Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
TANAMAN PADI PULUT  (Oryza sativa var. glutinosa) merupakan satu usaha baik yang dilakukan oleh seorang usahawan di Kerian, Perak sebagai satu bidangusaha pertanian yang boleh dijadikan contoh. Beliau dikenali dengan nama Mohd Khairi yang juga merupakan seorang pesawah berukmur 39 tahun menjalankan tanaman padi di Kg. Parit Tg Piandang, Kerian sejak 12 tahun lalu telah menanam dua musim padi pulut ini iaitu pada Musim 2/2018 dan Musim 1/2019. Penulis blog yang berkesempatan melawat Pusat Pertanian Titi Serong ada meninjau lokasi penanaman padi pulut tersebut untuk melihat sendiri usaha beliau yang mendapat bantuan khidmat nasehat teknikal daripada Jabatan Pertanian. Jenis padi pulut yang ditanam adalah Pulut Siding (MR47) iaitu hasil kacukan diantara Pulut Sutera dengan Ria dan Tina yang mana ia telah diistiharkan pada tahun 1981 oleh MARDI. Padi ini dilapor mempunyai tempoh jangkamasa matang selama 135 - 143 hari. Ia memberikan hasil beras panjang berbentuk slender (kecil) dengan jumlah beras penuh (headrice) yang lebih tinggi daripada padi pulut varieti Pulut Malaysia 1. Beliau yang menanam dengan cara mencedung (mengubah) mampu membeikan hasil yang baik berbanding dengan jika dia tanam dengan kaedah tabur terus dan ini juga ianya menjimatkan kos benih padi pulut. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya terus menulis mengenai satu kajian kes penanaman padi pulut oleh usahawan Mohd Khairi bin Abd Rahman sebagai satu bahan rujukan semua pembaca blog ini.


Penanaman disawah Kg Parit, Tg Piandang, Kerian ini dikawasan Jelapang Padi IADA Krian Sg Manik. Benih padi pulut yang digunakan adalan rendah dimana pada musim penanaman 2/2018 sebanyak 20 kg biji benih padi pulut digunakan bagi keluasan 1 hektar sementara bagi musim berikutnya iaitu Musim 1/209 beliau hanya gunakan benih pada kadar 10 kg/0.8 hektar. Benih ini beliau perolehi daripada rakannya yang ada menanam padi MR47 ini di IADA Ketara Terengganu sebanyak 300 kg. Kaedah penyediaan benih dilakukan dengan menyemainya dalam  dulang semeian (tray) dimana sebiji benih diletakkan dalam satu lubang untuk selama 7 hari. Dia akan meredih benih selama 21 hari dimana pokok akan beranak dan kemuian dipecahkan anak padi ini di sawah untuk tujuan penjimatan benih (alasan adalah kekurangan benih). Dari kiraan kasar  beliau sebanyak 5,200 kg benih diperlukan bagi keluasan seluas 260 hektar jika hendak menanamnya dikeseluruhan skim sawah dikampong tersebut. Isu kesukaran dalam mendapatkan benih padi pulut MR47 merupakan kekangan didalam usaha menanam padi pulut ini. Ini kerana aktiviti penanaman padi pulut di Malaysia amat kurang dibuat dan tidak ada pembekal benih pulut untuk mendapatkan benih. Kemungkinan perlu ada pihak berkuasa atau usahawan yang boleh menghasilkan benih padi pulut jika tanaman ini hendak dikembangkan dikawasan lebih luas


Pengusaha ini menggunakan Pakej Teknologi Tanaman Padi sedia ada dan disesuaikan dengan tanaman padi pulut seperti yang dinasihatkan oleh Pegawai teknikal Jabatan Pertanian Titi Gantung. Fasa pertama adalah fasa menanam dengan kerja mengubah menggunakan kuku kambing. Fasa semaian dilakukan pada awal sebelum menanam (0HLT) dimana pembajaan 6 beg baja campuran dilakukan selepas menanam iaitu pada 5HLT. Maximum Tillering berlaku pada 40HLT dimana kawalan serangga dengan racun Volium + Akira + Renox disembur pada 10HLT. Pada 20HLT disembur racun Match + Takumi + Antracol dan Renox. Perigkat Panicle formatian padi Pulut MR47 berlaku pada 50HLT. Program pembajaan dibuat pada 30HLT dengan 1 beg Urea + 5 baja tambahan  dan semburan racun Fenterra. Pada 35HLT disembur lagi racun Match + Sumibasa + Balas + Renox.  Pembajaan berikutnya dilakukan pada 50HLT denan 4 beg baja tambahan.  Pada umur padi pulut 60HLT disembur racun Match + Alika + Plenium + Score + Renox Power-K. Seterusnya pada 90HLT pula disembur racun Sumibasa + Score + Renox Power-K. Kesemua amalan agronomi ini dilakukan mengikut jadual sehinggakan hasil diperolehi mencecah kepada 5.2 mt (5,200 kg) sehektar pada musim 2/2018 dan musim ke 2 akan dituai Jun 2019 (Artikel ditulis Mei 2019)


Berdasarkan kepada data kos pengeluaran dan pendapatan dari musim pertama penulis blog telah membuat analisa. Kajian kes menunjukkan dimana kos pengeluaran bagi sehektar tanaman padi pulut MR47 oleh Mohd Khairi ini adalah sebanyak RM4,004.00. Kos ini diperingkat semaian kos menabur benih (RM60), Meredih (RM150), Membaja Semaian (RM14) dan juga Mengorek Semaian (RM300). kemudian peringkat seterusnya kos menanam (RM1,400 - komponen kos tenagakerja paling tinggi), Membajak kering (RM360), Membajak basah (RM200), Menabur Baj Campuran (RM140), Meracun sebanyak 5 kali (RM400), Menabur Baja Tambahan (RM80) dan juga kerja menuai (RM600). Kos pembelian semua bahan input seperti baja dan racun adalah sebanyak RM425/ha dimana ini menjadikan Jumlah Kos Pengeluaran penanaman padi pulut beliau sebanyak RM4,429.00/hektar. Hasil diperolehi untuk musim 2/2018 sebanyak 5,200 kg sehektar dan dijual dengan harga runcit RM5.00/kg menjadikan pendapatan kasar beliau sebanyak RM26,000/ha. Setelah ditolak dengan jumlah kos pengeluarn maka jumlah pendapatan bersih beliau sebanyak RM21,571 /hektar untuk tempoh 4 bulan atau purata RM5,392/bulan. Analisa kadar pulangan (BC RAtio) bagi pesawah ini dikira sebantak 4.87 bermakna setiap seringgit dilaburkan memberikan pulangan RM4.87 iaitu kadar sangat baik. Semua beras pulut ini diproses sendiri pengusaha dengan mesin sendiri dan dibungkus untuk dijual kepada pengguna tempatan. Daripada analisa diatas menunjukkan penanaman padi pulut dilihat berpotensi untuk dikomersilkan bagi memenuhi pengeluaran padi pulut tempatan. Semuga Mohd Khairi akan terus berjaya dalam penanaman padi pulut ini. Semua anda mendapat info berguna dari anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
PULUT SIDING ... MR47 DITANAMNYA...
DI TG PIANDANG PERAK.. LOKASINYA...
DUA MUSIM... LUMAYAN HASILNYA...
DIJADIKAN RUJUKKAN...OLEH SEMUA...

By,
MA Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Ramadan 1440H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top