RACUN RUMPAI 'TEBUNAS' merupakan salah satu jenis jenama racun yang sesuai digunakan oleh penanam tebu dan penanam nanas. Penulis blog mendapati terdapat ramai petani yang telah menggunakan racun ini dikebun nanas terutama disekitar Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor Utara sebagai salah satu pilihan mereka untuk tujuan mengawal rumpai dikebun. Pada penulis produk racun rumpai ini memang senang untuk dikenali dan diingati oleh petani dan pengguna. Ini kerana pengeluar racun ini menggunakan nama TEBU dan NANAS yang digabungkan menjadi 'TEBUNAS'. Label yang dilekatkan pada botol juga dipaparkan dengan gambar pokok rumpun tebu disebelah kiri dan pokok nanas disebelah kanan (Sila lihat foto diatas). Pokok Tebu (Saccharum officinarum) dan Pokok Nanas (Ananas comosus) merupakan jenis tumbuhan yang disyorkan menggunakan racun rumpai jenis selectif ini. Racun Rumpai yang mengandungi bahan aktif sebagai Aametryn ini mempunyai kandungan sebanyak 44.6% bahan aktif. Ia merupakan jenis bahan aktif atau perawis yang akan bertindak dengan rumpai didalam kebun. Racun ini telah didaftaran dengan nombor pendaftaran di LRMP iaitu nombor 8667. Racun ini dikeluarkan oleh Syarikat ANCOM CROP CARE SDN. BHD. iaitu yang dihasilkan oleh syarikat tempatan dan diedarkan melalui kedai-kedai dan ejen yang berdaftar. Kandungan racun ini adalah didalam bentuk pekatan cecair atau juga ia dinamakan sebagai TEBUNAS SUSPENSION CONCENTRATE (SC). Ia dikelaskan sebagai Racun Rumpai (HERBICIDE) yang didaftarkan pada 1 Jun 2011 dan akan tamat tempoh daftar pada 31 Mei 2018. Artikel malam ini saya berpeluang untuk menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai racun rumpai TEBUNAS yang ada penulis jumpai digunnakan oleh penanam nanas semasa tinjau diladang nanas diseluruh negara. Produk ini bagaimana pun masih ramai penanam nanas yang kurang tahu mengenainya.
Racun TEBUNAS ini dibotolkan dan dijual dalam kapasiti 1 liter dan 4 liter. Ia dijual dengan bekas plastik berwarna putih dengan ada pemegang, penutup dan label yang sangat mudah dikenali (Sila lihat foto disebelah). Bergantung kepada lokasi dan kuantiti dibeli lazimnya ia dijual dengan harga runcit diantara RM75.00 - RM90.00 satu botol. Ia mudah dibawa dengan pemegang yang kuat dan juga mudah disimpan. Label yang dilekatkan jelas dibaca dengan bahagian hadapan tulisan TEBUNAS warna hijau dan gambar pokok nanas dan pokok tebu. Dituliskan juga spesifikasi kandungan dan bahan aktif atau perawis digunakan serta alamat syarikat pengeluar dan LABEL BIRU dibawah sekali menunjukkan tahap kebisaan racun tersebut. Penutup yang kuat sering digunakan pekebun sebagai alat sukatan ketika membancuh racun didalam tong penyembur. Biasanya jika racun ini tidak habis digunakan maka perlu ditutup rapat untuk disimpan ditepat yang selamat dan teduh. Penggunaan racun TEBUNAS dikawasan tanaman nanas perlu menggunakan pam penyembur yang ada nozel yang dipasang alat tambahan. Tujuannya adalah agar semasa menyembur dapat mengelakkan tidak kena dengan daun nanas. Hanya air bersih sebaiknya digunakan sebagai air untuk semburan dan mendapatkan tahap keberkesanannya. Sebaiknya tong penyembur racun rumpai dikebun nanas adalah berlainan dengan tong untuk menghormon tanaman nanas dan juga pam penyembur untuk menyembur racun serangga atau racun kulat.
Label pada sebelah botol dengan jelas penjelas mengenai penggunaan racun tersebut. Label yang ada latarbelakang warna hijau muda dan hijau daun ini ditulis dengan warna hitam yang mudah dibaca (Sila lihat foto disebelah). Ia dapat menjelaskan kadar sukatan yang perlu digunakan untuk tanaman nanas dan juga tanaman tebu. Petani dan pengguna mesti mengikuti arahan yang ada pada label. Menurut beberapa penanam nana syang ditemubual mereka berpuashati dengan racun ini walau pun sebenarnya akan menggilirkan dengan racun yang mengandungi bahan perawis seperti Diuron. Ini perlu dilakukan setiap kali musim tanaman agar rumput tidak menjadi kebal. Pakaian menyembur racun ini mesti lengkap dengan menutup muut, mata dan hidung serta pakaian yang sesuai. Penggunaan nozel khas dengan corong digalakkan semasa pokok semakin membesar. Ada dilaporkan daun nanas yang terkenal racun ini akan terkesan jika dos tinggi atau diracun berulang. Bagaimana pun lazimnya tanaman nanas tidak mati. Hasil pemerhatian penulis blog dapati kerja mengawal rumpai dikebun nanas terutama di tanah mineral kritikal dari bulan pertama penanaman sehingga bulan ke 5 sehingga bulan ke 7 mengikut varieti dan jenis tanah. Apabila daun nanas sudah hampir bercantum maka masaalah rumpai agak kurang menggunakan tenagakerja. Hasil penggunaan racun ini memuaskan asalkan penanam nanas mengikuti arahan pada label dan jadual menyembur racun (Sila lihat foto dibawah). Penulis galakan penanam nanas menggunakan racun rumpai sebagai satu alternatif didalam penanaman nanas selain daripada memasang plastik silvershine dan juga menbuang rumpai secara manual. Semuga anda pembaca blog anim agro technology mendapat info berguna untuk dijadikan amalan. Wasallam!!!.....
NAMA 'TEBUNAS'...RACUN DIGUNA...
ADA DIJUAL... RAMAI BERTANYA...
SEMBUR... RUMPAI DIKAWALNYA...
ARTIKEL DITULIS...ANDA MEMBACA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1926, Hotel Hatten
Bandar Hilir, Melaka,
Malaysia.
(5 Muharam 1439H)
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan