Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
SARAWAK merupakan negeri potensi untuk pengeluaran hub baru nanas MD2 untuk pasaran eksport dimasa akan datang. Perkara ini menjadi satu daripada asas dan pelan perancangan oleh Kerajaan Negeri Sarawak dan LPNM (Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia). Seluas 1,547 hektar nanas MD2 telah ditanam pada tahun 2016 di Semenanjung Malaysia dengan anggaran pengeluaran sebanyak 60,153 mt bernilai sekitar RM152.36 juta. Nanas MD2 menyumnang 11.7% daripada seluas 13,148 hektar tanaman nanas keseluruhan di Malaysia. Jumlah pengeluarab b uah nanas adalah berjumlah sebanyak 262,643 metrik tan yang bernilai RM335.5 juta (Sumber: Laporan statsiktik industri Nanas 2016). Negeri Johor masih merupakan kawasan utama penanaman nanas dimana keluasan sebanyak 8,900 hektar atau 68% daripada semua keseluruhan keluasan dalam negara. Keluasan tanaman nanas dunnia pada 2016 adalah seluas 1.622 juta hektar dengan didahului oleh Nigeria seluas 182,000 ha diikuti dengan India (109,800 ha), China (72,817ha), Thailand (72,736 ha) dan Brazil (66,599 ha). Malaysia hanya mendudukki tangga ke 20 pada tahun 2016 dalam rangking keluasan tanaman nanas dunia. Laporan menunjukkan dimana pengeluaran nanas dunia pada tahun 2016 sebanyak 25.499 juta metrik tan dengan negara peneraju paling banyak mengeluarkan nanas adalah Costa Rica (2.915 juta mt) diikuti dengan Brazil (2.648 juta mt), Filipina (2.507 juta mt), Thailand (1.914 juta mt) dan Indonesia (1.836 juta mt). Malaysia mendudukki tangga ke 19 dalam ranking atau tahap pengeluaran buah nanas dunia. DiSarawak pada tahun 2016 mencatitan keluasan 843 hektar dengan nilai pengeluaran sebanyak 25,848 metrik tan yang bernilai RM30.18 juta. Kawasan utama penanaman nanas di Sarawak adalah di Samarahan, Betong dan Mukah. Artikel malam ini dalam "Anim Agro Technology" saya paparkan laporan akhbar tempatan menyaatakan potensi tanaman nanas di Sarawak sebagai hub pengeluaran nanas MD2 dimasa akan datang.


Laporan 1 : Sarawak jadi hab nanas MD2


Datuk Mohd Anim Hosnan menandatangani surat Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sambil diperhatikan Pengarah Negeri Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azmi Alias serta pegawainya selepas Perhimpunan Pagi LPNM dan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah di Dewan Masmerah, Wisma Nanas LPNM di Johor Bahru. Laporan Berita Online pada 8 Januari 2018 dengan foto oleh Zain Ahmed dan wartawan Junita Mat Rasid menulis laporan ini. JOHOR BAHRU: Sarawak dijangka menjadi hab pengeluaran nanas MD2 menerusi pembukaan ladang seluas 2,000 hektar dengan sebahagian besar pengeluaran akan dieksport ke China. Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Datuk Mohd Anim Hosnan, berkata selain mempunyai tanah luas, kedudukan Sarawak yang hampir dengan China menjadikannya lokasi strategik. Katanya, projek perintis MD2 di Kampung Padang Pan, Bau, Sarawak akan dilancarkan Sabtu ini dan sebagai permulaan, projek perintis itu membabitkan penanaman 100,000 pokok MD2 di tapak seluas empat hektar. "Nanas MD2 ini menjadi antara nanas pilihan seluruh dunia kerana rasanya manis dan tidak lidas. Menerusi pelabuhan di Sarawak, nanas hanya mengambil masa lima jam saja untuk sampai ke China, berbanding jika eksport menerusi Pelabuhan Klang mengambil masa sehingga 10 hingga 11 jam untuk sampai ke China," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Pagi LPNM dan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah, di sini, hari ini. Yang turut hadir, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, Datuk Azmi Alias. Mohd Anim berkata, penubuhan hab nanas MD2 di Sarawak selaras dengan tumpuan pihaknya terhadap pengeluaran nanas jenis itu termasuk bagi memenuhi pasaran luar negara.


"LPNM menumpukan penanaman premium MD2 tetapi pada masa sama, tetap tidak melupakan nanas jenis lain seperti Josapine, Moris dan N36," katanya. Mohd Anim berkata, pengusaha MD2 dijangka mampu memperoleh pendapatan kira-kira RM5,000 sebulan berbanding pengusaha nanas jenis lain memperoleh RM3,000," katanya. Sementara itu, mengenai penubuhan Lembaga Kelapa, Nanas dan Buah-buahan negara (LKNBN) yang diumumkan pada Bajet 2018, Mohd Anim berkata, ia dijangka dibawa ke mesyuarat Kabinet Rabu ini. Katanya, ia akan membabitkan kaedah dan penstrukturan semula LPNM dengan kemasukan lembaga baharu. "Mesyuarat itu akan memutuskan sama ada Akta 427 akan digubal atau dirangka baharu bagi penubuhan lembaga baharu ini. Selain kelapa dan nanas, cadangan buah-buahan yang akan dimasukkan adalah jenis tidak bermusim seperti betik, belimbing, pisang, jambu batu, jambu air, tembikai, limau bali dan buah bermusim durian," katanya.


(2) Laporan II: Nanas MD2 ke China

MOHD Anim (tengah) bersama-sama pegawai pada Majlis Perhimpunan pagi dan Ikrar Bebas Rasuah LPNM di Bandar Baru Uda, semalam. Laporan akhbar oleh Omar Ahmad daripada Harian Metro dari Johor Bahru nyatakan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) berhasrat menjadikan Sarawak sebagai hab pengeluaran nanas MD2 membabitkan tanah berkeluasan 2,000 hektar bagi memenuhi pasaran China pada masa akan datang. Ketua Pengarah LPNM Datuk Mohd Anim Hosnan berkata, projek perintis MD2 yang terletak di Kampung Padang Pan, Bau, Sarawak akan dilancarkan pada 13 Januari ini. Katanya, pada peringkat permulaan, projek perintis itu hanya membabitkan program penanaman 100,000 pokok MD2 di tanah seluas empat hektar. �Nanas MD2 ini menjadi antara nanas pilihan seluruh dunia kerana rasanya yang manis dan tidak lidas. Selain nanas MD2, nanas N36 juga dieksport ke Timur Tengah. Insya-Allah, pada 13 Januari ini, projek perintis MD2 di tanah berkeluasan empat hektar akan dirasmikan di Sarawak membabitkan seorang pengusaha. �Sebahagian besar hasil MD2 di Sarawak akan dieksport ke China untuk menampung permintaan yang semakin meningkat ketika ini. China meminta kami menghantar nanas jenis ini 100 kontena sebulan tetapi buat masa ini, kami hanya mampu untuk menyediakan 24 kontena sebulan. �Dengan penanaman nanas di Sarawak, kami yakin ia dapat menampung permintaan domestik dan luar negara. Kami juga tidak mengabaikan nanas jenis lain seperi Josapine, Moris dan N36 dengan tujuh program berkaitan nanas itu diadakan sepanjang tahun ini,� katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan pagi dan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) LPNM di Bandar Baru Uda, di sini, semalam. Hadir sama, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azmi Alias.  Mohd Anim berkata, pihaknya berusaha memenuhi keperluan 20 juta benih MD2 bagi memenuhi permintaan eksport ke China. Katanya, benih yang berada di Sarawak dibawa dari Semenanjung dan sekiranya tidak mencukupi, pihaknya akan mengimport benih sesuai dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan. �Kami nasihatkan pengusaha nanas MD2 menggunakan benih asli daripada sulur nanas dan tidak menggunakan benih daripada tisu kultur. �Ini kerana, benih dari tisu kultur tidak menentu daripada segi rasa dan boleh menjejaskan kepelbagaian rasa, bentuk dan kualiti nanas MD2,� katanya. Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 January 2018 @ 4:47 AM


(3) Laporan III: 
Sarawak hab pengeluaran nanas premium MD2

MOHD. ANIM HOSNAN (tiga dari kiri) sedang menyerahkan dokumen Ikrar Bebas Rasuah kepada Pengarah SPRM Negeri Johor, Datuk Azmi Alias (dua dari kiri) dalam Majlis Perhimpunan Tahun Baharu 2018 dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah LPNM di Dewan Masmerah, Wisma Nanas, Johor Bahru, semalam. Laporan dari akhbar utusan oleh wartawan Baazlan Ibrahim dan Mohamad Faizal Hashim pada terbian  09 Januari 2018 3:00 AM. JOHOR BAHRU 8 Januari 2018 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) akan menjadikan Sarawak hab pengeluaran nanas premium MD2 dengan memba�ngunkan kawasan tanaman seluas 2,000 hektar bagi tujuan eksport ke China pada masa akan datang.  Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd. Anim Hosnan berkata, sebagai permulaan, projek perintis akan digerakkan melibatkan penanaman 100,000 pokok MD2 di kawasan berkeluasan empat hektar di Kampung Padang Pan, Bau, Sarawak, Sabtu ini. Katanya, program pembangunan nanas MD2 adalah yang utama daripada tujuh program yang akan dilaksanakan pada tahun ini membabitkan peruntukkan sejumlah RM16.5 juta. �Pengeluaran nanas MD2 bukan sahaja untuk kegunaan domestik malah dipasarkan ke luar negara khususnya di China melibatkan permintaan sebanyak 100 kontena sebulan sedangkan kita hanya mampu untuk menyediakan 24 kontena sebulan. �Program pembangunan na�nas MD2 akan diperluaskan de�ngan menyasarkan tanaman na�nas di kawasan seluas 5,600 hek�tar menjelang 2020 dengan nilai pengeluaran sejumlah RM1 bi�lion sekali gus memenuhi pasaran China,� katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Pagi dan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) LPNM di Bandar Baru Uda, di sini hari ini.  Mohd. Anim berkata, Sarawak merupakan lokasi strategik kerana bukan sahaja mempunyai kawasan yang luas malah mengambil masa lima hari perjalanan ke China melalui kapal laut berban�ding sembilan hingga 11 hari dari Pelabuhan Klang. Katanya, bagi memenuhi ke�perluan di Sarawak, LPNM akan berusaha mendapatkan bekalan benih dari Semenanjung atau membawa masuk benih berkualiti dari luar yang melepasi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan kira-kira bernilai RM20 juta. �Kita menasihatkan pengusaha nanas MD2 agar menggunakan benih yang asli daripada sulur nanas dan tidak menggunakan benih daripada tisu kultur kerana khuatiri menjejaskan kualiti, rasa dan bentuk nanas MD2,� katanya. Menyentuh mengenai penubuhan Lembaga Kelapa, Nanas dan Buah-buahan Negara (LKNBN), Mohd. Anim berkata, perkara itu masih dalam peringkat perancangan dan dijangka dibawa ke mesyuarat Kabinet pada Rabu ini. �LKNBN ini akan dapat me�ngukuhkan LPNM di bawah akta baharu yang akan dikembangkan kepada komoditi kelapa dan buah-buahan lain. Mesyuarat itu akan memutuskan sama ada Akta 427 yang diguna pakai LPNM sebelum ini dimansuh dan digantikan akta baharu,� katanya. � Utusan Melayu (M) Bhd



(4) Laporan IV: LPNM lancar projek MD2 di Sarawak

Mohd Anim (kiri) menyerahkan sijil ikrar kepada Azmi selepas majlis menandatangani ikrar selesai dijalankan. Lporan akhbar SINAR HARIAN oleh SHAHIZATUL FARHA S ROSLI pada 8 JANUARI 2018 di JOHOR BAHRU dipeik.  Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia (LPNM) akan melancarkan projek pertama tanaman nenas MD2 di Sarawak membabitkan keluasan kawasan 2,000 hektar.  Ketua Pengarah LPNM, Datuk Mohd Anim Hosnan berkata, projek itu bertujuan memenuhi permintaan pasaran eksport ke negara China bagi nenas MD2 berikutan kedudukan Sarawak yang lebih hampir dengan negara berkenaan.  Katanya, projek perintis telah dijalankan di Kampung Padang Panjang Bau, Sarawak membabitkan kawasan seluas empat hektar dengan 100,000 pokok bagi penyediaan benih MD2 untuk keseluruhan projek itu. "China merupakan antara eksport terbesar kota dengan permintaan 100 kontena nenas MD2 sebulan. Pada masa ini kita dapat menyediakan 20 hingga 24 kontena sebulan membabitkan empat syarikat berdaftar. "Menerusi pelancaran projek di Sarawak ini kita harap dapat memenuhi permintaan eksport ke negara berkenaan selain untuk pasaran nenas tempatan," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Ikrar Bebas Rasuah LPNM Johor bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor di Wisma Nenas di sini, pagi ini. Turut hadir pada majlis itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias. Mohd Anim berkata, sehingga tahun lalu ladang tanaman nenas di seluruh negara berkeluasan kira-kira 13,000 hektar dengan nilai pengeluaran RM515 juta membabitkan 391,714 metrik tan pengeluaran. Selain itu katanya, kira-kira 20 juta benih MD2 diperlukan sepanjang tahun ini dan menasihatkan pekebun agar menggunakan benih tulen berbanding benih tisu kultur bagi memastikan pengeluaran yang lebih berkualiti. "Benih tisu kultur menyebabkan nenas yang terhasil berubah bentuk dan rasa, sebab itu kita galakkan pekebun dan peladang agar guna benih tulen yang telah kita tentusahkan kualitinya bagi mengawal kualiti pengeluaran MD2," katanya. Sementara itu, seramai 266 penjawat awam LPNM Johor menyempurnakan ikrar bebas rasuah pada majlis berkenaan.


(5) Laporan V: 
RM1 bilion nilai pengeluaran nanas menjelang 2020

Mohd Anim Hosnan (kiri) menyerahkan dokumen dalam Majlis Himpunan LPNM dan Ikrar Bebas Rasuah di Ibu pejabat LPNM, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor sebentar tadi. Laporan oleh akhbar UTUSAN SARAWAK ONLINE oleh wartawan Mohamad Faizal Hashim diterbitkan pada 08 Januari 2018 11:32 AM. Berita dipetik dari JOHOR BAHRU melaporkan dimana Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) berhasrat untuk memperluaskan kawasan pertanian sebanyak 5,600 hektar dimana ini menjadikan nilai pengeluaran meningkat kepada RM1 bilion menjelang 2020.  Ketua Pengarahnya, Datuk Anim Hosnan berkata, bagi sasaran tersebut, LPNM mampu menjana sebanyak 700,000 tan metrik pengeluaran nanas dengan nilai eksport kira-kira RM320 juta.  �Setakat 2017, kawasan tanaman nanas sedia ada seluas 13,148 hektar dengan jumlah nilai pengeluaran sedia ada RM515 juta melibatkan nilai eksport RM138.  Bagi hala tuju 2020 menjadikan pengeluaran nanas sebagai sumber kekayaan baharu, kita berharap nilai pengeluaran dapat ditingkatkan sebanyak RM1 bilion dengan pekebun nanas MD2 menjana pendapatan hingga RM5,000 sebulan,� katanya. Beliau berkata demikian dalam Majlis Perhimpunan LPNM dan Ikrar Bebas Rasuah di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE
Semuga tulisan ini memberikan info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TANAM NANAS..... SELURUH NEGARA....
SARAWAK SABAH... ADA POTENSINYA...
PROGRAM DIATUR.... EKSPORT DIANYA...
ADA POTENSI....IA PERLU DILAKSANA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(9 Januari 2018).

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top