Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
TANAMAN KACANG SOYA atau KEDELAI (Glycine max (L.) Merill) di Indonesia setiap tahun selalu meningkat seiring dengan pertambahan penduduk dan tambahbaik pendapatan perkapita. Bagaimana pun masih diperlukan bekalan kacang soya tambahan di Indonesia yang harus diimport disebabkan pengeluaran dalam negara merka masih belum mencukupi akibat banyaknya industri makanan brasasakan kacang soya dinegara tersebut dimana antara yang sangat popular iaitu TEMPE. Walau pun tahap pengeluaraan kacang soya dan kawasan tanaman telah diperluas dan produktivitinya ditingkatkan namun permintaan juga terus meningkat untuk kecukupan mandiri. Kini pihak berkuasa mereka membuat kempen kepada petani memperluaskan tanman kacang soya dengan agressif. Kacang Soya atau Kedelai merupakan tanaman diercayai natif atau berasal dari Cina dan telah ditanam oleh manusia sejak 2500 SM. Pada awal abad ke-19 dilaporka tanaman kacang soya disebarrluas kebeberapa negara pengeluar utama kacang soya seperti Jepun, Korea, Indonesia, India, Australia dan Amerika (USA). Kedelai mulai dikenal di Indonesia sejak abad ke-16 dimana pada peringkat awal pengenalannya adalah dikawasan di Pulau Jawa dan ianya kemudian berkembang ke Bali, Nusa Tenggara dan ke beberapa buah Pulau lainnya. Dahulu tanaman kedelai dikenali dengan beberapa nama botani seperti Glycine soja dan Soja max. Namun pada tahun 1948 telah disetujupakai nama botani yang dapat diterima sebagai Glycine max (L.) Merill. Kementerian Pertanian Indonesia sasarkan produktiviti kedelai boleh mencapai 2.9 ton/ha pada tahun 2018. Jika target tersebut tercapai ini bemakna Indonesia akan mencapai target saaradiri kedelai. Kenyataan Kementerian Pertanian mengatakan penanaman di kawasan tanaman baru pada Oktober 2017 dan produktivitinya dicatitkan sebanyak 1.5 tan/ha akan mendorong peningkatan hasil kacang soya tempatan. Pada masa ini jumlah keperluan kedelai nasional di Indonesia sebanyak 2.4 juta tan metrik. Disasarkan kawasan baru tanaman kacang soya ini seluas daripada 500,000 hektar (2017) kepada seluas 710,000 hektar pada tahun 2019 dengan bajet sebanyak Rp1.3 trilliun. Bantuan kerajaan ini sebanyak Rp1.3 trilliun adalah berbentuk subsidi benih, baja dan juga Rhizobium bagi kawasan tanaman baru sluas 300,000 hektar pada 2019. Kawasan sasaran adalah terletak di 20 propinsi iaitu di Smatera (153,000 ha), Jawa (130,000 ha), Kalimantan (27,000 ha), Sulawesi (110,000 ha) dan NTT/NTB (80,000 ha). Disasarkan ia akan mampu menghasilkan kacang soya sebanyak antara 800,000 - 1 juta metrik tan setahun dengan tahap produktiviti disasarkan sekitar 2.5 - 3.0 mt/ha. Projek ini dijangka mampu mengurangkan kebergantungan pada  import kacang soya dari luar negara terutamanya dari USA. Apa pun di Malaysia masih belum ada kempen atau galakkan penanaman kacang soya seperti di negara jiran. Artikel subuh ini saya berusaha menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai cara menanam tanaman kacang soya untuk rujukkan semua terutamanya petani di Malaysia yang inginkan info.


Tanaman kacang soya atau kedelai sesuai tumbuh di berbagai jenis agro-ekosistem dengan jenis tanah, kesuburan tanah, iklim, dan pola tanam yang berbeza. Bagaimana pun amalan agronomi yang dijalankan adalah berlainan diantara satu agro-ekosistem dengan agro-ekosistem yang lain. Perkara inilah yang menyebabkan disediakan hingga adanya satu spesifikasi cara bertanam soya atau kedelai. Kini petani hanya perlu mengikuti langkah-langkah utama yang harus diperhatikan dalam bertanam kedelai seperti peringkat pemilihan benih, penyediaan tanah penanaman, amalan agronomi sehingga kepada penuaian dan penyimpanan hasil. Paling asas dalam menanam kacang soya adalah Proses Pemilihan Benih. Ini kerana kualiti benih sangat menentukan keberhasilan usaha tani menanam kedelai. Pada penanaman kedelai biasanya biji atau benih ditanam secara langsung sehingga apabila kadar pertumbuhnya rendah dan jumlah populasi pokok sehektar kurang akan menjejaskan hasil keseluruhannya. Ini disebabkan pokok kacang soya sebenarnya tidak dapat membentuk anak sehingga apabila benih tidak tumbuh maka tidak dapat ditutup oleh tanaman yang ada. Dalam pada itumasaalah ini dilakukan agar dapat memberikan  hasil yang memuaskan maka petani mesti memilih varieti kedelai yang sesuai dengan keperluan sebenar dan ia mampu beradaptasi dengan keadaan kebun. Semestinya dapatkan benih soya yang sudah mendapat piawaian atau akreditasi. Pemilihan varieti kedelai mesti ambilkira aspek jangkamasa umur tuaian, ukuran dan warna biji serta tahap adaptasi terhadap kadar pertumbuh benih yang tinggi. Benih yang baik mesti mempunyai masa menuai yang pendek dalam pola tanam pada agro-ekosistem yang ada. Ia menjadi penting untuk mengelakkan terjadinya pergeseran semasa mula tanam setelah soya/kedelai dituai kelak. 


Semasa memilih benih dan varieti soya pastikan mempunyai ukuran dan warna biji. Ukuran dan warna biji varieti yang ditanam harus sesuai dengan permintaan pasar di daerah sekitar sehingga setelah menuai akan tidak susah dalam menjual hasilnya. Benih atau varieti ini sebaiknya bersifat aditif  dimana untuk kawasan penanaman tertentu misalnya di tanah asidik hendaklah memilih varieti kedelai unggul yang mempunyai tingkat adaptasi tinggi terhadap tanah asidik sehingga akan diperolehi hasil optima seperti varieti Tanggamus dipilih untuk kawasan khusus. Demikian juga apabila kedelai ditanam di kawasan dimana banyak terdapat serangga ulat grayak (tempat kita dipanggil sebagai ulat ratus) maka pemilihan varieti tahan daripada serangan ulat grayak amat menguntungkan seperti varieti Ijen. Selain itu varieti yang ditanam tersebut harus sudah bersifat aditif dengan keadaan kebun yang akan ditanam sehingga tidak mengalami akan masaalah penanamnnya. Pemilihan varieti kacang soya yang unggul berbeza dari satu lokasi kelokasi lain bergantung kepada banyakk faktor. Apa yang penting adalah petani mampu menghasilkan penuaian tinggi dengan biji soya yang berkualiti.


Perkara asas sebelum memulakan penanaman kacang soya adalah aktiviti pemilihan kawasan sesuai dan juga penyediaan tanah. Ini kerana tanaman kedelai biasanya ditanam pada tanah kering (tegalan) atau tanah sawah. Cara sediakan tanah kering sebaiknya akan dilakukan pada akhir musim kemarau, akan tetapi jika menanam pada tanah sawah sebaiknya dilakukan pada musim kemarau. Persiapan tanah untuk penanaman kedelai di sawah sesuai dibuat  secara sederhana. Mula-mula jerami padi yang tersisa disawah akan dibersihkan dan kemudian dikumpulkan dan dibiarkan kering. Seterusnya dibuat petak atau batas tanaman dengan lebar 3 m - 10 m dimana ukuran panjangnya disesuaikan dengan keadaan kebun (Sila lihat foto disebelah). Diantara batas atau petak penanaman dibuat sistem saliran selebar 25 cm - 30 cm dengan kedalaman 30 cm. Tanah ini dibiarkan selama 7-10 hari dimana kemuidan tanah sudah sedia untuk siap ditanam. Bagaimana pun jika tanah tersebut berupa lahan kering atau tegalan sebaiknya dilakukan peenyediaan asas tanah terlebih dahulu. Tanah tersebut boleh dicangkul atau dibajak sedalam 15 cm - 20 cm secara manual atau dirotor dengan jentera. Di sekeliling kebun itu perlu dibuat parit selebar 40 cm dengan kedalaman 30 cm. Seterustnya perlu dibuat batas tanaman dengan panjang antara 10 cm - 15 cm, lebar antara 3 cm - 10 cm, dan tinggi 20 cm  - 30 cm. Antara batas yang satu dengan yang lain (kanan dan kiri) dibuat parit selebar dan sedalam 25 cm. Antara batas tanaman di belakangnya dibuat parit selebar 30 cm  dengan kedalaman 25 cm. Tanah yang sedia ditanam ini diperiksa kadar kemasaman tanah dimana jika pH rendah akan dibubuh kapor. Untuk jenis kedelai manis (edamame) maka jarak tanaman disyorkan adalah 40 cm x 40 cm. Tanaman kedelai edamame dan koratame diberi baja asas berupa Urea sebanyak 600 kg - 800 kg, TSP 600 kg � 800 kg dan KCl 400 kg per hektar. Baja asas ini disebarkan merata pada batas tanam. Untuk mengelakkan serangan serangga perosak sebaiknya semasa penanaman benih diberikan rawatan dengan Furadan, Curater atau Indofuran ke dalam lubang tanam. 


Fasa terakhir adalah proses penanaman kacang soya. Cara tanam yang terbaik untuk memperoleh produktiviti yang tinggi iaitu dengan membuat lubang tanam memakai tugal dengan kedalaman antara 1.5 - 2 cm. Setiap lubang tanam diisi sebanyak 3 - 4 biji dan dimana biasanya hanya 2 biji yang akan tumbuh (Sila lihat foto disebelah). Walau pun cara menanam kebanyakannya manual akan tetapi ada petani yang menggunakan mesin 'seeder'. Penelitian di kebanyakan kebun mendapati bahawa setiap lubang tanam diisi 5 biji walau pun ada petani yang bubuh sampai 7 - 9 biji dimana ia ada merugikan dan memboroskan benih tanaman. sehingga terjadi pemborosan benih yang cukup banyak. Pertumbuhan tanaman soya/kedelai mengalami etiolisasi sehingga dapat mengakibatkan tanaman soya ini menjadi mudah tumbang. Keperluan benih yang optima dengan kadar pertumbuhan lebih dari 90% adalah dianggarkan sebanyak  kadar 50 � 60 kg/ha. Penanaman ini dilakukan dengan jarak tanaman iaitu 40 cm x 10 - 15 cm (Sila rujuk jadual dibawah). Pada tanah yang agak subur disyorkan agar jarak tanaman dalam barisan dijarangkan kepada 15 - 20 cm. Kepadatan tanaman yang optima adalah berkisar 400,000 - 500,000 pokok tanaman per hektar. Penyusunan arah tanaman kacang soya sebaiknya diaturkan mengikut arah timur-barat atau utara selatan walau pun sebenarnya ia tidak pun memberikan sebarang perbezaan nyata.  Apa yang terpenting iaitu arah tanaman soya ini seharusnya sejajar dengan arah saliran pengairan dan saliran air keluar dari kebun dimana ini menyebabkan tidak ada air tergenag dalam kebun. 



Penjagaan dan amalan agronomi untuk tanaman kacang soya penting bermula sejak menanam sehingga penuaian hasil. Biasanya untuk tujuan mengurangkan kesan penguapan tanah (Soil Respirition) maka diberikan akan sungkupan dengan gunakan jerami kering (Sila lihat foto disebelah). Bahan sungkupan ini juga sebaiknya ditebarkan di antara barisan tempat penanaman benih dengan ketebalan antara 3 cm - 5 cm. Seminggu setelah dibuat penanaman perlu dilakukan kerja-kerja penyulaman. Penyulaman bertujuan untuk mengganti benih kedelai yang mati atau tidak tumbuh. Kelewatan dalam menyulam mengakibatkan tahap pertumbuhan tanaman yang jauh berbeza. Tanaman kedelai sangat memerlukan air semasa benih bercambah (0 - 5 hari setelah tanam), peringkat awal vegetatif (15 - 20 hari), masa pembungaan dan pembentukan biji (35 - 65 hari). Pengairan sebaiknya dilakukan pada pagi atau petang sama ada dengan menggenangi saliran air selama 15 - 30 minit atau pasang sprinkler bagi yang mampu. Air yang berlebihan mesti dibuang melalui saliran pembuangan. Jangan sampai terjadi tanah terlalu lembap dan terkepong dan sebaiknya ia jangan sampai kering. Jika kekurangan air berlaku maka tanaman akan terencat didalam proses pertumbuhannya dan menjejaskan hasil yang akan didapati kelak.


Semasa tanaman berumur 20 - 30 hari setelah tanam perlu dibuat kawalan rumpai. Kawalan rumpai dilakukan dengan aktiviti pembajaan iaitu penting dibuat. Kawalan rumpai ini dibuat untuk kali pertama semasa membaja susulan dan untuk kali kedua dilakukan setelah tanaman kacang soya ini selesai berbunga. Kawalan rumpai dilakukan dengan cara manual iaitu mencabut rumput yang tumbuh menggunakan tangan atau tajak (kored). Selain itu perlu dilakukan aktiviti untuk menggemburkan tanah. Penggemburan tanah ini dilakukan secara hati-hati agar tidak merosakan sistem perakaran tanaman. Pemberian baja susulan dilakukan semasa tanaman berumur 20 - 30 hari setelah tanam. Pemberian baja susulan hanya dilakukan pada tanah yang kurang subur sahaja. Baja yang digunakan adalah Baja Urea sebanyak 50 kg/ha. Baja ini diberikan dalam jajaran di antara barisan tanaman kedelai dimana selanjutnya ia ditutup dengan tanah. Bagi kedelai Jepun pula perlu diberikan baja susulan iaitu dengan kombinasi Baja Urea, TSP dan KCl yanb mana masing-masing sebanyak 200 kg/ha. Bagi meningkatkan hasil pengeluararan kedelai boleh menggunakan bahan ZPT (Zat Pengatur Tumbuh) dan PPC (Pupuk Pelengkap Cair) atau dalam bahasa kita baja foliar dan hormon dengan dos disesuaikan dengan arahan pada label pembungkusan. anjuran. Semuga artikel iini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NAMA KEDELAI... ITU KACANG SOYA...
LUAS DITANAM...DINEGARA INDONESIA..
TEKNOLOGI TANAMAN... SUDAH ADA...
MARI MEMBACA... TAMBAH ILMU SEMUA..


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka,
Melaka, Malaysia.
(6 Syawal 1440H).
Posted From,
Room 1610, Mayor Suite Room,
The Imperial Heritage Hotel,
Bandar Hilir, Melaka.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top