Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.


Seorang remaja di sini disenaraikan sebagai bilionair termuda di dunia kerana pada usia 19 tahun telah memiliki kekayaan sebanyak AS$1.2 bilion (RM4.95 bilion).

Gadis tersebut, Alexandra Andresen bagaimanapun cuma berada dalam kedudukan 1,476 dalam senarai jutawan dunia oleh majalah Forbes tahun ini.

Dia berkongsi tempat yang sama bersama kakaknya, Katharina Andresen, 20, apabila masing-masing menguasai 42.2 peratus saham syarikat milik keluarga mereka, Ferd.

Walaupun mempunyai kekayaan yang melimpah-ruah, kedua-dua gadis tersebut masih hidup secara sederhana dan cuma memakai kereta terpakai atas gesaan bapa mereka, Johan H. Andersen.

“Apabila diumumkan sebagai remaja terkaya di dunia, saya menerima 500 pengikut baharu di Instagram,” ujarnya dalam satu temu bual pada 2014.

Keluarga Alexandra terbabit dalam industri tembakau sejak berabad lalu dan kini menguasai penjualan rokok di Norway. – Agensi
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top