PUTU MAYAM adalah sejenis makanan daripada kategori kuih yang dipercyai berasal daripada India. Nama makanan ini dalam bahasa Tamil pula adalah 'Indiyappam' iaitu sejenis makanan yang popular di Negeri Tamil Nadu Selatan India. Kini ia merupakan makanan yang popular dikalangan masyarakat Malaysia terutama di Semananjung Malaysia sebagai makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan. Makanan inii juga popular di Singapura, Sri Lanka dan Indonesia. Di Indonesia makanan ini dipanggil sebagai 'Putu Mayang' yang dihidangkan dengan santan dan gula melaka. Melihat foto diatas tentunya anda yang tidak kenal akan kuih ini ingin menikmati kelazatannya. Bagaimana pn di Malaysia terdapat makanan yang hampir menyerupai iaitu PUTU PIRING atau PUTU BAMBU yang mempunyai rasa hampir serupa. Kesemua jenis putu disediakan menggunakan tepung beras yng diadun dan dikukus untuk dijadikan bahan asasnya. Di India putu mayam ini dimakan dalam beberapa cara sama ad dimakan bersama gula melaka tau dimakan dengan kuah kari. Bagaimana pun di Malaysia penjualan putu mayam biasa disediakan dengan gula melaka dan kelapa parut. Kelapa Parut (Cococs nucifera) akan dapat menambah keenakan putu mayam kerana ia lemak dan sesuai dimakan bersamanya. Penulis membeli sebungkus makanan putu mayam di Pasar Tani UDA dengan harga RM5.00 satu set. Ia mencukupi untuk dimakan sekitr 3-4 orang dengan kelapa parut dan gula melaka disusun dalam pek polystyrene. Artikel pagi Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai makanan popular dinegara kita iaitu Putu Mayam untuk menambahkan ilmu kita sentiasa.
Makanan Putu Mayam pada penulis blog memang enak ketika dimakan semas suam panas. Ini kerana ketika sejuk ada beberapa kelazatan yang tidak dapat dinikmati iaitu aromanya. Komponen yang paling penting pada makanan putu mayam adalah bagaimana untuk nda menyediakan kirainya. Membuat sendiri putu mayam lebih confident daripada membeli daripada mamak atau gerai yang menjualnya dari segi kebersihannya dan juga kualitinya. Makanan �Putu Mayam� atau di Penang dipanggil �putu mayung� atau pun orang India Selatan gelar �Idi Apom� dan didalam bahasa Inggeris di panggil �String Hoppers� mudah disediakan. Makanan ringan atau separa berat ini berasal dari benua India dan Sri Lanka. Makanan ini adalah khas untuk majlis keramaian atau pun sebagai satu jenis sarapan pagi atau petang. Biasanya orang India makan putu mayom ini dengan kari tetapi di Malaysia ia lebih enak dimakan bersama kelapa parut dan gula perang (Gula Merah). Bahan-bahan yang digunakan adalah mudah diperolehi dan peralatan digunakan juga mudah didapati. Perlu ada dapor gas dan kuali kukus serta alat kirai tepong beras (Sila lihat foto diseblah). Kepada mereka yang memang pandai masak kuih tidak sukar bagi mereka membuat putu mayam dengan baik.
Bahan asas membuat putu mayam adalah terdiri daripada 2 cawan tepung beras, 2 dan 1/2 cawan Air Panas, 1/2 sudu kecil garam dan juga 2 sudu kecil minyak masak. Peru jug disediakan alat atau acuan membuat kuih muruku (dipilih daripada alat yang ada lubang atau mata paling halus). Cara membuat putu mayam dimulakan dengan memasukan tepung beras dalam sebuah bekas bersih. Kemudian perlu didihkan air dalam kukus dan masukkan garam supaya larut. Masukkan air panas sedikit demi sedikit kedalam tepung beras dan kacau sehingga sebati menjadi doh. Kemudian boleh diadunkan dengan menggunakan tangan dan doh yang dibentuk perlulah tidak melekat pada tangan anda. Bahagikan doh kepada 3 atau 4 bahagian. Seterusnya panaskan air dalam bekas kukus. Lapikan kain putih bersih sebagai pelapis pada bekas pengukus. Masukkan bahagian doh kedalam acuan muruku dan dan mulakan pemutaran atau pemerahan mengikut saiz yang perlukan. Putuskan bahagian terakhir di setiap kepingan dengan menekan sedikit kepada putu mayam supaya tidak terbarai apabila sedia masak. Ia perlu dikukus selama 5-10 minit iaitu sehingga ia kental dan masak. Sebaiknya putu myam sesui untuk dihidangkan dengan kelapa parut (100gm) dan gula perang (100gm). Kalau ingin warna hijau atau ada bau khas wangi pandan boleh dimasukan dua helai daun pandan dalam air mendidih dan campurkan perwarna hijau. Memang mudah untuk menyediakan putu mayam dirumah sendiri.
Penulis juga meninjau satu resepi membuat putu mayam yang hampir sama. Agak pelik juga kerana ada yang suka makan putu mayam dengan bau pandan berwarna hijau (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya putu mayam yang tradisional adalah berwarna putih beras. Dalam penulis membuat putu mayam dirumah minggu lepas saya telah menggunakan bahan terdri daripada 2 cawan air, 1 sudu teh garam, 2 cawan tepung beras, 1 sudu makan minyak jagung, gula merah hiris halus, kelapa parut putih gaul sikit garam dan juga seikat daun pisang. Mula-mula disiapkan daun pisang yang dah di cuci bersih dan keringkan daun pisang dan kemudian ia dipotong. Daun pisang ini digunting dengan bentuk bulat dan sapukan sikit minyak jagung supaya adunan putu mayam tidak melekat pada daun pisang kemudian tepikan. Lepas tu panaskan air hingga mendidih, jika air dah mendidih masukkan minyak jagung bersama garam dan gaul hingga rata. Tutup api dan masukkan tepung beras sedikit demi sedikit hingga semua tepung beras masuk dalam kukus pada daun pisang berminyak dan garam tadi. Kemudian ia dikacau sehingga adunan menjadi doh yang lembut. Semasa adunan tu masih panas masukkan dalam acunan maruku dengan pilih lubang yang paling kecil tuk putu mayam. Kemudian putar acunan maruku bentuk bulatan dan biarkan adunan bertali jatuh di atas daun pisang yang dah siapkan bentuk bulat tadi dan sbiknya jangan terlalu tipis dan jangan pula terlalu tebal. Selepas mengukus sebaiknya dimasukkan putu mayam dalam kukus lagi. Sebelum itu perlu dibiarkan air dalam kukusan tu mendidih kemudian kukus putu mayam. Pastikan sentiasa tutup pengukus dengan kain supaya air pada tutup kukusan tu tak menitik pada putu mayam. Jika terkena titisan atau wap air akan menyebabkn putu mayam menjadi lembik nanti. Kukus dalam masa 3 minit lepas angkat dan toskan dimana selepas itu dah bolehlah disusun atau disediakanuntuk di hidangkan. Sediakan juga bersama kelapa putih parut dengan sikit garam juga gula malaka atau gula merah hiris halus. Bagi putu mayam yang masih baru dimasak memang enak dimakan. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepad pembaca blog �nim Agro Technology kali ini. Wasallam!!!..
NAMA PUTU MAYAM... ASAL INDIA...
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

TEPONG BERAS... BAHAN UTAMA....
DIKUKUS DIKIRAI...MASAKLAH DIA...
DENGAN GULA...SAMA KELAPA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Sekolah Dataran Feda Bukit Aping Timor,
Kota Tinggi, Johor,
Malaysia.
(3 Muharram 1438H)
Catat Ulasan