CILI MERAH (Capsicum annum) merupakan sejenis sayuran yang sangat penting didalam masakkan harian untuk menambahkan rasa pedas kepada makanan. Cili Merah Segar atau jug adipanggil cili besar berbeza dengan Cili Padi atau Cili Kering kerana ia dijual dalam keadaan segar dan menarik. Cili Merah biasanya berwarna merah berbanding dengan Cili Hijau yang masih muda (Sila lihat foto diatas). Kebanyakan makanan yang disukai oleh rakyat Malaysia mempunyai rasa pedas sama ada daripada mereka menggunakan cili kering (cili boh), cili padi atau pun cili merah. Bagaimana pun cili merah mempunyai kelebihan tersendiri kerana warnanya yang merah akan menarik semasa ianya dijadikan cili potong sebagai hiasan pada makanan seperti mee goreng, meehoon goreng, minun sup, pelbagai kuih tempatan dan sebagainya. Penanaman cili merah biasanya dilakukan secara komersil oleh petani tempatan sebagai satu bidang usaha yang dilakukan dan ada yang menanam cili merah secara kecil-kecilan disekeliling rumah. Terkini teknologi fertigasi tanaman cili telah dipromosikan oleh kerajaan melalui Jabatan Pertanian sebagai satu kaedah pengeluaran cili merah yang lebih efektif. Faktur pengeluaran dan harga sering menghantui penanam cili merah. Biasanya pada musim tengkujuh hasil cili berkurangan menyebabkan harga meningkat tinggi berbanding dengan pada keadaan panas berpanjangan dimana pengeluaran cili tinggi. Harga ladang dan harga runcit cili merah mempunyai julat perbezaan yang signifikan menyebabkan ada petaani yang mendapat keuntungan bergganda dan ada petani yang agak rugi akibat harga cili yang rendah. Terkini terdapat isu pengimportan cili merah dari negara luar seperti daripada Vietnam, Thailand dan sejauh negara China yang dipasarkan dengan harga lebih rendah daripada harga cili merah tempatan. Sebenarnya negara memang mengamalkan pengimportan cili merah untuk menampung kekurangan keperluan bekalan tempatan tetapi perkara ini kadang kala menyebabkan lambakkan cili merah dipasaran tempatan seterusnya mengugat petani tempatan dan pengguna. Artikel malam Jumaat ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai isu cili tempatan berbanding dengan cili import yang diviralkan dan juga dilaporkan oleh media tempatan.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Dalam akhbar Sinar harian bertajuk "Cili tempatan tak laku" yang diterbitkan pada 23 MEI 2018 menaarik penulis blog untuk mengupasnya. Foto sebelah menunjukkan dimana En Abdul Razak (kanan) mendengar keluhan petani cili fertigasi yang menghantar produk mereka ke Pusat Pengumpulan Hasil Ladang (PPHL) PPK Kuala Langat. Isu mengenai pengusaha tempatan tertekan dengan lambakan cili import yang memasuki pasaran negara ini dibangkitkan berulang-ulang kali oleh beberapa petani tempatan. Tinjauan Sinar Harian mendapati beberapa pengusaha sayur-sayuran termasuk pengusaha cili di Kuala Langat berdepan dengan kerugian akibat harga cili jatuh sejak beberapa minggu lalu. Seorang pengusaha cili dari Jempol, Muhammad Termizi Setopa, 34, berkata, dia sanggup menghabiskan masa perjalanan dari Jempol, Negeri Sembilan ke Pusat Pengumpulan Hasil Ladang (PPHL) Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat semata-mata ingin untuk mengurangkan sedikit kerugian yang dialami petani kerana PPK Kuala Langat akan membeli hasil tanamannya dengan harga jauh lebih baik. Menurutnya, bagaimanapun sampai bila PPK boleh bertahan untuk �top up� belian cili petani meskipun ketika harga sayur jatuh. �Petani mengalami kerugian ketara sejak tiga tahun yang lalu hinggalah pada 2 Mei lalu harga cili mencecah RM 5.20 sekilogram berbanding RM 4.20 semalam. Bayangkan saya terpaksa datang ke sini sejauh 168 kilometer dari Jempol ke Kuala Langat sebab nak dapatkan harga lebih baik iaitu RM 4.20 (harga lantai) berbanding pasaran di Negeri Sembilan sekitar RM 3 ke RM 3.50 sahaja,�katanya kepada Sinar Harian. Beliau juga mengakui peniaga terpaksa bersaing dengan lambakan cili import dan pelbagai kos terpaksa dihadapi termasuk menggaji pekerja. Katanya, dia bersama Kumpulan Fertigasi Hijau Jempol terdiri daripada lapan pengusaha berharap sangat beberapa kementerian terlibat memantau penjualan cili import yang mengganggu mata pencarian pengusaha tanaman sayur terutama cili tempatan.
Dalam pada itu ujud juga kumpulan petani menyarankan agar kerajaan stabilkan harga cili. Bagi Ekmal Subhi,37, berkata, cili tempatan bukannya tidak laku kerana hampir setiap hari cili yang dihantar oleh pengusaha habis dipasarkan. �Cuma bila ada banyak cili import, pengusaha seperti kami tak dapat menambah bekalan cili tempatan. Dia percaya sekiranya pihak bertanggungjawab memberi tumpuan kepada cili tempatan termasuk dari segi asas dan kepentingan dan kesegaran cili tempatan, ia dapat untuk menggandakan jualan kami. Lebih membimbangkan, tiada usaha membezakan kedua-dua jenis cili itu bagi memberi pilihan kepada pengguna. �Saya sedih bila dengar keluhan pengusaha lain apabila harga cili semakin jatuh merudum sedangkan, cili tempatan adalah premium yang bernilai tinggi dan diyakini dari segi kebersihannya, penggunaan baja dan bahan kimia yang tidak keterlaluan. �Kita juga hendak tanamkan semangat patriotisme kepada rakyat supaya memberi keutamaan kepada cili tempatan,� katanya. Ekmal yang pernah kerugian sebanyak RM 300,000 mengusahakan tanaman cili di Sijangkang mengakui petani bukan mahu harga yang tinggi sangat tetapi memadai harga itu stabil sepanjang masa. Katanya, isu lambakan cili luar negara terutama dari Vietnam dan Thailand bukanlah baharu tetapi sudah lama tetapi tiada lagi mekanisme untuk menjadikan pasaran cili tempatan sebagai keutamaan. �Buat masa ini pun ramai pengusaha cili tempatan terdiri daripada golongan muda yang terpaksa bersaing dengan lambakan cili dari luar. Beliau faham agak susah untuk kita ambil tindakan kerana terdapat perjanjian-perjanjian tertentu tetapi apa yang perlu kita tekankan adalah melabelkan supaya rakyat mengetahui ia adalah cili yang mana dan kita mahu pembeli mengutamakan cili tempatan,�katanya. Dalam pada itu dilaporkan dimana kini permintaan cili tempatan susut 50 peratus. Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Kuala Langat, Abdul Razak Khasbullah berkata, permintaan cili tempatan semakin kurang dan PPK juga berdepan dengan kemerosotan sehingga 50 peratus pesanan daripada pasar raya, peruncit dan sebagainya (Sila lihat foto disebelah). Kini sudah menjadi tradisi PPK Kuala Langat membela nasib petani dengan memberi harga lantai rendah untuk menyara pendapatan petani di sini. Kesanggupan petani untuk mereka mengeluarkan produk namun apabila berdepan dengan harga produk makanan luar negara dijual lebih murah ia memberi kesan negatif . Apa yang penting, isu lambakan cili ini perlu dipantau supaya memberi pulangan yang masuk akal kepada petani,�katanya.
Dalam laporan media lain sebelum ini yang bertajuk "Kerajaan lihat faktor harga cili lebih murah" diterbitkan pada 22 JANUARI 2016 juga menarik perhatian penulis blog. Pada masa itu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (kiri) gembira melihat projek tanaman cili fertigasi (bertingkat) di Sijangkang sebelum merasmikan pusat pengumpulan hasil pertanian Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat di Telok Panglima Garang (Sila lihat foto disebelah). Beliau yang melawat projek penanaman cili merah di Kuala Langat ini nyatakan dimana kerajaan akan melihat faktor yang menyebabkan harga cili import lebih murah bagi membantu penanam cili tempatan bersaing dengan produk pertanian dari luar itu. Dakwanya adalah dimana harga cili import yang murah boleh menyebabkan berlaku lambakan cili di pasaran tempatan. "Rakyat nak yang murah jadi mereka mungkin cenderung memilih cili import...kita kena kaji kenapa cili import setelah ditolak semua kos logistik dan sebagainya, masih mampu dijual pada harga rendah supaya kita dapat saingi mereka. "Kita tak boleh sewenang-wenangnya menyekat pengimportan cili dari negara lain tetapi pihak terlibat perlu mempelbagai kempen barangan tempatan supaya orang ramai mengetahui bahawa cili tempatan lebih baik dan segar," katanya kepada pemberita hari ini. Beliau ditemui selepas melakukan tinjauan ke ladang cili fertigasi dan merasmikan Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat di sini. Katanya, 30 peratus pasaran cili di seluruh negara kebanyakannya diimport dari Vietnam, China dan Thailand. Menurut beliau, rakyat memerlukan 300,000 tan metrik cili setiap tahun dan ia merupakan pasaran besar serta peluang terbaik yang perlu diterokai penanam cili tempatan. Menyifatkan cili tempatan lebih premium, organik serta segar, Ahmad Shabery menyarankan pihak terlibat supaya lebih bijak mempelbagaikan resepi cili dalam makanan bagi meningkatkan permintaan terhadap bahan mentah itu. Kini permintaan terhadap cili semakin bertambah dan langkah tersebut kelak dapat membantu penanam cili tempatan untuk menghasilkan lebih banyak cili bagi dieksport ke negara lain. Sekiranya orang ramai memahami bahawa cili tempatan sebenarnya berkualiti tinggi, maka kadar permintaannya juga pasti meningkat dan dengan cara itu, kita boleh kurangkan pengimportan cili dari negara lain. Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata pihaknya sedang memperkemas operasi 200 pusat pengumpulan hasil pertanian sedia ada di seluruh negara dan keperluan untuk menambahnya akan dilihat dari semasa ke semasa.
Terkini pada Ogos 2018 dilaporkan pula berita bertajuk "Petugas khas dihantar ke Vietnam, Thailand kaji pengeluaran cili" satu kenyataan oleh Kementerian Pertanian. KSU Dato Mohd Sallehhuddin membuat pemeriksaan ke atas cili import yang memasuki pasaran tempatan ketika sidang media di Pelabuhan Klang Utara dalam lawatan beliau semalam. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menghantar satu pasukan khas ke Vietnam dan Thailand bagi melihat bagaimana petani cili di negara berkenaan mampu mengeluarkan cili dengan jumlah banyak namun pada kos yang rendah. Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohd Salehhuddin Hassan berkata pasukan berkenaan antara lain turut akan mengkaji bagaimana petani di dua negara itu mampu menanam cili di luar musim (Sila lihat foto disebelah). �Mengikut tahun-tahun sebelum ini, cili dari Vietnam dan Thailand akan banyak dibawa ke Malaysia sehingga bulan Julai sahaja, tetapi pada tahun ini ia berlarutan sehingga Ogos. �Kita prihatin dengan petani-petani cili terutamanya petani muda yang mengambil bahagian di bawah skim petani muda yang diperkenalkan kerajaan, kami mahu petani tempatan boleh berdaya maju dan mampu bersaing dengan petani cili luar negara,� katanya dalam sidang akhbar semalam. Beliau berkata demikian selepas melakukan pemeriksaan mengejut ke atas cili import yang disimpan di Tapak Penyimpanan Kontena 2 di Pelabuhan Klang Utara di sini, bersama-sama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS). Dalam pada itu, Mohd Salehhuddin berkata bagi tempoh Januari sehingga Julai lepas, sebanyak 31,000 tan cili telah dibawa masuk ke negara ini oleh 57 syarikat pengimport berdaftar bagi menampung permintaan pasaran tempatan dan beliau menafikan terdapat lambakan cili import di pasaran tempatan. �Tiada tekanan terhadap lambakan cili tetapi yang ada hanya adalah tekanan pada harga. Sebagai contoh, di Pasar Borong Kuala Lumpur, cili jenis kulai dijual pada RM8 sekilogram dan merah minyak pula RM6.50 sekilogram manakala cili dari Vietnam yang dibawa masuk dari bulan April hingga Ogos tahun ini dijual pada harga RM3.90 sekilogram,� katanya. Mengulas pemeriksaan berkenaan, Mohd Salehhuddin berkata ia bertujuan untuk mengenal pasti tahap kualiti cili yang diimport sama ada selamat untuk dimakan ataupun sebaliknya. Menurut beliau, pihaknya turut membawa bersama kit pemeriksaan untuk mendapatkan maklumat awal sama ada cili yang diimport memenuhi kadar Tahap Maksimum Residu (MRL) yang dibenarkan, dan berdasarkan beberapa sampel yang periksa, kadar MRL berada pada tahap selamat. Diharap artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENANAM CILI... KEPERLUAN NEGARA....
70% MENCUKUPI...30% CILI ILPORT PULA...
PERSAINGAN BERLAKU... SIAPA MERANA...
DIPERLUKAN PERHATIAN.... OLEH MOA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Perimpangan Bukut Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(23 Zulhijjah 1439H).
Catat Ulasan