• Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Pengenalan :
1. Panduan ini untuk newbie sahaja
2. Panduan ini untuk blog bukan perniagaan
3. Panduan ini untuk blogger yang serius sahaja
4. Panduan ini menggunakan servis dari google group sahaja ( gmail, blogspot dll )
Kenapa Perlu Kepada Blog :
1. Blog adalah unik dari segi jenama, tidak ada blog yang sama domain boleh didaftarkan melainkan untuk tld / extension yang berbeza
2. Blog adalah unik dari segi kawalan kandungan, layout, iklan dan sebagainya, walaupun begitu ada blog percuma yang mempunyai ruang iklan yang telah ditetapkan oleh pengendali
3. Blog adalah pusat / center kepada maklumat yang anda ingin kongsikan manakala media sosial lain sebagai tarikan supaya pengunjung melayari blog anda
4. Blog lebih mesra enjin carian terutama jika anda mempunyai kandungan yang berkualiti
5. Blog adalah tempat simpanan maklumat dan data yang lebih baik dan kurang gangguan terutama jenis iklan yang boleh dikawal
6. Anda mempunyai kawalan hampir sepenuhnya keatas blog anda dari segi kandungan, komentar, design dan sebagainya
Perbezaan Antara Domain Percuma Dan Berbayar :
1. Hosting :
1.1 Domain percuma terhad kepada pengendali seperti google ( blogger.com ), wordpress.com dan lain2 pengendali domain / hosting percuma
1.2 Domain berbayar bergantung kepada populariti nama domain, jenis sambungan ( tld ), domain umum atau domain khas dll
2. Bayaran :
2.1 Domain percuma tidak perlu bayaran
2.2 Domain berbayar bermula dari beberapa puluh ringgit hingga ribu riban
3. Tarikh luput :
3.1 Domain percuma tiada tarikh luput / expired date
3.2. Domain berbayar biasanya perlu di perbaharui setiap tahun atau beberapa tahun terpulang anda
Perbezaan Antara Blog Percuma Dan Berbayar :
1. Nama domain :
1.1 Blog percuma mempunyai sambungan / extension pengendali blog tersebut cth. namadomain.blogspot.com dimana blogspot ( blogger ) adalah pengendali blog tersebut
1.2 Blog berbayar, nama domain sendiri dengan sambungan .com / .net / .org / .edu dll
2. Kos hosting :
2.1 Blog percuma sepatutnya tiada kos hosting
2.2 Blog berbayar, ada bayaran setiap tahun bermula dari puluhan ringgit hingga tak terbayar
3. Kos theme / design :
3.1 Blog percuma menggunakan layout / template yang disediakan pengendali blog
3.2 Blog berbayar, kalau nak theme yang baik, bayaran pun kena baik
4. Kemaskini keperluan undang2 :
4.1 Template percuma yang disediakan pengendali blog biasanya akan diupdate seiring keperluan semasa
4.2 Blog berbayar, perlu update sendiri atau upah orang untuk update ( duit lagi )
5. Kuota bandwith / data yang digunakan :
5.1 Setakat ini blogger tidak mempunyai sekatan keatas jumlah bandwith yang digunakan
5.2 Blog berbayar, makin banyak pelawat, makin banyak artikel maka makin banyak bayaran perlu dibayar, biasanya akan meningkat setiap tahun
Nota : kegagalan membayar terutama kos hosting adalah punca utama banyak blogger dan blog tidak bertahan lama dan hilang begitu sahaja dari alam maya
Kenapa Menggunakan Servis Dari Google :
1. Google masih merupakan enjin carian utama di internet
2. Sentiasa ada penambahbaikan dari masa ke semasa
3. Kebanyakan servis adalah percuma kerana faktor persaingan
4. Boleh gunakan satu akaun untuk semua servis yang ada
5. Boleh buat akaun berbeza untuk blog / servis berbeza juga
6. Setakat ini integriti dan kebolehharapan serta kebolehpercayaan pada google masih pada tahap tertinggi terutama aspek keselamatan digital
7. Boleh menjana pendapatan pasif dari servis yang digunakan ( blog, youtube dll )
Langkah-langkah :
1. Fikirkan tajuk blog yang sesuai dengan keadaan anda, misalnya jika anda seorang penjual ikan, fikirkan tajuk yang berkaitan tentang jualan ikan
2. Buat carian untuk pastikan nama domain blog anda ( ext : blogspot.com ) tersebut masih belum didaftarkan
3. Buat semakan untuk gmail akaun yang mempunyai nama email yang sama dengan nama blog anda
4. Jika anda dapati nama domain dan akaun gmail tersebut sama dan masih belum didaftarkan, maka daftarkan alamat gmail tersebut
5. Setelah selesai pendaftaran akaun gmail anda, gunakan akaun gmail tersebut untuk mendaftar blog percuma di blogger.com
6. Kekalkan satu akaun gmail hanya untuk satu domain blog percuma sahaja. Jika anda ingin membuat blog yang lain, daftarkan akaun gmail yang baru
7. Lebih baik jika nama domain anda juga masih belum digunakan di media sosial lain spt. Twitter, Instagram, Facebook, Pinterest, Tumblr dll. Ini supaya identiti anda akan seragam didunia internet.
8. Gunakan template yang simple tanpa banyak add on widget kecuali yang benar2 perlu sahaja supaya perhatian / konsenstrasi pelawat blog tidak terganggu
9. Yang paling penting ialah isi kandungan atau artikel yang kita tulis, mestilah real atau asli dan berdasarkan pengalaman / ilmu kita sendiri.
10. Copy dan paste adalah pantang paling besar untuk seorang blogger, copy dan paste tanpa kebenaran, 100% cetak rompak hanya merosakkan reputasi seseorang blogger
11. Adalah perkara biasa untuk tersangkut bila mula2 menulis artikel, tetapi dari situ kita belajar membina skill penulisan
12. Artikel yang baik adalah yang asli, ringkas dan padat dan mempunyai gambar, video atau lain2 media sebagai sokongan kepada maklumat yang kita ingin kongsikan
13. Beri perhatian khusus kepada blog kita, sentiasa membalas komen juga amat membantu memajukan lagi blog kita
14. Akhir tapi tak kurang penting adalah konsisten / istiqamah dalam menulis dan menambah ilmu untuk menulis
Sekian sedikit perkongsian berdasarkan pengalaman sendiri.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan