Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
STEVIA (Stevia rebaudiana) yang kini popular dikalangan usahawan adalah tumbuhan dari keluarga Asteraceae yang berasal dari Paraguay, Amerika Selatan. Tumbuhan ini adalah bersifat saka jangka pendek dan boleh hidup selama tiga hingga lima tahun. Ia juga dipanggil sebagai 'Sugar leaf' dan 'sweet leaf' kerana kandungan 'steviol glycocide' didalamnya. Apakah dia yang dikatakan keistimewaan tumbuhan ini?. Kini umum tahu yang tumbuhan stevia merupakan tumbuhan yang memberikan 'rasa manis' apabila ianya dimasukkan kedalam mulut dan bercampur dengan air liur seperti kemanisan gula malahan didakwa mempunyai 300 kali ganda kadar kemanisan dari gula pasir. Ramai juga petani di Malaysia yang telah menanam stevia secara 'penanamann kontrak' atau 'contract farming' dengan beberap syarikat tempatan. Produk stevia ini didakwa sangat baik untuk mereka yang menghadapi masaalah diabetik. Penanaman boleh dijalankan secara kecil-kecilan dikeliling rumah atau pun secara komersil dikebun. Artikel pagi ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa lagi testimoni berkaitan tanaman stevia berdasarkan rujukkan dibeberapa akhbar tempatan dan tinjauan penulis. Dalam pasaran juga kini telah banyak produk yang berasaskan stevia. Penulis blog juga ada terlihat iklan besar produk stevia di sepanjang lebuhraya PLUS dimana ini menunjukkan industri tanaman stevia telan lebih maju.

TESTIMONI 1 :
Pemanis untuk kesihatan


Terdapat sejenis tumbuhan yang baik dan ia dianggap makanan berguna kepada pesakit kencing manis. Produk ini didakwa diambil kerana ada kesukaran mengawal paras gula dalam darah pesakit diabetik. Stevia kini dikenalpasti sebagai bahan pemanis yang dikenalpasti umum tidak mengandungi kalori dan karbohidrat, sesuai untuk kesihatan terutama bagi pesakit kencing manis dan untuk mengawal berat badan. Menurut dakwaan pegawai penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu Baharuddin Jumani, tumbuhan stevia merupakan tumbuhan yang unik dan kini sedang ditanam dengan secara meluas di Malaysia. Biarpun begitu pokok stevia didapati masih tidak mampu bertahan lama jika proses penjagaannya tidak dilakukan dengan betul dan teliti. Pokok stevia sebagai mana yang mungkin ramai masih belum mengetahui adalah dimana  tumbuhan ini bukan berasal dari Malaysia. Oleh itu dari segi agronomi ia memerlukan kadar sinaran matahari yang lebih panjang. Pada kebiasaannya pokok stevia yang ditanam di negara ini lebih cepat mengeluarkan bunga akibat kekurangan sinaran cahaya matahari dan situasi berkenaan akan mengakibatkan kurang mengeluarkan daun yang mana menjadi tujuan utama penanamannya. Kajian lebih lanjut perlu dilaksanakan bagi tujuan memastikan kadar tuaian daun pokok stevia yang maksimum boleh diperolehi. Penulis blog dalam meneliti tumbuhan ini menapati dimana Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereaceae). Sejarah mendapati dimana asalnya tanaman stevia ditemui pada kurun ke-19 oleh Dr. Moises Santiago Bertoni dimana beliau  telah menamakannya sebagai Stevia Rebaudini Bertoni sebagai penghormatan kepada ahli kimia dari Paraguay. Stevia juga pada penulis didapati merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah dan yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dari spesies Rebaudiana. Stevia juga merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut dan boleh dibiak menggunakan keratan batang (stem cuttungs). Bagi proses penanaman stevia lazimnya medium semaian yang sesuai digunakan ialah tanah dari jenis poros agar air tidak bertakung selepas ia disiram.


Pada masa iini pokok stevia tidak akan bertahan lama sekiranya bahagian akar dan pangkal pokok terendam di dalam air. Tumbuhan tersebut memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram sebanyak dua kali sehari. Jika dalam keadaan cuaca yang panas, ia perlu disiram dengan lebih kerap kerana tumbuhan ini cepat kering dan mudah mati jika kekurangan air. Pokok stevia terdapat di dalam pelbagai bentuk namun kebiasaannya daun stevia berbentuk bujur manakala batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimun, pokok stevia boleh mencapai ketinggian sehingga satu meter atau lebih. Pokok berkenaan mengeluarkan bunga kecil berwarna putih. Bunga berkenaan boleh membentuk untuk menjadi biji benih apabila matang namun kaedah pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar bagaimanapun ia boleh juga dibiak juga dengan menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan kaedah tersebut. Penulis blog dapati di luar negara, stevia lebih dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf atau pun sweet herb. Terdapat pelbagai bahan aktif yang menyebabkan rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside.  Kelebihan yang terdapat pada stevia tersebut menjadikan ia digemari ramai terutamanya bagi mereka yang ingin mengehadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh mampu merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti. Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi.


TESTIMONI 2 :
Pengganti gula dalam minuman

GULA merupakan bahan pemanis utama dalam tubuh manusia yang menghasilkan sesuatu  rasa untuk masakan. Rasa kemanisan itu menjadi tarikan kepada masyarakat untuk menikmati masakan seperti kek, kuih muih dan pelbagai minuman. Penulis blog mendapat info sebab itu pengambilan gula merupakan perkara biasa dalam kehidupan harian kita. Ada orang seolah-olah tidak boleh hidup tanpa gula walaupun diri diancam pelbagai penyakit. Antara masalah kesihatan yang berpunca daripada pengambilan gula berlebihan adalah obesiti, lelah, kencing manis serta penyakit jantung. Secara ringkas, gula adalah karbohidrat yang mudah diserap tubuh dan bertujuan untuk membekalkan sumber tenaga kepada tubuh badan kita.  Tetapi tahukah kita terdapat pelbagai sumber lain gula yang boleh kita dapati secara lebih sihat. Antaranya daripada nasi, mi dan ubi-ubian. Selain itu, kita juga boleh berusaha untuk mendapatkan bahan penting ini daripada sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai pokok stevia.


Tanaman Stevia atau nama saintifiknya Stevia rebaudiana merupakan sejenis tumbuhan herba yang mempunyai lebih 10 peratus stevioside pada daunnya dan bahan ini mengandungi 200 hingga 300 kali kemanisan berbanding gula biasa.  Kebaikan stevia dimana pokok ini mempunyai pelbagai gelaran antaranya sweetleaf dan sugarleaf serta bagi sesetengah pihak, ia juga digelar daun ajaib yang mana ia mampu mengeluarkan manisan. Kemanisan daripada pokok ini sedikit lambat untuk dirasa tetapi ia akan kekal lebih lama berbanding gula biasa. Ini kerana kelarutan stevia di dalam air sedikit perlahan. Walaupun begitu dilaporkan stevia telah mendapat perhatian daripada pengguna bahan rendah karbohidrat bagi pengamal diet dan juga pengguna gula alternatif. Kajian perubatan yang telah dijalankan didakwa dan menunjukkan keupayaan stevia untuk mengawal penyakit darah tinggi, kencing manis serta hipertensi. Ini kerana stevia adalah bahan pemanis bersifat semulajadi yang mana ia memberikan rasa manis tanpa bahan kimia tambahan seperti glukos atau mana-mana komponen gula lain. Antara kegunaan stevia dalam produk masakan adalah pemanis untuk pelbagai jenis minuman, ais krim serta gula-gula.
Semuga tulisan mengenai stevia ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMA STEVIA... BARU KENALNYA...
BANYAK PROMOSI... DIBUATNYA...
RASA MANIS. ...GUNA BAGAIMANA...
TANAM SENDIRI... UNTUNG JADINYA...

By, 
M Anem,
Senior Agronomist,
Stesyen Pertanian Janglau,
Rompin, Pahang,
Malaysia.
(25 Zulhijjah 1434H).
Kemaskini pada 8 Januari 2018.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top