Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
TANAMAN KACANG SOYA atau KEDELAI (Glycine max (L.) Merill) di Indonesia setiap tahun selalu meningkat seiring dengan pertambahan penduduk dan tambahbaik pendapatan perkapita. Bagaimana pun masih diperlukan bekalan kacang soya tambahan di Indonesia yang harus diimport disebabkan pengeluaran dalam negara merka masih belum mencukupi akibat banyaknya industri makanan brasasakan kacang soya dinegara tersebut yang sangat popular iaitu TEMPE. Walau pun tahap pengeluaran kacang soya dan kawasan tanaman telah diperluas dan produktivitinya ditingkatkan namun permintaan juga terus meningkat untuk kecukupan mandiri. Kini pihak berkuasa mereka membuat kempen kepada petani memperluaskan tanman kacang soya dengan agressif. Kacang Soya atau Kedelai merupakan tanaman dipercayai natif atau berasal dari Cina dan telah ditanam oleh manusia sejak 2500 SM. Pada awal abad ke-19 dilaporka tanaman kacang soya disebar luas kebeberapa negara pengeluar utama kacang soya seperti Jepun, Korea, Indonesia, India, Australia dan Amerika (USA). Kedelai mulai dikenal di Indonesia sejak abad ke-16 dimana pada peringkat awal pengenalannya adalah dikawasan di Pulau Jawa dan ianya kemudian berkembang ke Bali, Nusa Tenggara dan ke beberapa buah Pulau lainnya. Dahulu tanaman kedelai dikenali dengan beberapa nama botani seperti Glycine soja dan Soja max. Namun pada tahun 1948 telah disetujupakai nama botani yang dapat diterima sebagai Glycine max (L.) Merill. Kementerian Pertanian Indonesia sasarkan produktiviti kedelai boleh mencapai 2.9 ton/ha pada tahun 2018. Jika target tersebut tercapai ini bemakna Indonesia akan mencapai target saradiri kedelai. Kenyataan Kementerian Pertanian mengatakan penanaman di kawasan tanaman baru pada Oktober 2017 dan produktivitinya dicatitkan sebanyak 1.5 tan/ha akan mendorong peningkatan hasil kacang soya tempatan. Pada masa ini jumlah keperluan kedelai nasional di Indonesia sebanyak 2.4 juta tan metrik. Disasarkan kawasan baru tanaman kacang soya ini seluas daripada 500,000 hektar (2017) kepada seluas 710,000 hektar pada tahun 2019 dengan bajet sebanyak Rp1.3 trilliun. Bantuan kerajaan ini sebanyak Rp1.3 trilliun adalah berbentuk subsidi benih, baja dan juga Rhizobium bagi kawasan tanaman baru sluas 300,000 hektar pada 2019. KAwasan sasaran adalah terletak di 20 propinsi iaitu di Smatera (153,000 ha), Jawa (130,000 ha), Kalimantan (27,000 ha), Sulawesi (110,000 ha) dan NTT/NTB (80,000 ha). Disasarkan ia akan mampu menghasilkan kacang soya sebanyak antara 800,000 - 1 juta metrik tan setahun dengan tahap produktiviti disasarkan sekitar 2.5 - 3.0 mt/ha. Projek ini dijangka mampu mengurangkan kebergantunga import kacang soya dari luar negara terutamanya dari USA. Apa pun di Malaysia masih belum ada kempen atau galakkan penanaman kacang soya seperti di negara jiran. Artikel subuh ini saya berusaha menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai Perosak dan Penyakit tanaman kacang soya untuk rujukkan semua terutamanya petani di Malaysia yang inginkan info.


Perosak dan Penyakit Tanaman Kacang Soya berlaku disepanjang jangkahayat tanaman dan penyimpanan di setor. Pertumbuhan tanaman kacang soya yang optima tidak akan meebfgsilkan produktiviti yang baik apabila berlaku serangan perosak dan penyait. atau masaalah ini tidak dapat dikendalikan dengan baik. Diantara perosak yang menyerang kacang soya seperti Lalat Kacang, Lalat Buah, Ulat Grayak (Ulat Ratus), Cengkerik, Ulat Gulung Daun, Ulat Jengkal, Ulat Pengorek Lengai, Ulat Buah, Kutu Daun, Kutu Kebul dan Kepik Hijau. Serangga pertama adalah Lalat benih aau Lalat kacang (Ophiomya phaseoli tryon) dimana lalat anakbenih ini biasanya akan menyerang benih soya yang baru ditanam dan belum tumbuh (Sila lihat foto disebelah). Benih yang diserang dilihat ada tanda terdapat lubang-lubang kecil bekas gigitan. Serangan ini boleh menyebabkan bijibenih tidak tumbuh dan jadi busuk. Serangga ini Tanda serangan pada pokok muda yang baru tumbuh dilihat jika terdapat daun yang berlubang-lubang tidak teratur. Kaedah kawalan dengan dengan laksana akan sanitasi kebun dan cara  penggiliran tanaman. Benih juga sebaiknya dicampur dengan racun serangga seperti Lannate atau Metindo sebelum ia ditanam. Campurkan 10 kg benih dengan 100 gram racun kimia tersebut. Pengawalan dengan kaedah penyemburan yang dilakukan jika lalat benih dilihat telah menyerang tanaman yang baru tumbuh atau pun taaman kacang soya yang masih muda. Perosak ke 2 adalah Lalat Buah (Bactocera umbrussa) yang menyerang buah kaacang ssoya dan ia akan menyebabkan buah lengai jadi busuk. Telur lalat buah disimpan didalam buah lengai (polong) dan akan menetas menjadi larva. Larva inilhah yag mana ia kemudian menyerang polong hingga polong menjadi busuk dan rontok. Kawalan dapat dilakukan dengan pemasangan perangkap lalat buah dan penyemburan racun serangga yang ada bahan aktif Profenofos atau Dimetoate yang dicampur dengan racun serangga jenis Metomil. Lakukan penyemburan ini bermula semasat terbentuknya buah dengan interval 3 hari sekali.


Perosak ke 3 adalah Ulat Ratus atau di Indonesia dipanggil sebagai Ulat Grayak (Spodotera litura F). Ulat grayak sering menyerang dan merusak seluruh bagian tanaman, mulai dari daun, batang dan buah. Serangan ulat grayak jika sudah terlanjur parah akan menyebabkan tanaman mati dan kemudian mengering.
Kawalan perosak dapat dilakukan dengan sanitasi yang baik, pergiliran tanaman dan penyemburan racun serangga seperti Racun jenis Regent, Metindo, Larvin, Curacron atau racun Prevathon (semua dipasarkan di Indonesia) dengan interval 3 hari sekali. Gunakan dos..yang sesuai yang disyorkan dan tetera pada label.  Serangga ke 4 yang perlu dikawal adalah Serangga Oteng-oteng (Penggerek Daun) dimana ia akan menyerang dan merosakkan daun tanaman kacang soya (Sila lihat foto disebelah). Ia menyerang baik daun muda maupun daun tua. Serangan lebih kerap akan terjadi pada daun tanaman muda. Serangan menyebabkan daun berlubang-lubang dimana ia kemudian daun akan mengering dan mati. Cara kawalan serangga ini adalah dengan cara sanitasi dan pergiliran tanaman yang bukan sama jenis. Penyemburan boleh dilakukan dengan cara menggunakan racun serangga jenis seperti regent, metindo, larvin, curacron atau prevathon dengan interval 3 hari sekali. Gunakan dos semburan sesuai seperti yang ditulis pada label botol racun serangga tersebut.


SeranggaPerosak Tanaman Kacang Soya yang ke 5 adalah dikenali Ulat  Penggulung Daun (Lamprosema indiva F) dimana ulat ini akan menyerang dan merosakkan bahagian daun dengan menggulungnya. Apabila gulungan daun dibuka akan kelihatan ulat berwarna hijau degan tahinya terkumpul (Sila lihat foto disebelah). Tanda serangan dapa dilihat jika terdapat daun-daun tanaman kedelai yang menggulung. Srerangga ini terdapat pada daun yang menggulung tersebut dimana ia kemudian akan memakan daun dan tulang daun dan menyebabkan daun menjadi rosak. Kaedah kawalan dapat dilakukan dengan penggiliran tanaman, sanitasi dan penyemburan racun serangga seperti menggunakan  regent, metindo, larvin, curacron atau prevathon dengan interval 3 hari sekali. Gunakan dos yang sesuai seperti ditulis pada label botol. Jenis Perosak ke 6 adalah Ulat Jengkal (Chryssodeixis chalcites esp) dimana lazimnya ulat jengkal adalah sejenis pemangsa segala jenis tanaman (polifag). Larva ulat jengkal menyerang seluruh bagian tanaman terutama daun muda. Serangan mengakibatkan daun-daun yang rosak berlubang-lubang tidak beraturan. Kaedah kawalan dilakukan dengan sanitasi yang baik dan penyemburan racun serangga seperti jenis regent, matador, decis, metindo, larvin, curacron atau prevathon dengan interval 3 hari sekali. Gunakan dos sesuai seperti direkomendasi yang tetera pada botol tersebut. Jenis serangga ke 7 adalah Penggerek Buah atau Penggerek Polong (Etiella zinckenella treit) dimana serangga ini akan  menyerang buah lengai (polong) dan tinggal didalamnya. Serangan menyebabkan polong menjadi busuk dan rosak. Serangan pada bunga akan menyebabkan tanaman tidak dapat membentuk polong. Kawalan dapat dilakukan dengan pengggiliran tanaman, sanitasi dan penyemburan dengan cara menggunakan racun serangga seerti regent, metindo, larvin, curacron atau prevathon dengan interval 3 hari sekali. Gunakan dos yang sesuai seperti rekomendasi.


Musuh tanaman kacang soya ke 8 adalah Ulat Buah Lengai atau Ulat Polong (Heliothis armigera hbn). Ulat polong memiliki cara serangan yang mirip dengan ulat penggerek polong iaitu ia tinggal didalam polong dan larva akan memakannya (Sila lihat foto disebelah). Serangan menyebabkan polong berlubang dan rosak. cara kawalan dengan jadual penanaman yang serentak,  amalkan sanitasi, rotasi tanaman dan penggunaan racun seranggaa. Penyemburan boleh dilakukan dengan menggunakan racun seragga seperti regent, metindo, larvin, curacron atau prevathon dengan interval 3 hari sekali. Gunakan dos sesuai seperti disyorkan pada label. perosak ke 9 dikenlalpasti sebegai Kutu Daun (Aphids). Kutu daun menyerang tanaman dengan cara menghisap cairan daun dan kesan ini menyebabkan daun tanaman menjadi keriting. Serangan kutu daun mengakibatkan tanaman tumbuh kerdil, terbantut dan menurunkan produktiviti. Kawalan dilakukan dengan sanitasi yang baik, rotasi tanaman dan penyembur racun serangga sepeti yang ada bahan aktif abamectin. Beberapa jenis insektisida dengan bahan aktif abamectin antara lain demolish, bamex, numectin, promectin atau agrimec. Ke 10 adalah erosak dinamakan Kutu Kebul (Bemisia tabacci) dimana serangan kutu kebul menyebabkan pertumbuhan tanaman terbantut dan kerdil. Kutu kebul berkumpul dibawah daun dan menyebabkan daun mengkerut dan menguning.  Cara kawalan dapat dilakukan dengan sanitasi yang baik, rotasi tanaman dan penyemburan racun serangga berbahan aktif abamectin. Beberapa jenis insektisida dengan bahan aktif abamectin antara lain demolish, bamex, numectin, promectin atau agrimec. Serangga Perosak tanaman soya yang terakhir disenaraikan menyerang kacang soya di Indonesia adalah seperti Kepik Hijau (Nezara viridula) atau di Malaysia dipanggil kesing atau Pianggang. Kepik hijau biasanya berkumpulan dibahagian bawah daun. Hama ini menyerang dan merosakkan polong dan menyebabkan polong akan jadi mengempis dan kering. Cara kawalan dilakukan dengan penyemprotan insektisida berbahan aktif metomil yang dicampur dengan insektisida berbahan aktif Profenofos. Lakukan penyempburan pada masa pagi hari dengan interval 3 hari sekali.


Dalam kategori penyait pula terdapat beberapa yang menyerang kacang soya. Pertama adalah Penyakit Layu Bakteria yang disebabkan oleh patogen dikenali  Pseudomonas solanacearum. Penyakit PLB ini akan menyerang pangkal batang pokook. ia sellau menyerang semasa tanaman berumur 2-3 minggu. Penularan patogen ini adalah melalui tanah dan sistem pengairan. Tanda serangan dimana pokok akan layu mendadak bila kelembaban terlalu tinggi dan jarak tanam rapat. Pencegahan dan kawalan dilakukan dengan menanam bijibenih yang ditanam sebaiknya dari varieti yang tahan layu dan kebersihan sekitar tanaman dijaga, pergiliran tanaman dilakukan dengan tanaman yang bukan merupakan tanaman sama untuk penyakit tersebut. Belum ada kaedaj kawawan apabila diserang. Penyakit yang ke 2 adalah  Penyakit Layu disebabkan sendawan tanah (Sclerotium rolfsii) dimana penyakit ini menyerang tanaman umur 2-3 minggu iaitu semasa keadaan udara lembab dimana tanaman berjarak sanat  rapat. Tanda seranan dimana daun sedikit demi sedikit layu seterusnya menguning. Penularan melalui tanah dan irigasi. Kawalan dengan menanam varieti yang tahan lasak atau menyembur racun kimia seperta Dithane M 45 dengan dos 2 gram/liter air. Penyakit yang ke 3 adalah Peyakit Lapu (Witches Broom: Virus) Penyakit ini menyerang polong menjelang berisi. Penularan melalui sentuhan tanam akibat jarak tanam terlalu dekat. Tanda serangan dilihat dimana bahagian bunga, buah dan daun mengecil. Kawalan dengan menyemburkan bahan kimia iaiu Tetracycline atau Tokuthion 500 EC. Penyeit ke 5 adalah jenis Penyakit Anthracnose (berpunca dari cendawan Colletotrichum glycine Mori) Penyakit ini menyerang daun dan polong yang telah tua. Penularan dengan perantaraan biji-biji yang telah kena penyakit, lebih parah jika cuaca cukup lembab. Tanda serangan adalah dimana daun dan polong bintik-bintik kecil berwarna hitam, daun yang paling rendah rontok, polong muda yang terserang hama menjadi kosong dan isi polong tua menjadi kerdil. kawalan dengan cara perhatikan pola pergiliran tanam yang tepat; menyembur racun Antracol 70 WP, Dithane M 45, Copper atau Sandoz. Penyakit ke 5 adalah  Penyaklit Karat yang disebbkan oleh cendawan Phachyrizi phakospora. Penyakit ini menyerang daun. Penularan dengan perantaraan angin yang menerbangkan dan menyebarkan spora. Tanda serangan dimana bahagian daun berbintik kuning dan bintik coklat. Kawalan dengan tentukan cara menanam kedelai yang tahan terhadap penyakit; menyembukan M 45. Penyalit kacang soya ke 6 adalah Penyakit Bintik Daun (bercak) ini disebabkan oleh Patogen Bakteria (Xanthomonas phaseoli) Penyakit ini menyerang daun. Gejala: permukaan daun bercak-bercak menembus ke bawah. Cara kawalan dengan menyemburkan Dithane M 45. Jenis Penyakit yang ke 7 adalah Penyakit Busuk Batang (Cendawan Phytium sp.) Penyakit ini menyerang batang dimana cara penularan melalui tanah dan irigasi. Tanda seranga pada bahagian batang menguning kecokllat-coklatan dan basah, kemudian membusuk dan mati.Kaedah kawalan dengan memperbaiki drainase lahan;  menyemprotkan Dithane M 45. Perosak ke 8 adalah Virus Mosaik (virus) Penyakit ini menyerang Yang diserang daun dan tunas. Penularan vektor penyebar virus ini adalah Aphis glycine (sejenis kutu daun). Tanda serangan telah sesuai diperkembangan dan pertumbuhan lambat, tanaman menjadi kerdil. Cara kawalan dengan menanam varieti kacang yang tahan serangan virus atau pun lain varieti. Kawalan juga dibuat dengan menyemburkan Tokuthion 500 EC. Dan yang terakhir sekali adalah Penyakit Fusarium Root Rot (Fusarium spp)  dimana ia menyerang bahagian akar kacang soya yang terserang Fusarium spp. Belum ada kawalan khusus akan tetapi petani perlu sentiasa waspada penyakit ni. Semuga artikel petang Isnin sempea cuti raya Aidilfitri 1040H disambut meriah oleh pembaca anim agro technology kali ini. MAAF ZAHIR BATIN!!!...
NAMA KEDELAI... ITU KACANG SOYA...
LUAS DITANAM... DI NEGARA INDONESIA..
TEKNOLOGI TANAMAN... SUDAH ADA...
MARI MEMBACA... TAMBAH ILMU DIDADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Tmn Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka,
Melaka, Malaysia.
(6 Syawal 1440H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top