Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
MEE SEGERA (Instant noodle) ialah sejenis makanan mee separuh masak yang dikeringkan dan dicampur dengan bahan seperti minyak dan ramuan khusus lain dimana ia juga biasanya dimakan setelah dimasak atau direndam di dalam air panas antara 3 - 5 minit. Mee segera ini menjadi makanan penting bagi sesetenagh kumpulan masyarakat seperti pelajar, mahasiswa dan juga orang bujang serta mereka yang meminati makanan seperti ini. Kalau di Korea dan Jepun makanan mee segera atau lebih popular dipanggil sebagai ''Ramen'' menjadi makanan penting disana dimana didalam drama-drama korea makanan ini menjadi sa;ah satu hidangan dalam drama tersebut. Mee segera lazimnya disediakan sekali dengan bahan bungkusan perencah pelbagai perasa dan ia selalunya disertakan di dalam setiap bungkusan mee segera. Mee segera juga boleh dimakan secara mentah kerana mi segera sebenarnya sudah pun dimasak di kilang pembuatnya dan ia biasanya dengan menggoreng. Idea menyediakan mee (atau mi) segera sudah pun berakar umbi sejak zaman Dinasti Qing di China dimana semasa itu mi yimian akan digoreng yang membolehkannya disimpan dalam jangka masa yang lama serta disediakan dengan cepat. Di Malaysia diantara jenama mee segera yang paling terkenal adalah produk keluaran Nestle dengan jenama MAaggie Mee sehinggakan masyarakat umum nyatakan semua produk mee segera dipanggil sebagai "Mee Maggie" sahaja. Jenama lain mee segera yang agak popular di negara kita seperti Mamee, Ruski, Sedaap, Indo Mie, PAMA, Vit dan banyak lagi. Artikel malam ini dalamblog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai apakah dia mee segera dan beberapa perkara penting yang perlu pembaca semua tahu.

Dalam pada itu penulis blog merujuk berita yang melaporkan dimana pencipta mi segera meninggal dunia di Tokyo, Jepun. Berita yang paparkan dimana pencipta mi segera yang mana kini merupakan antara makanan yang sangat popular telah meninggal dunia di sini semalam pada usia 96 tahun (Sila lihat foto disebelah)Momofuku Ando telah meninggal dunia kerana penyakit jantung dakwa  jurucakap Nissin Food Product Co. iaitu syarikat yang diasaskan oleh beliau. Ino seterusnya nyatakan syarikat itu ditubuhkan pada 1948 selepas Perang Dunia Kedua masih beroperasi sehingga hari ini dengan produk utamanya adalah mee segera atau ramen. Pihak media Jepun memuji beliau atas kejayaannya membawa mi segera ke seluruh dunia dan sehingga digunakan ke angkasa lepas. Sebenarnya Ando dilahirkan di Taiwan pada 1910 semasa pendudukan Jepun dan mengendalikan syarikat pakaian dan beberapa syarikat lain di Taipei dan Osaka pada awal kariernya. Ando mendapat inspirasi mi segera pertama dunia semasa melihat orang ramai beratur panjang untuk membeli mi ?ramen? segar dari sebuah gerai pasaran gelap ketika berlakunya kekurangan makanan selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Selepas produk Chicken Ramen yang diperkenalkan pada 1958 menjadi terkenal walaupun dijual pada harga RM1.04 (35 yen) dimana kemudian beliau memperkenalkan Cup Noodle pada tahun 1971. Mi segera dalam bekas stirofom kalis air yang hanya perlu disediakan dengan menuang air panas membuktikan satu kaedah pemasaran terbaik ketika penduduk dunia semakin dihimpit kesibukan dengan kerja seharian. Ando menjadi perhatian ramai ketika muncul di kaca televisyen pada 2005 untuk mempromosikan versi Cup Noodle yang membolehkan ia dinikmati oleh angkasawan dalam kapal angkasa Discovery. Beliau yang kerap dilihat sedang menjamah hidangan yang diciptanya, turut membuka sebuah muzium yang mengabadikan mi segera di Osaka pada 1999. Ando meninggalkan seorang balu iaitu Masako. Diaporkan kali terakhir mendiang muncul di khalayak ramai ialah pada Rabu lalu apabila beliau menyampaikan ucapan sempena tahun baru di Ibu Pejabat Nissin dan menikmati Chicken Ramen pada majlis makan tengah hari bersama semua para eksekutifnya. 

Di Malaysia pula dilaporkan dimana kini jumlah permintaan mi segera di Malaysia 1.36 billion peket pada 2015 dan ia adalah makanan kategori mi segera dikatakan menjadi makanan kegemaran sebahagian besar rakyat Malaysia. Mee segera sekali gus meletakkan Malaysia sebagai negara ke-13 paling banyak menikmati makanan tersebut di dunia. Laporan daripada Persatuan Mi Segera Dunia (WINA) yang berpangkalan di Jepun menyatakan dimana permintaan mi segera di Malaysia menyaksikan peningkatan daripada 1.32 bilion peket pada 2011 kepada 1.36 bilion pada tahun lalu. Bagaimanapun permintaan terhadap makanan itu mengalami penurunan pada 2012 dan 2014 berbanding tahun sebelumnya. Permintaan mi segera di Malaysia adalah sebanyak 1.30 bilion peket pada 2012 dan umlah ini erus meningkat kepada 1.35 bilion (2013) dan 1.34 bilion peket (2014). Mengikut laporan sebelum ini ada menunjukkan dimana permintaan rakyat Malaysia terhadap mi segera adalah sebanyak 3.6 juta peket sehari dengan 1.4 juta peket dikuasai oleh jenama Maggi. Penulis blog pun paling kerap makan mee segera jenama maggie sejak zaman pelajar dahulu sehingga sekarang walau pun banyak jenama lain dipasaran masa kini.  Pada keseluruhan 2014 didapati jenama Maggi menguasai 511 juta peket daripada 1.34 bilion peket yang dibeli oleh rakyat negara ini. Falam pada iru negara China, Indonesia, Jepun, Vietnam, Amerika Syarikat (AS), Korea Selatan, Filipina, India, Thailand, Brazil, Rusia dan Nigeria merupakan negara-negara yang mana ia merekodkan penggunaan mi segera lebih tinggi berbanding Malaysia di dalam makanan harian mereka. Permintaan makanan mi segera di China direkodkan sebanyak 40.43 bilion peket pada 2015, namun merosot berbanding 46.22 bilion peket dan 44.40 bilion peket yang dicatatkan pada 2013 dan 2014. Indonesia merupakan negara kedua paling banyak mengambil makanan segera tersebut berjumlah 13.2 bilion peket pada tahun lalu, namun lebih rendah berbanding 14.9 bilion peket pada 2013 dan 13.43 bilion peket pada 2014. Menurut WINA ladi dimana perisa mi segera kari dan tomyam paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Bagaimanapun di peringkat global, permintaan mi segera merekodkan kejatuhan pada tahun lalu dengan hanya 97.71 bilion peket yang terjual. Angka itu pertama kali berada di bawah paras 100 bilion peket sejak tahun 2011. Secara purata dilaporkan sebanyak 270 juta peket mi segera diambil sehari di peringkat global dengan rantau Asia mencatatkan jumlah tertinggi mengatasi Eropah, benua Amerika, Asia Barat dan Afrika. Kita semua di Malaysia merupakan antara pengguna mee segera terbanyak didunia. Kalau kekedai mamak pun minta 'Mee Maggi Goreng Mamak Satu!'. Itulah hakikatnya.

Dalam pada itu kenapa rakyat Malaysia banyak makan mee segera terutama jenama Maggi perlu dilihat. Dilaporkan dalam akhbar tempatan bertajuk "Nestle Malaysia jamin ?mi segera Maggi selamat" mengukuhan  kepercayaan ini. Didakwa mi segera Maggi keluaran Nestle dalam pelbagai perisa yang kini ada dijual di Malaysia selamat dimakan seperti Tomyam Cup Maggi (Sila liha foto disebelah). Nestle Malaysia memberikan jaminan kepada semua pengguna bahawa syarikat itu sejak dulu mengutamakan kualiti dan keselamatan produk yang menepati piawaian tempatan serta antarabangsa. Dalam satu kenyataan syarikat tersebut yang dikeluarkan di sini menjelaskan, produk mi segera Maggi yang dijual di negara ini adalah buatan tempatan dan selamat untuk dimakan. Kini  Nestle Malaysia menggunakan kawalan keselamatan dan kualiti makanan yang ketat di semua kilang pengeluaran, termasuk pemeriksaan kualiti yang menyeluruh di setiap proses pengilang�an. Produk-produk Nestle Malaysia juga diuji secara komprehensif bagi memastikan piawaian kualiti dan keselamatan yang tinggi sebelum produk sampai kepada pengguna. Kenyataan tersebut dikeluarkan berikutan laporan pengharaman penjualan mi segera Maggi di India selepas pemeriksaan keselamatan menemukan kandungan plumbum tinggi melebihi paras yang dibenarkan pada produk itu. Dalam pada itu Nestle Malaysia sentiasa menjalankan ujian di makmal bertauliah untuk memantau tahap plumbum dalam mi segera Maggi sebagai sebahagian daripada proses kawalan kualiti yang ketat. Ujian-ujian ini telah mengesahkan secara konsisten bahawa semua produk Nestle Malaysia mematuhi undang-undang dan peraturan makanan tempatan. Nestle Malaysia sentiasa mementingkan kepercayaan pengguna dan mengutamakan keselamatan produk-produk mereka.

Berlainan pula di India dimana di sana mereka telah mengharamkan penjualan mi segera. Penjualan mi segera Maggi diharamkan sementara di New Delhi, kerana mengandungi kadar plumbum tinggi lapora AFP. Laporan dari New Delhi hari ini mengharamkan penjualan mi segera Maggi selepas pemeriksaan keselamatan menemukan kandungan plumbum tinggi melebihi paras yang dibenarkan pada produk itu di dua buah negeri dalam satu kebimbangan keselamatan makanan yang semakin meningkat di India. Menteri Kesihatan New Delhi iaitu Satyendra Jain berkata dimna snek kegemaran ramai itu diharamkan selama 15 hari bagi memberi Nestle India masa yang mencukupi untuk menarik semula dan menggantikan puluhan ribu paket mi yang dijual di seluruh kedai di bandar raya ini. Mereka kini mengharamkan penjualan mi Maggi selama 15 hari. Dalam tempoh itu syarikat yamg sepatutnya menarik semula semua bekalan sedia ada dan mesti dapat menggantikannya dengan stok baharu yang menepati standard pemeriksaan dan prosedur. Kedai-kedai runcit dan pengedar menggerakkan langkah sukarela mengeluarkan produk mi Maggi dari premis mereka hari ini selepas pegawai memaklumkan terdapat kandungan plumbum me�lebihi paras yang dibenarkan di Delhi dan negeri utara India, Uttar Pradesh. Peruncit terbesar di India, Future Group nyatakan dimana paket mi Maggi sedang dikeluarkan daripada 500 kedainya �sebagai langkah berjaga-jaga� sehingga keputusan ujian yang dilaksanakan di seluruh negara diketahui. Dalam pada itu saham Nestle India iaitu anak syarikat gergasi Nestle yang beribu pejabat di Switzerland telah jatuh lebih 11 peratus ketika didagangkan di Bursa Saham Bombay sebelum ditutup hanya lebih 9 peratus berikutan kontroversi itu. Nestle bagaimapaun tidak dapat dihubungi bagi mengulas lanjut perkembangan tersebut. SSemuga perkara inii tidak berlaku di Malaysia. Artikel ini dalam anim agro technology diharap mampu memberi info berguna kepada anda semu. Wasallam!!!...
MAKAN MEE SEGERA...SUDAH LAMA...
1.36 BILLION... DIMAKAN DI MALAYSIA...
PENGGUNA UTAMA... NEGARA CHINA...
JENAMA MAGGI... MONOPOLI SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(2 JamadilAkhir 1440H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top