POTENSI SEKTOR PERIKANAN NEGARA kini sering dibincang dalam banyak forum diperingkat nasional dan global. Kini walaupun Malaysia telah mencapai lebihan dalam tahap sara diri bekalan ikan makanan sejak tahun 2010, namun pengguna di negara ini terus menghadapi isu kenaikan harga ikan. Ini menunjukkan cabaran yang dihadapi bukan sahaja bagi memastikan kecukupan bekalan, tetapi juga jaminan kemampuan rakyat memperolehi ikan sebagai sumber protin dalam makanan. Jaminan bekalan ikan bagi makanan akan terus menjadi cabaran yang besar di masa depan akibat kesan daripada perubahan iklim, faktor pengeluaran yang terhad, kenaikan harga input, persaingan bahan makanan untuk pengeluaran bio-tenaga dan liberalisasi perdagangan. Permintaan ikan makanan akan terus meningkat akibat daripada pertambahan penduduk dan pendapatan serta perubahan citarasa pengguna. Dalam proses kesinambungan bekalan ikan yang mencukupi bergantung kepada daya maju perusahaan ini untuk menjamin pendapatan kepada nelayan dan penternak ikan. Kini pengeluaran ikan marin daripada perairan Malaysia adalah sebanyak 1,482,899 merik tan yang memberi nilai sebanyak RM8.336 Bilion pada tahun 2013. Manakala pada tahun 2014 pengeluaran telah menurun sebanyak 1.67% kepada 1,458,128 t.m, dengan nilai sejumlah RM 8.785 Bilion. Memandangkan ikan merupakan sumber protein penting kepada penduduk tempatan, adalah perlu agar diurus secara mapan. Adalah penting agar peruntukan yang mencukupi dan berterusan diperlukan bagi mengurus sumber perikanan negara agar ianya kekal menyumbang pada tahap tertinggi secara mapan. Permintaan ikan negara dijangka akan semakin bertambah selari dengan proses pertambahan penduduk. Permintaan sepatutnya diimbangi dengan bekalan yang mencukupi. Artikel subuh ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya membincangkan akan potensi sektor perikanan dan auakaultur negara sekadar untuk berkongsi info dengan semua.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Jika berlaku eksploitasi berlebihan akan menyebabkan penurunan pengeluaran. Biomass sumber perairan pantai di Malaysia pada masa ini telah menurun dengan ketara sejak bermulanya proses penggunaan pukat tunda pada tahun 1960an dimana biomass di beberapa kawasan sekarang ini telah menurun melebihi 80%. Menurut analisis yang telah dijalankan juga menunjukkan kepadatan ikan telah merosot dari 24,000 hingga 53,000 kg atau 24 - 53 metrik tan setiap km2 bagi setiap Zon pada tahun 1970 kepada sekitar 3 hingga 14 t.m setiap km2 berdasarkan survei terakhir 1997. Bagi mengelak senario di atas dari terus berlaku, pihak Kerajaan perlu terus menyokong dan memberi keutamaan kepada pengurusan sumber perikanan tangkapan marin negara kerana hampir 80% dari pengeluaran ikan negara datang dari perikanan tangkapan. Kerajaan telah mengenal pasti akuakultur sebagai salah satu sumber utama untuk meningkatkan pengeluaran ikan bagi memenuhi permintaan domestik dan memperkembang potensi eksport. Pada tahun 2014 maka perusahaan akuakultur di negara ini telah menghasilkan pengeluaran berjumlah kira-kira 520,514 tan metrik dengan nilai kira-kira RM3.47 bilion. Pengeluaran tersebut telah menyumbang 26% kepada jumlah pengeluaran ikan negara. Pembangunan akuakultur negara telah menunjukkan perkembangan pesat dengan kadar pertumbuhan tahunan purata sebanyak 8% setahun dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Kerajaan terus memberi tumpuan untuk menggalak pembangunan akuakultur negara melalui program pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke Sepuluh dan tersenarai di kalangan Projek Utama di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (National Key Economic Area - NKEA) Sektor Pertanian sehingga tahun 2020.
Malaysia kini mampu mengoptimum pembangunan akuakultur berdasar potensi sumber kawasan, kesesuian iklim dan kedapatan teknologi pengeluaran dalam memenuhi kadar peningkatan permintaan di pasaran domestik dan global. Berdasar kepada potensi tersebut Yang Berhormat Menteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, semasa Majlis Taklimat pada 3 Jun 2013, telah mengarahkan Jabatan Perikanan menyediakan Pelan Tindakan bagi tujuan menggalakkan pembangunan akuakultur sehingga mampu menyumbang 50 peratus daripada jumlah pengeluaran ikan negara menjelang tahun 2020. Sasaran baru sebanyak 1.443 juta tan metrik telah dijadikan salah satu inisiatif utama di bawah Program Transformasi Agromakanan bagi memastikan sub-sektor perikanan terus menyumbang kepada kecukupan bekalan makanan negara, meningkatkan pendapatan pengusaha dan menjadikan bidang agromakanan sebagai perniagaan yang berdaya saing dan mampan. Pada tahun 2014 pembekalan ikan makan negara adalah sebanyak 1,988,533 tan metrik (termasuk ikan baja), ianya menurun sebanyak 1.5% berbanding 2013. Pecahan mengikut kategori adalah di laut Pantai telah meningkat 2.2% dari 1,156,719 mt kepada 1,182,08 mt, kedua kategori Laut Dalam merosot 19.2% dari 326,180 mt kepada 263,506 mt, ke 3 kategori Air Tawar merosot 19.8%, dari 132,892 mt kepada 106,587 mt, ke 4 untuk kategori Air Payau meningkat 24.0%, dari 127,881 mt kepada 158,604 mt, ke 5 bagi kategori Perikanan Darat meningkat 15.6%, dari 5,640 mt kepada 6,520 mt dan ke 6 bagi kategori Rumpai Laut meningkat 0.7%, dari 269,431 mt kepada 271,250 mt. Sumber laut pantai telah mencapai tahap maksimun sekitar 1.1 juta mt manakala laut dalam dan akuakultur mempunyai ruang yang positif untuk ianya terus dikembangkan. Industri dan juga produk bernilai tinggi dijangka dapat meningkatkan pendapatan negara dan golongan sasar. Pengeluaran perikanan bukan makanan seperti rumpai laut, ikan hiasan dan tumbuhan akuatik telah dikenalpasti sebagai produk bernilai tinggi yang dapat meningkatkan pendapatan negara dan golongan sasar.
Graf di atas menunjukkan pengeluaran Rumpai Laut adalah positif sehingga tahun 2012 tetapi menurun pada tahun 2013 sebanyak 18.7%, dengan nilai yang meningkat sebanyak 35.5%. Pengeluaran Ikan Hiasan turut menurun disebabkan kejatuhan harga arowana. Manakala bagi Tumbuhan Akuatik, kuantitinya meningkat 108.6%, dan nilai meningkat 106.3%. Secara keseluruhan, Nilai Sektor Perikanan menyumbang sebanyak 1.1% kepada kadar pertumbuhan KDNK negara (Pertanian menyumbang 7.3%). Sektor Perikanan berada di kedudukan ketiga di belakang kelapa sawit (2.7%) dan pertanian lain (1.3%). Nilai keseluruhan komoditi Perikanan pada tahun 2014 adalah sebanyak RM12,402,915,015.Ianya menunjukan peningkatan sebanyak 8.17% berbanding 2013. Perikanan Makanan (kawasan geraf yg berwarna biru) merangkumi Laut Pantai, Laut Dalam, Akuakultur Air Tawar, Air Payau dan Perikanan Darat dengan nilai RM11,973.3 juta menyumbang hampir 97% kepada nilai perikanan dengan peningkatan nilai sebanyak 8% berbanding tahun 2013. Manakala Perikanan Bukan Makanan (Kawasan geraf bewarna hijau) yang merangkumi Rumpai Laut, Ikan Hiasan dan Tumbuhan Akuatik yg bernilai RM429.6 juta mengalami peningkatan sebanyak 13.5% berbanding tahun 2013. Dalam pada itu berkaitan pencapaian bilangan vesel menangkap ikan berlesen didapati jumlah ini meningkat dari 54,235 buah pada tahun 2012 kepada 57,095 buah pada tahun 2013. Sebanyak 23,621 buah atau 41% beroperasi di Pantai Barat Semenanjung. Sebanyak 9,855 buah (18%) di Pantai Timur Semenanjung dan 23,619 buah (41%) di Malaysia Timur. Didapati bahawa 85.9 % dari keseluruhan vessel beroperasi di Zon A. Sejumlah 74.6% daripada keseluruhan nelayan (107,509 orang) adalah Nelayan Tempatan dengan 76% adalah Bumiputera. Nelayan Asing ramai di Negeri Sabah (6,311-lain-lain asing), Kelantan (5,281-Thailand), Perak (5,271-Thailand).
Sasaran pengeluaran akuakultur di bawah Dasar Agromakanan Nasional (DAN) adalah sebanyak 794,000 tan metrik pada akhir tahun 2020. Prestasi pengeluaran akuakultur negara sejak satu dekad telah meningkat pada kadar 8% setahun. Pertumbuhan pengeluaran tahunan perlu ditingkatkan pada kadar 12.8% untuk mencapai sasaran asal DAN. Bagaimanapun kadar pertumbuhan tersebut perlu meningkat melebihi 20% untuk mencapai sasaran baru sebanyak 1.443 juta tan metrik. Industri perikanan negara yang terdiri daripada perikanan tangkapan dan akuakultur dijangka mencapai kadar pertumbuhan sebanyak 8.1 peratus sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11). Permintaan terhadap ikan dijangka meningkat daripada 1.9 juta tan metrik pada tahun 2010 kepada tiga juta tan metrik pada tahun 2020. Penggunaan perkapita bagi ikan sebagai makanan dijangka meningkat daripada 46 kilogram (kg) kepada 55kg pada kadar 1.9 peratus setahun untuk tempoh sama. Peningkatan dalam permintaan didorong kesedaran pengguna terhadap sumber protein dalam produk perikanan berkhasiat. Ketua Pengarah Perikanan berkata, akuakultur dikenal pasti sebagai satu sumber utama untuk meningkatkan pengeluaran ikan bagi memenuhi permintaan domestik dan memperkembangkan potensi eksport. Beliau berkata, pada tahun 2014 perusahaan akuakultur di negara ini menghasilkan pengeluaran berjumlah 520,514 tan metrik dengan nilai kira-kira RM3.47 bilion. Pengeluaran itu menyumbang 26 peratus kepada jumlah pengeluaran ikan negara. Pembangunan akuakultur negara menunjukkan perkembangan pesat dengan kadar pertumbuhan tahunan purata sebanyak lapan peratus setahun dalam tempoh 10 tahun lalu. Kerajaan terus memberi tumpuan untuk tujuan menggalakkan pembangunan akuakultur negara melalui program pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan tersenarai dalam Projek Utama di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Sektor Pertanian sehingga tahun 2020.
Malaysia mampu mengoptimumkan pembangunan akuakultur berdasarkan potensi sumber kawasan, kesesuaian iklim dan kedapatan teknologi serta pengeluaran bagi memenuhi akan peningkatan permintaan di pasaran domestik dan global. Jabatan Perikanan akan menyediakan Pelan Tindakan bagi menggalakkan pembangunan akuakultur sehingga mampu menyumbang 50 peratus daripada jumlah pengeluaran ikan negara menjelang tahun 2020. Sasaran baru sebanyak 1.443 juta tan metrik dijadikan satu inisiatif utama di bawah Program Transformasi Agromakanan bagi memastikan sub-sektor perikanan terus menyumbang kepada kecukupan bekalan makanan negara. Ianya akan dapat meningkatkan pendapatan pengusaha dan menjadikan bidang utama agromakanan sebagai perniagaan yang berdaya saing dan mampan. Sasaran pengeluaran akuakultur di bawah Dasar Agromakanan Nasional (DAN) adalah sebanyak 794,000 tan metrik pada akhir tahun 2020. Prestasi pengeluaran ikan dan akuakultur negara sejak satu dekad telah meningkat pada kadar lapan peratus setahun. Pertumbuhan pengeluaran tahunan perlu ditingkatkan pada kadar 12.8 peratus untuk mencapai sasaran asal DAN. Bagaimanapun terkini kadar pertumbuhan itu perlu meningkat melebihi 20 peratus untuk mencapai sasaran baru sebanyak 1.443 juta tan metrik. Oleh itu sasaran pengeluaran akuakultur di bawah DAN tidak mampu dicapai sekiranya tiada pembabitan masyarakat setempat khasnya kumpulan sasar. Kerajaan menyediakan 13,000 peluang pekerjaan kepada masyarakat dan sehingga kini kira-kira 1,600 sudah terbabit secara langsung. Tahun 2015 tempoh penting kepada Jabatan Perikanan dalam mengukur impak dasar, prestasi yang dilaksanakan berdasarkan sasaran yang ditetapkan di bawah Program Transformasi Agro-Makanan. Di bawah RMK-10, kerajaan meluluskan peruntukan RM920 juta bagi melaksanakan 69 projek pembangunan dan tiga projek NKEA. Antara cabaran 2015 dan seterusnya adalah seperti isu yang berkaitan dengan pengeluaran dan permintaan ke atas ikan serta produk ikan termasuk alam sekitar telah mempengaruhi senario pembangunan sub-sektor perikanan. Antara isu utama berkaitan dengan pengeluaran ialah kemerosotan sumber, perubahan iklim, kehilangan biodiversiti dan kegagalan untuk mencapai tahap jaminan makanan.
Dalam perkembangan lain dilaporkan industri perikanan Malaysia mempunyai perkembangan dinamik dan kompetitif, malah berpotensi untuk dimajukan terutama dalam menyumbang pendapatan eksport negara. Bagi membangunkan industri itu, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) merangka pelan strategik secara holistik merangkumi pembangunan sektor perikanan dan sosio-ekonomi nelayan. Kerajaan juga komited dalam meningkatkan pengeluaran ikan untuk makanan di samping menguruskan sumber perikanan secara mapan dengan memperkenalkan teknologi baru seterusnya meningkatkan pendapatan nelayan. Ssektor pertanian memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara dimana pada tahun 2017, sektor itu menyumbang RM14.3 bilion iaitu peningkatan 10.1 peratus dari segi nilai berbanding 2016. Nilai itu menyumbang 0.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi sub sektor perikanan. Ia menunjukkan peningkatan yang didakwa amat memberangsangkan berbanding 10 tahun lalu di mana sektor itu hanya menyumbang RM6.21 bilion. Ini jelas menunjukkan betapa besarnya sumbangan sektor perikanan dalam pembangunan ekonomi negara. Pencapaian ini tidak diperoleh tanpa sokongan dan pengorbanan nelayan yang bertindak sebagai tunjang kepada sektor perikanan negara. Dalam pada itu LKIM serius dalam usaha melaksanakan pembangunan nelayan dan industri perikanan di negara ini malah kerjaya sebagai nelayan pada masa depan sewajarnya mampu menjana sumber pendapatan lumayan setanding golongan profesional. Nelayan diminta keluar dari kerangka lama supaya selari dengan arus kemajuan hari ini selain berani mengambil risiko meneroka sumber baru dalam perikanan.
Nelayan yang maju boleh dilihat menerusi beberapa aspek seperti pendapatan, cara hidup, pemilikan aset, hak milik kediaman dan tahap pendidikan ahli-ahli keluarga. Peningkatan taraf hidup nelayan pada hari ini dapat dilihat apabila ramai nelayan mampu memiliki bot sendiri dan serta dapat memasarkan hasil tangkapan tanpa mereka bergantung kepada orang tengah. LKIM menyediakan pasar nelayan bagi memudahkan nelayan atau ahli keluarga mereka menjual terus hasil tangkapan bagi membantu mereka mendapat pulangan harga yang lebih baik. LKIM juga menggalakkan nelayan melalui persatuan untuk menceburi bidang akuakultur bagi meluaskan lagi akan skop pendapatan mereka. Sehingga kini ada 103 Persatuan Nelayan di seluruh negara dengan 89 Persatuan Nelayan Kawasan (PNK), 13 Persatuan Nelayan Negeri (PNN) dan satu Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT). LKIM juga menyasarkan persatuan nelayan untuk menguasai pasaran ikan negara dengan peningkatan lima peratus pada masa depan. Bagi memantapkan dan mencapai aspirasi kerajaan menerusi sektor perikanan, tenaga �orang muda� amat diperlukan dan menerusi Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Lumut, Perak dimana matlamat kerajaan mentransformasi sektor itu berjaya digapai. Penubuhan kolej itu diharap dapat melahirkan modal insan yang kompeten dan menjadi penggerak utama dalam transformasi sektor perikanan. Semuga anda mendapat info mengenai potensi sektor perikanan dalam blog anim agro technology dengan baik pada kali ini. Wasallam!!!....
SEKTOR PENTING... IA PERIKANAN...
SUMBER PROTIN... DARI PERAIRAN...
PERANAN SEMUA... DIPENTINGKAN...
IKAN MENCUKUPI... HARGA KAWALAN...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jaalan Padi Ria 11, Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(2 RabiulAwal 1440H).
Bersamaan 11 Nov 2018.
Catat Ulasan