MANGGA (Mangnifera indica) merupakan tanaman buah-buahan tropika yang popular di tanam di Malaysia sebagai tanaman komersil atau tanaman tidak komersil (sebagai tanaman didusun campuran). Penanaman mangga secara monokrop mula popular dijalankan di Melaka dan kemudian di Perak dengan varieti Chok Anan (MA224) serta di Perlis dengan varieti Harumanis (MA128). Pada masa ini terdapat seluas 6,060 hektar kawasan tanaman mangga di Malaysia dengan anggaran pengeluaran hasil sebanyak 17,758 tan metrik pada tahun 2018 (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Kawasan penanaman mangga paling luas berada di Perlis seluas 2,290 hektar dengan pengeluaran sebanyak 4,080 metrik tan diiukui dengan Negeri Sabah seluas 1,184 dengan pengeluaran sebanyak 2,999 metrik tan dan ketiga adalah Negeri Perak (499 hektar) dengan pengeluaran 5,484 metrik tan. Di Perak petani mereka mampu menghasilkan produktiviti tertinggi iaitu sekitar 12,200 kg sehektar terutama dari varieti Chok Anan yang didapati berbuah sepanjang tahun dibeberapa lokasi. Kebanyakan hasil mangga adalh untuk kegunaan domestik dimakan segar dan sebahagian lagi adalah untuk pasaran ekspot. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai 113 varieti mangga yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia dan 48 varieti mangga yang belum didaftarkan untuk dijadikan rujukan dan bacaan anda semua. Saya membuat penelitian ini daripada banyak sumber maklumat lama yang ada dicetak dalam buku lama dan menemubual ramai orang yang saya fikir berpengetahuan didalam mengenalpasti akan varieti tanaman mangga ini.
Pokok mangga adalah pokok yang sederhana tinggi iaitu sekitar 3-5m dan lazimya ia dicantas bagi mengawal ketinggiannya. Kebiasaannya didapati pokok yang ditanam dari anak benih cantuman adalah rendah berbanding dengan pokok mangga yang ditanam daripada biji. Ia juga mempunyai banyak cabang dengan kanopi luas. Daun pokok mangga ialah jenis mudah dan berbentuk lanseolate. Sesetengah varieti mangga mempunyai daun yang mana ia berombak di tepinya. Daun muda berwarna hijau pucat hingga hijau kemerahan muda (Daun muda) atau merah keunguan bergantung pada jenis. Bunga mangga kecil dan berwarna kuning atau kuning kemerahan. Bunga mangga dikeluarkan pada jambak iaitu di terminal atau aksil daun. Dalam sejambak bunga lazimnya ia mengandungi 500 - 4,000 kuntum bunga. Bunga jantan dan bunga hermafrodit terdapat pada jambak yang sama dalam kadar tertentu. Biasanya peratus bunga hermafrodit yang akan membentuk buah jauh kurang daripada bunga jantan. Tanaman mangga mempunyai pencirian yang berbeza mengikut varieti atau jenis mangga. Bagi varieti Chok Anan ia lazimya berbunga sepanjang tahun tetapi ada dua kali musim puncak mengikut lokaliti. Agen pendebungaan seperti angin, serangga dan sebagainya amat penting membantu proses pendebungaan ini. Di Perlis dilaporkan ikan busuk akan digantung pada pangkal pokok mangga harumanis untuk membolehkan lalat dan langau datang dimana ia membantu juga proses pendebungaan mangga harumanis.
Terdapat sebanyak 48 varieti mangga yang ditanam di dalam Stesyen-stesyen Jabatan Pertanian, Pusat Pertanian, MARDI, Institusi swasta dan individu yang masih belum didaftarkan dengan Jabatan Pertania seperti direkodkan. Kebanyakan varieti ini masih didalam peringkat pemerhatian pemiliknya atau baru dibawa masuk kedalam negara luar (jika ada). Ada kemingkinan dimana sebahagian daripada varieti tersebut mungkin sesuai didaftarkan dan boleh dikomersilkan jika ada data lengkap mengenai prestasi varieti tersebut. Satu varieti yang saya kenal adalah Mangga Sala yang memang ada ditanam terutama di Kedah dan Perlis. Mangga Sala juga dilaporkan mampu menghasilkan pendapatan baik kepada petani kerana ia mempunyai potensi hasil tuaian lebih tinggi daripada mangga harum manis walau pun harganya rendah sedikit. Proses pendaftaran varieti mangga dan buah-buahan lain perlu diteruskan untuk melihat kepelbagaian varieti mangga bagi tujuan biakbaka (Plant breeding), pemasaran dan kawalan penyakit serta perosak.
Jadual 8 pula sambungan varieti mangga yang belum berdaftar dari nombor 25 (Varieti Rad) sehingga Nombor 48 (Varieti Mangga Taiwan Red). Nama-nama varieti tersebut penulis blog dapati dan melihat macam jenis baru yang dibawa masuk daripada luar negara dan cuba ditanam di Malaysia. Didalam program pembiakbakaan mangga (Mango Plant Breeding) memang ada keperluan semua varieti mangga yang ada ini didaftarkan agar penyelidikan mendapatkan baka mangga baru yang lebih baik dapat dihasilkan. Sebaiknya semua varieti mangga yang telah dan belum didaftar ini ditanam didalam Bank Janaplasma (Germplasm) atau pun sebagai baka dimana akan datang. Mana tahu satu hari nanti varieti mangga yang disenaraikan akan menjadi popular dan dapat dikomersilkan. Semuga maklumat ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wallahualam!..
VARIETI BARU... SEBANYAK 48 ADANYA...
BELUM DAFTAR... LIHAT CIRI-CIRINYA...
DINILAI PRESTASI... DAFTAR KEMUDIANYA...
JADI SIMPANAN... JANAPLASMA NEGRA...
By,
M Anem
Senior Agronomist
Stesyen MARDI Serdang,
Serdang, Selangor,
Malaysia.
(21 Ramadan 1434H)
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Jadual 7 diatas menunjukkan beberapa varieti mangga daripada bilangan 1 (Varieti Mas Terengganu) sehingga yang ke 24 (Varieti Pandan) yang belum didaftarkan di Malaysia. Pendaftaran varieti tanaman di kawal oleh Jabatan Pertanian Malaysia didalam Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman yang berfungsi untuk mendaftarkan tanaman untuk tujuan kawalan. Pendaftaran tanaman ini dibawah National Plant Variety Listing juga berkait dengan Akta PVP 2014. Varieti mangga tersebut ada ditanam yang di dalam negara sama ada didalam Stesen Pertanian, MARDI atau ditanam oleh individu atau mana-mana syarikat. Ada juga kemungkinan mangga varieti tersebut sudah pupus kerana belum ada sistem semakan oleh Jabatan Pertanian terhadap koleksi varieti ini. Varieti dalam Jadual 7 diatas juga menunjukkan nama-nama agak unik dan boelh didaftarkan dengan nama lain oleh pemilik mangga yang sesuai dengan pencirian mangga tersebut. Kaedah sistem pencirian dan pendaftaran varieti mangga boleh digunapakai untuk sesiapa mereka mendaftarkan varieti tanaman tersebut dengan Jabatan Pertanian dengan mengisi Borang DK1 yang boleh didapati melalui Online secara percuma. atu pasukan encirian tanaman akan memeriksa varieti tersebut sebelum ianya didaftarkan di Jabatan Pertanian.

Catat Ulasan