MEE SEGERA (Instant noodle) ialah sejenis makanan mee separuh masak yang dikeringkan dan dicampur dengan bahan seperti minyak dan ramuan khusus lain dimana ia juga biasanya dimakan setelah dimasak atau direndam di dalam air panas antara 3 - 5 minit. Mee segera ini menjadi makanan penting bagi sesetenagh kumpulan masyarakat seperti pelajar, mahasiswa dan juga orang bujang serta mereka yang meminati makanan seperti ini. Kalau di Korea dan Jepun makanan mee segera atau lebih popular dipanggil sebagai ''Ramen'' menjadi makanan penting disana dimana didalam drama-drama korea makanan ini menjadi sa;ah satu hidangan dalam drama tersebut. Mee segera lazimnya disediakan sekali dengan bahan bungkusan perencah pelbagai perasa dan ia selalunya disertakan di dalam setiap bungkusan mee segera. Mee segera juga boleh dimakan secara mentah kerana mi segera sebenarnya sudah pun dimasak di kilang pembuatnya dan ia biasanya dengan menggoreng. Idea menyediakan mee (atau mi) segera sudah pun berakar umbi sejak zaman Dinasti Qing di China dimana semasa itu mi yimian akan digoreng yang membolehkannya disimpan dalam jangka masa yang lama serta disediakan dengan cepat. Di Malaysia diantara jenama mee segera yang paling terkenal adalah produk keluaran Nestle dengan jenama MAGGIE MEE sehinggakan masyarakat umum nyatakan semua produk mee segera dipanggil sebagai "Mee Maggie" sahaja. Jenama lain yang agak popular seperti Mamee, Vit dan banyak lagi. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai apakah dia mee segera dan beberapa perkara sejarah dan info penting yang perlu pembaca semua tahu.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Dari segi sejarah didapati mee segera era moden dicipta di Jepun oleh usahawan Jepun yang berketurunan Taiwan bernama Momofuku Ando. Beliau juga merupakan pengasas kepada Syarikat Nissin Foods iaitu salah satu pengeluar mee segera terbesar hari ini (Sila lihat foto disebelah). Mee keluarannya perlu direbus dengan perencah atau digoreng dengan minyak sawit untuk membuang kelembapan dimana ia kemudiannya dikeringkan untuk membentuk gumpalan mee. Kaedah pengawetan lain sudah pun dicuba oleh syarikat ini akan tetapi teknik asas pengawetan dengan garam dan asap mrndapati bahawa minyak sawit ialah yang produk mee segers paling berkesan. Pada tahun 1958 syarikat Nissin melancarkan mi segera pertama di dunia dengan nama Chikin Ramen (ramen segera berperisa ayam) di Osaka. Kemudian satu lagi pencapaian telah diperolehi pada tahun 1971 apabila Nissin memperkenalkan mi cawan isitu sejenis mee segera di dalam bekas styrofoam kalis air yang boleh digunakan untuk memasak mi. Inovasi tersebut seterusnya termasuklah menambah sayur-sayuran kering di dalam cawan sehingga terciptanya hidangan sup dengan lebih lengkap. Menurut satu undian Jepun pada tahun 2000 dilaporkan mee segera menjadi ciptaan Jepun paling penting sepanjang abad. Karaoke telah menduduki tempat kedua, manakala cakera padat hanya menduduki tempat kelima. Dari info dilaporkan sehingga tahun 2005 lebih kurang 85 bilion hidangan mi segera dimakan di seluruh dunia setiap tahun. China memakan 44 bilion bungkus mee segera setahun atau 51% daripada jumlah di seluruh dunia dan ini diikuti dengan Indonesia (12 bilion) dan Jepun (5.4 bilion). Secara per kapita pula dilaporkan rakyat Korea Selatan paling banyak memakan mee segera iaitu 69 bungkus seorang setahun.
Dalam pada itu dilaporkan mee segera bukan sahaja popular di kalangan pelajar universiti malah boleh digunakan sebagai kayu pengukur tahap ekonomi. Pada tahun 2005 ada Indeks dimana Mama Noodles dilancarkan bagi menunjukkan jumlah jualan mi segera jenama Mama pengeluar terbesar di Thailand (Sila lihat foto disebelah). Indeks tersebut menjadi setabil sejak Krisis Kewangan Asia Timur akan tetapi jumlah jualan meningkat sebanyak 15% dalam 7 bulan pertama tahun 2005 yang mana ia dianggap sebagai petanda kemelesetan ekonomi. Rakyat tidak mampu membeli makanan yang lebih mahal dimana ini sekaligus mendorong kepada peningkatan jualan ramen. Dalam pada itu dikalangan ahli sains nutrisi berlaku krisis kebimbangan tahap kesihatan berlait makanan mee segera ini. Ramen pula adalah produk serupa jga sering dianggap sebagai makanan junk food. Sepinggan mi segera mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi tetapi rendah kandungan serat, vitamin dan mineral. Mi segera selalunya digoreng sebagai salah satu proses pengeluaran dimana ia boleh mengakibatkan kandungan lemak tepu yang tinggi dan/atau lemak trans. Mee aegera apabila ia dihidangkan dengan kuah segera ia selalunya mengandungi bahan perisa Monosodium Glutamate (MSG) selain kandungan natrium yang tinggi. Ada ilaporkan dimana kandungan ini selalunya melebihi 60% daripada U.S. RDA (1,200-1,440 mg). Sesetengah jenama mengandungi lebih 3,000 mg natrium dalam kes yang lebih teruk. Ini yang merbahaya jika makan mee segera terlalu kerap.
Sebenarnya sekarang ini banyak jenis makanan yang telah diproses tetapi ia masih lagi berkhasiat. Berlaku lagi aspek kebimbangan mengenai ramen berikutan dengan penggunaannya sebagai makanan asasi bagi ramai rakyat Amerika. Pelajar di universiti misalnya banyak memakan mi segera kerana ia adalah yang mudah didapati dimana harganya yang sangat murah (sekitar kurang dari RM1.00 sebungkus bagi mi segera jenama Maggi). Di Malaysia produk Mee Maggi amat mudah dibeli dan cepat disediakan selain dari ia mudah dibawa ke mana-mana. Produk ini telah menjadikannya menarik minat generasi muda yang kurang berduit serta kesuntukan masa. Terdapat dakwaan dimana ada yang mengatakan pelajar yang makan ramen sepanjang tahun akan menghidap masaalah skurvi. Dalam pada itu antara kontroversi paling terkini ialah mengenai kebimbangan terdapat kandungan dioksin dan bahan yang menyerupai hormon yang boleh didapati daripada pembungkus serta gam yang digunakan untuk membungkus mi segera. Sebaik sahaja air panas ditambah maka bahan yang bahaya tersebut boleh twru meresap masuk di dalam sup. Penyelidikan mendapati dimana terdapat banyak persatuan pengguna yang meminta agar kaedah pembungkusan mee segera tersebut diubah. Dalam pada itu satu lagi kebimbangan mengenai kesan buruk pengambilan mee segera terhadap kesihatan ialah produk mungkin boleh dikilangkan dengan lemak dan minyak teroksida dimana jika proses pembuatan tidak dilakukan dengan sempurna. Lemak dan minyak teroksida adalah bahan yang dilaporkan merbahaya kepada kesihatan boleh menggalakkan penghasilan neurotoksin serta menyebabkan sel-sel saraf kurang aktif. Semuga artikel dalam anim agro technology ini memberi sedikit info berguna mengenai mee segera dari segi sejarah dan pro serta con jika ianya diambil dengan kuantiti berlebihan. Wasallam!!!....
KENAL MEE SEGERA... BANYAK JENAMA...
BERASAL JEPUN... KINI SELURUH DUNIA...
PENGGUNA TERBANYAK... NEGARA CHINA...
KUAT MAKAN MI SEGERA..ORANG KOREA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(2 JamadilAkhir 1440H).

Catat Ulasan