza mengikut varieti nanas yang digunakan (jika nanas masam jumlah gulanya akan lebih tinggi). Produk pes yang diimport dari Thailand yang banyak dijual dinegara ini dipercayai tinggi kandungan guna kerana ia bertujuan untuk dijadikan makanan yang sesuai dengan tahap kemanisannya.
Lazimnya warna hasil pes yang dihasilkan didalam kuali berbeza-beza bergantung kepada bahan mentah dan tahap memasak. Jika api dan tahap kepanasan tidak dikawal maka bahagian bawah akan cepat menjadi coklat atau gelap dimana ini menjejaskan keseluruhan warna pes. Sebaiknya api dikawal dengan kecil dan sentiasa dikacau agar pes nanas masak seragam dengan warna kuning keemasan (Sila lihat foto disebelah). Warna pes nanas yang gelap mungkin disebabkan oleh terlebih gula pasir yang diberikan dan kawalan api tidak sekata atau terlalu panas dibahagian bawahnya. Varieti nanas juga memainkan peranan terhadap warna pes yang dihasilkan. Bagi nanas yang manis ia juga cepat menjadi kegelapan dan sebaiknya api ini perlu dikawal dari mula memasaknya. Jika pengusaha ada kilang memasak pes nanas yang automatik atau semi - automatik masa sepatutnya boleh menghasilkan pes nanas berkualiti kerana semuanya boleh dikomputerisekan. Warna pes nanas yang baik mempunyai warna terang, tahap kemanisan gula sederhana, kelihatan tidka terlalu kasar atau terlalu halus seratnya (fiber). Pes nanas yang siap sesuai dibungkus dengan bekas yang hygenik dan dilabelkan jika hendak dijual kepada pelanggan.
BUAH NANAS...PELBAGAI GUNA...
ADA BROMELINE...PES NANASJUGA...
BUAT SENDIRI...AMBOI SENANGNYA...
BACA ARTIKEL..RASA HENDAK CUBA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 759, Hotel Marriott,
Putrajaya, Malaysia.
(5 Muharam 1439H)
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Penulis baru-baru ini telah berpeluang membuat 'Uji Rasa Kuih Tart' yang mana ia menggunakan pes atau inti nanas sebagai komponen utama (Sila lihat foto disebelah). Terdapat lebih daripada 25 sampel yang dihantar oleh ramai pengusaha dari seluruh negara untuk dipilih beberapa kuih tart terbaik untuk dijadikan produk berasaskan nanas yang popular. Kualiti inti tart nanas merupakan satu kriteria untuk mementukan kuit tart mana yang paling diminati ramai dan boleh dijadikan ikon makanan Negeri Johor. Melihat kepada inti kuih tart tersebut ia mampu menarik pembeli untuk memilikinya dengan sekali pandang sahaja. Selain itu inti tersebut dimestikan tidak terlalu manis dan mudah untuk diperolehi dengan harga berpatutan. Produk daripada pes nanas ini boleh dibungkus, dilabel dan dieksport sebagai satu komoditi makanan yang sangat penting. Dalam iklan diinternet menunjukkan pes nanas yang diimport dari Thailand adalalah sangat manis oelh beberapa orang dengan pegawai lain. Bungusan 1 kg pen nanas dijual dengan harga RM25.00 tetapi jika ada promosi ia menurun kepada RM18.00 sekilogram. Lazada ada mengiklankan 'Pineapple Paste' dalam laman sesawang yang mmana ada mempromosikan produk pes nanas. Semuga pembaca semua mendapat info terbaik dari blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BUAH NANAS...PELBAGAI GUNA...
ADA BROMELINE...PES NANASJUGA...
BUAT SENDIRI...AMBOI SENANGNYA...
BACA ARTIKEL..RASA HENDAK CUBA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 759, Hotel Marriott,
Putrajaya, Malaysia.
(5 Muharam 1439H)
Catat Ulasan