Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
t
MENTERNAK LEMBU PEDAGING merupakan salah satu aktiviti yang mendapat perhatian kerajaan Malaysia. Kita di Malaysia merupakan negara pengimport daging dari beberapa negara untuk kegunaan tempatn kerana kadar pengeluaran daging segar tempatan jauh daripada mencapai kadar kecukupan saradiri (Self sufficient level). Ini termasuk juga kekurangan pengeluaran susu lembu yang teraksa diimport untuk kegunaan industri dan kanak-kanak. Dalam pada itu terdapat banyak skim penternakan lembu yang ujud dinegara ini. Antarannya adalah PINTAR. Pendekatan konsep PINTAR ini atau singkatan kepada Projek Integrasi Ternakan Ruminan dengan tanaman kekal seperti getah atau kelapa sawit.Ia merupakan satu bidang usaha berinput rendah (low input). Ternakan lembu pedaging dibawa masuk untuk menggunakan rumput yang terdapat dengan banyak di dalam sesuatu ladang dimana ini bermakna jumlah stok adalah bergantung kepada kuantiti rumpai yang sedia ada. Sehubungan itu apabila kuantiti rumpai berkurangan (apabila getah atau kelapa sawit meningkat tua), stok ternakan perlulah dikurangkan sehingga cukup untuk meragut rumpai yang ada saja. Ianya memberi maksud mana-mana kawasan perladangan yang tiada rumpai yang mungkin berpunca dari aktiviti meracun rumpai tersebut, tidak boleh atau tidak sesuai menjalankan projek pintar.Apabila sumber makanan berkurangqn lazimnya pengusaha terpaksa memberi makanan tambahan PKC (Palm Kernel Cake) atau PKE (Palm Kernel Expeller) atau pelepah sawit yang dirincih untuk mencukupkan keperluan makanan yang diperlukan. Ia juga bukan merupakan konsep Pintar kerana menyebabkan kos pengurusan meningkat. Input lain yang menjadi pelengkap kepada keperluan asas ini hanyalah ubat-ubatan, garam galian, sumber air, peralatan pengenalan ternakan termasuklah kandang yang sesuai dan system pagar elektrik. Satu ciri yang terdapat pada Pintar ialah sistem ragutan berpusingan mengikut amalan yang telah ditetapkan. Misalnya kawasan seluas 400 hektar selesai diragut sepenuhnya dalam tempoh 90 hari atau 3 bulan. Ianya hanya boleh dilaksanakan dengan menggunakan system pagar elektrik. Dari sudut ekonomi keuntungan boleh didapati dalaam kedua dua bidang iaitu penghasilan sawi atau getah dan penternakan lembu pedaging. Keperluan daging lembu sebagai sumber protin masih jauh daripada mencukupi. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai menternak lemba secara intergrasi untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.




Perancangan untuk pembangunan pertanian dalam negara perlu untuk diberikan penekanan yang serius. Ini termasuk pengurusan sumber tanah yang sistematik dan cekap untuk meningkatkan pengeluaran pada peringkat ladang. Begitu juga dengan mengekalkan sumber hutan untuk generasi akan datang. Bagi ternakan, kepentingan seperti bahan makanan asas termasuk ternakan sentiasa bawah kelolaan petani kecil dan penglibatan pertanian dalam subsektor ini sentiasa ujud sebagai pekerjaan sambilan. Dalam pada itu sektor korporat termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak memberi penekanan yang serius dalam pengeluaran makanan terutama ternakan ruminan secara skala besar-besaran. Penulis merujuk kepada Dasar Agromakanan Negara (2011 - 2020) adalah penting dan perlu diberi penekanan yang serius terutama subsektor ternakan ruminan. Tahap sara diri (SSL) bagi daging lembu dan kerbau di negara ini pada masa kini hanya 28.6 peratus, manakala bakinya 71.4 peratus lagi merupakan daging import terutama dari India dan Australia. Pada masa ini pengeluaran daging lembu dan kerbau tempatan pada tahun 2014 adalah sebanyak 53,000 tan metrik dan negara memerlukan sekurang-kurangnya 232,000 tan metrik menjelang 2020 bagi mencapai tahap SSL 50 peratus.  Penglibatan sektor perladangan sawit adalah amat perlu dalam pembangunan industri ternakan lembu di negara ini kerana apabila keluasan tanah dikhususkan untuk tanaman eksport (kelapa sawit), maka semakin berkuranglah tanah yang sesuai untuk dikembangkan kepada pengeluaran tanaman makanan termasuk makanan ternakan dan ternakan. Diladang sawit rumput Israel (Asystasia spp) juga merupakan satu sumber makanan untuk lembu (Sila lihat foto disebelah). Bagaiamana pun kecukupan rumput ini untuk capai berat maksima ternakan kurang memberangsangkan.




Pengeluaran tanaman makanan dan ternakan sangat perlu ditingkatkan kerana perbelanjaan yang besar di perlukan untuk mengimport makanan dan juga makanan ternakan. Industri penternakan adalah sangat penting untuk sekuriti makanan negara kerana berfungsi sebagai pembekal sumber makanan protein haiwan yang lengkap terutama ternakan ruminan seperti lembu, kerbau, kambing dan bebiri. Dalam masa yang sama, ia dapat membekalkan sekuriti makanan halal negara dengan mengeluarkan sendiri produk-produk seperti daging, susu dan bahan sampingan daripada ternakan yang halal. Ada juga kawasan yang berpotensi dan sumber untuk tujuan pembangunan ternakan ruminan pada masa hadapan akan dijayakan secara integrasi dengan komoditi tanaman perladangan, seperti sistem integrasi lembu dengan sawit penggunaan hasil sampingan pertanian sebagai makanan ternakan. Disebabkan Malaysia mempunyai sektor perladangan kelapa sawit yang terbesar dan penggunaan tanah pertanian yang luas maka adalah wajar sistem penternakan secara integrasi dijayakan. Usaha tersebut boleh dilaksanakan menerusi Strategi Lautan Biru Negara (NBOS) antara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).



Tiga sumber sedia ada daripada sektor perladangan kelapa sawit yang boleh digemblengkan untuk ternakan lembu secara integrasi di negara ini. Pertama, dengan meragut rumpai secara integrasi di ladang kelapa sawit. Kedua, menggunakan pelepah kelapa sawit (PKS) sebagai makanan ternak berserabut dan ketiga, menggunakan hampas isirung sawit (PKC) sebagai makanan konsentrat. Integrasi lembu di ladang kelapa sawit juga bergantung kepada kadar muatan lembu di ladang. Kadar muatan lembu yang boleh meragut di ladang sawit bergantung kepada ketersediaan rumpai yang sesuai dan umur sawit. Umur sawit yang sesuai untuk diintegrasikan secara meragut adalah antara empat hingga 20 tahun tanaman iaitu 68 peratus daripada kawasan tanaman sawit. Anggaran kapasiti muatan ekologikal (ecological carrying capacity) boleh ditentukan berasaskan kajian yang telah dilakukan di UPM. Daripada 5.64 juta hektar (ha) kawasan penanaman sawit pada tahun lalu didapati seluas 3.84 juta ha sesuai untuk diintegrasikan dengan ternakan lembu.  Anggaran bilangan lembu yang boleh diternak berasaskan ladang yang sesuai adalah 767,440 ekor. Bilangan tersebut hampir sama dengan jumlah bilangan lembu di negara ini iaitu 760,997 ekor lembu pada tahun 2014. Kapasiti muatan optimum berdasarkan kawasan dan kategori ladang menunjukkan estet persendirian merupakan sektor yang terbesar daripada keseluruhan ladang yang dijangka boleh membawa kapasiti muatan optimum sebanyak 468,139 ekor lembu. Kos pengimportan makanan pada 2015 adalah RM45.39 bilion. Nilai eksport bahan makanan sekitar RM27 bilion dengan defisit lebih daripada RM18billion. Kos pengimportan jagung sebagai bahan makanan ternakan terutama ayam dan babi lebih daripada RM3.1 bilion setahun. Kos pengimportan makanan ternakan keseluruhan lebih daripada RM5.6 bilion. Semuga tulisan kali ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology. Wasallam!!!...

MENTERNAK LEMBU... BAGAIMANA CARA...
KAEDAH INTERGRASI... PILIHAN DIGUNA...

PERLU ADA MODAL... KAWASAN JUGA...
HASILKAN DAGING ... LEMBU DIPELIHARA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman UDA, Tampoi,
Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(12 RabiulAkhir 1439H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top