UBI REBUS (Cassava) kini telaah dikomersilkan sebagai makanan eksotik di Pasar Tani Bandar Baru UDA, Johor BAhru dan beberapa pasar tani lain. Pada penulis blog ia juga adalah merupakan sejenis makanan tradisional yang dulu sangat popular dikalangan penduduk sekitar kampung sejak berkurun lamanya tetapi kini dijadikan makanan istimewa dikalangan penduduk bandar. Kalau dahulu makanan ubi rebus sering disediakan untuk sarapan pagi atau minum petang tetapi kini ada yang menjual tidak mengira waktu. Pada saya ia makanan yang enak dan mengenyangkan serta ianya banyak memberikan tenaga. Walau bagaimana pun generasi 2Y sekarang ini kurang mengenali dan meminati akan makanan ubi rebus sama ada kurang pendedahan atau pun mereka lebih tertarik dengan makanan moden seperti Burger, Sushi, Kimchi, HotDog, Kek dan sebagainya. Pada saya dari generasi 'Baby Boomers', makanan ubi rebus tetap menjadi kegemaran untuk dimakan bersama-sama sambal tumis ikan bilis atau pun dengan gula merah. Pengalaman penulis blog telah menginap dibeberapa hotel terpilih mendapati hidangan ubi rebus ada dihidangkan sebagai salah satu daripada menu yang memang digemari ramai pengunjung. Beberapa restoran masakan tradisional juga ada menghidangkan ubi rebus pada sarapan pagi dan makan malam. Keenakan rasa makan ubi rebus ini akan lebih hebat selepas kita bekerja dikebun dan kemudian makan ubi rebus dimana ketika ini memang betul-betul perut sangat lapar. Makanan ubi rebus ini memang mengandungi karbohiderat yang tinggi dimana ia sesuai untuk mereka yang banyak menggunakan tenaga untuk bekerja. Makanan ini bagaimana pun agak sukar untuk kita dapati di pasar malam atau pun pasar tani kerana ramai berfikir mereka mudah membeli atau untuk menyediakannya. Artikel subuh Selasa ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai makanan ubi rebus yang dijual berdekatan dengan rumah tempat tinggal penulis di Johor Bahru ini setiap hari Ahad pagi dengan harga berpatutan dan enak.
Mengunjungi pasartani kelolaan FAMA memang satu perkara yang sudah menjadi rutin kebanyakan penduduk bandar untuk mendapatkan bahan mentah makanan dan makanan siap. Terdapat banyak produk di pasar tani yang menjual buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, ayam, daging, ulaman, barang dapur, pelbagai jenis makanan siap makan dan sebagainya. Bagaimana pun diantara makanan yang penulis suka adalah kamanan tradisional seperti ubi rebus, kuih tahi itek, kuih deram, kuih talam, nasi lemak daun pisang dan sebagainya. Ubi Rebus kini telah dikomersilkan sebagai satu hidangan eksotik yang dijual dengan harga RM4.00 satu set (Sila lihat foto paling atas). Ubi rebus yang masih panas ini akan disenduk daripada bekan kedap udara dengan ia direbus lama agar ubi menjadi lembut. Penulis blog dapati berbaris orang untuk menunggu bagi tempahan ubi rebus ini yang masih panas. Sambal tumis telah disediakan didalam pek plastik (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun jika ada pembeli yang ingin beli tambahan sambal tumis ini perlu bayar RM1.00 sepeket. Pada saya sambal ini memang enak kerana tidak terlalu pedas dan ada masam manis yang mencukupi dan 2-3 paket sambal tumis ini baru cukup untuk satu pek ubi rebus. Enak dimakan semasa suam panas memang tidak perlu kunyah banyak kali kerana tekstur ubi rebus ini memang sudah terlalu lembut. Ia seakan sudah cair didalam mulut apabila dimakan dan memang sungguh mengenyangkan satu set untuk 1-2 orang dewasa.
Apa yang menarik lagi dalam ubi rebus komersil ini adalah dimana dalam setiap set disertakan 2 ekor ikan kering (Sila lihat foto disebelah). Ikan kering bersaiz kecil ini daripada jenis Ikan Selar yang masin dan sesuai dimakan dengan ubi rebus. Ikan kering ini mudah diratah sahaja kerana ia rangup. Penyediaan menu ubi rebus ini mudah sahaja tetapi daya kreativiti peniaga amat penting untuk mempastikan kualiti yang konsistent. Dalam penulis membuat tinjauan mengenai menu ubi rebus ini sebenarnya ia boleh dipadankan dengan beberapa lauk lain seperti Sambal Hijau, Sambak Tumis Sotong, Ikan Sardin, Kari Ikan, Kari daging, Ikan goreng dan sebagainya mengikut kepada kesukaan. Ada juga yang suka makan ubi rebus cecah dengan gula pasir, kelapa parit dan beberapa kombinasi lagi. Beberapa buah restoren dan hotel juga ada menyediakan menu ubi rebus bagi sarapan pagi. Ubi rebus mengandungi karbohiderat yang tinggi dan membekalkan banyak tenaga kepada mereka yang memakannya. Ia merupakan makanan yang dulu diambil oleh petani, nelayan dan pekerja kasar kerana membekalkan tenaga yang lama untuk bekerja. Selain daripada murah, enak dan tahan lama disimpan makana ntradisional ini juga sesekali ada dihidangkan pada majlis kenduri disesetengah lokasi.
Pada penulis blog, menyediakan resepi ubi rebus ini amat mudah sekali. Pertama sekali adalah untuk mendapatkan bekalan ubikayu (Manihot esculenta) dari iaitu tanaman umbisi dari keluarga Euphorbiaceae (Sila lihat foto disebelah). Ubi kayu yang masih segar ini perlu dibuang kulitnya dengan pisau dan kemudian dibasuh dengan air bersih. Masukkan potongan ubikayu ini kedalam periok yang diisi dengan air dan sedikit garam. Bagi mendapatkan ubi kayu yang lembut boleh ditambh dengan air panas atau dikukus semula. Apabila telah lembut dan masak boleh diangkat ubi ini dan ditoskan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara agar kekal panas lebih lama. Bagi menyediakan sambal tumis cuka sebaiknya sediakan bahan seperti 1 genggam ikan bilis, cuci dan perlu di rendam 10 minit dan kemudian ditoskan, Sediakan bahan 1 biji bawang besar yang dihiris kasar, 2 camca besar cuka makan, 1.5 cawan cili kisar (cili boh), bahan perasa garam dan gula secukup rasa. Bahan tumis lain seperti 6 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, 1 inci belacan dan juga 0.5 camca besar udang kering yang perlu direndam sekejap dan toskan. Bahan tumis sebaiknya dikirar halus dan kemudian perlu dipanaskan minyak dalam kuali untuk menumis. Seterusnya tumis bahan kisar halus hingga harum dan kemudian dimasukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, masukkan ikan bilis dan cuka dan ia perlu dikacau rata. Bagi menambahkan keenakan samba ini boleh tambah gahan garam dan gula secukup rasa dan akhirnya boleh dimasukkan hirisan bawang besar dan sedikit air serta dimasak hingga bawang layu. Apabila masak maka boleh dimatikan api dan sedia untuk dihidangkan bersama ubi rebus. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim technology kali ini. Wasallam!!..
UBI REBUS ... MAKANAN ENAKNYA...
DIPASAR TANI... KOMERSIL JUALNYA...
HANYA RM4.00...SATU SET HARGANYA...
ENAK DIMAKAN... KENYANG DIBUATNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pasar Tani BBU,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(13 JamadilAwal 1439H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan