Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
RACUN RUMPAI (Weedicide or Herbicide) merupakan satu campuran bahan kimia yang digunakan dalam mengawal dan membasmi pertumbuhan rumpai. Terdapat berbagai-bagai jenis racun rumpai di pasaran untuk digunakan iaitu terutamanya dalam bidang pertanian. Racun Rumpai secara ringkasnya dibahagikan kepada RACUN PRA-CAMBAH, RACUN SENTUH dan RACUN SISTEMIK. Antara jenis-jenis Racun ini diformulasi untuk tujuan khusus dengan cara penggunaan yang tidak sama. Biasanya Racun Pracambah digunakan dikawasan kebun yang akan disembur semasa kerja-kerja penyediaan tanah selesai untuk menghalang anak benih rumpai tumbuh sebelum penanaman. Racun jenis ini berkesan untuk tujuanan kawalan rumpai pada peringkat paling awal. Antara racun jenis ini seperti Atrazine dan lain-lain jenama. Racun Sentuh bertindak dengan sentuhan kepada bahagian tanaman (daun dan batang) dan akan matikan rumpai. Kesan racun sentuh adalah cepat dan dapat dilihat tumbuhan layu dalam beberapa jam sahaja selepas penyemburan dijalankan. Racun Sistemik bertindak dengan diserap kedalam seluruh bahagian tumbuhan dam rumpai akan mati perlahan-lahan. Lazimnya proses racun ini lambat dilihat. Selepas 2-3 hari pun kesan racun jenis ini tidak dapat dikesan lagi. Keberkesanan racun ini agak lama berbanding dengan racun sentuh. Penulis kali ini berkongsi artikel yang mengandungi maklumat berkaitan dengan racun rumpai dalam ''Anim Agro Technology'kepada semua pembaca blog ini berdasarkan kepada pembacaan dan pengalaman dalam bidang pertanian selama hampir 35 tahun. Selama lebih 9 tahun, artikel berkaitan racun rumpai dalam blog ini sentiasa mendapat kunjungan paling hebat dikalangan pembaca sebab kurang dipaparkan.

Pada asasnya cara racun bertindak ada dua cara iaitu dengan cara  'Sentuh' dan dengan cara 'Sistemik'.  Apa yang penulis blog maksudkan dengan satu konsep penggunaan racun sentuh samalah seperti menebas rumpai yang tidak dikehendakki. Racun sentuh akan membunuh bahagian yang kena dengan racun sahaja manakala yang tidak terkena masih hidup lgi. Bahagian akar dan mungkin batang yang terlindung akan hidup dan akan tumbuh semula. Ia sangat berkesan pada rumpai daun lebar yang tumbuh semusim. Racun sentuh sesuai digunakan bagi kawasan yang telah ditanam dan disembur secara jalur atau semburan bulatan dibawah kanopi tumbuhan. Lazimnya untuk ini campuran dengan racun pracambah adalah dicadangkan. Untuk kawalan yang menyeluruh bagi rumpai saka, racun ini perlu digunakan berulang-ulang dalam jangkamasa yang pendek. Tujuannya untuk mengurangkan dan terus menghasbiskan simpanan makanan dalaman dalam tissue yang tidak terkena racun. Secara teorinya adalah jelas seperti gambarajah di bawah.

Racun sistemik adalah jenis racun yang menyerap kedalam sistem rumpai dan membunuh rumpai dengan mengganggu proses metabolism dalaman rumpai.  Sebagai contoh racun jenis 'monoron' menghalang proses photosynthesis. Lain-lain racun mungkin merosakkan proses pernafasan, metabolism, karbohirat, lemak dan juga protein. Cara bertindak jenis racun ini adalah dengan mengganggu proses metabolism tumbuhan yang berkenaan. Biasanya racun rumpai jenis ini juga dapat membunuh rumpai dengan lebih berkesan. Selalunya racun jenis ini kesannya terhadap rumpai adalah lambat iaitu selama 2-3 minggu. Setengah-setengah petani mencampur racun sentuh dengan racun sistemik untuk mendapat kesan yang cepat. Ini tidak sesuai dilakukan walau pun kesannya nampak nyata. Racun sentuh akan membunuh tissue dan apabila tissue telah  mati pergerakan racun sistemik akan tergganggu. Menggunakan tahap atau kadar kepekatan yang tinggi juga tidak sesuai untuk racun ini. Kepekatan yang tinggi akan menyebabkan kematian pada tissue tertentu dan ini akan menghalang pergerakan racun ke bahagian akar rumpai. Kepada petani yang ingin membeli racun rumpai perlu memahami jenis racun apa yang hendak dibeli adalah amat penting. Petani boleh bertanya terus kepada penjual racun tersebut dan kemudian mempastikan dengan membaca label pada botol racun.

Racun jenis Paraquat merupakan sejenis racun rumpai paling popular diseluruh dunia. Racun ini mengandungi bahan aktif dikenali sebagai 'Paraquat dichloride 25% w/w' iaitu ada berbagai kelas kepekatan dipasaran. Diantara beberapa jenama racun jenis ini seperti  Paraquat, CP Paraquat, Gramoxone PP199, Chemquat, Terquat, Clean-Up. Penggunaan racun paraquat adalah racun jenis sentuh untuk membunuh rumpai daun lebar dan juga rumput. Perlu disembur secara lenjun kepada rumpai untuk mendapat kesan yang lebih baik. Untuk mendapat kawalan yang berkesan ia perlu disembur dengan kerap pada jangkamasa yang pendek. Racun ini juga sesuai dicampur dengan Diuron. Diuron bertindak sebagai agen pracambah. Campuran ini ada di pasaran dengan jenama Paracol. Keberkesanan racun paraquat ini juga adalah lebih baik jika dicampur dengan 3g Ally pada setiap 18 liter air. Ia tidak berkesan jika disembur pada permukaan tanah kerana ia akan diikat oleh liat pada tanah. Sisanya juga tersimpan lama dalam tanah. Racun ini adalah terkawal penjualannya di Malaysia kerana ia mempunyai kesan bahaya kepada manusia (Racun Kelas 1. Racun Paraquat boleh meresap melalui kulit dan mesti dielakkan dari menyedut kabus semasa menyembur dan elakkan dari terkena mata dan kulit. Jika termakan ia boleh merosakkan bahagian usus, paru-paru, hati dan ginjal. LD50 secara oral ialah 150g/kg dan melalui kulit LD50nya ialah 240g/kg.

Racun Rumpai jenis Glyphosate merupakan racun yang kini sangat popular digunakan di Malaysia. Racun jenis ini mengandungi bahan aktif iaitu 'N-(Phosphonomethyl) glycine' dengan banyak boleh dibeli dipasaran. Diantara jenama yang ada seperti Roundup, Ecomax dan Touch down. Kegunaan racun ini adalah mengandungi glyphosate iaitu jenis racun sistemik untuk rumpai saka dan juga daun lebar. Ia selalunya disembur pada daun rumpai saka seperti lalang, menerong, rumput sambau dan juga rumpai daun lebar. Glyphosate setelah disembur pada daun dan boleh meresap keseluruh rumpai. Tanda-tanda toksiknya boleh dilihat 1-3 minggu setelah disembur. Ia sesuai dicampur dengan 3g racun Ally untuk mendapat kesan yang lebih terutama pada daun lebar. Racun ini tidak merbahaya pada mamalia LD50nya ialah 4320g/kg. Untuk menggunakan secara berkesan perlu menggunakan air yang bersih. Glyphosate akan hilang racunnya bila bercampur dengan lumpur.

Jenis racun umpai ketiga adalah dari kumpulam 'Organic Arsenicals' yang mengandungi bahan  aktif seperti Garam dari Cacodylic Acid dan methanearsonic. Antara jenama lain yang ada dipasaran seperti MSMA dan juga racun DSMA.  Kegunaan racun ini adalah untuk meracun rumput saka. Ia bertindak secara sistemik dengan lebih berkesan untuk membasmi rumpai. Racun jenis ini mengandungi logam Arsenic yang boleh terkumpul dalam tanah dan mencemarkan tanah. Logam Arsenik boleh diserap oleh tumbuhan dan apabila dimakan oleh manusia boleh mengakibatkan sakit buah pinggang. Ia juga jarang digunakan pada masakini kerana sebab-sebab di atas. Beberapa jenis racun rumpai lain adalah seperti Jenis Basta - Ia jenama yang menggunakan unsur iaitu glufostinate-ammonium sebagai bahan aktifnya. Ia bertindak secara sistemik. Racun Garlon 250 - Sistemik untuk daun lebar seperti kekacang, senduduk dan juga untuk membunuh pokok. Racun Ally - Sistemik untuk daun lebar. Bahan aktifnya ialah metsulfuron-methyl. Sesuai dicampur dengan round-up dan juga paraquat. Racun Diuron - Sebagai pracambah digunakan untuk kawal rumput dan rumpai daun lebar. Biasanya digunakan dengan racun lain. Kegunaan Diuron akan lebih berkesan jika digunakan bersama surfactant. Semuga artikel ini dapat menambah pengetahuan anda mengenai jenis-jenis racun dan cara tindakannya didalam mengawal rumput. Pemilihan jenis racun dan cara aplikasi yang tepat memberikan kesan positif dalam kawalan rumpai untuk meningkatkan hasil tanaman. Petani perlu membaca label setiap kali ingin menggunakan racun rumpai. Semuga tulisan engenai racun rumpai dan cara tindakannya dalam anim agro technology memberikan info erguna kepada semua. Wasallam!...

RACUN RUMPAI ... BANYAK JENISNYA...
RACUN SENTUH...NAMPAK KESANNYA...
SISTEMIK PULA....LAMBAT MATINYA...
PILIH YANG SESUAI..TANYA HARGANYA...

By,
M Anem
Senior Agrologist,
Taman Saujana,
Precint 11, Putrajaya,
WP , Malaysia.
(29 Jun 2013).
Published from:
Hostel Anggerik, INTAN Bukit Kiara,

KL, WP, Malaysia.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top