Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca. Di popularkan di Burkina Faso kerana kawasan yang semi-gurun dan hujan yang tidak menentu. Di percayai di mulakan oleh Yacouba Sawadogo ( The Man Who Stopped The Desert ).

Zai Planting Pits atau Lubang Penanaman Zai berasal dari perkataan Zaigre yang bermakna " lift up the ground ".

Sangat minima teknologinya :
1. Korek lubang lebih kurang 25cm diameter x 20cm kedalaman x 90cm antara lubang
2. Masukkan sedikit kompos tinja haiwan
3. Masukkan 3 biji benih tanaman spt betari ( sorghum )


Tujuan lubang ialah untuk memerangkap (1) air bila hujan dan (2) tanah atas / sediment yang dibawa air serta (3) melembapkan tanah di sekitarnya. Teknik ini hanya bergantung kepada hujan yang tidak menentu di negara2 seperti di Afrika yang berdekatan kawasan gurun.

Zai Planting Pits boleh juga digabungkan dengan teknik pemerangkapan air yang lain seperti batu2 yang disusun memanjang untuk memperlahankan larian air hujan.

Sisa2 tanaman akan dijadikan sungkupan untuk lebih memperlahankan kadar kehilangan air tanah. Hasilnya, lama-kelamaan lebih banyak jenis tanaman dapat di tanam kerana kesuburan tanah makin meningkat.



Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top