BERITA BERAS TIRUAN kecoh diruangan viral media sebelum ianya dipaparkan di arus media perdana. Beras ini yang dipercayai dikeluarkan dari negara China telah mengejutkan masyarkat tempatan kerana pengguna takut akan tahap keselamatan jika dimakan. Ia sama juga dengan telur ayam tiruan dan beberapa produk makanan yang lain. Ramai juga yang fikir tidak logik dengan beras dan telur tiruan ini apabila melihat video kerana faktur teknologi dan faktur kos pengeluaran produk tersebut yang mungkin lebih tinggi daripada beras asli. Bagaimana pun penulis bog berfikir memang tidak mustahil untuk menghasilkan beras dan telur tiruan jika ada potensi pasaran yang baik. Isu mengenai beras tiruan ini sentiasa panas dan ada rentetan sentiasa kerana pihak pengguna memang gusar. Ini juga disebabkan pengguna masih tidak tahu akan bagimana hendak kenal beras tiruan ini berbanding dengan beras asli semasa membeli beras. Bagaimana pun penulis merujuk kepada satu artikel oleh Izuari Idris pada 20/2/18 bertajuk ''Cara Nak Bezakan Beras Asli Atau Beras Plastik (Palsu)'' sebagai panduan pembaca. Beliau mulakan dengan kenyataan dimana negara China kini telah menjadi negara terbesar yang menghasilkan produk beras dan dijual diserata dunia. Ini membuatkan masyarakat takut tertipu dalam membeli beras dan dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan mereka. Berita mengenai beras plastik ini adalah benar dan bukan khabar angin semata-mata. Pertama kali berita ini disebarkan adalah di The Korean Times Report pada tahun 2015 bertajuk "Beras China sangat merbahaya dan diperbuat daripada plastik". Laporan itu menceritakan bahawa telah ada pengeluar beras dari China menghasilkan beras dengan menggunakan bahan ubi dan plastik. Pada pengakhiran penghasilannya barulah ianya diberi wap beraroma beras supaya baunya seakan-akan beras yang asli. Namun begitu beras plastik ini memiliki banyak perbezaan dengan beras tulen. Artikel subuh ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya berkongsi info dengan pembaca mengenai isu beras tiruan atau beras plastik yang viral.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Berikut adalah cara-cara hendak beza atau mengenalpasti beras asli ataupun beras plastik. Artikel tersebut dilapor mendedahkan beberapa cara membuat ujian beras tiiruan. Pertama adalah membuat ujian menggunakan batu lesung. Caranya adalah dengan mengetuk sampel beras menggunakan batu lesung sehingga hancur. Sekiranya beras itu membentuk habuk-habuk atau serbuk kecil berwarna putih dan tidak melekat pada batu lesung bermakna itu tandanya beras itu asli. Sekiranya beras itu tiruan dari bahan plastik maka ianya akan melekat pada lesung dan berwarna seakan-akan kekuningan. Kedua adalah ujian pembakaran dimana biasanya beras asli adalah lambat untuk terbakar dan lambat untuk menyalakan api. Beras plastik pula dengan mudahnya akan terbakar dan hangus. Tambahan pula sekiranya beras itu diperbuat daripada plastik, apabila dibakar maka ia akan menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Ke 3 boleh dilakukan ujian rendaman air. Ketika hendak membasuh beras, biarkan beras itu didalam periuk nasi (bersama-sama air) lebih kurang seminit. Sekiranya beras terapung maka itu tandanya beras itu plastik. Beras asli dan tulen biasanya akan sentiasa berada di dasar periuk walaupun direndam dalam air dengan nilai masa yang lama. Ke 4 adalah ujian kulat dan tempoh basi dengan memasak beras itu sehingga menjadi nasi. Kemudian bungkus nasi itu ke dalam plastik dan ikat plastik dengan ketat agar tiada udara boleh keluar masuk. Letakkan plastik itu ditempat yang terdedah kepada cahaya matahari. Selepas dua hari, nasi yang dimasak menggunakan beras asli akan berkulat dan melekit. Manakala nasi yang dimasak menggunakan beras plastik, tidak melekit dan berkulat.
Memang penulis blog pun setuju dan tidak dapat menafikan bahawa beras merupakan makanan ruji dan juga sumber karbohidrat bagi kebanyakan masyarakat di Asia sejak dulu lagi. Permintaan yang tinggi terhadap sumber makanan utama ini telah menyebabkan wujudnya beras sintesis ataupun dengan erti kata lain, beras yang mengandungi unsur plastik. Perkara ini disebabkan oleh adanya pihak tertentu dimana meraka tidak bertanggungjawab yang mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesannya terhadap tahap pengguna atau pembeli. Oleh itu, adalah penting bagi kita untuk mengenalpasti ciri-ciri beras yang mana ia berpotensi mengandungi plastik bagi menjaga kesihatan diri kita. Ciri-ciri beras plastik boleh diketahui melalui beberapa proses ujian penglihatan dan setelah dimasak yang mana akan secara ringkas dalam perenggan berikutnya. Kita juga boleh menggunakan kaedah melihat ciri-ciri fizikal beras tersebut, Ini kerana biasanya beras plastik mempunyai tekstur yang cantik, lembut dan juga licin. Warnanya juga jelas putih pada semua bahagian butir beras. Berbeza pula dengan beras asli dimana mempunyai tekstur yang lebih kasar serta mempunyai warna putih yang tidak seragam, pudar dan kadang-kadang coklat muda. Semasa pproses memasak bagi beras plastik, jika dimasak atau ditanak ianya akan menjadi lembik tetapi apabila nasi menjadi sejuk, ianya akan menjadi kering serta menjadi keras kembali. Beras asli pula mudah menyerap air apabila ditanak. Apabila sejuk, ianya menjadi keras, namun tekstur kelembutannya tetap masih ada. Ciri seterusnya adalah pada bau atau aroma beras tersebut. Bau atau aroma beras berplastik juga sangat berbeza dengan asli. Ianya berbau bahan kimia dan tidak menyelerakan dan kadangkala berbau pelik apabila dihidu berbeza dengan beras asli yang biasanya berbau wangi serta menyelerakan. Anda juga boleh melakukan ujiam membakar beras dimana beras plastik adalah lebih mudah terbakar apabila dibakar. Beras asli pula ambil masa untuk dibakar dan mempunyai bau khas (bau hangit beras) apabila terbakar. Seterusnya jika anda masak bubur jika beras mengandungi plastik dijadikan buburmaka air sukar untuk menyerap dengan beras. Dengan erti kata lain ia amat sukar untuk membuat bubur dengan beras plastik. Semakin lama beras dimasak maka semakin besar beras tadi dan akhirnya pecah. Ianya juga mengambil masa yang lebih lama untuk membuat bubur dengan beras plastik.
Dalam akhbar tempatan Berita Harian bertajuk ''Bukan beras plastik' oleh wartawan Nurul Amanina Suhaini di Johor Bahru pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor menolak dakwaan di laman sosial baru-baru kononnya beras plastik dijual di sebuah pasar raya, di sini. Khairul Anwar Bachok (kanan) bersama Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Johor, Aris Mamat menolak dakwaan pengguna yang membeli beras jenis Beras Wangi Siam lima kg disyaki beras plastik yang di viralkan di media sosial selepas mengadakan sidang media di pejabat KPDNKK Johor Bahru. Pengarah KPDNKK juga berkata susulan kenyataan seorang pengguna yang mana mendakwa membeli Beras Wangi Siam lima kilogram (kg) jenama pasar raya disyaki beras plastik maka siasatan dibuat pada Rabu minggu lalu. KPDNKK Johor sudah pun mengambil keterangan pengurus cawangan dan penjaga stor, selain memperoleh maklumat serta dokumen berkaitan punca beras itu dibungkus termasuk sampel beras jenama sama diambil untuk dianalisis. Hasil laporan daripada Jabatan Kimia, KPDNKK Johor Khamis lalu mendapati isi kandungan sampel beras yang dihantar adalah beras asli dan tiada bendasing (plastik) dikesan. Ini dengan sendirinya menolak isu beras yang menjadi viral di media sosial dan pengguna tidak perlu resah terhadap beras yang disyaki diperbuat daripada plastik," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Yang turut hadir, Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Johor, Aris Mamat. Khairul Anwar berkata agar pengguna dinasihatkan merujuk terus kepada KPDNKK bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesahihan maklumat sesuatu barangan. KPDNKK turut menyediakan pelbagai platform bagi pengguna membuat aduan seperti hotline 1-800-886-800 atau eaduan.kpdnkk.gov.my. atau terus hadir ke Pejabat KPDNKK Johor. Isu beras plastik tersebar luas di laman sosial minggu lalu selepas seorang lelaki membuat laporan polis apabila mendapati beras yang dibelinya sukar dikunyah. Lelaki terbabit mendakwa telah membakar beras berkenaan dan mendapati ia mengeluarkan bau seperti plastik, selain mendakwa membeli beras lima kg itu di sebuah pasar raya di Kulai di sini dengan pada harga jualan RM21.85.
Dalam akhbar Sinar Harian bertajuk ''Beras tiruan di pasaran'' juga menarik untuk dirujuk. Beras tiruan dikatakan jenama Sukaramai yang disebarkan dan dikatakan sudah memasuki pasaran negara ini. Berdasarkan kepada viral berkenaan, beras tiruan dengan nama Sukaramai dikatakan sudah memasuki pasaran negara ini dan juga beberapa penemuan beras itu mula disebarkan. Beras tiruan ini dihasilkan menggunakan campuran kentang, keledek dan plastik resin yang selalu digunakan industri dengan diproses sama bentuk beras asli. Taktik pengedar beras tiruan palsu ini bagi mengelakkan pengguna tahu adalah dengan mencampurkan beras tiruan tersebut dengan beras asli membolehkan nasi yang dimasak tidak keras. Berdasarkan sebuah laporan di luar negara, produk beras tiruan ini juga kebanyakannya dihasilkan dari China, terutamanya di Taiyuan di wilayah Shaanxi. Pakar-pakar kesihatan dan pemakanan telah beri amaran bahawa memakan bijirin palsu itu, dicampur dengan resin beracun, boleh merosakkan sistem penghadaman. Satu laporan di Very Vietnam menyatakan seorang pegawai dari Persatuan Pengusaha Restoran Cina telah mengumumkan makan tiga mangkuk beras tiruan ini adalah sama dengan makan sekeping beg plastik.
Dalam laporan akhbar lain bertajuk '''Tak logik ada beras palsu bercampur plastik' ada dinyatakan dimana pemilik kilanh beras sukaramai membuat kenyataan balas. Berita oleh wartawan Mohamad Fakhir dari Sinar Harian juga menyatakan dimana Yen Seong (kanan) bersama Setiausaha Eksekutif Cake, Mohamad Yusrizal Yusoff menunjukkan beras Super Tempatan 10 dan lima peratus hancur. Berita ini dipetik di Yan, Kedah dimana pihak pengilang beras tempatan jenama Sukaramai menjadi mangsa apabila jenama beras berkenaan dikaitkan dengan pengeluaran beras palsu di laman sosial, baru-baru ini. Kilang yang terletak di Sedaka mula beroperasi sejak 1960 menggunakan jenama cap kambing sebelum melakukan penjenamaan semula pada 2000 dengan jenama baharunya, Sukaramai. Pengurus kilang berkenaan, Tan Yen Seong menyifatkan insiden penipuan beras palsu itu sebagai berniat jahat terhadap industri beras tempatan. Seperti kebiasaan pada minggu pertama Ramadan, hasil jualan beras akan sedikit menurun dan pihak pengilang terpaksa menurunkan harga beras untuk meningkatkan semula jualan tersebut. Tetapi ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan melakukan sabotaj terhadap beberapa jenama beras tempatan,� katanya semasa tinjauan Sinar Harian bersama Persatuan Pengguna Kedah (Cake) ke kilang tersebut, kelmarin. Menurutnya, susulan viral palsu tersebut, kilangnya turut didatangi pihak berkuasa daripada beberapa agensi untuk melakukan pemeriksaan. Sebelum ini tiga pengilang beras tempatan dan satu di Sabah heboh di laman sosial kononnya menghasilkan beras palsu bercampur plastik. �Tidak lama kemudian, kita (Sukaramai) juga menerima nasib sama seperti mereka yang mendakwa menghasilkan beras palsu,� katanya. Pengilang beras yang dimiliki oleh Syarikat Dinxings (M) Sdn Bhd itu menghasilkan 12 jenis beras termasuk bungkusan beras Super Tempatan dengan 10 peratus hancur (ST10), lima peratus hancur (ST5) dan beras wangi. �Beras Sukaramai menggunakan hasil yang dibeli daripada petani sekitar Yan sebanyak 8,000 hingga 10,000 tan semusim padi. �Kalau difikirkan balik, dakwaan beras palsu itu memang tidak relevan dan tidak logik. Kos membeli satu tan plastik sahaja mencecah antara RM3,000 hingga RM4,000. Sedangkan kos beras kita bagi setiap satu tan baru bernilai RM2,000,� katanya. Jelasnya, perbezaan kos tersebut adalah antara bukti pihaknya tidak menggunakan plastik untuk dijadikan beras palsu seperti yang didakwa pihak tertentu. Tinjauan lebih dua jam di kilang itu turut diperlihatkan kaedah penghasilan beras, pembersihan beras hingga pembungkusan untuk jualan. Kini kilang yang mempunyai 70 pekerja dan 25 lori itu juga mampu menghasilkan lebih 80 tan bungkusan beras sehari. Telah ada usaha kami dalam soal kualiti terbukti apabila dianugerahkan Sijil Halal pada 2006 dan Persijilan ISO9001-2008 pada 2010,� katanya.
Akhir sekali penulis blog anim agro technology merujuk kepada laporan Bernama bertajuk ''Beras tiruan plastik tidak wujud di Malaysia, kata pengilang beras'' yang relevan dalam isu ini. Berita dari Alor Setar, Kedah ini menyatakan dimana pengilang-pengilang beras dari wilayah utara hari ini menafikan wujudnya beras palsu yang diperbuat daripada plastik di negara ini seperti yang telah ditularkan menerusi laman sosial sejak kebelakangan ini. Menurut kenyataan Pengerusi Pengilang Beras Sinomalay Kedah, Tan Yen Seong berkata perkara itu sangat tidak logik memandangkan harga plastik lebih mahal daripada beras. �Ia sangat tidak berasas. Pihak kami merasakan wujudnya keadaan beras plastik adalah kerana kesilapan cara pengguna memasak beras itu. Seperti yang kita tahu, setiap jenis beras perlu dimasak dengan cara berbeza. �Mungkin ketika masak, pengguna meletakkan air yang sedikit hingga menyebabkan nasi yang dimasak menjadi keras seperti plastik,� katanya pada sidang media mengulas beras palsu di pejabat persatuan terbabit. Tan berkata pihaknya sangat kesal dengan penularan berita beras palsu di media sosial yang menjejaskan imej pengilang selain menyebabkan pengguna waswas untuk membeli beras yang ada di pasaran. Beliau juga berkata pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang menyebarkan berita palsu itu sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna. Pengguna yang masih waswas mengenai kualiti beras yang dibeli, diseru merujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di tempat masing-masing. Semuga artikel mengenai beras tiruan ini mampu memberi info berguna kepada anda pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ADA BERITA... BERAS TIRUAN DIPASARAN...
KITA PANIK... VIRAL MEDIA DISEBARKAN...
PIHAK BERKUASA.. ADA PENGUATKUASAAN...
KINI SENYAP... MASIH SELAMAT DIMAKAN?...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria 11, Bandar BAru UDA,
Johor BAhru, Johor,
Malaysia.
(2 RabiulAwal 1440H).
Catat Ulasan