Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca. Kebanyakan kita sangat menyampah bila berhadapan dengan rumput2 liar ( ada ka rumput jinak ? ) yang tumbuh di halaman rumah. Biasanya tindakan tegas akan diambil seperti menyangkul, meracun, menyimen dan sebagainya.

Persepsi saya dulu juga begitu, tetapi sejak mula serius berkebun di halaman rumah dan banyak membaca dan beruji cuba, saya rasa tak sabar nak lihat rumput kembali panjang untuk di potong.

Sebabnya :
1. Rumput sebagai penanda tanah sesuai untuk tanaman, kalau tak ada rumput tumbuh di sesuatu kawasan, mesti ada yang tak kena
2. Pelbagai jenis rumput yang dipotong dapat membekalkan pelbagai jenis nutrien kepada tanah bila sudah bercampur dengan tanah. Menjimatkan penggunaan baja kimia.
3. Potongan rumput sebagai sungkupan tanaman, melambatkan kekeringan tanah. Jimat air.
4. Rumput sebagai penutup bumi, mengelakkan larian tanah bila hujan lebat

Dengan hanya beberapa sebab diatas, persepsi saya tentang rumput rumpai bertukar 100%







Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top