Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
TANAMAN KACANG SOYA atau KEDELAI (Glycine max (L.) Merill) di Indonesia setiap tahun selalu meningkat seiring dengan pertambahan penduduk dan tambahbaik pendapatan perkapita negara tersebut. Bagaimana pun masih diperlukan bekalan kacang soya tambahan di Indonesia yang harus diimport disebabkan pengeluaran dalam negara merka masih belum mencukupi akibat banyaknya industri makanan berasaskan kacang soya dinegara tersebut yang sangat popular iaitu TEMPE. Walau pun tahap pengeluaraan kacang soya dan kawasan tanaman telah diperluaskan dengan nilai produktivitinya ditingkatkan namun permintaan juga terus meningkat untuk kecukupan mandiri. Kini pihak berkuasa mereka membuat kempen kepada petani memperluaskan tanman kacang soya dengan agressif. Kacang Soya atau Kedelai merupakan tanaman diercayai natif atau berasal dari Cina dan telah ditanam oleh manusia sejak 2500 SM. Pada awal abad ke-19 dilaporkan dimana tanaman kacang soya disebar luas kebeberapa negara pengeluar utama kacang soya seperti Jepun, Korea, Indonesia, India, Australia dan Amerika (USA). Kedelai mulai dikenal di Indonesia sejak abad ke-16 dimana pada peringkat awal pengenalannya adalah dikawasan di Pulau Jawa dan ianya kemudian berkembang ke Bali, Nusa Tenggara dan ke beberapa buah Pulau lainnya. Dahulu tanaman kedelai dikenali dengan beberapa nama botani seperti Glycine soja dan Soja max. Namun pada tahun 1948 telah disetujupakai nama botani yang dapat diterima sebagai Glycine max (L.) Merill saja. Kementerian Pertanian Indonesia sasarkan produktiviti kedelai boleh mencapai 2.9 mt/ha pada tahun 2018. Jika target tersebut tercapai ini bemakna Indonesia akan dapat mencapai target saaradiri (SSL) kedelai. Kenyataan dari Kementerian Pertanian mengatakan penanaman di kawasan tanaman baru pada Oktober 2017 dan produktivitinya dicatitkan sebanyak 1.5 tan/ha akan mendorong peningkatan hasil kacang soya tempatan. Pada masa ini jumlah keperluan kedelai nasional di Indonesia sebanyak 2.4 juta tan metrik. Disasarkan kawasan baru tanaman kacang soya ini seluas daripada 500,000 hektar (2017) kepada seluas 710,000 hektar pada tahun 2019 dengan bajet sebanyak Rp1.3 trilliun. Bantuan kerajaan ini sebanyak Rp1.3 trilliun adalah berbentuk subsidi benih, baja dan juga Rhizobium bagi kawasan tanaman baru sluas 300,000 hektar pada 2019. KAwasan sasaran adalah terletak di 20 propinsi iaitu di Smatera (153,000 ha), Jawa (130,000 ha), Kalimantan (27,000 ha), Sulawesi (110,000 ha) dan NTT/NTB (80,000 ha). Disasarkan ia akan mampu menghasilkan kacang soya sebanyak antara 800,000 - 1 juta metrik tan setahun dengan tahap produktiviti disasarkan sekitar 2.5 - 3.0 mt/ha. Projek ini dijangka mampu mengurangkan kebergantunga import kacang soya dari luar negara terutamanya dari USA. Apa pun di Malaysia masih belum ada kempen atau galakkan penanaman kacang soya seperti di negara jiran. Artikel subuh ini saya berusaha menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai marfologi tanaman kacang soya untuk rujukkan semua terutamanya petani di Malaysia yang inginkan info.


Bagaimanakah tanaman kacang soya ini boleh maju dan memberikan pendapatan kepada negara serta tidak bergantung kepada import. Malaysia tidak menanam kacang soya sebagai tanaman komersil dan masih mengimport 100% dari luar negara. Perkembangan tanaman kedelai di Indonesia selama 10 tahun terakhir kini telah dilapor amat berjaya menunjukkan penurunan inport yang cukup besar iaitu lebih dari 50%. Ini kerana ia berlaku kempen penanaman soya akibat program menambah keluasan penanaman dan nilai pengeluaran tempatan. Data mereka menunjukkan pada tahun 1992 keluasan tanaman soya di Indonesia seluas 1,6 juta ha sahaja akan tetapi pada tahun 2003 jumlah luas kawasan soya telah menurun kepada 600,000 ha sahaja. Kesannya pengeluaran soya mengalami trend menurun iaitu daripada dari 1,9 juta mt kepada hanya sekitar 700 ribu metrik tan. Dilaporkan ada dua masalah yang saling berkait dan berpengaruh terhadap tambahluas tanaman soya di negara ini iaitu faktor teknologi soya dan masaalah sosial-ekonomi. Faktor teknikal dan teknologi ini amat berpengaruh terhadap perkembangan tanaman kedelai iaitu kualiti benih yang ditanam, Apa pun cara menanam, amalan agronomi kawalan perosak serta cara menuai pula dikaitkan dengan produktiviti dan pengeluaran soya. Pemantauan terhadap industri kacang soya di Indonesia diteruskan mengenai aspek pemilikan tanah, status tanaman kedelai, modal dan risiko tanaman soya secara berfasa


Dalam pada itu pertanaman kedelai di Indonesia masih terpusat di Pulau Jawa (sebanyak 60%), Sumatra (15%); Nusa Tenggara Barat (5%) serta yang selebihnya tersebar di Pulau Sulawesi, Kalimantan, Bali, NTT, Maluku dan Papua. Keadaan ini mencerminkan adanya perbezaan sumber kawasan yang mana ia pada  akhirnya menyebabkan adanya pelbagai keragaman dalam usaha menanam kedelai yang dilakukan oleh petani (Sila lihat foto disebelah). Perkara ini pula akan menyebabkan modal dan keuntungan pekebun atau petani yang didapati akan bervariasi dimana ada yang untung tetapi ada juga yang rugi atau mereka hanya mendapat pulangan marginal sahaja. Pengeluaran kos dalam usaha pengeluaran dan modal dalam usaha menanam kacang soya yang berbeza tersebut antara lain kos membeli harga benih, baja, racun serangga (pesticide) dan lain-lain termasuk upah kerja. Pihak petani sering diberikan latihan dan tunjuk ajar mengenai bagaimana menentukan dan mengira akan untung rugi akan usaha penanaman kacang soya. 


Dalam pada itu bagi tujuan untuk memberi gambaran umum sebaiknya analisa perlu dibuat selalu dan dikaji semula beberapa tahun kemudian. Analisis untungrugi penanaman soya ini mengambil data dari salah satu Pusat Pertanian Soya di Jawa Timur. Data yang diperolehi daripada Kabupaten Mojokerto pada tahun 2004 diatas kawasan tanaman soya seluas 1 hektar dikumpulkan. Kadar kos menyewa Tanah dikira. Sementara itu kos upahkerja bagi selama 1 hari tenaga kerja pria (HKP) bernilai sekitar Rp15,000/hari (RM5.00/hari). Upah 1 hari tenaga kerja wanita (HKW) senilai Rp10.000/hari (RM3.50/hari) iaitu jauh lebih murah daripada di Malaysia. Harga jual biji kacang soya semasa menuai pula dikebun adalah sekitar Rp3,000/ kg (RM1.00/kg) sahaja. Apabila jumlah pengeluaran sebanyak 2,000 kg maka anggaran pendapatan sekitar Rp6 juta (RM2,000). Kos pengeluaran atau pembiayaan secara umum boleh dibahagikan kepada Kos Tetap dan Kos Berubah. bagi Kos Tetap ia adalah jumlah kos yang mesti dikeluarkan dalam jumlah yang tetap dan tidak terpengaruh oleh jumlah produk yang akan dihasilkan. Sementara yang apa yang dimaksudkan denganKos tidak tetap adalah jumlah kos yang dikeluarkan dimana jumlah tersebut akan terpengaruh dengan jumlah produk yang dihasilkan. Ini bermakna dimana semakin besar produk yang hendak dihasilkan maka akan semakin besar pula jumlah kos yang akan dikeluarkan. Kos Tetap yang terlibat adalah seperti KOS TETAP iaitu kos yang diperlukan pada kegiatan penanaman soya seluas 1 hektar selama satu musim tanaman (3 bulan) seperti sewa tanah seluas 1 ha sebanyak Rp 500.000 (RM165). Dalam pada itu  KOS BERUBAH adalah kos yang berubah mengikut item dan jumlah diperlukan atau pun kos yang tidak tetap pada penanaman soya. Kos Input Benih sebanyak 60 kg (Harga Benih Rp 5.000/kg - Rp 300.000 atau pun RM100.00). Kos Baja Urea sebanyak 50 kg sebanyak  Rp72,500 (RM25.00), Kos Baja SP36 sebanyak 50 kg atau sebanyak Rp 105,000 (RM35.00), Kos Baja KCI sebanyak Rp112,500 (RM37.50) menjadikan jumlah besarbagi kos membeli input baja sebanyak Rp 290,000 (RM96.60). Kos Input Bahan Kimia adalah Racun Serangga iaitu Racun Padat Rp15,000 (RM50.00), Racun Cair Rp100.000 (RM33.30) menjadikan jumlah kos bahan kimia sebanyak Rp115.000 (RM38.30). Kos Upah Kerja dikira sebanyak Rp 1,300,000 (RM433.30). Jumlah kos berubah adalah sebanyak Rp 2,005,000 atau (RM668.30). Analisa tersebut juga menunjukkan Jumlah Kos Pengeluaran sehektar tanaman kacang soya di negara jiran kita ini adalah sebanyaRp 2,505,000 (RM835.00).


Analisa Ekonomi tanaman kedelai di Indonesia berdasarkan kepada bahan rujukkan yang penulis buat rujukkan amat berguna. Penghasilan biji soya atau kedelai yang diperoleh dari luas kawasan tanaman seluas 1 hektar adalah selama satu musim tanam (3 bulan) mencapai 2 mt/ha. Bila harga jual pada masa menuai dapat mencapai Rp3.000/kg atau RM1.00/kg) maka pendapatan kasar yang diperoleh petani sebanyak  Rp6,000,000 (RM2,000). Maka jika dikira keuntungan yang diperoleh dari usaha tani kedelai seluas 1 hektar dimana sebanyak Rp 3,495,000 (RM1,165)  sehektar selama 3 bulan. Jika dinilai bebepana kaedah untuk mengira analisa ekonomi boleh digunakan seperti mengira  Teknik Return of Investment (ROI) dan perbandingan kos dengan pendapatan (benefit cost ratio, B/C ratio). Bagi analisa ROI dikirakan  ukuran perbandingan antara Keuntungan dengan julah kos pengeluaran. Cara ini digunakan untuk mengetahui tahap keuntungan penggunaan modal atau mengukur kadar keuntungan. Analis amenunjukkan nilai ROI sehektar tanaman kacang soya adalah sebanyak  2.39. Ini bermakna  setiap modal Rp 1 yang dikeluarkan untuk usaha tani kedelai akan menghasilkan keuntungan sebanyak Rp 2,39. Dengan demikian maka menanam kedelai tersebut dinilai efisien dalam penggunaan modal. Bagi analisa Benefit cost Ratio (B/C ratio) yang merupakan suatu ukuran perbandingan antara keuntungan bersih dengan jumlah kos pengeluaran sehingga dapat diketahui keuntungannya. Bila nilai B/C ratio lebih besar dari 1 ia bermakna menanam soya tersebut layak untuk dilaksanakan. Sebaliknya apabila nilai B/C ratio lebih kecil dari 1 maka usaha tani tersebut tidak layak untuk dijalankan. Perhitungan B/C rasio tanam kedelai 1.39 dimana setiap satuan biaya yang dikeluarkan akan diperoleh hasil penjualan sebesar 1,39 kali lipat. Hasil ini menunjukkan bahwa penanaman soyai layak untuk diusahakan. Akhir kata sebagai kesimpulan penanaman kacang soya di Indonesia ini adalah boleh dilaksanakan berasarkan analisa ekonomi.

Bagaimana pun beberapa perkara perlu diambil kira seperti dimana tanaman kedelai umumnya tumbuh tegak, berbentuk semak dan merupakan tanaman semusim. Morfologi bagi tanaman kedelai ditentukan komponen utamanya seperti akar, daun, batang, polong, dan biji sehingga aktivitii pertumbuhannya bisa optima.  Tanah dan iklim merupakan dua komponen penentu pertumbuuhan yang berpengaruh pada kadar pertumbuhan tanaman kedelai. Pemilihan varieti yang memegang peranan penting dalam pertumbuhan dan hasil.  Penanaman kedelai bertujuan untuk mencapai produktiviti yang tinggi sangat ditentukan oleh potensi daya hasil dari varieti unggul yang ditanam. Pastikan guna varieti unggul yang disyorkan bagi pastikan produktiviti kedelai yang tidak dapat dipecahkan melalui pendekatan agronomi.  Tanaman kedelai dapat tumbuh di berbagai agro-ekosistem dengan jenis tanah, kesuburan tanah, iklim dan pola tanam yang berbeza sehingga kendala satu agro-ekosistem akan berbeza dengan agroekosistem yang lain. Pertumbuhan tanaman kedelai yang optima tidak akan mempunyai produktiviti yang baik bila serangga dan penyakit tidak dikendalikan dengan baik. Salah satu faktor penting yang dapat menentukan produktiviti kedelai iaitu aktiviti menuai dan lepas tuai. Adapun perkara penting perlu diperhatikan antara seperti umur menuai, penjemuran, pembijian, pembersihan biji dan penyimpanan. Semuga artikel ini ,eberi info berguna kepada semua pembaca anima gro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMA KEDELAI... ITU KACANG SOYA...
LUAS DITANAM... DI INDONESIA RAYA...
TEKNOLOGI TANAMAN... SUDAH ADA...
MARI MEMBACA... TAMBAH ILMU DIDADA..`

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Tmn Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka,
Melaka, Malaysia.
(6 Syawal 1440H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top