Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
MARDI telah berjaya memperkenalkan 2 varieti baru Rambutan (Nephallium lappaceum) yang setanding malahan didakwa lebih baik daripada varieti Anak Sekolah (R196). Hasil kerja keras yang lama oleh penyelidik MARDI ini telah menghasilkan dua klon rambutan baru yang dikenali sebagai AG-28 dan GB-44. Dalam satu Majlis Pelancaran Varieti Rambutan Baru ini kedua-dua varieti telah diberikan nama varieti iaitu MUTIARA WANGI (AG-28) dan juga varieti MUTIARA MERAH (AG-44) seperti tayangan video yang anda boleh saksikan pada pautan dalam lamanweb MARDI. http:// myagri.com.my /2018/08/ klon-rambutan-baru-mardi/. Dari itu sejajar dengan nilai permintaan rambutan negara yang semakin meningkat, tanaman ini berpotensi untuk dieksport ke luar negara. Dalam pada itu buah rambutan yang dahulu pernah dilabelkan sebagai ''sunset industry'' kini mungkin boleh diperkukuhkan apabila dua varieti rambutan baru ini diperkenalkan. Anda boleh baca artikl tulisan saya mengenai rambutan ini dengan pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi artikel mengenai rambutan yang telah saya tuis sebelum ini. Pada masa ini nilai eksport rambutan negara pada tahun 2016 adalah sebanyak 3,184 tan metrik bersamaan nilai dagangan sebanyak RM5,796,872. Anda mungkin tertanya siapa dan bagaimana buah rambutan yang biasanya seakan tiada nilai dikalangan penduduk tempatan sebenarnya dieksport ke beberapa negara. Antara Negara pengimport utama buah rambutan Malaysia adalah Singapura, Thailand, Taiwan, Arab Saudi, Belanda dan Indonesia. Pada masa ini terdapat 64 varieti rambutan yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian dimana hanya sekitar 10 varieti yang disyorkan dan dikomersilkan iaitu R134, R156 (Muar Gading), R160 (Khow Thow Bak), R162 (Oh Heak), R167 (Chai Thow Chin), R168 (Che Embong), R170 (Lychee), R185 (Lekang Nyior), R191 (Anak Sekolah atau Rong Rien) dan R193 (Deli Baling). Walau bagaimana pun 3 varieti yang paling luas ditanam dan dipasarkan adalah terdiri daripada varieti R156 (Muar Gading), R191 (Anak Sekolah) dan R193 (Deli Baling). Maklumat ini anda boleh akses dalam tulisan saya (Sila klik disini). Memang telah berpuloh tahun tidak ada temuan baru varieti rambutan sehingga pelancaran varieti Mutiara Wangi dan Mutiara Merah ini dilakukan. Kedua-dua varieti bari MARDI ini bagaimana pun masih perlu didaftarkan didalam senarai National Variety Listing di Jabatan Pertanian. Artikel malam tahun baru hijrah 1440 (Cuti Awal Muharam) ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis lagi mengenai pengenalan dua varieti baru rambutan oleh pihak MARDI untuk dijadikan bahan rujukkan.

Rambutan varieti baru kajian MARDI mengambil asa bertahun-tahun untuk di kaji. Diantara pencirian ringkas varieti Mutiara Wangi (AG-28) ni didakwa dimana ia adalah berbuah di awal musim dan mampu memberikan hasil tuaian yang tinggi. Rekod menunjukkan dimana purata berat buat klon ini adalah 35.7 g sebiji. Varieti rambutan ini juga ada mempunyai tahap kelekangan isi lekang bertesta serta tekstur isinya yang kenyal-kering. Dari segi bentuk pula buah AG-28 adalah bujur berwarna merah gelap dengan warna rambut merah yang agak panjang menyamai bulu yang ada pada rambutan Anak Sekolah (Sila lihat foto disebelah). Bulu yang panjang merupakan ciri amat baik bagi varieti tersebut untuk tahap penyimpanan yang lebih lama selepas dituai. Dari rekod didakwa hasil sepokok mampu mencecah 32.2 kg sepokok pada usia puncak. Dalam pada itu bagi varieti Mutiara Merah (GB-44) ia mempunyai ciri utama seperti kemampuannya untuk berbuah di awal musim dan mampu memberikan hasil yang tinggi. Direkodkan dimana rambutan ini mempunyai kualiti isinya beraroma, rangup dan kering serta lekang dengan hanya sedikit testa terlekat pada isi. Ia mampu mempunyai purata berat buat klon ini adalah 37.2 g dengan buahnya berbentuk bujur berwarna merah dengan warna rambut kehijauan. Dipusat kajian dilaporkan jenis rambutan ini mampu memberikan hasil sepokok sehingga mencecah 26.2 kg pada usia puncak sepokok. Sebenarnya untuk semua jenis buah bermusim jika boleh melakukan aktiviti kutipan hasil di awal musim mampu memberikan harga yang baik serta tinggi sebelum puncak musim utama pengeluaran buah rambutan. Apa pun tidak banyak yang didedahkan mengenai ciri-ciri lain seperti dimana untuk mendapatkan benih, ketahanan terhadap penyakit dan perosak, kaedah amalan agronomi, potensi pasaran dan sebagainya yang belum didedahkan oleh pihak berkaitan.  Bagimana pun penulis blog berfikir maklumat lanjut dan infomarsi berkenaan klon rambutan ini boleh hubungi Pihak MARDI sendiri.

Dalam satu majlis pelancaran varieti rambutan baru di MARDI Bukit Tangga, Sintok, Kedah, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) memperkenalkan dua klon baharu rambutan yang mempunyai isi tebal dan manis iaitu AG-28 dan GB-44 masing-masing dikenali sebagai mutiara merah dan mutiara wangi. Dalam majlis tersebut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, dua klon baharu tersebut mempunyai isi yang tebal dan manis serta harum selain lebih lekang berbanding klon popular lain seperti rambutan anak sekolah. Pohon rambutan bagi dua klon ini juga rendang dan berbuah lebih awal yang mana ciri ini dapat membantu memanjangkan lagi musim buah rambutan di negara kita. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat plot tanaman pokok rambutan mutiara merah dan mutiara wangi selepas mereka merasmikan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi Buah-Buahan di Stesen MARDI Sintok di sini hari ini. Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Sallehhuddin Hassan dan Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Mohamad Roff Mohd. Noor (Sila lihat foto dibawah sekali). Keistimewaan rambutan mutiara merah antara lain berbuah awal musim dan mengeluarkan hasil yang tinggi manakala mutiara wangi berbuah awal musim, hasil tinggi serta isi beraroma, rangup dan kering selain lekang dengan hanya sedikit testa terlekat pada isi. Klon baharu itu diyakini dapat memenuhi permintaan pasaran tempatan selain memberikan pendapatan lumayan kepada pengusaha tanaman tersebut. Harga jualan bagi dua klon ini juga sangat bagus dan kemungkinan harga jualan di ladang adalah antara RM3 hingga RM4 sekilogram. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog nim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
VARIETI RAMBUTAN...SUDAH DILANCARKAN...
MUTIARA WANGI... DIDAKWA CEPAT TUAIAN...
MUTIARA MERAH... EKSPORT PASARAN...
DAPATKAN BENIH... MULAKAN TANAMAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka,
Melaka, Malaysia.
(1 Muharam 1440H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top