SELAMAT HARI RAYA 2019!!!
SKIM KAWALAN HARGA MUSIM PERAYAAN (SKHMP) telah dilaksanakan bermula tahun 2000 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (dahulu Akta Kawalan Harga 1946). Di bawah Skim ini terdapat beberapa jenis barang keperluan dikenalpasti sebagai barang harga terkawal musim perayaan untuk ditetapkan harga maksimum di peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit dalam suatu tempoh tertentu. Skim ini dilaksanakan di seluruh Malaysia dan harga yang ditetapkan adalah berbeza mengikut kawasan dan daerah. Sehingga kini, musim perayaan merangkumi perayaan utama di Malaysia seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Krismas, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai. Tujuan skim ini adalah untuk melindungi pengguna daripada peniaga-peniaga yang mengaut keuntungan berlebihan (mencatut). Ia juga akan menetapkan harga maksimum ke atas barang-barang keperluan musim perayaan. Pengguna mudah memperolehi barang-barang keperluan musim perayaan pada harga yang ditentukan. Artikel malam ini saya suka menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai maklumat mengenai skim Kawalan Harga Musim Perayaan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia dipetik daripada lamanweb KPDNKK.Tempoh PelaksanaanTempoh pelaksanaan SKHMP ditetapkan mengikut keperluan musim perayaan berkenaan. Contohnya adalah seperti pada Hari Raya Puasa dimana tempoh pelaksanaan adalah selama 15 hari (sebelum, semasa dan selepas perayaan) sementara bagi Perayaan Hari Krismas tempoh pelaksanaan adalah selama 5 hari (sebelum, semasa dan selepas perayaan). Sepanjang tempoh ini skim akan dilaksanakan disemua lokasi di Malaysia dan akan dipantau oleh pegawai penguatkuasa. Lazimnya antara jenis Barang Harga Terkawal terdiri dari jenis barang yang terlibat adalah berbeza-beza mengikut perayaan dan juga kesesuaiannya. Contohnya pada Hari Raya Puasa Tahun 2018 terdapat sebanyak 19 jenis barang yang telah dimasukkan dalam senarai sementara bagi Perayaan Hari Krismas 2018 terdapat 13 jenis barang. Pada tahun 2019 nanti berapa banyak barang kawalan akan ditentukan oleh KPDNKK mengikut keadaan semasa. Terdapat juga kemungkinan 14 jenis barangan yang akan disenaraikan dalam skim kawalan harga tersebut. Rujuk lampiran dibawah untuk senarai barangan.
BARANG-BARANG HARGA TERKAWAL SKIM KAWALAN HARGA MUSIM PERAYAAN | |
HARI RAYA PUASA 2011 | |
1. | Ayam hidup |
2. | Ayam standard (disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal) |
3. | Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) |
4. | Daging lembu tempatan |
5. | Daging lembu import |
6. | Daging Kerbau Tempatan |
7. | Daging kerbau import (India) |
8. | Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji) |
9. | Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji) |
10. | Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji) |
11. | Kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk Beijing) |
12. | Cili merah |
13. | Tomato |
14. | Kelapa biji (borong) |
15. | Kelapa parut (runcit) |
16. | Bawang merah kecil (India) |
17. | Bawang putih (China) |
18. | Kacang Tanah Import |
19 | Ikan kembung |
BARANG-BARANG HARGA TERKAWAL SKIM KAWALAN HARGA MUSIM PERAYAAN | |
KRISMAS 2011 | |
1. | Ayam hidup |
2. | Ayam standard (disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal) |
3. | Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) |
4. | Ayam belanda import |
5. | Daging kambing tempatan bertulang |
6. | Daging kambing biri-biri import bertulang |
7. | Daging kambing biri-biri import tanpa tulang (tidak termasuk paha) |
8. | Daging paha kambing biri-biri import bertulang |
9. | Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji) |
10. | Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji) |
11. | Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji) |
12. | Tomato |
13. | Cili benggala hijau |
Kewajipan peniaga
Adalah menjadi kewajipan semua peniaga untuk meletakkan label berwarna merah jambu khusus bagi barang harga terkawal sahaja. Label tersebut hendaklah ada jelas menunjukkan harga bagi setiap unit, perihal dan gred atau kualiti barang berkenaan. Peniaga tidak boleh menjual barang tersebut melebihi harga maksimum yang ditentukan. Memastikan bekalan barang harga terkawal yang dijual mencukupi. Dalam pada itu bagi sebarang Kesalahan akibat menjual barang harga terkawal melebihi harga maksimum atau gagal menggunakan label berwarna merah jambu bagi barang harga terkawal. Kesalahan tidak dapat meletakkan tanda harga kepada barangan yang dipamerkan untuk jualan. Denda akan dikenakan kepada peniaga sama ada orang perseorangan iaitu maksimum RM 100,000 dan/atau tiga tahun penjara dan bagi kategori Pertubuhan Perbadanan sebanyak maksimum RM500,000. Skim ini diharap mencapai matlamat asal perlaksanaanya.
Akhbar tempatan bertajuk "13 barang di bawah skim kawalan'' iaitu berita dipetik dari Putrajaya menyatakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyenaraikan 13 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) sempena pera�yaan Tahun Baharu Cina. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tempoh kuat kuasa SKHMP dijalankan selama 10 hari bermula 30 Januari hingga 8 Februari depan. Jelasnya, bagi pelaksanaan skim tahun ini, kategori barangan harga terkawal terdiri daripada ayam, telur ayam, sayu�ran, barang kering, hasil laut dan daging babi. �Penentuan harga maksimum pengeluar, pemborong dan peruncit dibuat mengikut kewajaran serta kesesuaian bagi penguatkuasaan kawalan harga yang lebih berkesan. �Tindakan pengeluaran notis di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 akan dilaksanakan terhadap pihak yang didapati menaikkan harga secara mendadak,� katanya dalam sidang akhbar Penentuan Harga Maksimum Barangan Harga Terkawal SKHMP Tahun Baru Cina 2019. Beliau juga memaklumkan bahawa kementeriannya telah ditugaskan sebagai sekre�tariat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara oleh Kabinet untuk mengge�rakkan satu kajian komprehensif bagi memperincikan maklumat tentang punca peningkatan kos sara hidup di negara ini. Kajian itu dijangka siap dalam tempoh enam minggu hingga dua bulan lagi. Kabinet memperakui terdapat sekurang-kurangnya enam komponen menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup terutama segmen makanan. Rakyat dilihat terkesan dengan segmen ini. Selain itu adalah segmen perumahan, bil utiliti, pengangkutan, kesihatan dan pendidikan. Oleh itu Kabinet telah meminta kementerian memulakan satu kajian menyeluruh bagi memperincikan lagi serta mengenal pasti punca-punca yang menyumbang peningkatan kos sara hidup secara lebih komprehensif.
Dalam akhbar lain bertajuk "Majoriti peniaga patuh'' yang dipetik dari Ippoh menyatakan hanya tiga peniaga di seluruh negara dikesan tidak meletakkan tanda harga warna merah jambu pada hari pertama Skim Kawalan Harga Musim Perayaan. Peniaga terbabit tidak meletakkan tanda harga merah jambu sebaliknya tanda harga biasa membabitkan 13 barangan kawalan di bawah skim berkenaan yang diumumkan 18 Januari lalu. Tanda harga merah jambu, bermakna barang itu termasuk dalam harga barangan kawalan musim perayaan jika tidak menggunakannya ia menunjukkan peniaga cenderung mengenakan harga melebihi harga maksimum ditetapkan kerajaan. Peniaga yang dikesan melakukan kesalahan itu mungkin menyangka penguat kuasa tidak membuat pemantauan pada hari pertama skim dijalankan, namun sebenarnya KPDNKK akan memantau sepanjang 12 hari ia dilaksanakan. Individu yang gagal meletakkan tanda harga merah jambu boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau kompaun maksimum RM5,000 mengikut Perintah Kawalan harga dan Antipencatutan (Penandaan barangan harga terkawal) 2016. Bagi syarikat pula denda maksimum RM20,000 atau kompaun maksimum RM10,000 mengikut akta sama. Melalui skim berkenaan peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan kerajaan dan meletakkan tanda harga warna merah jambu ke atas barangan yang sudah diumumkan antaranya ayam, telur, bawang putih, ikan bawal putih dan beberapa barangan lagi. Berdasarkan sepanjang dua tahun skim ini dilaksanakan, kita dapati ramai peniaga yang mematuhinya, namun apa yang lebih penting kita mahu peniaga menjual barangan harga kawalan itu lebih rendah daripada harga maksimum yang ditetapkan. Daripada pemantauan yang dijalankannya semalam, beliau mendapati barang keperluan asas seperti minyak masak, tepung dan gula masih lagi mencukupi dalam pasaran. Ini menunjukkan sekiranya pengguna membeli barang sekadar yang diperlukan sudah tentu bekalan akan sentiasa ada di pasaran terutama pada musim perayaan. Dilaporkan dimana kebanyakan produk dijual di pasar raya secara purata 10 peratus lebih murah daripada kedai biasa atau pasar dan ini memberi pilihan kepada pengguna untuk berbelanja dengan lebih bijak. Harga barangan di pasar raya termasuk di negeri yang terbabit banjir juga masih sama, namun harga barang basah ada sedikit kenaikan dan perlu difahami ia disebabkan kesempitan atau kesusahan yang dialami pihak seperti nelayan yang menyebabkan berlaku kekurangan bekalan di negeri berkenaan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda pembaca anim agro kali ini. Wasallam!!!...
SELAMAT HARI RAYA!!!...
Maaf Zahir Batin

SKIM KAWALAN ...DIMUSIM RAYA...
BARANG MENTAH.. SASARAN UTAMA...
PERMINTAAN NAIK... APA NAK KATA...
ADA SKIM INI... DIHARAP SEMUA SUKA...
By,
M Anem
Senior Agronomist
Senior Agronomist
Pasar Precint 8, Putrajaya,
WP Persekutuan Putrajaya,
Malaysia
Malaysia
(8 Syaaban 1434H)
Kemaskini pada 19 Ramadan 1440H.
Published on:
1 Shawal 1440H
bersamaan 5 Jun 2019
Kemaskini pada 19 Ramadan 1440H.
Published on:
1 Shawal 1440H
bersamaan 5 Jun 2019
Catat Ulasan