MENTERNAK KELULUT (Trigona spp) mampu enjana pendapatan tambahan kepada pengusahnya. Ini merupakan satu industri yang mana mampu menghasilkan madu kelulut yang semakin baik diterima oleh pengguna disebabkan oleh kehebatan khasiatnya. Beberapa laporan dan testimoni akhbar telah menyatakan bahawa bidanguaha ini telah berjaya memberikan pendapatan kepada engusahanya. Dalam satu testimoni oleh akhbar utusan Malaysia yang penulis blog petik berjudul ''Ternak Kelulut Tambah Pendapatan'' oleh seorang pengusaha di Johor Bahru mendapati usaha ini memberikan kesan positif dalam industri berkaitan. Dinyatakan jika suatu ketika dahulu madu lebah sukar diperoleh dan hanya didapati dalam hutan tetapi kini semuanya telah berubah. Madu lebah kini boleh didapati dengan mudah di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Khasiat madu lebah tidak dapat disangkal malahan dijadikan penawar untuk pelbagai jenis penyakit seperti batuk. Bukan itu sahaja sebenarnya madu lebah dan kelulut juga digunakan untuk pelbagai kegunaan termasuk produk makanan dan minuman serta kecantikan. Diantara ternakan lebah yang menjadi pilihan ramai ketika ini adalah daripada spesies kelulut kerana proses penjagaannya yang lebih mudah dan boleh diusahakan di halaman rumah. Bagi Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri, Mohd. Halim Hasbullah berusia 58 tahun dimana dia telah mula mengusahakan ternakan kelulut sejak tiga tahun lalu. Idea dan minat untuk meng�usahakan madu kelulut timbul sewaktu beliau menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat pada tahun 2015. �Ketika itu saya tinggal di rumah rasmi kerajaan dengan kawasan yang luas dan banyak sumber makanan untuk kelulut, iaitu pokok buah-buahan dan bunga-bungaan. Beliau yang juga sebagai Pegawai Daerah dan hendak dijadikan contoh oleh masyarakat setempat dan cuba ternak kelulut di keliling rumah dengan membeli 20 unit log (rumah kelulut) dan hasilnya cukup menggalakkan. Tujuan dia untuk galakkan masyarakat usahakan ternakan kelulut kerana mampu menjana pendapatan tambahan dan secara tidak langsung dapat mengatasi kos sara hidup di bandar. Beliau kini menternak kelulut di Kampung Serama, Larkin, Johor BAhru. Artikel kali ini mempaparkan dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai testimoni berkaitan dengan ternakan kelulut sebagai sumber pendapatan baru negara.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Berita mengenai ternakan kelulut di Johor ini disiarkan pada 8 September 2018 dimana apabila beliau berpindah ke bandar raya ini kerana dilantik menjadi Pengarah PTG iaitu pada penghujung 2016 dimana dia telah meneruskan minat dalam ternakan berkenaan (Sila lihat foto disebelah). Mohd. Halim yang mendapat sokongan daripada isterinya Afrinah yang juga Pengetua Sekolah Mene�ngah IJ Covent JB berkata nyatakan dimana dikediaman mereka yang berhampiran dengan Hutan Bandar Johor Bahru juga amat bersesuaian dengan ternakan kelulut kerana banyak sumber makanan seperti pokok buah-buahan dan bunga-bungaan. Kelulut adalah hidupan yang mudah dijaga dan tidak perlu banyak modal. Dakwanya pada permulaan hanya beli log sahaja. Lebah kelulut juga tidak perlu diberi makan dan tidak perlu pembersihan najis. Ternakan jenis itu juga memang sesuai bagi masyarakat bandar yang ingin hendak menjadikannya pendapatan tambahan untuk menampung keluarga dan yang penting kita harus bijak menguruskannya. Kini beliau mempunyai 80 log yang ada kelulut yang aktif. Mengenai cabaran ternakan ke�lulut bapa kepada seorang anak dan dua cucu ini me�ngakui tidak menghadapi banyak masalah namun lebah kelulut juga begitu sensitif dengan semburan forging yang boleh menjejaskan kehidupannya dan kualiti madu yang dihasilkan. Daripada sebanyak 80 log yang ada kini beliau mampu memperoleh antara 15 - 20 kilogram madu bagi setiap tuaian dan harga jualannya antara RM300 - RM350 sekilogram. Kini dia mengakui tidak menghadapi masalah untuk memasarkan madu kelulut. Bekalan madu kelulut setakat ini tidak mencukupi berikutan kesedaran masyarakat yang mahukan produk terbaik dan asli.
Dalam tinjaualn lain di pedalaman Terengganu ianya mampu mengukuhkan pendapatan pengusaha. Didapati iaitu dimana para penduduk kampung di pedalaman Terengganu ada yang mula beralih kepada penternakan kelulut yang menghasilkan madu sebagai satu lagi sumber pendapatan baharu dan sampingan yang menguntungkan (Sila lihat foto disebelah). Jika sebelum ini penduduk kampung di kawasan pedalaman Terengganu biasanya mencari rezeki dengan melakukan kerja-kerja kampung seperti menoreh getah dan sebagainya dan kini keadaan itu sedikit berbeza. Sebahagian mereka yang ditemui penulis bog di sini telah mula beralih kepada usaha penternakan kelulut yang menghasilkan madu sebagai sumber pendapatan baharu dan sampingan yang menguntungkan. Ini kerana aktiviti ini dikatakan lebih mudah, kurang berisiko, melibatkan kos yang murah serta harga dan permintaan pasarannya tinggi. Ia diakui sendiri oleh Ibrahim Mustapha dari Kampung Banggol Nyior yang kini mula beralih arah daripada hanya menjadi penoreh getah kepada menjadi pengusaha ternakan madu kelulut. Dia dan rakannya Misbah Imran iaitu pemilik kebun getah di tapak peliharaan kelulutnya telah memulakan usaha itu sejak 2012 lagi. Kalau diikutkan sebelum ini memanglah kami hanya buat kerja kampung saja menoreh getah atau mengusaha kebun. Namun apabila dipelawa Misbah untuk turut minat untuk mengusahakan ternakan kelulut, ia nyata mengubah kehidupan sebelum ini. Jika sebelum ini pendapatannya hanya sekitar RM500 sebulan hasil upah menoreh getah tetapi terkini ia mencecah hampir RM2,000 sebulan hasil penjualan madu kelulut. Ia ditambah dengan permintaan di pasaran yang tinggi serta harga jualan yang mencecah RM200 sekilogram. Kehidupan beliau sekeluarga memang berubah selepas mengusahakan madu kelulut. Dia hanya bermula dengan satu sarang dan kini beliau dan Ibrahim boleh berbangga apabila memiliki lebih 30 sarang kelulut yang saban hari mengeluarkan hasil untuk dijual. Madu kelulut yang dihasilkan dibekalkan atau dijual kepada Koperasi Pemungut Madu Lebah Asli Terengganu. Meraka kini bercita-cita untuk memperluaskan lagi pasaran madu kelulut serta menambah hasil pengeluaran sedia ada pada masa hadapan.
Testimoni akhbar Hrian Metro bertajuk ''Sahut cabaran rakan ternak kelulut'' menyatakan ternakan kelulut iaitu Mohd Sufian berjaya. Foto sebelah juga menunjukkan beliau sering membuat pemantauan sarang. Akibat obses dengan madu kelulut yang mempunyai khasiat luar biasa membantu merawat pelbagai jenis penyakit mendorong Mohd Sufian Mat Noor berusia 40 tahun telah menjalankan perniagaan menternak kelulut. Biarpun masih baru dalam penternakan itu, dia sudah membuktikan kesungguhan dan minat hingga mampu meraih pendapatan antara RM2,000 - RM5,000 sebulan. Pada mulanya dia tidak berminat dengan kegiatan penternakan kelulut itu kerana menganggap ia cerewet dan tidak mendatangkan pulangan lumayan di samping sukar dipasarkan kerana permintaan terhad. Bagaimana pun tanggapan awal terhadap aktiviti perusahaan penternakan kelulut itu berubah sama sekali selepas saya menyahut cabaran seorang rakan dengan membela dua lot sarang di kawasan rumah. Kini ternyata penternakan kelulut itu tidak cerewet seperti yang mana dia bayangkan malah ia sangat mudah dan senang berbanding menternak lebah atau penternakan haiwan ruminan. Dia juga dapati tidak menyangka hasil daripada dua lot sarang kelulut yang diternak itu mendapat sambutan luar biasa. Kemudian menambah lapan lot sarang kelulut bagi memastikan pengeluaran madu dapat memenuhi permintaan. Beliau kini yang tinggal di Kampung Pasir Panjang, Terengganu amat gembura denga usahanya. Memandangkan permintaan luar biasa yang diterima, dia tidak teragak-agak untuk menyewa dua tanah kosong di Kampung Pasir Panjang dan Kampung Bukit Bayas untuk menjalankan penternakan kelulut itu dengan lebih serius serta teratur. Kini dia memiliki 80 lot sarang kelulut yang mampu mengeluarkan 10 - 30 kilogram (kg) madu kelulut setiap bulan. Selain menjual madu kelulut dengan RM250 - RM350 sekilogram dia turut menawarkan lot sarang kelulut dengan RM250 - RM600 satu sarang lot bergantung kepada jenis lot sarang dan spesies kelulut kepada penternak lain. Kelulut mempunyai beberapa spesies dan setiap daripadanya mempunyai keistimewaannya tersendiri.
Lazimnya penternak menternak kelulut spesies Heterotrigona itama kerana lot sarangnya lebih murah dan senang diperoleh. Selain itu ada juga spesia lain iaitu spesies istimewa bersaiz besar serta mengeluarkan lebih banyak madu iaitu Geniotrigona thoracica selain daripada sepsis lain iaitu Lepidotrigona terminata. Kini beliau memiliki satu sarang kelulut Geniotrigona thoracica yang dibeli di Kelantan pada harga RM1,200 dan penghasilan madunya dua kali ganda lebih banyak berbanding kelulut biasa. Ada kemungkinan dalam tempoh terdekat dia bakal menambah jumlah lot sarang kelulut Geniotrigona thoracica kerana penghasilan madunya lebih banyak selain madu dihasilkan lebih berkualiti berbanding kelulut biasa. Menurut Pengerusi Persatuan Pengusaha Lebah Kelulut Terengganu (PELEKAT) Dr Nor Riah Mohamood sehingga kini seramai 1,200 pengusaha kelulut berdaftar dengan PELEKAT di seluruh negeri dan mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 200kg madu kelulut dalam sebulan. Jumlah penternak kelulut semakin meningkat dari semasa ke semasa sekali gus menunjukkan satu lagi perkembangan positif perusahaan penternakan itu. Ramai juga penternak baru disarankan supaya berdaftar dengan PELEKAT supaya mereka sentiasa dibantu dari sudut pemasaran madu dan pencerahan berkenaan ilmu terbaru penternakan kelulut itu. Difahamkan ramai pengusaha kelulut kecil-kecilan yang tidak mempunyai pasaran, dan PELEKAT bersedia membantu mereka.
Dalam testimoni lin dalam Harin Metro juga bertajuk ''Maduku lumayan'' melibatkan pserta Kampung Butut, Kuala Berang, Terengganu. Kini ada permintaan tinggi terhadap madu kelulut membolehkan suri rumah iaitu Aida Jameelia berumur 26 tahun dari Kampung Butut di sini menjana pendapatan tambahan lumayan bagi keluarganya sehingga RM1,500 sebulan. Ibu kepada dua anak perempuan berusia tiga dan empat tahun itu berkata, dia menternak kelulut sejak setahun lalu dan kini mempunyai 10 sarang kelulut namun apabila melihat prospek madu kelulut yang positif, dia kini mengikuti kursus menternak kelulut bersama Jabatan Pertanian. Buat masa ini dia mampu menjana pendapatan tambahan sebanyak RM1,500 sebulan hasil menjual madu kelulut dan melalui ilmu yang diperoleh melalui kursus di empower ECER, dia berhasrat menghasilkan produk hiliran yang berasaskan madu kelulut yang tinggi permintaannya. Kini peluang yang diberikan kerajaan perlu diguna sebaik mungkin kerana pelbagai ilmu diberi termasuk aspek ternakan dan penghasilan produk kerana tanpa ilmu yang cukup selain kuasa pasaran mungkin perusahaan ini sukar untuk dimajukan. Malah ramai juga pelanggan sanggup datang terus ke rumah saya untuk mendapatkan madu kelulut. Bermula dengan dua sarang kelulut kini dia mempunyai 10 sarang dan menghasilkan lima kilogram madu setiap bulan dan dengan wang jualan madu dia cuba untuk mendapatkan sarang baru sebagai tambahan. Dia amat berpuas hati dengan kerja yang dilakukannya dan berasakan suri rumah sepertinya juga mampu berjaya walaupun hanya melakukan kerja di rumah.
Program pemprosesan madu kelulut bertempat di MARDI Kemaman yang dianjurkan sebelum ini disertai oleh peserta kursus penternakan kelulut di bawah program Jabatan Pertanian di Hulu Terengganu serta Besut. Tujuan pprojek ini adalah menambah pengetahuan berkaitan cara penternakan kelulut dengan betul selain melihat sendiri tempat pemprosesan madu kelulut ketika melakukan lawatan ke Natures N Trigona Garden, Binjai, Kemaman. Ternakan kelulut adalah program dari skim kekayaan baru negara dimana peserta kusus telah mendapat sambutan baik dalam kalangan masyarakat setempat tambahan pula kerajaan juga menyokong industri madu kelulut di negara ini. Masa ini seramai 20 peserta dari kawasan Hulu Terengganu dan 13 dari Besut yang menyertai program itu dan semua peserta sedang mengikuti kursus perternakan kelulut yang baru diwujudkan kerajaan. Aktiviti ternakan kelulut menjadikan usahawan yang telah menjalani latihan dan bersungguh-sungguh menambah pendapatan mereka dengan jayanya. Semuga artikel dalam blog anim agro tehnology kali ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!..
MENTERNAK KELULUT... DIMANA SAJA...
MADU KELULUT ... ANTARA HASILNYA...
RM1500 SEBULAN... ITU HASIL MINIMA...
LEBIH BERUSAHA... MUNGKIN KAYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(30 Zulhijjah 1439H).

Catat Ulasan