Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

LEBAH KERAN (Apis cerana) adalah sejenis lebah bersaiz  kecil tempatan dari keluarga Apidae yang terdapat juga di kawasan Asia khususnya Asia Tenggara seperti Malaysia. Serangga lebah jenis ini adalah penting dalam sistem ekologi kerana ia membantu proses pendebungaan banyak jenis tumbuh-tumbuhan dengan aktiviti lebah yang mengunjungi bunga bagi mendapatkan nektar manisan dan kemudian ia akan melakukan pemindahan debunga kepada bunga yang lain. Ramai dikalangan kita tahu yang Lebah Keran terdapat secara semulajadi di negara kita terutama di kawasan kebun kelapa dan dusun buah-buahan. Walau pun lebah keran ini adalah jenis 'Liar' tetapi kini telah ada teknologi untuk kita menternak lebah ini bagi pengeluaran madu lebah secara komersial. Di Malaysia terdapat 4 jenis lebah yang mampu menghasilkan madu iaitu Lebah Keran (Apis cerana), Lebah Import (Apis mellifera), Lebah Tualang (Apis dorsata) dan juga Kelulut (Heterotrigona itama). Penulis blog terlibat didalam memberikan teknologi penternakan lebah di Malaysia semanjak tahun 1982 bermula dengan lebah keran di Melaka. Pada masa ini program penternakan lebah keran terdapat di Johor, Melaka, Selangor, Perak, Terengganu dan Pahang melibatkan lingkungan lebih dari 50 penternak dan menghasilkan sebanyak lebih dari 1,500 kilogram madu lebah setahun.  Ia berbeza dengan aktiviti penternakan kelulut yang semakin menjadi aktiviti penting dalam negara dimana terdapat lebih daripada 1,000 orang yang terlibat  menternaknya diseuruh negara. Kualiti dan rasa madu lebah dengan madu keulut berbeza begitu juga dengan harga dipasaran. Kini ada dilaporkan banyak madu lebah yang dipasarkan di Malaysia adalah madu tiruan dan ianya perlu dikawal. Laporan mengenai aktivit penternaan lebah keran ini semakin kurang popular apabila aktiviti menternak kelulut atau jenis lebah yang tidak menyengat ini menjadi pilihan utama penternak muda di Malaysia masakini. Artikel kali ini saya menulis dalam 'Anim Agro Technology' mengenai aktiviti untuk menternak Lebah Keran untuk bacaan semua berdasarkan pengalaman salah seorang pengajar Teknologi Ternakan Lebah Madu di Malaysia.


Lebah Keran atau juga dikenali oleh sesetengah penduduk tempatan sebagai 'Lebah Neron' atau 'Lebah Apit-apit' itu merupakan sejenis serangga dalam keluarga lebah. Nama saintifik Apis cerana yang mana ia merupakan serangga berkoloni yang unik dan menyengat (Sila lihat foto disebelah). Lebah keran juga adalah serangga pendebnunga dan merupakan spesis lebah madu yang berasal dari kawasan tropikan seperti di Asia. Lebah ini senang dipelihara kerana suka tinggal menetap di satu-satu tempat dan membuat sarangnya di tempat-tempat yang rendah. Tinjauan penulis mendapati ia ada banyak mendiami dimana ada sumber makanan mencukupi dan membuat sarang didalam lubang kayu, dalam celah-celah batu, didalam pondok atau rumah dikawasan kebun, dalam batang kelapa dan sebagainya. Lebah adalah unikk kerana ia hidup secara bermasyarakay dimana masyarakat lebah  terbahagi kepada beberapa kasta iaitu LEBAH  PEKERJA, LEBAH JANTAN dan RATU LEBAHLebah pekerja memiliki saiz badan kecil berbanding dengan Lebah Import dan Lebah Tualang. Bilangan populasi dalam sarang boleh melebihi dari 10,000 ekor (20K-200K) atau kurang dimana ia selalunya akan mempengaruhi kekuatan koloni dan kutipam madu. Dari beberapa penelitian dilakukan lazimnya jangka hayat lebah keran sekitar 20 - 40 hari atau sehingga lebah ini akan  menggunakan sengatnya. Lebah pekerja yang menyengat mangsa akan tertinggal organ sengatanya dan mati beberpa minit kemudian. Disesetengah negara lazimnya jangkahayat adalah selama 140 hari semasa musim sejuk. Lebah adalah serangga yang memang diketahui sangat kuat dan rajin bekerja hingga akhir hayat. Lazimnya dimana lebah pekerja jantinanya adalah betina mandul. Tugas lebah pekerja ialah membina kom, menjaga sarang, larva, jantan yang muda dan ratu. Ia juga membersihkan sarang, mengumpul madu, debunga dan propolis memberi bantuan perwapan nektar, menutup sel (madu dan pupa), mengeluarkan telur jantan dan memindahkan larva untuk menjadikan ratu yang baru.


Lebah Jantan (Drone) biasanya dia mempunyai saiz badan yang sederhana dengan jumlahnya mencapai 200 ekor dalam satu koloni lebah. Bagaimana pun penulis blog juga dapati kadang-kadang tiada langsung dalam sarang. Jangka hayat lebah jantan boleh capai sehingga 60 hari atau sehingga mengawan. Lebah Jantan hanya berfungsi untuk mengawan sahaja dengan Lebah Ratu Muda (Dara) dan kemudian ia akan mati selepas mengawan. Lebah Ratu (Queen Bee) merupakan jenis lebah bersaiz paling besar dan memang hanya da seekor didalam koloni tersebut. Biasanya jangkahayat ekonomik seekor ratu lebah keran diantara 1.5 -  2 tahun walau pun ada yang semala lebih 5 tahun bergantung kepada sperma yang diperolehi. Jantina bagi lebah ratu semestinya adalah betina atau jenis bisexual (parthenogenesis). Tugas Ratu adalah mengawan dengan lebah jantan dimana proses ini berlaka diydara semasa terbang atau dinamakan sebagai 'mating flight' sekitar 5-20 minit biasanya pada waktu petang. Bagi tujuan ini makan berlaku proses menghapuskan 'adik' atau 'ibu' lebah sedia ada oleh lebah pekerja bagi ratu baru yang biasanya akan bertelur 3 hari selepas mengawan) dan mengeluarkan hormon 9-hydroxydecenoic acid (HDA). Lazimnya daripada 90 juta sperma yang dikeluarkan (deposited) oleh beberapa ekor dron, hanya 7 juta yang akan disimpan di dalam spermatheca (ratu). Hormon 9-HDA ialah hormon yang mengawal koloni dengan bau yang khusus. Bila berlaku ketiadaan hormon dalam haif akan merangsang kepada pekerja bertelur, pembentukan sel ratu dan telur diletakkan ke dalam sel ratuKasta lebah seperti dalam rajah (Sila lihat  foto disebelah). 


Lebah Keran (Apis cerana) bersaiz kecil berbanding dengan Lebah Impot (Apis melifera) dimana saiz kepak lebah keran cuma 7.4 - 9.0 mm sahaja sementara A. melifera lebih besar iaitu 8.0 - 9.7 mm. Cubital Indek adalah kecil bagi Lebah Keran (3.1 - 5.1 mm) sementara lebah impot (1.65 - 2.65 mm) dan Lebah Tualang (6.1 -9.8 mm). Lebah keran lebih suka membuat sarang dalam ruang yang sempit secara semulajadi seperti di celah-celah pokok kayu, batang kelapa reput dan dalam pondok dikebun atau kadang-kadang di rumah kita. Kini terdapat alat khas yang dibuat dari batang kelapa dipanggil 'GELODOG' yang sesuai digunakan untuk memerangkap koloni lebah keran liar terutama ketika musim panas. lazimnya lebah keran akan berpecah dan akan membentuk banyak koloni dan 'swarming' ketika kedatangan musim panas berpanjangan. Letakkan Gelodog dikawasan banyak populasi lebah keran seperti dibawah pokok kelapa dan dusun buah-buahan. Pengalaman saya meninjau projek lebah keran di Melaka dan Johor mendapati dimana pada kawasan tanaman Kelapa (Cocos nucifera) dan Kawasan kebun Belimbing (Avverhoa carambola) serta kawasan ladang nenas amat sesuai untuk menjalankan aktiviti ternakan lebah keran. Selain itu kawasan dusun bercampur juga boleh diletakkan haif lebah keran tetapi perlukan teknik pengurusan yang lebih. Rumput Israel (Asystacia gigantica) dan Bunga Pengantin merupakan sumber nektar dan debunga yang sangat disukai oleh Lebah Keran. Beberapa kawasan hutan dengan pokok Gelam (Malaleuca cajabuti) dan kawasan pokok Akasia (Acacia mangium) merupakan sumber terbaik untuk menghasilkan madu yang berkualiti di negara kita. Madu yang dihasilkan dari kawasan pokok gelam sangat berkualiti tinggi untuk dihasilkan. Madu berkualiti tinggi keluaran Australia aalah daripada hutan pokok gelam dinegara tersebut dengan kualiti premium.


Lebah Keran merupakan serangga perumah kepada sekenis Kutu (Varroa jacobsoni) yang mana masaalah ini jugadilaporkan sangat merbahaya kepada Lebah impot jenis Apis melifera yang memusnahkan jenis lebah tersebut. Walau pun lebah keran agak tahan dengan kutu ini, tetapi ianya menjejaskan kesihatan lebah kalau diserang dan membantukan industri ternakan lebah tempatan. Masaalah lain dalam menternak lebah keran seperti kemungkinan serangan olen Semut, Kerengga (Oceophylla smaradgina), Burung barek (Melops philipinus), Penyakit 'Sac Brood', serangan Tebuan (Vespa tropica tropica) dan juga burung lain (Kini Burung Walit juga) dan lain-lain. Mereka yang ingin menternak Lebah Keran perlu mendapatkan kursus khas daripada Jabatan Pertanian dalam Teknologi Ternakan dan Pengurusan Ternakan Lebah. Aktiviti menternak lebah keran kini semakin kurang dibuat di negara kita terutama apabila industri ternakan kelulut dilihat lebih praktika, mudah diuruskan dan menjanjikan pulangan lebih lumayan. Harga sekilogram madu lebah kelulut juga lazimnya lebih tinggi sekitar RM150 sekilogram berbanding dengan lebah keran sekitar RM40 sekilogram. Penghasilan purata dari rekod yang penulis pernah buat dahulu iaitu dikawasan kelapa untuk ternakan lebah keran dibawah 2-3 kg satu haif setahun. Sengatan lebah keran pekerja adalah sakit berbanding dengan kelulut yang tidak menyengat. Penternak lebah keran perlu menggunakan veil penutup muka dan pengasap untuk elakkan dari menyengat ketika kerja menyelenggara koloni haif fan memungut madunya. Bagaimana pun aktiviti penternakan lebah keran boleh diperhebatkan dikawasan gelam dan akasia dimasa akan datang bersama penternakkan kelulut. Semuga anda pembaca blog anim agro mendapat info terbaik kali ini. Wasallam!!!...  

LEBAH KERAN....KECIL SAIZNYANYA...
LEBAH TEMPATAN... BISA SENGATNYA...
HASILKAN MADU...SEDIKIT SAHAJA...
RAMAI MINAT ...KELULUT GANTINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 420, Hotel Rosa Pasadena,
Brinchang, Cameroon Highland,
Pahang, Malaysia.
(12 Syaaban 1439) .
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top