CILI PADI (Capsicum frustecens Linn) merupakan sejenis tanaman daripada keluarga Solanaceae yang memberikan rasa pedas kepada makanan. Ianya merupakan salah satu tanaman yang sangat mudah ditanam. Nama lain bagi cili padi adalah seperti cili api, cili rawit (lombok rawit), cabai burung, lada jarum atau lada tunggeng dan bermacam lagi. Cili padi sangat popular digunakan sebagai bahan perasa di dalam masakan tradisional terutama di Asia Tenggara seperti di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Di Malaysia, cili padi ditanam di sekeliling rumah untuk kegunaan masakan harian, kini ditanam secara komersial. Terdapat permintaan yang tinggi untuk cili padi daripada pasaran isi rumah dan sektor perkilangan setiap hari. Pokok cili padi merupakan tumbuhan renek sederhana besar dan boleh mencapai ketinggian 0.5 - 2.0 m. Batangnya separa berkayu, liat dengan cabang yang banyak, sederhana besar dan tersusun bersilang serta berdaun tunggal. Pokok cili padi mempunyai bunga berwarna putih dan kedudukan bunga terletak di celah cabang tunas. Buah cili padi berbentuk menirus dan tumbuh menegak ke atas. Panjang buah cili padi adalah 3 - 5 cm bergantung kepada varietinya. Buah cili biasanya akan matang di dalam masa 80 � 90 hari selepas dipindahkan ke ladang. Buah cili padi mempunyai biji serta berwarna hijau dan apabila matang warnanya akan bertukar menjadi merah. Bijinya kecil berbentuk leper berwarna kuning memenuhi rongga buah. Walau bagaimanapun, cili padi boleh digunakan pada peringkat tidak matang (berwarna hijau) dan bila matang (berwarna merah). Manakala untuk tujuan pemasaran, cili padi biasanya dijual berwarna hijau dan merah sahaja atau dengan mencampurkan buah hijau dan merah. Namun pada kebiasaannya, cili padi dibiakkan daripada semaian biji benih. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai potensi tanaman cili umumnya yang mesti ada pada kebanyakan rumah iaitu cili api bagi dijadikan bahan bacaan dan rujukkan pembaca semua.
Terdapat pelbagai jenis varieti cili padi yang sesuai ditanam di Malaysia. Kesemua jenis cili ini mempunyai ciri tersendiri. Antara varieti yang disyorkan untuk penanaman secara fertigasi adalah centil dan bara. Walau bagaimanapun, benih varieti hibrid F1 adalah digalakkan untuk tanaman fertigasi. Ini kerana benih hibrid F1 dapat memberikan prestasi pertumbuhan dan hasil yang menggalakkan dengan pengurusan dan penjagaan yang tepat. Satu pokok cili padi mampu mencapai purata hasil sebanyak 1.5 kg dan jangka hayat ekonomi tanaman cili padi fertigasi adalah enam bulan. Manakala tuaian hasil boleh dibuat 3 - 4 hari sekali, bergantung kepada bilangan atau keluasan tanaman. Keluasan kawasan penanaman cili padi di Malaysia adalah 2,850 ha dengan pengeluaran sebanyak 32,780 mt setahun. Manakala, jumlah permintaan keperluan cili padi pada tahun 2010 adalah sebanyak 493,000 mt. Walaupun terdapat pengusaha di negara ini yang masih terus mengusahakan penanaman cili padi secara komersial, namun pengimportan cili padi dari Thailand, Indonesia dan Vietnam masih tinggi. Ini kerana pengeluaran cili padi tempatan masih tidak mencukupi. Ini disebabkan serangan penyakit seperti layu bakteria, kerinting daun, bintik daun atau serangan serangga perosak seperti hamama, kutu daun, aphids serta lalat putih. Ditambah pula dengan kekurangan kemahiran teknikal petani menyebabkan penghasilan cili padi masih di bawah potensi hasil yang sebenarnya. Nilai pasaran tahunan cili padi diunjurkan pada RM395 juta. Penanaman cili padi di negara ini dilihat berpotensi besar untuk dimajukan, kerana permintaan cili padi terus meningkat dari masa ke semasa dan harganya akan terus naik. Dengan purata hasil sebanyak 1.5 kg sepokok, cili padi mampu memberikan pulangan baik kepada pengusaha. Justeru itu, penanaman cili padi secara fertigasi boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan yang lebih lumayan. Ianya boleh dijalankan secara perusahaan tahap keluarga atau secara komersial.
Potensi tanaman cili api memang besar dimana negara masih memerlukan cili api siam yang diimport dari negara jiran dengan kuantiti yang banyak. Cili api jenis ini paling mudah didapati daripada pasar, pasar malam, kedai runcit, pasar tani dan banyak premis jualan. Cili berwarna hijau dengan bentuk panjang ini dijual dengan harga jauh lebih murah daripada harga cili api tempatan. Ia banyak digunakan dalam masalan restoren ala Thai seperti dalam masakan tomyam dan sebagainya. Bagaimana pun cili ini amat jarang ditanam oleh petani tempatan walau pun penulis blog ada menjumpai penanam cili api jenis ini di Segamat dan Kulai beberapa lama dahulu. Menurut mereka harga cili ini yang ditanam dalam negara tidak dapat menandingi harga Cili Siam yang diimport. Cili Siam impoert juga lebih tahan lama disimpan berbanding dengan cili api tempatan. Daripada tinjauan penulis blog mendapati laluan masuk seperti di sempadan Malaysia-Thailand membawa masuk Cili Api Siam ini berkontena setiap hari masuk k Malaysia. Adalah menjadi satu kemungkinan untuk petani di Malaysia menanam cili api lebih luas atau lebih ramai yang terlibat. Cili Api mudah ditanam dikawasan kebun secara komersil atau pun disekeliling kampong atau disekeliling rumah anda sendiri. Program Kempen Bumi Hijau dan Pertanian Bandr di Jabatan Pertanian boleh dijadikan pemacu penanaman cili api disekeliling rumah.
Dalam akhbar Harian Metro, penulis blog juga merujuk kepada laporan akhbar tersebut bertajuk ''Cili Bara Punca Rezeki'' yang dibuktikan boleh dijadikan perbandingan. Berita yang dipetik dari Temerloh dimulakan dengan gambar Roslan dan Muhamad dikebunnya di Kg Bolok, Hilir, Lanchng, Temerloh , Pahang (Sila lihat foto disebelah). Beliau berdua hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pertanian dan juga ahli Kelab Bintang Lama Lanchang (LOSG) di sini yang menghulurkan bantuan memulakan projek tanaman cili api bara dengan menggunakan kaedah fertigasi. Kini sebanyak 280 beg tanaman disediakan yang mampu memberikan pendapatan antara RM80 dan RM150 sehari apabila pengeluaran buah bermula awal tahun lepas, dakwa bapa tunggal iaitu Roslan Rosli berusia 49 tahun. Roslan yang menetap di Kampung Bolok Hilir Lanchang di sini berkata, selepas kematian isteri akibat kanser otak kira-kira tiga tahun lalu, dia tidak dapat melakukan kerja kerana dia terpaksa menjaga dua anaknya yang juga orang kurang upaya (OKU). Katanya kini kerja kampung dilakukan sebelum ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya dan kini hidup keluarganya hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterima anaknya RM300 sebulan. Beliau juga menerima bantuan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang RM600 sebulan dalam bentuk baucar. Setiap bulan pelbagai barangan keperluan harian perlu diambil di Pasaraya Darulmakmur cawangan Temerloh. �Rumah tempat saya sekeluarga berteduh ini pemberian kerajaan di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang diterima dua tahun lalu,� katanya ketika ditemui pemberita kelmarin.
Roslan berkata projek tanaman cili api bara menggunakan kaedah fertigasi diusahakan diharap dapat mengubah taraf hidupnya yang mana dulu bergantung sepenuhnya kepada bantuan. Katanya dia tidak pernah menyangka bahawa rakan sekampung dalam LOSG sanggup datang untuk memberikan bantuan kepadanya memulakan projek pertanian yang mampu memberikan pendapatan tambahan bagi menyara keluarga. Beliau juga menyatakan ada pegawai Jabatan Pertanian yang memberikan tunjukajar teknikal mengenai sistem tanaman fertigasi ini. Beliau juga amat bersyukur masih ada pihak prihatin dengan nasib saya sekeluarga, hanya terima kasih saja mampu diberikan kepada mereka yang membantu,� katanya. Sementara itu dalam kes lain seorang jurucakap LOSG Muhamad Majid, 52, berkata, pihaknya menyediakan peruntukan RM5,000 untuk menyediakan semua peralatan bagi menjayakan projek pertanian berkenaan. �Kami ahli kelab berusaha memberikan pendapatan sampingan kepadanya (Roslan) yang kini tidak mampu melakukan kerja kerana terpaksa menjaga dua anaknya yang cacat,� katanya. Pada penulis penanaman cili api memang berpotensi baik walau pun siapa juga yang ingin untuk mengusahakannya. Diharap artikel subuh ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
CILI PADI... IA PEDAS RASANYA...
BOLEH DITANAM.. DIMANA-MANA...
POTENSI BAIL... KENA MENCUBA...
BACA BLOG... ADA KAEDAHNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(17 JamadilAwal 1439H).
Published from:
Asrama Anggerik, INTAN Bukit Kiara,
Asrama Anggerik, INTAN Bukit Kiara,
Kuala Lumpur.
Catat Ulasan