KELAPA SAWIT (Elaeis guineensis) merupakan sejenis tanaman terpenting di Malaysia. Industri makanan yang berasaskan minyak sawit di Malaysia telah mengalami perkembangan pesat sejak tiga dekad yang lalu. Kawasan tanaman sawit meningkat daripada anggaran satu juta hektar dalam tahun 1980 kepada dua juta hektar dalam tahun 1990, dan hari ini ia berada pada keluasan 3.8 juta hektar, bersamaan dengan lebih 500 juta pokok sawit. Dari segi penghasilan minyak sawit mentah (CPO), pengeluaran dicatat pada 13.35 juta tan dalam tahun 2003 daripada sejumlah 370 kilang buah sawit di seluruh negara. Industri ini juga turut terbabit secara meluas dalam aktiviti hiliran, daripada penapisan sehingga kepada penghasilan minyak masak dan oleokimia. Malaysia mempunyai jumlah penduduk yang agak kecil seramai 24 juta orang dan dengan itu, penggunaan minyak sawit secara tempatan adalah agak terhad. Oleh kerana itu, lebih 90 peratus pengeluaran minyak makan tahunan telah dieksport, menjadikan hasil sawit punca pendapatan tukaran wang asing yang penting untuk negara ini, serta tonggak ekonomi negara. Nilai eksport minyak sawit pada tahun 2003 berjumlah RM 26.15 bilion ketika harga purata minyak sawit mentah berada pada paras RM 1,544 satu tan. Hari ini, Malaysia menyumbang anggaran 50 peratus daripada pengeluaran minyak sawit dunia dan anggaran 60 peratus daripada jumlah dagangannya. Terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa sejumlah besar keluasan kawasan tanaman minyak sawit yang telah dikatakan ditanam di dalam kawasan hutan tropika, sebenarnya ditanam di kawasan hutan pembalakan, atau ditanam semula di dalam kawasan yang sebelum itu ditanam dengan tanaman lain. Contohnya, daripada tahun 1990 hingga 2000, ketika kawasan tanaman kelapa sawit di Malaysia meningkat sebanyak 1.4 juta hektar, kegiatan menanam getah, koko dan kelapa masing-masing menurun sebanyak 0.4, 0.3 dan 0.2 juta hektar. Sejumlah besar keluasan kawasan tanaman ini ditanam semula dengan kelapa sawit kerana ia tanaman yang lebih menguntungkan. Nilai pelaburan terkini dalam industri minyak sawit Malaysia dianggarkan sekitar RM62 bilion dengan sejumlah besar pembiayaan ini diperoleh dalam negeri. Peningkatan secara meluas penanaman sawit ini membawa pembangunan yang amat diperlukan di kawasan luar bandar, dan telah menjadi tulang belakang ekonomi luar bandar. Seramai 290,000 pekebun kecil di skim tanah kerajaan serta pekebun kecil persendirian, bergantung sepenuhnya kepada tanaman ini untuk kehidupan harian mereka. Hasil pendapatan daripada sawit membawa kesan penting dalam mengekalkan kestabilan sosioekonomi golongan ini. Tambahan pula, seramai 180,000 lagi pekerja di ladang sawit dengan jumlah pendapatan dan kebajikan mereka yang lain, adalah penyumbang besar kepada kestabilan politik dan sosio-ekonomi terutamanya ketika krisis kewangan Asia sekitar tahun 1997-1998. Teknomogi penuaian tandan kelapa sawit masih menggunakan teknologi konvensional dan belum banyak inovasi baru yang berkesan dan menjimatkan tenaga pekerja. Bagaimana pun artikel kali ini paparkan beberapa testimoni media mengenai alatan menuai kelapa sawiy dibincang dalal blog "Anim Agro Technology" untuk bacaan dan rujukkan anda semua.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Dalam Akhbat KOSMO dengan tajuk "Tuai 500 tandan sawit dalam dua jam" dicetak pada 11 April 2018 amat menarik untuk dibincangkan. Teknologi memetik tandan sawit bagi pokok kelapa sawit yang rendah boleh menggunakan batang galah titanium yang pendek (Sila lihat foto disebelah). Terbaru dilaporkan ada alat tuaian kelapa sawit dinamakan dengan nama "Zip Zap" didakwa dapat memudahkan proses menuai selain mengurangkan penggunaan buruh di ladang. Permandangan biasa dimana aktiviti menuai kelapa sawit dilakukan oleh orang lelaki kerana ia memerlukan kekuatan tenaga, kemahiran serta peralatan sesuai. Diladang Kelapa Sawit Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor kelihatan seorang lelaki berbadan gempal sedang tekun menuai buah kelapa sawit. Dari satu pokok ke pokok yang lain, dia kelihatan cekap mencantas pelepah dan mengait buah. Sesekali dia mengelap peluh yang membasahi muka. Setelah diamati, lelaki tersebut, Yanto Hamdi, 40, menggunakan satu peralatan moden bagi memudahkan pekerjaan tersebut yang dikenali sebagai Zip Zap. Biasanya menggunakan galah atau pemotong biasa, kerja-kerja memetik buah kelapa akan memerlukan lebih banyak tenaga dan ianya agak lambat disiapkan. �Sebelum ini untuk memetik buah kelapa sawit kita menggunakan galah batang aluminium dengan penyabit biasa. �Bagi ladang keluasan 32 hektar ini, kebiasaannya memerlukan seramai 20 orang pekerja yang akan mencantas pelepah dan memotong hampir 500 tandan buah sawit. �Namun dengan alat ini, kerja-kerja tersebut boleh dilakukan oleh seorang pekerja dan memakan masa selama dua jam sahaja,� katanya ketika ditemui di ladang tersebut baru-baru ini.
Zip Zap merupakan alat tuaian kelapa sawit pelbagai guna yang dibangunkan oleh Syarikat Zip Zap Sdn. Bhd. menerusi geran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sebanyak RM1.8 juta. Alatan ini mengandungi komponen terdiri daripada batang galah titanium boleh laras, sabit, pahat, bateri dan digerakkan oleh komponen motor elektrik keluaran Bosch dari Jerman (Sila lihat foto disebelah). Menurut pengarah syarikat berkenaan, Dr. Johari Endan, Zip Zap mengandungi komponen berbentuk sabit di hujung galah yang mempunyai spesifikasi khas digerakkan oleh pemegang elektronik yang berperanan sebagai pemacu kepada proses mencantas dan memotong pelepah dan tangkal buah kelapa sawit. �Batang galah tersebut diperbuat daripada logam titanium, manakala sabit ditempa daripada besi. �Logam titanium dipilih kerana ia lebih ringan berbanding besi yang menyukarkan pekerja untuk mengangkut secara manual ke ladang kelapa sawit yang jauh dari jalan raya,� katanya. Bercerita lanjut, Johari yang merupakan bekas pensyarah di Fakulti Kejuruteraan, UPM menjelaskan, idea mencipta alat tuaian itu timbul ketika memikirkan dilema pemilik ladang kelapa sawit yang sering menghadapi masalah mendapatkan pekerja akibat permintaan tenaga buruh yang tidak menentu. �Apabila idea tersebut dibentangkan di hadapan panel MOSTI untuk tujuan untuk mendapat geran, cabaran yang diterima agak klasik kerana bekas pensyarah saya sendiri iaitu Prof. Ismail Hamzah merupakan salah seorang panel ingin melihat sendiri saya mencipta alat tersebut secara praktikal dan bukan di atas kertas cadangan sahaja,� katanya.
Johari berkata, setelah berusaha selama dua tahun bermula pada tahun 2016, akhirnya alat itu berjaya dihasilkan. Diantara masalah yang dihadapi ialah bagaimana alat tersebut mampu untuk memotong pelepah yang keras tanpa gegaran batang titanium yang kuat. Ini disebabkan jika aplikasinya tidak lancar sabit akan tersepit pada pelepah dan kerja menuai atau mencantas pelepah menjadi lambat. Bagi mengatasi masalah tersebut beliau membuat kajian dan mendapati pokok kelapa sawit ditanam di pesisir pantai dan ditanam jauh di daratan mempunyai kekerasan pelepah dan pangkal buah kelapa sawit yang berbeza. Maka alat tuaian tersebut telah ditambah baik dari aspek alat pemotong iaitu mata sabit digunakan pada pokok yang lebih tinggi dan pahat untuk memotong buah di pohon yang rendah. Hasil promosi secara lisan selepas demonstrasi di beberapa pertubuhan peladang kawasan dan kesan tular di media sosial, alat tuaian tersebut mendapat pesanan lebih 30 unit. Katanya, alat tuaian yang diciptanya itu merupakan produk mesra alam atau teknologi hijau dan ia mampu dieksport keluar negara kerana teknologi yang diiktiraf badan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Mengulas lanjut beliau berkata, pada masa depan banyak negara akan mengiktiraf penggunaan mesin tanpa bahan bakar seperti petrol dan diesel maka alat tuaian pelbagai guna tersebut menepati kehendak pasaran masa hadapan. Apa yang lebih menarik mesin yang dinamakan Zip Zap tersebut boleh digunakan terus-menerus tanpa kuasa bateri. Seandainya bateri habis penyabit boleh digunakan secara manual namun impaknya berkurang berbanding penggunaan secara elektronik. Sementara itu seorang Ahli PPK Kuala Langat iaitu Samingan Samin yang telah pun menggunakan Zip Zap mengakui alat tersebut memudahkan pekerjaannya kerana ia senang dikendalikan, ringan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. �Jika menggunakan kaedah biasa, dan tidak mengetahui teknik yang betul untuk menyabit, mata sabit mudah tersangkut. Ia juga sukar ditarik. �Terima kasih saya ucapkan kepada pencipta alat ini dan juga pihak PPK Kuala Langat yang memperkenalkan produk inovasi ini. Samingan yang mempunyai empat hektar tanaman kelapa sawit di Kanchong Darat menyatakan kesemua pemilik ladang mengimpikan produk sedemikian dicipta oleh mana-mana pihak. Ini disebabkan selama ini, beliau terpaksa menghadapi kerenah pekerja yang pelbagai hingga menyebabkan kos menuai kelapa sawit dan menyenggara ladang seperti pembersihan pelepah rosak terus meningkat.
Dalam laporan akhbar lain bertajuk "Sabit elektrik E-Cutter boleh tuai kelapa sawit setinggi 30 kaki" dinyatakan dimana aktiviti penuaian kelapa sawit akan dapat dilakukan dengan lebih mudah dan cepat, melalui inovasi sabit elektrik yang dibangunkan hasil penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Inovasi yang diberi nama E-Cutter itu adalah suatu teknologi sabit elektrik yang mempunyai generator khas yang ringan, jimat tenaga dan mampu memetik buah kelapa sawit serta mencantas pelepah kelapa sawit sehingga ketinggian kira-kira 30 kaki. Penggunaannya mudah, ringkas dan lebih efisyen yang dapat mempercepatkan proses penuaian kelapa sawit sekali gus meningkatkan hasil tuaian,� kata penyelidik UPM dari Fakulti Kejuruteraan, Prof. Madya Ir. Dr. Norhisam Misron. Beliau dan Pegawai Penyelidik MPOB, Abdul Razak Jelani mengambil masa lima tahun melakukan penyelidikan penghasilannya (Sila lihat foto disebelah). E-Cutter adalah pelengkap kepada alatan menuai kelapa sawit sedia ada yang menggunakan kaedah manual seperti galah atau sabit menuai. Inovasi ini juga merupakan penambahbaikan kepada teknologi �cantas� dengan menggantikan konsep mekanikal kepada elektrik yang lebih eknomik dan mesra alam. Sabit akan bergetar untuk memotong pelepah atau buah kelapa sawit.
Alatan E-Cutter menggunakan konsep elektrik untuk menggerakkannya, berbanding kebiasaannya peladang menggunakan alat mekanikal atau manual untuk menuai buah kelapa sawit atau mencantas pelepahnya. Ia dibangunkan melalui sistem yang menggabungkan generator elektrik dan motor. Double Standard Generator yang mempunyai ketumpatan kuasa tinggi digunakan sebagai generator. Alat ini ringan dan kecil tetapi berkuasa tinggi dan merupakan alat yang mudah alih untuk digunakan peladang. Alat E-Cutter yang beratnya kurang daripada 9kg dan digerakkan menggunakan tenaga petrol, dibangunkan melalui geran penyelidikan RM300,000 dari Kementerian Pendidikan Tinggi dan RM180,000 daripada MPOB. Promosi dan demonstrasi penggunaannya ditunjukkan pada majlis Show Case Produk Inovasi UPM-MPOB dan Malaysia Innovation Hub (MIH) di Taman Pertanian Universiti, UPM. Pada majlis itu, MIH selaku rakan industri UPM turut memperkenalkan jentera Oil Palm Harvester with Anti-brusihing Collection System yang memudahkan peladang memetik buah kelapa sawit pada pokok yang tinggi. Jentera itu untuk menuai buah pada pokok sawit yang tinggi dan boleh dikendalikan oleh hanya seorang operator (Sila lihat foto sebelah). Ia juga mempunyai sistem pungutan untuk meminimumkan kecederaan pada buah yang boleh menjejaskan kualiti minyak yang diproses dan kedua-dua inovasi itu akan dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing di sektor perladangan. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MENUAI SAWIT ... PERKARA UTAMA...
TANDAN DIPOTONG...DIKUMPUL PULA...
ALATAN BIASA... SUKAR JUGA GUNA...
INOVASI BARU... MEMBANTU SEMUA...
By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Room 547, Hotel Marriot,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(9 Muharram 1440H).
Catat Ulasan