JERUK MADU PAK ALI merupakan satu jenama jeruk yang terkenal di Malaysia yang dihasilkan daripada Usahawan Bumiputra dari Pulau Pinang. Apakah itu Jeruk Madu Pak Ali?. Jeruk Madu Pak Ali (JMPA) merupakan jeruk buah-buahan yang terulung di Malaysia dan terkenal dengan rasa dan aromanya yang istimewa dibawah jenama �Pak Ali�. Jeruk-jeruk ini dihasilkan dari buah-buahan segar berkualiti yang terpilih dari ladang tepilih. Rasanya yang enak dan bernutrasi tinggi ini dihasilkan melalui gabungan resipi tradisional dan teknologi terkini daripada pihak MARDI (Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia). Penghasilan jeruk kini diusahakan di Kawasan Perindustrian IKS Perda Tasek, Pulau Pinang dimana turut ditempatkan seramai 95 orang pekerja yang kebanyakannya terdiri dari masyarakat setempat iaitu khususnya kaum wanita. Dikilang ini juga para pelancong dapat melihat sendiri bagaimana industri pembuatan jeruk secara lebih dekat disamping dapat membeli belah barangan keluaran Pak Ali Food Indsutries Sdn Bhd dan produk-produk usahawan lain di Negeri Pulau Pinang. Pada masa ini terdapat berpuluh kedai yang menjual jeruk madu Pak Ali ini di Seluruh Semenanjung Malaysia terutama di Lembah Kelang. Penulis blog salah seorang peminat membeli jeruk madu Pak Ali terutama Jeruk Mangga, Jeruk Buah Pala, Jeruk Buah-buahan Campuran dan beberapa lagi. Cara makan pun kadang-kadang sahaja apabila kempunan sebeb ada menyimpan didalam peti sejuk. Kalau makan banyak banagiama pun kadang-kala batuk akibat asid didalamnya dan perlu minum banyak air panas selepas itu. Dahulu makan banyak mana un yidak ada masaalah batuk seperti sekarang. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis ikon dari Pulau Pinang iaitu Jeruk Madu Pak Ali selepas berbelanja di Pulau Pinang produk jeruk ini. Laporan ini berdasarkan beberapa laporan media mengenai industri jeruk ini yang dikupas semula untuk bahan bacaan dan rujukkan.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Industri jeruk madu ini adalah daripada perusahaan belakang rumah ke persada dunia yang berjaya menukar persepsi terhadap makanan jeruk di negara kita. Pengurus Alias Ali bangga menunjukkan sebahagian produk keluaran Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd (Sia lihat foto disebelah). Ia bermula dengan mana memproses jeruk kelubi di belakang rumah yang diusahakan Allahyarham Ali Omar dimana kini nama Jeruk Pak Ali semakin mendapat tempat di merata lokasi di dalam dan luar negara. Kini legasi hampir 30 tahun itu diteruskan di bawah label Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. oleh anak sulungnya iaitu Alias Ali sehingga berjaya menembusi pasaran antarabangsa apabila turut dijual di Ireland. Malah sejak diusahakan secara komersial bermula 2009 kilangnya kini memproses jeruk di Simpang Ampat itu menggaji pekerja yang rata-rata terdiri daripada penduduk kampung yang tinggal berhampiran. Apa yang menariknya biarpun tahap mengeluarkan jeruk dengan skala besar namun kilang itu masih menggunakan tenaga manusia sepenuhnya untuk kerja-kerja memotong buah. Ini kerana menurut Alias yang bertindak sebagai Pengarah Urusan mengekalkan akan permintaan arwah ayahnya yang mahu menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Proses menghasilkan jeruk daripada mencuci buah, pemeraman, penggaraman, pemotongan dan pembungkusan dijalankan secara manual dengan tenaga manusia kerana arwah Pak Ali mahu melihat penduduk setempat mendapat manfaat daripada kilang ini. Kilang ini berjaya menyediakan peluang pekerjaan kepada 105 orang dan berjaya meningkatkan sumber pendapatan mereka ke arah yang lebih baik. Syarikatnya mula dikenali dengan nama Pak Ali Enterprise tetapi bermula awal tahun 2013, namanya bertukar kepada Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. kerana kini ia turut menghasilkan produk hiliran yang juga mendapat sambutan baik.
Kini sebahagian dariada 25 jenis jeruk yang dihasilkan di kilang itu adalah mangga, kedondong, betik, sengkuang, salak, rebung madu, kelubi dan jambu batu. Selain itu mereka turut menghasilkan produk baharu seperti jus buah pala, sabun buah pala, kuah rojak, jeruk kering selain kuih-kuih tradisional termasuk dodol durian. Kelainan jeruk Pak Ali berbanding jeruk-jeruk lain di pasaran dimana proses pembuatan jeruk di kilang itu menggunakan sepenuhnya gula pasir selain dicampur cuka epal dan madu yang terbukti baik untuk kesihatan. Kilang ini telah berjaya untuk mengatasi masalah lambakan buah-buahan seperti mempelam dan jambu yang pernah berlaku suatu masa dahulu. Kilang itu juga mengubah persepsi masyarakat yang sangsi dengan proses pembuatan jeruk kerana ia terbuka untuk kunjungan pelawat dan orang ramai boleh melihat sendiri proses pembuatannya melalui dinding cermin. Bagi tujua memperkenalkan produk ini kepada orang ramai, kami akan berada di setiap ekspo dan majlis keramaian termasuk majlis perkahwinan dan memberi peluang orang ramai makan jeruk secara percuma. Kini dengan moto kami ''Belum Kena Sudah Terasa'' telah mampu menarik orang ramai termasuk pelancong asing untuk menikmati jeruk. Ketika di mengimbas kembali bagaimana beliau memulakan perusahaan itu, Alias menjelaskan dimana dia dilatih untuk berniaga sejak kecil dan melakukan pelbagai aktiviti perniagaan termasuk pasar malam.
Be;iau memulakan perniagaan dengan modal kecil yang diberikan oleh bapanya dan itulah kali pertama dan terakhir dia terima duit daripada dia. Apabila dia telah suarakan hendak buka perniagaan jeruk secara lebih serius, bapanya membantu bawa jumpa pegawai Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) yang banyak mempromosikan perusahaan ini. Kemudian selepas dari PERDA mereka teruskan ke agensi lain seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Mara. Kos untuk membuka kilang jeruk dengan skala lebih besar dia terus bermodal RM30,000 bagi kilang ini didirikan. Memang impiannya adalah menjadikan jeruk setaraf dengan produk makanan lain yang meniti di bibir penggemarnya. Dakwanya kalau disebut ayam, orang terbayangkan KFC jadi memang impian saya nak supaya apabila disebut jeruk, maka orang ternampak Jeruk Pak Ali. Kini beliau berjaya menukar persepsi orang ramai yang jeruk mampu menjadi pilihan makanan sehingga di peringkat dunia. Satu lagi impiannya yang tercapai adalah merealisasikan kewujudan Muzium Jeruk Pak Ali bagi memberi peluang pelancong melihat proses pembuatan jeruk dari dulu hingga kini. Pada masa sama beliau juga menerima permintaan daripada syarikat di Acheh, Indonesia untuk membawa teknologi pembuatan jeruk ke negeri itu.? Perniagaan Jeruk Madu Pak Ali sebenarnya telah mencapai satu tahap perniagaan yang berjaya dimana kini lebih ramai orang yang membeli dan memakannya tanpa ragu-ragu. Kalau dahulu harganya murah sahaja tetapi kini ia telah mahal dan masih mendapat permintaan yang baik dikalangan pengguna, Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
JERUK MADU... PAK ALI NAMANYA...
ASAL PULAU PINANG... TERNAMA...
PELBAGAI PILIHAN... UNTUK SEMUA...
MEMANG ENAK... BAYARLAH SAJA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Puyrajaya,
WP, Malaysia.
(23 JamadilAkhir 1440H).
Catat Ulasan