Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
RENDANG PUCUK UBI (Cassava Leaf Rendang) apa yang merupakan penulis tahu merupakan sejenis makanan yang enak dan mudah disediakan. Ia juga sesuai dimakan dengan nasi, roti putih atau dengan makanan lain. Selain daripada ia sejenis makanan sihat, rendang pucuk ubi yang mana ia merupakan salah stu daripada makanan citarasa Malaysia dalam industri kulinari ianya juga murah, mudah disediakan dan diminati oleh semua golongan masyrakat. Sesuai dihidangkan untuk ahli keluarga, rendang ini juga boleh dijadikan hidangan kepada tetamu yang berkunjung atau untuk jamuan kenduri biasa (Sila lihat foto diatas). Tanaman ubi kayu (Manihot esculenta) merupakan tanaman kontan yang biasa ditanam atau kadang kala tumbuh sendiri dikawasan kebun dan ditepi jalan. Terdapat beberapa jenis atau varieti ubi kayu yang sesuai dijadikan rendang pucuk ubi kayu sepertu daun ubi pulut. Proses untuk menyediakan rendang pucuk ubi ini ap yang penulis faham adalah mudah dengan bahan-bahan digunakan seperti 2 ikat pucuk ubi yang perlu dibersihkan dan kemudian ia dipotong kasar dan 3 kotak santan kelapa (200ml setiap kotak dimana santan ini perlu dicampur air sama banyak dengan santan. Bahan lain diperukan adalah 2 biji bawang besar, 5 ulas bawang putih, 2 batang serai, cili api mengikut suka pedasnya, sedikit kunyit hidup yang dikisar, 2 helai daun kunyit yang perlu dihiris halus, segenggam ikan bilis yang mesti dibersihkan serta sedikit air asam jawa. Pada penulis blog yang pandai juga memasak, cara menyediakan rendang pucuk daun ubi dengan memasukkan bahan kisar yang disiapkan tadi ke dalam Kuali. Kemudian ditumis hingga pecah minyak. Mengikut thap kemahuan biasanya pastikan cili api yang ditumis menjadi betul-betul masak dimana ini akan dapat mengurangkan tahap kepedasanya. Keudian seterusnya dimasukkan santan serta air dan ikan bilis. Kemudian ia dikacau sehingga mendidih dan sedikit kering. Seterusnya perlu dimasukkan air asam jawa dan pucuk ubi. Bubuh bahan perisa garam dan kacau selalu sehingga hampir kering. Seterusnya dimasukkan daun kunyit, gaul rata. Tunggu sehingga rendang ini betul-betul kering dimana masa untuk menunggu rendang menjadi kering juga agak lama. Apabila kering maka rendang ini diangkat untuk dihidangkan untuk dinikmati. Artikel subuh Sabtu ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya menulis bagaimana rendang pucuk ubi ini telah dikomersilkan seperti laporan akhbar tempatan yang saya tulis semula sebagai satu testimoni.


TESTIMONI 1:
Pucuk ubi kayu dikomersialkan
NORSHAHZURA MAT ZUKI
Akhbar Sinar Harian


UBI kayu atau nama botaninya Manihot esculenta Crantz ialah tumbuhan tropika dan subtropika yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya boleh dijadikan sayur. Pada penulis blog yang banyak menulis artikel mengenai khasiat daun ubi boleh baca dengan pautan iaitu (Sila klik disini)Sebelum kemerdekaan iaitu zaman Tanah Melayu dijajah Jepun pada 1940-an, ubi kayu menjadi makanan utama selain nasi kerana mempunyai pelbagai khasiat. Daun ubi kayu sering digunakan untuk masakan kampung, antaranya masak lemak cili padi, goreng cili api, sambal tempoyak petai dan pucuk ubi, rendang, ulam dan kerabu. Namun, bagi Pengasas AA Suite Resources, Aida Othman, rendang pucuk ubi terkenal di Negeri Sembilan yang merupakan makanan tradisi itu perlu dikomersialkan. Kini walaupun rendang pucuk ubi sangat popular, namun ia dihidangkan secara berkuah. Saya mahu ia diinovasikan dan boleh dibawa ke mana-mana dan tahan lama. Beliau telah memasak rendang tersebut sehingga kering dimana cara ini mampu untuk mengekalkan rasanya. Rendang pucuk ubi kayu yang dijual tidak mempunyai bahan kimia dan bahan pengawet," katanya kepada Sinar Harian. Idea untuk beliau mengkomersialkan rendang itu tercetus apabila Aida yang juga pemilik syarikat pelancongan, sukar mencari makanan halal di luar negara. �Masalah ini memberikan idea kepada saya untuk menyediakan makanan yang boleh dibawa ke mana sahaja tanpa perlu dipanaskan. Kebiasaannya, pelanggan akan merindui dan mencari makanan tempatan selepas dua hari berada di luar negara,� katanya. Pada mulanya, Aida hanya memperkenalkan rendang pucuk ubi kepada pelanggannya sahaja dan tidak menyangka ia mendapat permintaan di luar jangkaan. �Mereka yang menggunakan perkhidmatan kami terutamanya ke Jepun, Korea dan negara-negara Eropah, akan memesan rendang ini. Mereka menjadikannya sebagai pembuka selera yang dimakan bersama nasi panas dan roti,� katanya.


Bagi mendapatkan rasa yang diinginkan, Aida berkata, dia telah memasak rendang sebanyak tiga kali sebelum mendapat rasa yang tepat dan rendang ini memenuhi selera pelanggan. Selalunya dia mahu komersialkannya dan melakukan kajian. Dia dapati pucuk ubi kayu tidak boleh dicampur kerana memberikan rasa pahit. �Maka saya memborong pucuk ubi kayu ubi kayu pulut sahaja dan setelah dimasak hasilnya sangat sedap,� katanya. Aktiviti memasak rendang pucuk ubi ini adalah dimasak selam lapan jam. Penyediaan rendang pucuk ubi kayu bukanlah semudah yang disangka kerana ia mengambil masa selama lapan (8) jam untuk dikeringkan dan menjadi ringan. Tambahnya, rendang yang dimasak itu masih mengekalkan bentuk daun dan tidak hancur, itulah yang menyebabkan ia berbeza daripada rendang pucuk ubi kayu sedia ada. �Proses penyediaannya agak renyah dan memerlukan ketelitian serta kesabaran yang tinggi. Daun ubi kayu perlu dicelur, dibuang air tersebut dan dibilas serta air perlu dikeringkan. �Dalam masa sama perlu menyediakan kuah rendang dan akhirnya masukkan daun ubi kayu. Saya menggunakan resipi ibu mentua, Noriah Hashim yang merupakan resipi turun-temurun keluarga suami,� katanya.  Menurutnya lagi untuk menyedapkan rasa rendang tersebut, dia menggunakan ikan bilis. Aida juga mendakwa dimana walaupun setahun berada di pasaran, syarikatnya menerima tempahan lebih 3,000 bungkus setahun dan menyasarkan lebih 5,000 bungkus menjelang akhir tahun ini (Sila lihat paket rendang disebelah). Kini jualan rendang daun ubi kayu bersama ikan bilis meningkat pada musim perayaan dan dijual melalui atas talian serta stokis di beberapa negeri sahaja. Menurutnya, rendang pucuk ubi ikan bilis ini sangat eksklusif kerana tidak dipasarkan di kedai runcit.  �Pelanggan perlu membeli secara atas talian atau berkunjung terus ke rumah kami. Kebanyakan pelanggan membeli untuk makan harian dan bekalkan kepada anak-anak mereka yang tinggal di asrama.


Beliau juga nyatakan dimana ia juga menerima tempahan daripada syarikat katering dengan menerima tempahan tiga kilogram dan ke atas,� katanya. Aida berkata, dia menjual rendang tersebut serendah RM10 bagi 100 gram. Katanya usaha dalam bidang ini memerlukan kesabaran dan juga kemahiran selain daripada mencari ruang pasaran. Usaha ini kini telah dibuktikn dpat ujudkan peluang jana pendapatan. Kini walaupun mempunyai kebun sendiri, Aida mengakui pucuk ubi kayunya tidak mampu menampung tempahan yang diterima. Mereka telah mengambil inisiatif membeli pucuk ubi kayu, serai, cili padi daripada penduduk kampung. Dalam pada itu secara tidak langsung, perniagaan ini telah berjaya membantu menjana pendapatan lebih ramai penduduk kampung. Ditanya mengenai perancangannya, Aida berkata, dia mahu mengeluarkan beberapa produk baharu dengan menyediakan rendang yang berasaskan herba. Setakat ini dia menyediakan rendang herba secara kecil-kecilan dan menjangkakan dipasarkan di seluruh Malaysia menjelang akhir tahun ini. Aida juga sedang mencari mesin yang boleh menyediakan rendang dalam tempoh singkat iaitu tiga jam sahaja. Dia memerlukan mesin tersebut kerana selama ini saya memasak rendang secara konvensional. Dia juga ada memohon daripada agensi tertentu, namun masih perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan iaitu perlu mempunyai kilang untuk mendapatkan geran yang disediakan. Kini beliau tidak lagi merancang untuk mempunyai kilang sendiri kerana msih mahu untuk menjalankan perniagaan dari rumah sahaja.


TESTIMONI 2:

Makan pucuk ubi dengan roti
 Akhbar Kosmo Online


RENDANG pucuk ubi Mak Long Timah dijual pada harga RM8 untuk 100 gram  (Sila lihat foto disebelah). Kalau kita sebut sahaja ubi kayu, pasti mereka dulu yang pernah hidup lama pada zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1940-an amat menghargai nostalgia makanan popular tersebut. Disebabkan kesempitan hidup pada era tersebut, ubi kayu menjadi makanan utama sebagai pengganti nasi. Biarpun ada yang menganggap ubi kayu makanan golongan miskin, ia memiliki khasiat yang banyak. Ubi kayu atau nama botaninya Manihot Esculenta Crantz ialah tumbuhan tropika dan subtropika daripada keluarga Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat manakala daunnya boleh dijadikan sayur. Ubi kayu berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia. Populariti ubi kayu telah mendorong sebuah syarikat bumiputera, Innova Food Industries mengkomersialkan makanan tradisional Negeri Sembilan iaitu rendang pucuk ubi bagi memenuhi permintaan penggemar makanan kampung itu.  Walaupun berlainan dari segi pembungkusan, jenama Rendang Pucuk Ubi Mak Long Timah tetap mengekalkan rasa rendang tradisi yang menyelerakan. Ia didatangkan dalam dua perisa iaitu udang dan ikan bilis. Malah masakan rendang yang popular di Malaysia dan Indonesia ini juga telah diiktiraf oleh sisipan pelancongan CNN Go pada tahun 2011 sebagai 50 masakan terlazat di dunia. Ia sering dihidangkan ketika perayaan dan sambutan acara tertentu.


Perlukan peralatan moden digunakan bagi mempercepatkan proses memasak rendang pucuk ubi yang memakan masa selama enam jamBercerita lanjut, Pengurus Operasi Innova Food, Mohd. Fadzil Mohd. Isa memberitahu, resipi rendang pucuk ubi keluaran syarikatnya itu merupakan resipi turun-temurun daripada ibunya. "Pada mulanya kami hanya memasak rendang pucuk ubi ini untuk dimakan sendiri selain memasarkannya secara kecil-kecilan di restoran kepunyaan ibu yang terletak di pekan Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan. "Ketika itu kami hanya meletakkan rendang pucuk ubi di dalam bekas plastik sebelum mendapat idea untuk mengkomersialkannya kira-kira setahun yang lalu. "Untuk tujuan itu, kami tampilkan rendang pucuk ubi di dalam bungkusan yang menarik dan senang dibawa ke mana sahaja termasuklah ke luar negara. Produk ini sedia dimakan begitu sahaja," ujarnya ketika ditemui kru Jurnal di kilang memasaknya di Kampung Tembun, Jelebu. Tambah Mohd. Fadzil, keunikan produk keluaran syarikatnya itu terletak pada pengekalan kualiti masakan rendang itu sendiri selain tahan lama. Rendang pucuk ubi itu terdapat dalam perasa pedas, sederhana pedas dan asli.


Setakat ini diberitahu belum ada syarikat lain yang mengeluarkan produk asli makanan tradisional seperti ini di Malaysia. Bagi tujuan mereka telah mengambil inisiatif awal untuk mengkomersialkan produk rendang daun ubi ini yang sememangnya sudah mempunyai penggemar (Sila lihat foto disebelah). Kini dengan harga RM8.00 bagi paket 100 gram, rendang pucuk ubi ini sesuai dimakan bersama nasi, lemang, ketupat, roti dan kuih-muih. Rendani ini juga boleh dipanaskan semula untuk mendapatkan rasa yang lebih enak. Proses memasak rendang pucuk ubi ini mengambil masa selama enam jam bermula dengan proses penyediaan bahan mentah, memasak, menimbang dan membungkus. Pada kebiasaannya, kami akan memasak pada hari Selasa, Rabu dan Khamis. Setelah siap dimasak sebaiknya ia mesti disejukkan terlebih dulu sebelum dibungkus," jelasnya yang mengusahakan produk itu bersama adik-beradiknya yang lain. Menurut Mohd. Fadzil pada setiap sukatan perlu tepat bagi mengekalkan rasa asli rendang pucuk ubi resipi ibunya yang sememangnya sudah terkenal di sekitar Jelebu. Kini apabila sebut sahaja rendang pucuk ubi Mak Long Timah, pasti ramai yang mengetahuinya. Kami menggunakan daun pucuk ubi pulut kerana rasanya yang lebih sedap berbanding daun pucuk ubi batang merah yang biasanya dijadikan ulam itu. Siapa sangka pucuk daun ubi yang banyak didapati disekeliling kebun dan kampong boleh diproses dan kini di komersilkan keperingkat lebih tinggi seperti produk rendang daun ubi.Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!..
PUCUK DAUN UBI... SUDAH DIGUNA...
DIBUAT RENDANG... MUDAH CARAYA...
MULA DIMASAK ... 8 JAM LAMANYA....
MEMANG ENAK... DIMAKAN SEGERA... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(7 JamadilAkhir 1439H).
Published from:
Hostel Anggerik, INTAN Bukit Kiara,
Kuala Lumpur.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top