PASAR SATOK merupakan satu pusat jualan yang sangat popular di Bandaraya Kuching kepada penduduk tempatan dan juga pelancong. Keunikkan ini amat terserlah terutama pada hari Sabtu dan Ahad dimana terdapat banyak jualan produk-produk kampong dipasar ini yang telah moden dan selesa kepada pengunjung. Penulis yang beberapa kali kepasar ini amat suka dengan aktiviti jualan dan produk yang dipamerkan. Medan Niaga Satok di Jalan Matang, Kuching, merupakan sebuah pasar tani moden baharu yang mana ia telah dibangunkan bagi menggantikan Pasar Tamu Satok yang telah beroperasi sejak 20 tahun lalu. Visi Kementerian Pelanco�ngan Sarawak menjadikan kawasan Medan Niaga Satok di tebing Sungai Sarawak di sini sebagai tempat ikonik 'wajib' dikunjungi pelancong ke bumi Kenyalang, dilihat berada di landasan yang betul. Kawasan komersial yang dibangunkan bersebelahan Kompleks Kubah Ria itu dengan kos RM46.6 juta menerusi peruntukan khusus oleh Kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang mencatatkan urus niaga bernilai tidak kurang RM60 juta setahun sejak mula beroperasi kira-kira tiga tahun lalu. Projek naik taraf Medan Niaga Satok membabitkan peruntukan RM13 juta bagi kemudahan seperti tandas, bilik mandi, tempat letak kereta, lampu gemerlapan dan benteng gerai makan. Medan Niaga itu merupakan pasar tani terbesar dalam negara yang diuruskan oleh FAMA, dengan kapasiti 1,444 ruang niaga tetap dan keutamaan diberikan kepada peniaga sedia ada di Pasar Tamu Satok, termasuk 600 ruang untuk peniaga hasil hutan yang sebelum ini berniaga di Pasar Minggu Satok. Kerajaan negeri mengambil tindakan tepat apabila memutuskan untuk memindahkan pasar yang 'menyesakkan' di Jalan Satok ke Medan Niaga, walaupun awalnya mendapat tentangan beberapa pihak yang ragu-ragu dengan potensinya. Medan ini asalnya adalah Pasar Satok yang berselerak. Jadi kerajaan negeri mengambil langkah bijak membuka tempat ini bagi membolehkan peniaga berniaga. Ini tempat yang sesuai dan selesa untuk berniaga. Jualan pasti akan meningkat untuk jangka masa panjang. Kedudukan kawasan Satok di pusat bandar raya ini yang me�nempatkan pusat-pusat perniagaan dan kewangan utama di Sarawak menjadikan ia antara kawasan penting yang akan seterusnya akan membentuk imej bumi Kenyalang di mata pengunjung. Dari pengalaman penulis yang pernah tinggal di Kuching dulu mendapati sebelum ini, persekitaran sesak Pasar Minggu di Jalan Satok yang memghimpunkan ratusan peniaga dari Market Street dan Padang Pasir selama kira-kira 30 tahun dilihat begitu unik lagi sinonim dengan Kuching, namun panorama itu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan sangat bagi membentuk imej sebuah bandar raya moden. Visi kerajaan negeri mengubah segalanya apabila para peniaga di kawasan sesak itu dipindahkan ke seberang sungai sekitar empat tahun lalu, hanya di tepi jambatan yang merentasi Sungai Sarawak. Medan Niaga Satok dilihat pontensinya bukan sahaja dari sudut sebuah pasar unik yang menawarkan hasil tani dan hutan semata-mata, tapi juga berpotensi sebagai destinasi cukup menarik buat pelancong. Artikel malam ini saya menulis dalam blog popular "Anim Agro Technology" beberapa produk yang dijual di Pasar Satok dan beberapa ulasan mengenainya.
Berjalan-jalan lagi di Pasar Satok saya jumpa dengan jualan Jambu Batu Berbiji iaitu dari jenis 'Kampuchea'. Jambu ini dijual dengan tandaharga RM3.50 sekilogram (Sila lihat foto disebelah). Anda bolh baca banyak tulisan saya mengenai jambu batu (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak artikel lain lagi. Jenis yang popular ditanam di banyak lokasi ialah varieti GU 8 atau dipanggil Kampuchea oleh petani tempatan. Terdapat 2 bentuk buah iaitu Oval dan bulat. Jabatan Pertanian telah mendaftar sebanyak 15 jenis Klon Jambu Batu pada tahun 2005 iaitu dari Klon GU 1 sehingga Klon GU 15 dimana Klon GU 1-GU 11 adalah klon jambu batu berbiji dan Klon GU 12- GU 15 jambu tanpa biji. Jabatan Pertanian mengesyorkan cuma Klon GU 8 ,Klon GU 9 dan GU 10 (Berbiji) .Varieti GU 8 (Kampuchea) paling popular ditanam kerana ia mampu berhasil 6-8 bulan selepas ditanam dengan potensi hasil antara 40-50 mt sehektar selepas 4-5 tahun ditanam diladang. Buah Jambu batu di jual dalam bentuk segar , boleh diproses dan dijadikan makanan snack. Penulis tidak membeli buah jambu ini kerana sudah biasa memakannya. Buah ini yang bentuknya bulat, bujur seperti buah pir. Tempoh matang (sesuai untuk dipetik) bagi jambu batu daripada berputik ialah 2-3 bulan. Kini terdapat juga varieti jambu batu tanpa biji. Kebanyakan jenis jambu batu mempunyai kulit buah berwarna hijau kekuningan. Isinya berwarna putih, krim atau merah jambu. Isinya lembut tetapi diselangi biji yang kecil dan keras. Selain itu, terdapat juga variti jambu batu isinya bewarna merah jambu yang telah dikomersilkan menjadi jus jambu batu.
Produk makanan yang menarik saya dalam Pasar Satok seterusnya adalah apa yang penduduk tempatan panggil 'Ketupat Pulut'. Bentuk anyaman yang unik ini membuatkan penulis membeli dan merasanya. Ketupat berbentuk 'Tali Leher' ini dijual dengan harga RM1.00 satu atau selonggok RM5.00 untuk 5 batang (Sila lihat foto disebelah). Ketupat pulut ini ada yang dijual berasingan dengan kuah kacang bergantung kepada keperluan pelanggan. Ketupat ini enak dimakan dengan serunding atau sambal kacang yang juga ada dijual digerai tersebut. Apa yang menariknya adalah bagaimana anyaman ketupat tersebut yang unik. Membuat ketupat memang perlukan kemahiran dan ia perlu dimasak agak lama untuk membolehkan disimpan lama dan tidak basi. Penulis membeli selonggok ketupat dan dimakan dengan Serunding Ikan Terubok yang sedang dibuat promosi jualan dikawasan gerai ikan terubuk masin.
Ke Kuching Sarawak memang mesti mendapatkan Kek Lapis Sarawak!.. Penulis agak lama berhenti di gerai Kak Salmah dimana terdapat lebih dari 5 orang penjual kek lapis Sarawak di Pasar Satok. Penjual akan membuat 'uji rasa' dengan ada bekas mengandungi pelbagai perisa kek lapis ini (Sila lihat foto disebelah). Kalau mahu terus kekedai kek lapis atau kekilang kek lapis pun akan mendapat kek lapis yang hampir sama rasanya. Kek Lapis Sarawak ini dijual dengan pelbagai harga mengikut keunikan dan bahan campuran didalamnya. Semurah RM10.00 satu kek lapis sehingga RM25.00 satu dan ada juga yang lebih mahal. Penulis mencuba tidak kurang daripada 12 jenis kek lapis digerai ini dan akhirnya membeli 7 kek lapis. Jenis yang dibeli adalah Kek Lapis Original, Kek Lapis Pandan, Kek Lapis Nanas, Kek Lapis Butter dan beberapa lagi. memang enak makan kek lapis ini didalam hotel. Kek lapis juga kini telah dijadikan buah tangan pelancong dari Semenanjung Malaysia untuk dibawa pulang.
Ikan Bulu Ayam ada dijual di Pasar Satok yang masih segar lagi. Penulis sebenarnya lebih biasa denga Ikan Bulu Ayam Masin yang dimakan dengan Nasi Ambeng yang popular diJohor. Bagaimana pun ikan ini dijual dengan harga RM10.00 sekilogram dan dikira murah kerana jarang saya jumpa ikan segar seperti ini (Sila lihat foto disebelah). Ikan ini walau pun ada tulang halus didalamnya tetapi enak dimakan dengan cara menggoreng bersalut tepong atau di masak dengan sambal merah pedas. Ikan ini sesuai dimakan dengan nasi putih diwaktu lapar pada tengahari. Penulis blog tidak membeli ikan ini kerana sukar untuk memasaknya walau pun teringin untuk makan ikan ini. Ikan Bulu Ayam merupakan spesies ikan air tawar. Nama saintifiknya adalah Moustached thryssa atau juga dengan nama Thryssa mystax yang mana ianya adalah dan merupakan sejenis ikan yang terdapat di Malaysia seperti di Sarawak ini. Memang siapa yang berkunjung ke Pasar Satok kena bawa duit yang cukup untuk membeli pelbagai produk kampong dan produk laut serta makanan yang murah dan segar.
Jualan Udang dan Ikan Segar merupakan satu aktiviti yang manrik dipasar ini. Terdapat banyak jenis udang segar yang dijual dimana paling menarik adalah jualan udang Galah, Udang Kara, udang Pengantin, Udang Geragau dan banyak lagi. bagaimana pun penulis melihat jualan Udang Putih yang dijual dengan harga RM34.00 sekilogram (Sila lihat foto disebelah). Udang ini yang masih segar amat sesuai untuk dimasak sambal, dijadikan ramuan dalam mee goreng atau dimasak dengan sayuran lain. Negeri Sarawak memang mempunyai kawasan laut dan sungai yang luas sebagai pembekal udang yang banyak. Udang disini dikira dijual dengan harga berpatutan dan ada kalanya murah juga. Bagaimana pun penulis pernah membeli udang segar yang murah dan memakannya dahulu dengan banyak sehingga ada masaalah kolesterol dari udang. Udang merupakan makanan berkhasiat yang sering dihidangkan di restoren seafood yang terdapat disekitar Bandar Kuching.
Ikan Terubuk Masin merupakan satu tarikan utama di Pasar Satok sama ada di lokasi lama atau dipasar baru. Lazimnya pelancong akan membeli ikan terubuk masin yang disediakan dengan cara pembungkusan terbaik untuk dibawa pulang dengan pesawat kapalterbang. Ikan terubuk dijual disini ada dua jenis iaitu Ikan Terubuk Tempatan dan Ikan Terubuk Import. Bagaimana pun ikan terubuk tempatan agak sukar dijumpai dan kalau ada pun harganya mahal. Tinjauan penulis mendapati ikan terubuk masin ini dijual dengan harga RM5.00 seekor sehingga RM35.00 seekor atau lebih lagi. Kualiti saiz, kesegaran, ukuran dan jenis menentukan harga jualan. Apa pun penulis membeli 5 ekor Ikan Terubuk Premium dengan harga RM35.00 seekor yang saiznya besar, masih segar dari penjual yang peramah. Ikan ini perlu dibuang garamnya sebaik sahaja tiba dirumah untuk mempastika ia tidak terlalu masin ketika dihidangkan. Sebaiknya diperah dengan jus limau untuk mendapatkan kesegarannya. Sesuai dimakan dengan nasi putih dan sayur. IKAN TERUBUK MASIN (Salted Terubuk Fish) merupakan satu identiti produk di Sarawak yang sangat popular semenjak berpuluh tahun dahulu selain daripada produk Kek Lapis Sarawak. Ikan Terubuk (Tenualosa toli) yang asli di Negeri Sarawak dilaporkan terdapat di Kawasan Sungai Sebuyau dan Sungai Sebangan serta beberapa sungai lain seperti di Batang Lupar di Sarawak. Manakala di Semenanjung Malaysia pula ikan ini didapati disekitar Sungai Perak, Sungai Pahang dan beberapa sungai lain walau pun bilangannya agak sedikit. Saya telah pun merujuk kepada laporan Jabatan Perikanan dimana terdapat 3 jenis ikan terubuk yang lazim ditangkap untuk dimakan iaitu Jenis Ikan Terubuk Tenualosa toli, Tenualosa macrura dan jenis Hirsa kalee. Ketiga-tiga jenis ikan ini adalah daripada keluarga Clupeidae yang terdapat diperairan air pada kawasan iklim panas di tropika dimana amat suka pada jenis air payau. Ikan terubuk ini unik kerana ia mempunyai kitaran hidup dua peringkat iaitu pada tahun pertama ia adalah IKAN JANTAN manakala pada tahun berikutnya ia akan menjadi IKAN BETINA. Jangkahayat ikan terubuk lazimnya selama 18 bulan sahaja. Itulah sebabnya hampir semua ikan terubuk dewasa mempunyai telur yang banyak.
Artikel ini bersambung dalam Part 1, Part 2 dan Part 4. Tinjauan penulis blog dan meneliti produk kampong dipasar Satok membolehkan banyak idea tercetus. Wasallam!!...
KEPASAR SATOK...MEMBUAT TINJAUAN...
PRODUK KAMPONG...IA DI UTAMAKAN...
AMBIL FOTONYA... UNTUK PENULISAN...
ANIM AGRO ...KINI MENJADI RUJUKKAN...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1227, Hotel Hilton Kuching,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(27 RabiulAkhir 1439H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan