Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
BABY NANAS?.... Itu adalah soalan yang pernah orang tanya kepada penulis blog ini beberapa kali. Nanas ini hanya banyak dijual di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia seperti di Kelantan yang dibawa masuk daripada negara jiran Thailand. Baby nanas kini menjadi kegemaran masyarakat Malaysia kerana ia rangup, manis, kecil dan boleh dimakan begitu sahaja. Sebenarnya Baby Nanas adalah sejenis varieti nanas Renek (Dwarf variety) yang mempunyai rasa yang sama dengan nanas besar biasa. Nanas ini (Ananas comosus) daripada keluarga Bromaliaceae didakwa telah memberikan rasa yang lebih manis dari nanas besar biasa daripada apa yang didakwa ramai pengguna. Harga jualan nanas ini juga didapati lebih mahal disesetengah tempat yang dijual segar dengan kulit atau telah siap dikupas dinegara jiran dan ianya dibawa masuk ke Kelantan. Penulis membuat rujukkan antarabangsa dimana dilaporkan Baby Nanas ini memang saiznya kecil, memberikan rasa sangat manis, lembut isinya dan selamat dimakan (edible). Apa yang bagusnya juga bahagian tengah empulurnya amat lembut dan enak dimakan begitu saja. Diluar negara varieti baby nanas ini ditanam secara komersil untuk dijadikan hidangan atau ada yang menanamnya sendiri dirumah untuk dimakan dan dijadikan pokok hiasan. Buah yang kecil ini lazimnya berwarna kuning apabila masak dan ada juga warna kemerahan (Bukan dari jenis nanas ornamental). Bila nanas baby ini masak ambil pisau tajam dan buang kulitnya sebelum dihiris mengikut kesukaan dan dimakan. Sama dengan nanas besar lain setiap pokok baby nanas akan keluar hanya sebiji sahaja sepokok. Ia ditanam daripada benih daru sulur atau jambulnya. Artikel malam ini dalam "Anim Agro Technology" saya teruskan menulis berkaitan dengan Baby Nanas untuk dikongsi info dengan anda.

Amalan agronomi penanaman Baby Nanas hampir sama dengan cara penanaman nanas biasa cuma jarak penanaman adalah lebih rapat (Sila lihat foto disebelah). Dari segi agronomi dan marfology, Baby Nanas adalah jenis nanas kecil iaitu daripada keluarga Bromaliaceae. Ia adalah tanaman mempunyai bentuk pokok sama dengan nanas biasa besar dengan daun berwarna hijau yang ditanam secara monokrop dikawasan cukup cahaya matahari.  Ia ditanam dengan menggunakan sulur tanah atau pun jambul untuk tujuan mendapatkan kualiti dan ketulinan buah sama. Jika ditanam dikawasan tanah mineral sebaiknya dipasang plastik jenis silvershine untuk elakkan persaingan dengan rumpai. Pembajaan dan kawalan musuh serta penyakit pokok nanas baby sama dengan amalan agronomi tanaman nanas biasa. Apabila cukup matang ia sesuai dihormon dan buahnya akan keluar walau saiznya hanya kecil sahaja berbanding dengan nanas biasa. Bergantung kepada amalan agronomi dan cuaca serta kesuburan tanah lazimnya nanas baby ini akan berbuah selapas 15 - 18 bulan. Buah yang masak ada yang berwarna hijau, warna hijau kekuningan dan sedikit kemerahan. Buah ini perlu diletakkan dalam bakul penuaian hasil sebelum digredkan dan dipasarkan. Kali pertama penulis blog membeli dan memakan buah nanas baby ini memang kurang yakin dengan kemanisannya sehingga suka untuk membeli beberapa biji lagi semasa berkunjung kr negara Thailand lama dulu. 


Dalam satu laporan akhbar mengenai nanas ini, akhbar Utusan malaysia ada melaporkan artikel bertajuk 'Fenomena baby nanas'  yang menarik penulis blog mengupasnya. Rencana oleh wartawan Connie S Monical bertarikh Nov 2016 menyatakan dimana baby nanas kini menjadi kegemaran masyarakat Malaysia kerana ia memberikan rasa lebih rangup, manis, kecil dan boleh dimakan begitu sahaja. Dalam pada itu kini penulis blog dapati dalam laman sosial Facebook banyak dibanjiri gambar-gambar nanas dalam saiz agak kecil berbanding nanas sedia ada (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog masih kurang membuat 'engagement' dengan nanas ini yang kurang ditanam di negara kita tetapi banyak ditanam di negara jiran sebelah utara. Nanas yang lebih sinonim dengan rasa masam manis dan tajam mungkin tidak berapa digemari oleh sesetengah pengguna. Namun, 'baby nanas' menjadi fenomena dan popular serta digemari kerana rasanya manis, rangup dan boleh dimakan begitu sahaja.  Baby nanas ini berasal dari Thailand dan dikenali dengan pelbagai nama seperti nanas Chiang Mai, Baby Nanas Madu dan Baby PineBekalan nanas ini yang mana rata-rata diperoleh dari Kelantan berikutan lokasinya berdekatan negara gajah putih itu. Penelitian penulis blog semasa ada membuat tinjauan teknologi nanas di Kelantan tahun lepas menunjukkan nanas ini bermula dari Kelantan dimana fenomena nanas ini menular sehingga ke negeri-negeri lain dan secara tidak langsung. Penulis blog dapati nanas baby ini seterunya mungkin mampu membantu menjana lebih pendapatan sampingan kepada peniaga memandangkan baby nanas ini menjadi trend dan popular orang ramai. Dalam pada itu kajian akhbar tempatan mendapati kehebatan baby nanas ini kerana di disukai kerana saiz kecil yang unik dan rasa manis. Bagi seorang pembeli baby nanas, Nurazizah Mat Salleh berkata, dia menyukai baby nanas kerana rasanya yang manis, rangup dan tidak masam. Menurutnya kini baby nanas sangat popular di Kelantan dan kini menular ke seluruh negeri. "Apabila kita makan nanas biasa, ia pasti ada rasa gatal tetapi baby nanas tidak. "Ia sangat manis dan sekali makan tidak akan puas, pasti mahu makan lagi," katanya.


Nurazizah merupakan pelanggan tetap baby nanas berkata, dia membeli baby nanas sebanyak dua hingga tiga kali sejak September lalu dengan harga RM12.00 mengikut paket (Sila lihat foto disebelah). Bagi Siti Bidayatul Mohd Yatim pula, keinginan merasa baby nanas itu dan menyebabkan dia sanggup membeli baby nanas dengan harga sehingga RM35.00 sekilogram berbanding RM25.00 sekilogram di pasaran. "Memang harganya mahal tapi sebab keinginan hendak rasa baby nanas itu penulis blog pernah membeli untuk makan. Mengulas keenakan rasa baby nanas itu bberapa rakan dan ahli keluarga penulis blog mendapati ia memang manis tetapi tidak boleh makan banyak kerana boleh menyebabkan lelangit menjadi pedih kerana ada kesan LIDAS. Rakan saya sebelah rumah iaitu Hj Rahman menyatakan dimana dia ada membeli baby nanas selepas terpengaruh dengan gambar-gambar viral di laman sosial. Katanya apabila melihat sahaja gambar baby nanas itu sudah pasti kecur air liur dibuatnya. Beliau terus beli dan selepas memakannya dan merasa sendiri rasanya dan katanya amat berpuashati dengan nanas kecil ini.  Namun ada juga mungkin dikalangan pembaca blog anim agro technology yang mana akibat rasanya yang sangat manis itu menyebabkan dia tidak membelinya lagi kerana dia juga  bukannya seorang yang suka memakan makanan yang manis. Penelitian penulis blog mendapati kini bekalan baby nanas sudah semakin kurang berikutan permintaan tinggi daripada pembeli seluruh negara. Penjual baby nanas di sekitar Klang seperti Puan Wan Mahiran nyatakan dimana dia terpaksa memberhentikan tempahan daripada pelanggan berikutan bekalan tidak mencukupi. Permintaan baby nanas di sekitar Lembah Kelang terus meningkat. Dakwanya pada setiap minggu dia perlu untuk mengambil bekalan baby nanas sebanyak 150 kilogram daripada pembekal di Negeri Kelantan. Bagaimanapun kini selalu terputus bekalan dimana menyebabkan pelanggannya komplen. Masa ini bekalan baby nanas tetap tidak mencukupi berikutan permintaan daripada pelanggan. Kemungkinan jika ada usahawan tempatan yang menanam dan menjualnya akan memudahkan beliau dapatkan bekalan.


Wan Mahiran telah mula menjual baby nanas sejak dua tiga bulan lalu selepas melihat ada permintaan tinggi sekitar Lembah Klang dan sekitarnya. Katanya, pelanggannya terdiri daripada penduduk sekitar Klang, Shah Alam dan Ampang serta terkini adalah Putrajaya. Wan Mahiran yang hanya berniaga secara sambilan menytakan setiap bulan dia mampu menjana pendapatan sehingga RM2,000. Dakwanya dimana Baby nanas sememangnya dikenali di Kelantan kerana sekarang adalah musim baby nanas di Thailand. Ada kemungkinan dimana dua atau tiga bulan ini bekalan baby nanas akan habis. Menurutnya beliau menjual baby nanas ini dengan harga sekilo RM25.00 dan RM12.00 bagi tiga atau empat biji baby nanas (Penulis blog mendapati nanas ini memang kecil saiznya). Dalam artikel lain bertajuk "Halal Ker Baby Nanas Madu Dari Thailand?" ada diviralkan dalam facebook yang penulis blog baca. Ini kerana makanan siap proses dari negara jiran ini perlu melalui proses pemeriksaan yang lebih ketat demi untuk mempastikan tahap keselamatan dan kedaulatan makanan tersebut. Dalam viral tersebut ada pertanyaan adakah halal Ke Baby Nanas Madu siap proses (buang kulitnya) dari negaraThailand? (Sila lihat foto disebelah). Akibat dari fenomena Baby Nanas Madu dari negara jiran iaitu Thailand ada dinyatakan bahawa ia bukan dari buah nanas besa yang dipotong-potong kecil sengaja untuk pasaran tetapi merupakan buah nanas kecil ditanam dinegara jiran. Mula-mula ramai ingat ia adalah daripada nanas besar dan di potong menjadi kecil untuk di makan terus tapi memang nanas ini datang dalam saiz yang kecil. Menarik dibincang bagaimana mereka tanam nanas ini. Bahagian atas artikel ini ada bincangkan kaedah penanaman tetapi mungkin usahawan di Malaysia perlukan benih yang tulen. Kepada penulis blog produk semacam buah nanas ini boleh diperiksa sumber darimana ia ditanam dan buah siap kupas tidak timbul halal-haram jika diproses mengikut Halal Thailand atau Halal Malaysia Certification. Apa pun dinasihatkan agar sentiasa waspada dengan produk lain yang disyakki tidak halal. Bagi tujuan tersebut penanam nanas tradisional dan komersil sedia ada mungkin berfikir banyak kali untuk tanam nanas baby ini. Mereka mungkin lebih suka tanam nanas premium seperti MD2 yang boleh diterima ramai masa kini.  Semuga rencana ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro semua. Wasallam!!!...
BABY NANAS ... KECIL SAIZNYA...
SANGAT MANIS ... RAMAI SUKA...
KURANG DITANAM... DI MALAYSIA...
BACA ARTIKEL.. FAHAMLAH JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room F114, Lotus Desaru Beach Resort,
Jalan Desaru, Bandar Penawar, 
Kota Tinggi, Johor,
Malaysia.
(2 JamadilAwal 1439H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top