KECERDASAN BUATAN (KB) atau pun didalam terminologi Inggeris ianya lebih dikenali dengan nama ''ARTIFICIAL INTELIGENCE" adalah satu perubahan yang berlaku diseluruh dunia dengan penggunaaan pelbagai alatan, kemudahan dan jentera didalam mengatasi permasaalahan. Perkara mengenai tajuk ini saya baru dengar daripada pensyarah dan rakan-rakan semasa hadir kursus kepimpinan dalam isu pengurusan di INTAN, Kuala Lumpur. Kecerdasan Buatan di Bidang Pertanian merupakan satu aspek penting untuk dibincangkan kerana teknologi sentiasa berubah. Kecerdasan Buatan (KB) adalah penerapan dan proses pengembangan ilmu-ilmu terhadap peralatan, mesin, serta proses untuk membantu manusia khususnya bagi petani menyelesaikan masalahnya dalam sektor pertanian. Pada masa ini sektor pertanian dapat dimakksudkan sebagai semua perkara atau proses untuk menghasilkan bahan makanan, ternakan dan produk-produk lain dari pelbagai bidangusaha yang dijalankan. Petani perlu memanafaatkan semua sumber yang ada dalam persekitarannya terutama tanaman, perikanan dan ternakan serta pemprosesan. Sehingga kini di Malaysia teknologi pertanian dapat didefinasikan sebagai usaha menerapkan maklumat teknologi dalam bidang pertanian untuk memudahkan petani dan usahawan dalam mereka mendapatkan hasil yang maksima dari sumber alam semulajadi sma ada tanaman, haiwan dan sebagainya bagi tujuan meningkatkan kesejahteraan manusia. Dalam proses penghasilan bahan makanan daripada tanaman, amalan agronomi berlaku sebelum menuai hasil yang menentukan kuantiti, kualiti dan menentukan kadar pendapatan dicapai. Pertanian Moden banyak dikaitkan dengan penggunaan teknologi dalam pengeluaran dimana banyak konsep seperti Kecerdasan Buatan (AI) ini memainkan peranan penting. Artikel petang ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya menulis lagi mengenai satu konsep atau aspek pengurusan iaitu Kecerdasan Buatan untuk memberikan kefahaman kepada pembaca semua.
Sektor pertanian telah banyak berubah (Changed) daripada kaedah pertanian sara diri (self suffiency) kepada cara pertanian tradisional dan terkini adalah pertanian moden. Contohnya di dalam teknologi membuka buah durian kini telah ada pelbagai cara yang boleh juga menggunakan alatan khusus untuk membuka dengan mudah, cepat dan praktikal (Sila lihat foto disebelah). Alat membuka buah durian ini merupakan salah satu bentuk ''kecerdasan buatan'' dimana ia mudah dibawa kemana-mana, murah, ringan, selamat, efektif dan mudah disimpan berbanding dengan kaedah membelah durian secara lama. Dalam kes lain pada industri tenusu, teknologi pertanian terlihat jelas berperanan didalam aktiviti memerah susu lembu. Ada berapa peralatan moden diguna bagi memerah susu secara sistematik dan menghasilkan susu lembu yang bersih, segar dan berkualiti berbanding dengan memerah susu secara konvensional. Akibat dari penggunaan teknologi pertanian seperti ini maka akhirnya susu segar dari ternakan lembu tersebut dapat ditingkatkan nilainya baik menggunakan alatan mesin termasuk proses mengawet susu untuk tujuan pasaran lebih jauh dimana ianya akan menguntungkan. pengawetan, seperti rekayasa menjadi susu bubuk maupun pengawetan susu dengan pasteurisasi. Teknologi pemasaran susu tersebut membolehkan akhirnya nilai jualan susu segar tersebut menjadi tinggi dengan cara mengurangkan kos. Adalah jelas dimana melalui penerapan teknologi dalam bidang pertanian akan memudahkan manusia untuk menyelesaikan masalahnya dalam bidang pertanian serta mendapatkan keuntungan yang lebih baik dalam sektor tersebut.
Istilah Kecerdasan Buatan (KB) merupakan perkara berkaitan dengan proses perubahan teknologi didunia yang kebanyakannya adalah untuk tujuan kebaikan walau pun ada yang kurang berkesan (disruptive). Banyak teknologi sistematik yang telah ada dimana ia berfungsi daripada peringkat awal tanam penanaman sehingga menuai dan aktiviti lepas tuai (post harvest technology). Teknologi Pertanian meruapakan gabungan dari disiplin ilmu teknikal dalam pertanian sehingga asas ekonomi termasuk imlu matematik dan perkomputeran (computerization). Teknologi pertanian mulai berkembang pada abad sembilan belas ketika terjadi Perang Dunia II dimana masa itu keadaan sektor pertanian Amerika dan Eropah kritikal didalam membekalkan makanan untuk tujuan perperangan (war). Banyak alatan yang dicipta untuk petani meningkatkan hasil makanan kerana bekalan makanan adalah sangat penting untuk kemakmuran bagi sesebuah negara. Sektor pertanian memerlukan kawasan tanah untuk penanaman, penternakan dan perikanan yang aga luas di USA dan Eropah. Pada masa ini kedudukkan teknologi pertanian menurut negara Amerika berperanan semasa aktiviti menuai hasil sehingga aktiviti lepas tuai. Ia meliputi teknologi menuai berjentera dan pengangkutan dengan sistematik menggunakan jentera yang lengkap dan cekap. Penanaman tanaman makanan dijalankan didalam rumah hijau yang lebih sitematik, produktif dan kos efektif. Teknologi pertanian di Cameroon Highland menggunakan Struktur Pelindung Hujan (SPH) yang mampu dalam menghasilkan sayuran berkualiti tinggi dan kuantiti yang menguntungkan (Sila lihat foto disebelah). Teknologi Fertigasi NFT yang dilakukan adalah teknologi kecerdasan buatan yang berkesan.
Teknologi pertanian terus maju dimana banyak inovasi dan mekanisasi yang moden. Teknologi dicipta menggunakan automasi, aplikasi ICT dan mekanisasi dengan peralatan canggih yang mampu digunakan oleh petani (Sila lihat foto disebelah). Banyak jenis peralatan mekanisasi dan automasi yang mampu meningkatan kecekapan aktiviti pertanian daripada kerja-kerja awalan pada tanah, penyuburan tanah, pembajaan, pengairan, penanaman, penuaian hasil, pemprosesan, penyimpanan n. Sehingga bidang ini lebih berkonsentrasi pada seni mengolah hasil pertanian dan optimasi proses atau metode pengolahan untuk mendapat produk pertanian berkualitas tinggi. Keluasan tanah pertanian tidak bertambah tetapi teknologi baru mampu meningkatkan produktiviti dalam kes pengeluaran dan kualiti produk pertanian. Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (creative technology) ini meningkatkan pengeluaran bahan makanan sesebuah negara dimana ia telah lama diaplikasikan dinegara-negara maju. Diantara contoh peralatan adalah seperti Aplikasi ICT Kajian Cuaca, Aplikasi Curahan Hujan, Aplikasi Mengesan Banjir, Aplikasi Penentuan Kesuburan Tanah dan terkini adalah Pertanian Tepat (Precision Farming). Dalam bidang ini AI dapat digunakan untuk menganalisis keadaan iklim, mensimulasikan keadaan iklim tersebut dan menganalisis dampak dari perubahan iklim tersebut baik jangka pendek maupun jangka panjang. Hal ini tentu dapat dimanfaatkan oleh manusia untuk mengambil suatu tindakan yang tepat untuk mengatasi perubahan iklim yang terjadi. Teknologi kecerdasan buatan di Malaysia perlu dikembangkan lagi untuk mempastikan sektor pertanian negara terutamanya untuk pengeluaran makanan lebih cekap dimasa akan datang. Semuga semua pembaca anim agro technology mendapat info yang berguna. Wasallam!!...
ARTIFICIAL INTELLIGENT... APAKAH MAKNA...
KECERDASAN BUATAN... ITU MAKSUDNYA...
PELIK BUNYINYA... PERTANIAN BERJAYA....
FAHAM SEDIKIT ...SESUDAH MEMBACA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Discussion Room 4,
Hostel Anggerik, INTAN Bukit Kiara,
Kuala Lumpur, Malaysia.
(25 Zulkaedah 1439H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan