Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

POTENSI EKSPORT NANAS kini semakin lusa apabila protokol yang ditandatangani diantara Malaysia dengan China pada tahun 2017 berjaya memberikan ruang pasaran baru nanas segar negara. Laporan akhbar Berita Harian bertarikh 1 September 2018 bertajuk "Sasar eksport produk nanas RM320 juta pada 2020'' oleh wartawan Togi Marzuki ada menggambarkan ststus semasa perkara diatas (Sila lihat foto diatas). Berita yang dipetik dari Pontian menyatakan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) menyasarkan mengeksport produk nanas sebanyak RM320 juta menjelang tahun 2020, terutama menerusi pasaran di China. Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Anim Hosnan, berkata berikutan itu LPNM menyediakan geran bantuan penanaman nanas kepada pekebun kecil melalui pelbagai program. Sehingga kini, katanya, sebanyak 15 kontena nanas segar, khususnya jenis MD2 bernilai RM1.5 juta dieksport China, namun republik itu masih memerlukan sehingga 100 kontena setiap bulan. �Sebanyak 13,433 hektar tanaman nanas di negara ini mencatatkan nilai pengeluaran RM610 juta dengan 434,811 metrik tan produk nanas dieksport dengan nilai mencecah RM208 juta,� katanya ketika ditemui selepas pelancaran Larian Nanas 2018, di sini, hari ini. Mohd Anim berkata, Stesen Nanas Alor Bukit, Pekan Nanas, yang menyediakan pelbagai maklumat berkaitan tanaman nanas terus menjadi antara destinasi pelancongan menarik di Johor. Katanya, stesen itu mempunyai keluasan hampir 120 hektar dengan 48 hektar daripadanya menempatkan projek Kluster Nanas Lestari (KNAL). Sejak Januari hingga Ogos lalu, katanya, seramai 1,200 pelancong mengunjungi stesen itu yang menempatkan pelbagai komponen seperti ladang janaplasma, pusat pemprosesan sisa nanas, makmal biotek, penggredan, latihan usahawan, galeri pameran dan jualan. Mohd Anim berkata, bagi mempromosikan pusat itu yang diwujudkan pada 1974, Larian Nanas 2018 buat julung kali diadakan hari ini, dengan disertai 350 peserta dari seluruh negeri ini. Selain itu katanya, program anjuran Bahagian Pembangunan Teknologi Nanas itu membabitkan pelbagai aktiviti seperti larian sejauh lima kilometer (km), senaman aerobik dan pertandingan melukis bertemakan �Sayangi Malaysiaku�.  �Program ini diadakan sempena Hari Kebangsaan Ke-61 dan sempena lawatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Wallmart Beijing, Cina pada 17 hingga 21 Ogos lalu. �Ia juga sebagai usaha mempromosikan nanas selepas mendapat kebenaran kemasukan buah segar ke pasaran China menerusi perjanjian bersama pada Mei 2017 lalu,� katanya. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai laporan mengenai sasaran dan potensi eksport nanas MD Malaysia sebagai satu ''sunrise industry'' yang perlu dikembangkan. 

Seterusnya dalam akhbar berbahasa Cina iaitu Sin Chew Daily menyatakan perkara yang sama mengenai sasaran dan potensi eksport nanas MD2 ke China memang satu peluang kepada penanam nanas tempatan (Sila lihat foto diats). Akhbar tersebut memetik kenyataan Ketua Pengarah LPNM Datuk Hj Mohd Anim dimana pengeluaran dan juga bekalan nanas tempatan adalah masih tidak mencukupi terutama nanas premium MD2. Dalam masa sama negara China memerlukan sebanyak 100 kontena nenas segar MD2 setiap bulan sedangan Malaysia hanya sekadar mampu mengeksport sebanyak 3 - 5 kontena sebulan pada masa ini. Bagaimana pun dengan program penananam nanas varieti MD2 yang aktif dijangka pengeluaran nanas MD2 akan meningkat. Sehinggga kini Malaysia telah mengeksport sebanyak 15 kontena nanas MD2 ke China dengan kuantiti sebanyak 202 metrik tan bernilai RM 1.5 juta. Nanas MD2 mendapat sambutan hangat dikalangan rakyat negara China dimana dilaporkan ada sebuah kedai kecil di Beijing mampu menjual nanas MD2 dari Malaysia sebanyak 300 biji dalam masa sejam sahaja dengan harga RM25 sebiji. Ketua Pengarah LPNM menyatakan demikian semasa merasmikan program ''Larian Nanas 2018'' di Pusat Pertanian Alor Bukit, Pontian, Johor hari Sabtu ini.


Program Larian Nanas ini dianjurkan oleh Puspanita MoA dengan kerjasama Kelab Sukan LPNM berjaya melibatkan seramai 350 orang peserta. Program kesihatan yang diadakan sempena Hari Kemerdekaan 2018 ini melibatkan larian sejauh 5 km melalui ladang nanas di Pusat ini (Sila lihat foto disebelah). Acara senamrobik selama 30 minit diadakan sebelum dan selepas larian nanas diadakan untuk menambah keceriaan semua peserta. Sementara itu seramai 30 orang kanak-kanak sekolah tadika mengikuti pertandingan mewarna lukisan berunsurkan kemerdekaan dan nanas. Hidangan buah nanas dan air minumn disediakan dibeberapa lokasi laluan larian nanas untuk mempromosikan buah nanas MD2. Terdapat 2 kategori larian iaitu kategori lelaki dan wanita dimana pelari terpantas menghabiskan larian dalam masa 19.4 minit sahaja. Hadiah pertama sebanyak RM300, hadiah kedua sebanyak RM200 dan hadiah ketiga sebanyak RM100 serta hadiah ke 4 dan ke 5 sebanyak RM50 seorang untuk kedua-dua kategori. Sebanyak 20 hadiah cabutan bertuah diadakan bagi menyerikan program ini. Semuga program larian seperti ini akan dijadikan satu program untuk tujuan mempromosikan industri nanas negara. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

INDUSTRI NANAS...KINI SUDAH DIRASA...
NANAS MD2... DIEKSPORT POTENSINYA...
LARIAN NANAS... RAMAI TURUT SERTA...
BADAN SIHAT ... MENYEDUT SEGAR UDARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Pebangunan Nanas Alor Bukit,
Pontian, Johor,
Malaysia.
(1 September 2018).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top