TANAMAN HALIA BENTONG (Zingiber officinale) kini merupakan satu varieti premium halia keluaran dari Pahang. Penanaman halia ini merupakan aktiviti pertanian turun temurun yang lama khusus untuk varieti premium ini. Tumbuhan herba yang paling mudah ditemui di kawasan tanah tinggi berbukit ini. Kebanyakan masakan bangsa Melayu tradisional menggunakan halia sebagai rempah untuk mewangikan masakan dan juga untuk menghilangkan bau sesetengah daging seperti daging kambing dan spesies ikan yang berbau hanyir. Halia adalah tumbuhan daripada famili Zingiberaceae. Pada tinjauan penulis di Kg Bukit Tinggi, Bentong, Pahang mendapati tanaman halia mudah membiak dengan cara pecahan rizom. Halia mudah tumbuh dengan subur di kawasan tanah bercerun yang mempunyai kelembapan yang tinggi dan mendapat sinar matahari yang cukup. Tumbuhan ini mempunyai batang yang tegak dengan rizom yang tersebar secara mendatar. Besar atau kecilnya halia ditentukan oleh varian jenisnya. Pada masa ini dua jenis halia komersil yang ditanam adalah dari jenis Halia Bentong dan Halia Sabah. Jenis halia lain kebanyakannya hanya ditanam secara kecil-kecilan untuk kegunaan khusus dan perubatan seperti Halia Bara (Sila klik disini). Sebagai contoh dimana jenis halia bara mempunyai rizom yang agak kecil berbanding dengan halia yang biasa digunakan dalam masakan selain dari warnanya yang agak kemerahan. Halia juga mempunyai bunga yang cantik, bunganya muncul dari celah kelopak daunnya dan terdiri dari bunga jantan dan betina. Halia sesuai tumbuh di kebanyakan iklim dan boleh tumbuh pada semua kawasan tropika tetapi baik pada kawasan agak tinggi. Antara beberapa varieti halia adalah Halia Bentong, Halia Indonesia, Halia Cina, Halia Tanjung Sepat, Galia Tanduk Rusa, Halia Tambunan (Halia Sabah) dan Halia Bara. Rencana pada pagi Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu tinjauan kepada penanam halis Bentong iaitu Ah Yong di kawasan Bukit Tinggi dan periksa isu teknikal tanaman halia ini untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.
Lokasi kebun halia Ah Yong ini ada 2 tempat iaitu yang dibuat tinjauan iaitu dikawasan tanah tinggi Lentang Forest Reserved dan satu lagi diPekan Bukit Tinggi. Tapak pertama setinggi 1,280 kaki dari paras laut merupakan kawasan yang bercerun curam dimana ia juga ditanam dengan beberapa jenis tanaman lain dipersekitaran seperti tanaman pisang, sayuran jenis kekacang, markisa, halia dan beberapa jenis lagi. Uniknya tepi jalan kekebun ini nampak jelas kompleks peranginan iaitu Genting Wolds Resorts (Sila lihat foto disebelah). Hanya keenderaan 4WD dan motorsikal sahaja yang boleh petani gunakan untuk mendaki kaki bukit yang curam sejauh 2 km mengambil masa hampir 50 minit. Jalan kebun yang sempit dan berbatu ini memang sukar kepada pemandu yang kali pertama memasukkinya dengan banyak simpang tiada tanda jalan. Disepanjang laluan terdapat beberapa pondok petani dan setor ladang serta kolam ikan yang juga digunakan sebagai kolam simpanan air. Status tanah disini difahamkan kebanyakannya adalah tanah rizeb hutan yang dikeluarkan kebenaran untuk bertanam dan hanya sebahagian kecil sahaja yang ada status tanah milik (tanah ditepi jalan utama Kuantan ke Kuala Lumpur). Tanah tinggi seperti disini mempunyai suhu yag agak sejuk di malam hari dimana ia amatsesuai untuk pertumbuhan tanaman.
Penanaman varieti Halia Bentong disini kebanyakannya adalah untuk penghasilan Halia Tua dan hanya sebahgian kecil sahaja yang menuai awal untuk dijual sebagai Halia Muda. Halia ini mendapat nama 'Halia Bentong' kerana kualitinya dan kaedah penanamannya dikawasan tanah tinggi berbukit bukau sehingga menerima anugerah peringkat dunia iaitu sebagai 'Geographical Indentification' atau GI untuk jenis halia dari kawasan ini. Saya ada banyak artikel mengenai halia dan Halia Bentong ini dalam penulisan sebelum ini dengan membuat pautan berkaitan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Kini halia menjadi ramuan penting di dalam hidangan sup dan herba membuatkan halia bernilai tinggi malah membuka pasaran eksport ke luar negara seperti China. Tanaman dari keluarga Zingiberaceae ini perlukan masa selama setahun untuk dituai dan tanah tersebut kemudian ditinggalkan untuk penanaman musim berikutnya. Akibat dari harga dan permintaan yang hebat maka ia telah memberi inspirasi ramai petani disini untuk teruskan menanam halia. Tanaman halia kini telah menjadi satu sumber pendapatan baik jika pokok sihat dan djaga dengan baik. Salah satu kebun yang dilawati didapati berlaku serangan penyakit (Sila lihat foto disebelah). Laporan dari Jabatan Pertanian yang membuat analisa tanah dan rizom mendapati serangan cacing nematod kini diantara masaalah yang dihadapi petani. Nematod spesies Meloigyne spp dilaporkan ada sebanyak 213 ekor dari sampel tanah yang dianalisa di makmal.
Tinjauan penulis blog di Bukit Tinggi ini mendapati dimana tanaman halia di daerah Bentong mula diusahakan sekitar tahun 1963. Petani daripada kaum Cina merupakan golongan terawal yang mana mereka memulakan penanaman ini di sekitar Kampung Bukit Tinggi dan juga Kampung Janda Baik. Terletak kira-kira 700 - 800 meter pada aras laut dan purata taburan hujan sekitar 187 milimeter sebulan dilaporkan yang kedua-dua kawasan berkenaan memang sesuai untuk tanaman itu. Meneroka hutan merupakan cara terawal penanaman halia bentong. Semasa temubual dengan Ah Yong, dia nyatakan dimana kira-kira lima dekad lalu bapanya meneroka hutan di sini bagi tujuan menanam halia. Pokok-pokok ditebang dan semak samun dibersihkan sebelum dibakar. Selepas dari kawasan bersih barulah digali lubang untuk menanam benih halia. Asalnya benih halia dikumpulkan dahulu dan kemudian ditanam sebelum ia ditutup dengan plastik hitam, disiram setiap hari dan dibaja. Kawasan seluas 0.4 hektar mampu memuatkan sebanyak satu tan anak benih halia Ah Yong yang diringi oleh isterinya (Sila lihat foto disebelah). Halia disini ditanam secara siliran dengan tanaman lain seperti sayuran kekacang untuk mendapatkan hasil terbaik.
Ah Yong yang juga salah seorang AJK Persatuan Penanam Halia di Bukit Tinggi memang mahir dengan cara peanaman, penjagaan dan aspek pemasaran tanaman halia Bentong. Di kampung ini kira-kira 40 peratus daripada 400 keluarga menanam halia yang diusahakan di ladang-ladang milik persendirian atau disewa daripada pihak tertentu. Sekiranya tanaman halia itu mampu untuk mengeluarkan hasil yang baik maka seorang petani mampu memperoleh sehingga 10 tan bagi kawasan seluas 0.4 hektar. Ah Yong sendiri kini ada ladang halia seluas kira-kira 1.2 hektar yang sedia untuk dituai. Bagaimanapun kini beliau mewarisi pekerjaan sebagai penanam halia yang mampu memberikan hasil lumayan itu. Lazimnya dalam tempoh lapan bulan tanaman halia tersebut matang dan sedia untuk dijual. Pada masa ini, selepas penuaian maka pasaran halia Bentong memang akan mendapat permintaan tinggi walau pun selalunya hasil pengeluarannya agak terhad. Halia di ladang dijual kepada peraih pada harga antara RM12 hingga RM15 sekilogram. Kebanyakan para peraih halia Bentong mempunyai pasaran masing-masing termasuk dihantar ke pasar borong. Hasil tinjauan penulis ke kawasan Bukit Tinggi yang menanam halia beberapa petni memohon untuk Jabatan Pertanian mengadakan kursus teknikal mengenai isu serangan penyakit yang menyerang tanaman halia di kawasan tertentu. Kursus teknikal ini akan dilaksnkn seminggu selepas tinjauan penulis blog libatkn sermi 50 orang petani dan ushawan halia Bentong. Semuga anda mendapat info terbaik daripada blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM HALIA... KOMERSIL LUASNYA....
HALIA BENTONG...VARIETI TERNAMA...
KEBUN AH YONG... NEMATOD MUSUHNYA...
PERLU DIKAWAL... KURSUS DILAKSANA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 104, Hotel Jelai,
Raub, Pahang,
Malaysia.
(12 JamadilAkhir 1440H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan